8 Apr 2013, 03:33pm |
Dhiya Aizat |
Ketika ramai menjangkakan Zizan Razak bakal mengungguli
kategori utama Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita
Harian (ABPBH) 2012, pelakon Adnan Sempit Shaheizy Sam kembali merampas
semula gelaran yang pernah dimenanginya dua tahun lalu.
Tahun 2012 yang diibaratkan milik Zizan nampaknya tidak memihak kepadanya. Sungguhpun begitu, Zizan tetap menang besar malam tadi apabila membawa pulang lima anugerah termasuk empat anugerah kategori online iaitu Gandingan Di Layar Serasi (bersama Johan), Artis Berpengaruh Di Laman Media Sosial, Artis Lelaki Stailo, dan Artis Asia Paling Popular.
"Saya sejujurnya tak sangka akan menang kembali kategori Artis Komedi Lelaki Popular. Saya gembira sebab anugerah ini masih menjadi milik Jozan. Tahun lepas Johan menang, tahun ini rezeki saya. Alhamdulillah, berkat doa ibu dan abang saya serta hasil undian peminat semua membuahkan hasil buat saya. Keseluruhannya, saya teruja dengan kemenangan ini kerana ianya hasil undian daripada peminat saya," kongsi Zizan.
Jika di edisi lepas, Zizan membuat kejutan menewaskan pengacara otai Datuk Aznil Haji Nawawi bagi kategori Pengacara TV Lelaki Popular, tahun ini anugerah tersebut kembali berpindah milik ke tangan Pak Nil. Tidak terkejut dengan keputusan itu, Zizan gembira dengan kemenangan Pak Nil yang dianggapnya orang lama dalam bidang pengacaraan tanahair.
"Saya tak kisah tewas di tangan orang yang sepatutnya. Pak Nil merupakan seorang yang berpengalaman dan beliau memang layak memenangi anugerah ini," ulas Zizan yang tak jemu melayan pihak media.
Ditanya perasaannya tewas kepada Shaheizy Sam untuk gelaran Bintang Paling Popular 2012, Zizan memberitahu dia menerima keputusan itu dengan hati terbuka. Jelas Zizan, sokongan peminatnya yang tidak berbelah-bagi memangkah undi buatnya membuatkan Zizan menghargai setiap usaha penyokongnya itu.
"Tipulah kalau saya cakap tak ada letak harapan untuk menang Bintang Paling Popular. Terkilan itu memang ada sebab saya tak nak penyokong yang sudah berhempas-pulas undi saya berkecil hati sebab saya tak menang. Walau apa pun, paling penting, saya dah jalankan tugas dan tanggungjawab saya sebagai seorang penghibur kepada mereka semua," akhiri Zizan yang turut bertindak selaku pengacara ABPBH 2012 bersama-sama Johan dan Fara Fauzana.
CPs:
Zizan memang patut menang; Semua keluarga saya amat meminati lakonan Zizan; tak kira sebagai pengacara; pelawak penyanyi atau pelakon. Zizan boleh buat semua & hebat semuanya. Tak apalah Zizan mungkin tahun-tahun akan datang Zizan akan menang!. Teruskan menjadi orang seni@seniman yang hebat & dibanggakan.
Shaheizy Sam itu tak kurang hebat serta ramai peminatnya. Semua bermurah hati mengundi dia maka dua tahun sudah dia dapat anugerah yang sama. Memang ini rezeki dia. Maka tak boleh nak pertikaikan sebab semuanya pilihan peminatnya. Tahniah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan