Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Selasa, 16 April 2013

Roket Terbaru Mampu Bawa Manusia Ke Planet Marikh

Seperti yang kita tahu, planet Marikh merupakan planet yang terhampir dengan Matahari dan jarak perjalanannya dengan roket teknologi biasa yang ada sekarang mampu mencecah satu tempoh masa yang lama iaitu dalam jangka masa beberapa tahun..Namun kini, dengan roket terbaru ciptaan NASA, jarak perjalanan ke planet Marikh mungkin dapat disingkatkan dalam jangka masa perjalanan hanya sebulan (30 hari)..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Sekumpulan penyelidik di University of Washington, yang dibiayai oleh NASA dikatakan secara teori telah berjaya mencipta sebuah enjin roket lakuran (fusion-powered engine) yang berkuasa. Roket ini, sekiranya berjaya dibina secara praktikal, ia boleh menggerakkan kapal angkasa yang membawa manusia ke Marikh dalam jangka masa perjalanan selama 30 hari - berbanding dengan anggaran pihak NASA sebelum ini iaitu 4 tahun jangka masa perjalanan ke Marikh dengan teknologi sedia ada.

Menurut Ketua Program UW, John Slough, kuasa roket lakuran ini akan menghasilkan satu tenaga letupan yang besar iaitu kira-kira 67,000 batu sejam (108,000 kilometer sejam) kuasa tujahan. Tindak balas letupan ini akan berulangan setiap 10 saat di mana akan mempercepatkan pergerakan roket kira-kira 200,000 batu sejam - kira-kira 10 kali ganda kelajuan yang tak pernah kita gambarkan sebelum ini dari perjalanan Bumi ke Marikh.



Untuk dianggap sebagai berjaya sepenuhnya, roket lakuran UW ini mestilah memenuhi dua kriteria: pertama, ia perlu bekerja secara berterusan dan berfungsi dengan baik dan kedua, ia mestilah mampu menjana lebih banyak tenaga haba daripada tenaga elektrik yang diperlukan bagi memulakan tindak balas lakuran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan