Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Rabu, 3 April 2013

Najib dan Pemimpin UMNO Bersama-sama dengan Orang yang Paling Dikehendaki Polis?

Isnin, 1 April 2013
Nuffnang Ads

 Datuk Seri Mohd Ridzwan Sulaiman bersama-sama pemimpin UMNO








Berita Berkaitan:
[Mstar] LAHAD DATU: Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman,dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.
Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.
"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.
"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini, Ahad.
Sementara itu, Hamza berkata 180 penduduk yang menghuni pusat penempatan telah dibenar pulang ke rumah masing-masing iaitu 101 orang dari Kampung Tanjung Labian dan masing-masing 25 dan 54 orang dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah.
Beliau berkata, tiada pertempuran berlaku sepanjang 24 jam yang lepas dan operasi penggeledahan serta pembersihan masih dijalankan di kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani.
Berhubung keselamatan di laut, Hamza berkata selain melakukan penggeledahan dan pembersihan kawasan pertempuran, kawalan di kawasan perairan dilakukan setiap masa membabitkan pasukan polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.
 
CPs:
Tangan Ghaib itu makin terserlah tetapi kita terus salahkan pengganas
yang nyata diupah. Mampukah pengganas ini beli senjata yang canggih
sedangkan mereka pun bukan orang senang.
Yang nyata sesama Islam telah bertumpahan darah. Bila terkepong senjata ada di tangan
apakah perlu menyerah yang pasti mati
berlawan juga mati.

Benarkah masa pengganas angkat bendera putih ini ujud atau rekaan ceritera semata
dunia kian canggih kenapa tak jadikan bukti dengan imej dari rekaan ceritera semata
sedangkan gambar lain ada pula?.

(Baik tutup mulut) 
Jangan memihak kepada sesiapa selagi perang belum selesai
CPs tetap membenci perang apatah lagi sesama Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan