Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Isnin, 8 April 2013

Ucapan Sebahagian Pemenang ABPBH 2012


Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2013: Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) malam semalam telah berlangsung dengan gilang-gemilang dengan menyaksikan ramai muka baru dan lama telah berjaya merangkul anugerah masing-masing.
Malah buat kali kedua, pelakon Shaheizy Sam kembali merebut gelaran ABPBH 2012 setelah memenanginya pada penganjuran 2 tahun lalu iaitu ABPBH 2010.

Dalam anugerah yang sama Shaheizy Sam turut memenangi gelaran Pelakon Filem Lelaki Popular yang menyaksikan saingan sengit dirinya bersama Aaron Aziz, Zizan Razak, Adi Putra dan Bront Palarae.

Pemenang tahun lalu, aktor Aaron Aziz pula tidak pulang dengan tangan kosong apabila meraih gelaran Pelakon TV Lelaki Popular.

Pengacara ABPBH 2012 sendiri, iaitu Fara Fauzana turut hebat apabila meraih dua anugerah iaitu Pengacara TV Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular.

Zizan Razak yang dijangka akan menang besar pada malam berkenaan turut berbangga dengan kemenangannya sebagai Artis Komedi Lelaki Popular.

Banyak reaksi dan komen yang diberikan oleh pemenang saat menerima anugerah tersebut di pentas ABHPBH 2012 malam semalam.

Ada yang ketawa dan ada juga yang bersedih sehingga menitiskan air mata saat menerima anugerah pada malam tersebut termasuk pelakon Nabila Huda dan Yana Samsudin yang bergenangan air mata.

Ikuti ucapan ringkas daripada beberapa orang pememang pada malam itu:

Nabila Huda (Pelakon TV Wanita Popular)
"Terus-terang saya memang tidak menjangka kemenangan saya pada malam ini. Ternyata ada juga peminat yang mahu mengundi saya. Saya terharu kerana akhirnya saya dapat buktikan kepada ayah (Amy Search) saya yang saya sudah membanggakannya.
"Saya mahu buktikan apa jua kontorversi yang melanda diri saya, tetapi kerjaya lakonan tidak pernah terjejas kerana saya tidak mempunyai masalah disiplin dan sangat bekerja keras".

Yana Samsudin (Pelakon Filem Wanita Popular)
"Memang saya ada sedikit emo ketika menerima anugerah ini kerana akhirnya penantian saya tidak sia-sia. Betullah kata orang, kita jangan putus asa kerana sampai masanya rezeki kemenangan itu datang juga kepada kita.
"Saya agak terkejut dengan kemenangan ini tetapi ini semua rezeki dan saya akui saya seorang peramah dengan semua orang, malah kelab peminta Yana Samsudin Fan (YSF) sangat memberi sokongan pada saya di ABPBH 2012 kali ini,'

Farah Fauzana (Penyampai Radio Wanita Popular, Pengacara TV Wanita Popular)
"Alhamdulilah, terima kasih kepada penganjur Berita Harian serta pengundi yang menyokong saya dengan mengundi saya untuk anugerah ini.
"Ini merupakan hari istimewa buat saya kerana saya menang pada hari ulang tahun perkahwinan ibu bapa saya. Ini hadiah buat mereka,"

Aaron Aziz (Pelakon TV Lelaki Popular)
"Terima kasih kepada Kak Ton (Datin Zaiton Mohd Jiwa ), disebabkan drama bersiri Adam & Hawa saya berjaya merangkul anugerah ini.
"Terima kasih kepada semua pengundi serta keluarga saya iaitu isteri yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada hidup saya,"

Faizal Ismail (Penyampai Radio Lelaki Popular)
"Syukur, bagi saya semua yang bertanding dalam kategori ini adalah rakan saya bukan pesaing kerana merekalah pembangun industri radio.
"Namun saya anggap kejayaan ini merupakan rezeki buat anak saya yang baru berusia 4 bulan di dalam kandungan ,"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan