Kemelut Perang Sulu ini makin terserlah memang ada dalang yang merancangnya. Dari penceroboh digelar
pengganas. Yang menjadi mangsa polimek politik ini ada lah PDRM &
askar. Bila nak pilihan raya nampaknya ianya boleh pula dikendurkan.
Rumah yang roboh & hasil keruntuhan kampung jika diamati tak
semesti dilanda pengganas bukan mustahil masalah bom sesat atau meriam tentera kita yang bertubi-tubi menghujani musuh di kampung halaman.
Kerajaan terpaksa menanggung kus yang tinggi dan mahal hasil peperangan
ini; ada penulis berani mengatakan ini ada skripnya. Yang hanya tahu
hanya Allah Azza Wa jalla. Aku sebagai penyair tetap menolak perang
& pembunuhan sesama Islam. Tak kira siapa benar siapa salah.
Al-Fatihah buat wirawan kita yang gugur... tanpa mereka bumi Sabah belum tentu amannya; sekarang kejar & hukum BUNUH si Dalang@Tangan Ghaib yang memuncakan peperangan ini. Pengganas hanya diupah yang memberi upah itulah segala nila; barah pun ular berbisa yang perlu kita hempuk.
- Anda, Noramin Mosyi Mosyi dan 12 yang lain menyukainya.
- Idan Radzi Kaum Sulu dalam sejarah amat menghormati orang kita Melayu malahan mereka sanggup berkorban nyawa demi menjaga kedaulatan negara kita... sampai mereka dibunuh beramai-ramai untuk selamatkan Sabah. Lagipun sejak berZAMAN inilah bumi mereka berkampung... cantik Semporna ni; aku pun tak sampai lagi... takkan LAUT SULU yang bersih ini akan kita mahu cemarkan dengan
- Idan Radzi Kaum Sulu rata-rata nelayan, cari mutiara, jual rumpai laut; mereka tak pernah ganggu bumi kita sebab itu kampung mereka; yang buat kacau pastinya PATI... kita doakan agar mereka dapat hak mereka di bumi asal mereka.. jangan ganggu kehidupan aman mereka dengan akta tanah pelbagai; sementelah sejarah membukti mereka amat menghormati kita.
Kita merdeka biarlan bertemadun... takkan kita merdeka ada kaum lain yang menderita... kaum yang kaya pegang ekonomi kita siapa eh... anak cucu kita jadi mangsa kejar pengganas jaga keamanan golongan elit dan kaya duduk gumbira ; isunya kenapa kita sengketa sesama kita...malahan kita bunuh saudara Islam yang kita label pengganas... (mmg pengganas agaknya)...semakin ramai.. orang luar dah nasihat bersabarlah berdamailah... ish ramai 85% tak setuju bebelan aku ni.. TITIK. baik kita bual lain. - Idan Radzi Dalam semua kaum ada baik ada jahat... jangan kaum dijadikan isu... kita cantas yang jahat saja... okey... tapi sebaiknya jika kita bangsa yang bermaruah kena ingatlah jasa baik pun budi baik mereka yang pernah selamatkan kita... negara kita.
- Idan Radzi sebenarnya kita yang sering lupa memberi salam... sejarah jelas membukti kita serumpun; Melayu sebaiknya bersatu... tanda akhir zaman salam hanya diberi kepada kelompok atau kalangan rakan sealiran bukan seagama... ini silap
- Mansor Othman kalau ikut sejarah sabah dulu di panggil borneo utara di perentah oleh kesultanan sulu....bila syarikat berpiagam borneo utara dari british ambil alih mereka dah buat satu perjanjian dengan kesultanan sulu...memberi bantuan pertahanan kapada sutan sulu..sampai sekarang pun kerajaan malaysia masih membayar bantuan tu pada kesultanan sulu.....bila kerajaan malaysia bayar bantuan tu bermakna kesultanan sulu masih ada hak di sabah.......sebelom kita nak kritik baik kita baca sejarah sabah....kemudian kita fikir kan...mereka sertai malaysia kerana mahu kan kemerdekaan....
- Idan Radzi jangan kata aku ni pro orang Sulu atau pro mana-mana... atau nak bela mereka aku suka yang jernih & cantik aku tak suka darah sebab darah aku pun telah tercemar; darah tinggi diabetes pelbagai... jika ada kalangan kita marah sangat org Sulu silakan sertailah peperangan; aku mmg tak boleh pun pergi perang dah tua sakit lagi; baik duduk diam-diam... tapi aku ada hak menulis Penyair Idanradzi... jiwa penyairku takkan henti memerhati...
- Mansor Othman sekarang ni yang jadi masaalah tanah sabah ni dituntut oleh pewaris pewaris sultan sulu....sepatut kerajaan kita berbincang dengan semua pewaris sultan sulu.....kalau tanah ayah kita sendiri pun kalau diambil alih pun kena bincang dengan pewaris pewaris..
- Idan Radzi Ada dalang sebenarnya yang telah pun menangguk di air keruh membuatkan Kesultanan Sulu ini jadi kabur pun berebutan begini... yes aku hormati pandangan Abg Mansor sebab CELIK sejarah Mansor Othman... sbb itu kita tak boleh cerca kaum orang; jika mmg mereka mengganas kejarlah bunuhlah tapi jangan kita nak hapuskan kaum mereka... sebab kaum kita Melayu pun ramai yang makin tak sedar diri..
British pun satu hal bolehkah barang yang disewa senang-senang kasi orang... pasti ada rahsia disebaliknya kita tak tahu... kita ni siapa kan Abg Mansor nak tahu serba serbi; yak kiralah perkara ini telah lebih 50 tahun berlalu; tapi sejak sebelum merdeka pun selepas merdeka kaum sulu ini terus berjuang mahukan kemerdekaa... ada yang kena benam ke LAUT SULU jika tak faham sejarah ni.. - Idan Radzi Masih banyak maklumat yang sahih & tak sahih di internet yang telah sy selidiki... nampaknya kita tak boleh pakai maklumat di negara kita banyak bercanggah telah diputar belitkan... baik cari maklumat dari luar... kita ada google untuk terjemahkan... mungkin dapat pencerahan; sebaiknya orang tua-tua dari bumi sana kita dengar rahsia sebenar; yang orang kita ni melalak suruh bunuh-bunuh-bunuh mmg aku tak suka; ingat nyawa sesama Islam ni macam ikan ke... kecuali mmg orang Islam itu TERBUKTI Jahat.
- Mansor Othman bila berunding pasti ada perjanjian....satu dari perjanjian kerajaan malaysia akan terus membayar pada kesultanan sulu saperti yang di buat oleh syarikat berpiagam borneo utara
- Idan Radzi Berunding dengan siapa?..ada maklumat kat dalam pc ni... sian Raja Sulu ini.. rahsia yang ramai kita tak tahu... Nanti sy hebahkan ada yang ketuk pintu masuk lokap pulak sy Abg Mansor... tapi Pakcik sy salah seorang yang kena penjara mati di penjara dalam Isu ini; mungkin darah itu yang mengalir panas dalam badan sy ni; payah nak tidur... jika baca sejarah siapa pejuang kemerdekaan tak "selesa" SABAH masuk ke Tanah Melayu... dan tak suka Tanah Melayu ini tukar nama kepada Malaysia. Itulah pakcik sedarah daging dengan sy.
- Mansor Othman kesultanan sulu bukan satu pewaris saja ramai pewaris jadi masing masing nak kan hak mereka....kalau pasal tanah ni jangan kan kesultanan sulu kita sendri pun bergaduh adi beradik nak kan hak kita
- Mansor Othman apa di kata semua kita ambil dari sejarah bukan kita pandai pandai cerita kut tak percaya baca sejarah sabah...tak payah nak cari kat arkib negara kat dalam internet ada taip saja tak sampai sesaat akan tau lah kita......ni tak tau sejarah tuduh yang tak bukan bukan tanpa bukti....di malaysia ni apa saja terjadi nama anuar akan dibabit...parti pembangkang akan di babitni masaalah ...kan menyukar kan lagi masaalah yang di hadapi...ni masaalah negara masaalah keamanan jangan babit kan politik.....
- Idan Radzi Lepas merdeka pun Raja Sulu dapat bayaran itu... alahai RM5000 setahun; ini bukti hahih mmg Kedaulatan/Salasilah Kesultanan Sulu masih ada masih kita terima... TAPI (benda ini yang susah nak cerita jika kita tak dapat maklumat sahih);
Yg saya terfikir kenapa tak jadikan sebahagian Sabah tu untuk Raja Sulu...(Khabarnya ada orang tempatan nak jadi Sultan di jajahan Kesultanan Sulu) katakan ujudkan Sabah Dua buat sempadan... takkan pilihan raya saja ada sempadan (bertukar-tukar lagi) ... benda ini yang kita kena fikirkan... kalau Tumasik kita tukar jadi Singapura; alahai 2 tahun habis kena rampas oleh kaum cina... Kenapa masalah Sabah ini tak selesai sebelum Merdeka lagi... ini semuanya jadi beku di otak kita yang bukan orang turut serta dalam isu ini. - Latifah Ipor yer..sabah ni mmang cantik... punya gunung dan tanah yng subur.laut yng cntik dgn hasioan lautan yng bnyk.bumi di bwh bayu yng brtuah.dikurniankan daratan dan lautan yng mmberi sumber bagi peribumi eh.sygkan...itulah doa kita yng mampu.mudahan segalanya cepat menemui jln penylsaian.
- Idan Radzi Yang jelas dalam sejarah hanya utara Sabah yang kedudukannya dalam jajahan Kesultanan Sulu; yang lain mmg hak Sabah; mmg Raja Sulu diberikan pilihan nak masuk ke Manila atau ke Tanah Melayu; sebelum Sabah jadi negeri di bawah kita; masa tu masih nama Tanah Melayu... Raja Sulu pilih Tanah Melayu sebab negara Islam; tu yg Filipina marah kat Raja Sulu ni... katanya begitulah... kita tak lahir lagi masa tu... tapi pakcik sy tak suka Tanah Melayu Tukar nama ke Malaysia sebab kemasukan Sabah ini... (Indon panggil kita kini Malingsial... cina panggil Malaysoi.. macam-macam bab nama jadi sensitif) adalah beberapa isu lagi berkait sejak sebelum merdeka... sian Allahyarham pakcik sy jadi korban keMerdekaan... (alahai kita tak jadi pakar Sejarah macam nak terangkan semuanya)
- Mansor Othman kita jangan caci orang tah tah kita ni keturunan sultan sulu mana kita tau....sama dulu kita cerca indonesia pada hal kebanyakan moyang kita datang dari indonesia...ikut sejarah dah berpuluh tahun mereka usaha nak tuntut sabah tapi tak selesai sampai sekarang...orang ada kata kesabaran ni ada had nya...dan hati dan sikap manusia ni bukan nya sama...mana yang bolih bersabar akan sabar mana yang tak boleh tu guna kuasa sendiri dan generasi sekarang tak sama macam dulu...mudah memberonta kmudah membuat tanpa berfikir.....pastu di hasut oleh pihak yang ada kepentingan.....
- Idan Radzi ❤ ♡ ❤ ღTu memang betul Abg Mansor; isteri sy pun orang sana arwah sebelah Apak memang orang Padang... jajahan Kesultanan Sulu ini merangkup Filipina; Malaysia pun Indonesia... bukan mustahir kita pun dara darah mereka...agaknya sewa RM5000 setahun pun tak naik-naik jadi isu kita tak tahu... orang pencen macam kita pun naik elaun pencen kan gitu... kenapa tak berbaik sangka dalam isu ini; berdamai sajalah Sedangkan Nabi ampunkan umat; lagi pun perang ini kita kan dah menang; kita gugur kini 8 orang Syahid... mereka katanya dah lebih 40 orang; alahai dah nak Jadi Raja Bersiung bangsa kita ni.
- Mansor Othman kalau selangor boleh diberi ke wilayah persekutuan tak salah kut lahat datu tu bagi pada sultan sulu....dengan syarat syarat...kalau ikut sejarah dan peta dulu mana ada wilayah persekutuan yang ada kuala lumpur saja tu pun dalam negeri selangor
- Mansor Othman bertambah lagi satu negeri dalam malaysia wilayah lahat datu ada menteri nya mcm menteri wilayah perseketuan..ada datuk bandar dia...
- (Sebaiknya biarlah mereka ada Sultan sendiri bacam Sultan Perak; Selangor Johor pelbagai)okeylah Abg Mansor dah masuk malam ke 4 aku cuba cari maklumat sahih tengang Raja Sulu ni.. tak cukup tidur... nak pekena capati atau ada jua sarapan di Jenaris ni.. agar roh saudara Islam kita yang gugur aman di sana... mereka pasti baca tulisan sy ni... sungguh pengorbanan mereka baik pihak kita jua pihak sana amat menjadikan aku makin tragis main rasa ukhuwah sesama Islam ini kena dipereratkan... selalulah sedekah al-Fatihah buat mereka yang pergi apatah lagi demi keamanan negara tercinta. Sy benci amat mereka yang ambil kesempatan dengan isu ini sebab ianya melibat nyawa orang; Pulak tu nak tuduh-tuduh sy mirip sana sini apa kena mengena pendirian diri kita dengan peperangan dot dot dot ini.
- Mansor Othman yang sedih ada kata kematian mereka kematian anjing......tak tau hati apa mereka ni.....tau tak kot pergi sana maut menanti di depan mata hanya Allah jadi pelindung
- Idan Radzi ❤ ♡ ❤ ღBagi sy baik kita bersangka baik mereka (dua-dua pihak) adalah pejuang dan para suhada berjihat untuk mertabat keluarga kaum pun BUMI mereka tercinta... bumi ni asalnya mana ada sempadan sebab Adam AS pun Siti Hawa dicampak ke bumi bukan dalam satu negara jika kita amalkan sistem dunia kita kini... Adam AS & Siti Hawa tak ada paspot macam mana mereka nak bersama dan ujudnya kita; kita yang tak sedar diri dari satu rahim Siti Hawa bercakaran. Penat. Lapooor eh❤ ♡ ❤ ღ mereka yang kata anjing tu mungkin kena sakit anjing giler hihihi
- Mansor Othman lahir saja kita Allah dah tentu kan kehidupan kita dah tentu kan rezeki kita dah tentu kan kematian kita dan dah di tentu kan di mana bumi kita pijak....anggap semua berlaku ada lah ketentuan Allah kita sebagai hamba nya redha menerima...yang pergi tu kerana Allah sayang kan mereka...
- Mansor Othman yang hidup tu bertaubat jangan cari dosa...dosa ni dalam sekelip mata kita bolih dapat....
- (Benar Abg Mansor kita dari satu rahim Siti Hawa... sebaiknya janganlah sampai anjing menganjing jika tak tahu puncanya; jika telah terkepong senjata di tangan menyerah kena tembak tak menyerah kena dihujani peluru; apa tindakan kita)Kalau sy dilahirkan semula Abg Mansor sy mmg tak suka tinggal di Jenaris sy nak tinggal di hutan rimba bersama orang asal atau nak ke Tahiti.. mereka pun kaum Melayu juga... (keliling sy sekarang ni ramai org pelik-pelik; mereka tuduh pula sy pelik... tak suka)
- Mansor Othman biar orang kata kita jahat tapi hati kita baik...buat apa orang kata kita baik tapi hati kita jahat....
- Mansor Othman yang kita risau sekarang generasi akan datang terutama anak anak kita dan cucu cicit kita...mcm kita ni tah esok atau lusa akan pergi untuk selama lama nya..kita ni dah rasa macam macam hidup di dunia dah masak dengan sikap manusia.....
- Idan Radzi Kesan kepada rakyat Malaysia di mata dunia luar sana makin kotor ; lebih 85% TAK suka cara kita tangani masalah Perang Sulu ini; alahai jika nak ke luar negara sebut Malaysia pasti mereka bayangkan kita ini bangsa tebuan atau Raja Bersiong; tak caya buka laman rasmi FB Raja Sulu; mencurah simpati dunia kepada mereka & mempertikai kenyataan kita menentangi pengganas kaum Sulu ini.
Sebab itu orang kata Sejarah tak boleh ditipu. Ianya telah tercatat & sukar kita nak palsukan.
Ini salah satu kesan yang sy dapat natijah Perang Sulu ini cer baca mesej rakan sy dari Seberang sana.
"Kenapa pemerintahan malaysia begitu ngotot memiliki sabah? senjata menunjukkan keangkuhan, sama-sama Islam seharusnya berdamai."
8:53am 9.3.13
Suminah
alahai dua minggu lagi sy nak ke Medan; malu amat kita bangsa yang dikatakan ANGKUH (Sedangkan kita rasa cara kitalah amat bermaruah) - Idan Radzi .•♥•.¸¸.•♥• Dalam kes (Perang SULU) Sy memohon LIMPAHAN ampun & maaf ada kalangan rakan FB sy selalu mencela di pihak lawan atau prasangka di pihak Negara... atau terlampau dendam pun sukar memaafi ... komen mereka akan disekat malahan akaun mereka terpaksa disekat (buat seketika) FB sy bukan HAKIM. Sy benci darah & peperangan. Kecuali ceritera Perang para Suhada & Perang Jihat Nabi kita. Jika rakan yg menyatakan simpati rajin mencari keadilan pun kembali ke hukum asal sejarah pun Islam amat dialu-alukan..•♥•.¸¸.•♥• e-mel sy idanradzi@yahoo.com jika ada sebarang kesulitan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan