Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Sabtu, 6 April 2013

Musim bertuah


Manchester: Pengurus Manchester United Alex Ferguson menganggap andai berjaya melaksanakan misi merampas kejuaraan daripada Manchester City, musim ini dianggap penuh gemilang buat United.

Namun Ferguson menolak andaian kekalahan kepada Real Madrid dan Chelsea pada aksi Liga Juara-Juara dan Piala FA bakal melenyapkan sinar kejayaan mereka merangkul gelaran liga musim ini.

Mungkin kedudukan mereka di puncak liga ketika ini menyebabkan pengkritik menganggap musim in berakhir dengan hambar bagi Red Devils tetapi bagi Ferguson, beliau mengetahui perjalanan sukar untuk mereka bergelar juara liga ini.

Biarpun Pengurus City Roberto Mancini menganggap pasukannya sudah tidak mungkin mampu mempertahankan gelaran dimenangi musim lalu, Ferguson tetap bertekad memenangi pertemuan setempat antara Manchester pagi Selasa ini bagi melebarkan jurang kepada 18 mata dengan baki tujuh perlawanan.

“Saya ditanya mengenai hanya menjuarai satu trofi. Bagi saya soalan seperti ini pelik kerana kami perlu bertemu pasukan hebat seperti Arsenal, Tottenham dan Chelsea selain Liverpool dan Everton.

“Cabaran liga yang kami hadapi amat sengit setiap tahun. Hanya satu impian penyokong semua kelab, memenangi trofi liga. Tahun ini, saya percaya kami mampu memenangi trofi yang paling bermakna buat penyokong kelab ini.

“Ya, saya ingin menjuarai Liga Juara-Juara sekali lagi tapi kami tersingkir dalam senario penuh kontroversi. Kekecewaan akibat kekalahan di tangan Chelsea begitu ketara tetapi prestasi pada aksi liga amat konsisten.” Sementara itu Nemanja Vidic masih belum pasti dapat diturunkan pada perlawanan itu selepas kapten kelab itu mengalami kecederaan paha dalam perlawanan menentang Sunderland hujung minggu lalu, begitu juga dengan Jonny Evans.

“Vidic cedera di Sunderland,” kata Ferguson. “Sebelum itu dia terlebih dulu dirawat selepas berlanggar dengan pemain lawan dan kemudian berlanggar dengan David De Gea pada hujung perlawanan. “Ia tidak serius, hanya kesakitan di betis dan dia mungkin kembali berlatih hujung minggu ini.

“Saya memiliki Rio Ferdinand, Chris Smalling dan Phil Jones dan masih ada pengganti yang sesuai.” - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan