Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Sabtu, 6 April 2013

Mancini kesal jual Balotelli

Manchester: Pengurus Manchester City Roberto Mancini percaya kekurangan gol dan pemergian penyerang licik Mario Balotelli ke AC Milan Januari lalu menjejaskan misi mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris.

City di tangga kedua, ketinggalan 15 mata berbanding Manchester United yang ditentang di Old Trafford, awal pagi Selasa dan Mancini minggu lalu akur perlumbaan merebut kejuaraan sudah berakhir.

“Mario menjaringkan 15 gol musim lalu. Inilah perbezaannya, jaringan kami tidak membawa sebarang makna,” katanya.

Balotelli, penyerang Itali yang sentiasa diperhatikan Mancini kerana perangai peliknya, melakukan hantaran kepada Sergio Aguero untuk menjaringkan gol pada masa kecederaan hari terakhir musim lalu untuk City mengatasi United dengan perbezaan gol dan muncul juara.

City menjaringkan 93 gol liga musim ini. Selepas 30 perlawanan, mereka menjaringkan 55 gol berbanding 72 pada peringkat sama musim lalu.

“Kami menjaringkan kurang 20 gol berbanding tahun lalu. Itu saja perbezaannya.
“Kami bolos dengan jaringan yang sama, kami mempunyai pertahanan terbaik, hanya kehilangan gol seperti ini. Kami berdepan banyak kecederaan, kehilangan Sergio, kehilangan Mario,” katanya merujuk kepada Aguero yang tidak dapat beraksi pada awal musim dan turut mengalami kecederaan lain.

Mancini turut berkata, buruan gelaran sudah berakhir tetapi menganggap jurang besar United bukan gambaran sebenar prestasi musim ini.

“Kami tidak sepatutnya ketinggalan 15 mata. Meskipun United bermain dengan baik dan menang banyak perlawanan dan berhak berada di puncak tetapi bukannya dengan kelebihan 15 mata.” - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan