Meluncur di lautan, memeluk koala dan melihat ikan paus yang berenang bebas di lautan biru pasti kenangan yang sukar dilupakan.
Dengan pesisir pantai yang memutih dan laut membiru selain alam semula jadi yang memukau, percutian di Gold Coast, Australia pastinya kenangan terindah.
Percutian pasti mudah kerana Air Asia X mengadakan lima kali penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur ke Gold Coast.
Destinasi Popular di Gold Coast
Jika tidak pandai meluncur, anda boleh belajar dengan jurulatih profesional untuk mengalami sendiri kehebatan gelombang ombak yang mencabar.
Pada Februari dan Mac setiap tahun, Gold Coast menjadi tuan rumah Pertandingan Meluncur Pro Quiksilver and Roxy yang membawa juara dunia bersaing merangkul kejuaraan.
Jangan lupa berkunjung ke Stand Up Paddle Boarding (SUP) di Gold Coast untuk belajar di salah satu sukan air paling pesat berkembang di dunia.
SUP memberi peluang anda menjadi peluncur yang mahir.
Terdapat pelbagai aktiviti sukan air lain, antaranya body boarding, kiteboarding dan wakeboarding.
2. Climb - Skypoint Climb
Inilah peluang anda memanjat menara kediaman tertinggi di Australia, Q1 dengan ketinggian 270 meter di atas paras laut.
Pendakian yang mengambil masa 90 minit pasti berbaloi apatah lagi dapat melihat panorama indah sekitar Gold Coast.
3. Sky High - Gold Coast Skydive atau Tunggangan Tiger Moth
Jika mahukan sesuatu yang mencabar adrenalin, cuba terjun dari ketinggian 1,219.2 meter (m) hingga 4267.2m.
Tandem skydive atau Tiger Moth Joy Ride akan menjadi pengembaraan yang mungkin ada lupakan.
Tandem Skydive setinggi 4267.2m adalah pilihan paling popular bagi penerjun kali pertama.
Anda boleh mengalami keseronokan jatuh bebas dengan agak mudah atau terjun bersama keluar dari pesawat dan menggunakan payung terjun. (http: //www.goldcoastskydive.com.au/)
Tiger Moth Joy Rides juga memberi pengalaman menarik untuk melihat keindahan Gold Coast dan kawasan pedalaman di pesawat berusia lebih 73 tahun.
Penerbangan lebih mencabar dengan gaya aerobatik yang mendebarkan. (http://www. tigermothjoyrides.com.au)
4. Hidupan Laut - Melihat Ikan Paus
Jangan lepaskan peluang melihat ribuan ikan paus di sepanjang pantai Queensland termasuk Gold Coast dari Jun hingga awal November.
Lebih kurang 14,000 ikan paus berhijrah dari Antartika kepada lautan panas untuk membiak.( www.whalesinparadise.com.au and www.tallship.com.au)
5. Pedalaman
Hanya mengambil masa sejam pemanduan, anda akan sampai di satu kawasan cukup tenang, hutan hujan yang subur dan penginapan mengujakan di Gunung Tamborine.
Di kawasan pedalaman, anda boleh meneroka Galeri Walk atau merasai keenakan keju buatan tempatan atau ais krim yang enak di Syarikat Witches Chase Cheese.
Anda juga boleh melawat pelbagai tempat menarik sekitar Gunung Tamborine termasuk Rainforest Skywalk. (www.tamborinemountaintours.com)
Pada waktu petang, anda boleh melawat Taman Negara Springbrook yang menyimpan rahsia pedalaman Gold Coast.
Pastikan anda mengunjungi Natural Bridge di selatan Springbrook untuk melihat air terjun menakjubkan.
Anda juga boleh menemui gua cacing tanah cahaya terbesar di Australia dan di sebelah malam, beratus-ratus cacing cahaya akan menerangi gua dengan panorama menakjubkan. (www.tourgc.com.au)
6. Great Barrier Reef - Lady Eliot
The Great Barrier Reef adalah salah satu destinasi yang wajib dikunjungi ketika melancong di Australia.
Sepanjang 2,300 kilometer dari Cairns ke Bundaberg, The Great Barrier Reff mengandungi 900 pulau menakjubkan dan terumbu karang.
Di sini juga anda boleh melihat pemandangan indah pantai di Pulau Lady Elliot dengan terumbu karang yang berwarna warni.
Pulau itu dianggap sebagai salah satu destinasi menyelam terbaik (www.ladyelliot.com.au)
7. Taman Tema
Jika datang bersama keluarga, menghabiskan masa berkualiti di taman tema pasti menyeronokkan.
Bermain di Dreamworld, Movie World, Sea World, Paradise Country Farm dan Australia Outback Spectacular dengan layanan bertaraf dunia pastinya lebih teruja.
Rasai pengembaraan menakjubkan Pulau Dinosaur di Sea World atau menonton persembahan Australia Outback Spectacular di sebelah petang. (www.myfun.com.au dan www.dreamworld.com.au)
8. Pandu Sendiri - Pedalaman & Great Sunshine Way
Jika mahu melihat seluruh Gold Coast bersama keluarga, memandu sendiri adalah cara paling baik.
Jika mahukan perjalanan lebih lama seperti 3H/2M atau 4H/3M, Brisbane, Sunshine Coast dan Fraser Coast tidak akan mengecewakan.
Bandar ketiga terbesar di Australia, kehijauan alam semula jadi, berhibur di galeri seni bertaraf dunia serta berhibur di kafe serta budaya di Brisbane cukup menghiburkan.
9. Taman Hidupan Liar Keluarga - Currumbin Wildlife Sanctuary
Terletak 10 minit dari lapangan terbang Gold Coast, Currumbin Wildlife Sanctuary adalah taman perlindungan hidupan liar terkenal di Australia.
Taman ini memberi peluang pengunjung memeluk koala dan memberi makan kanggaru.
Anda boleh melihat persembahan tarian Orang Asli dan pertunjukan burung.
Pengangkutan ulang-alik dari lapangan terbang ke santuari turut disediakan setiap hari dengan caj minimum. Maklumat lanjut di www.cws.org.au.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan