Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Isnin, 8 April 2013

15 perkara tentang ABPBH 2012..

Malam tadi layan ABPBH dengan budak2 rumah je, walaupun ade member awal2 dah mimpi sampai ke bintang. Aku suka tengok ABP ni sebab aku suka main teka-teka sapa yang menang dan masa ni jugak kita akan tau artis mana yang paling femes sebab anugerah ni untuk mereka yang popular bukan yang terbaik so kalau tak berapa best berlakon @ menyanyi tapi femes, tetap boleh menang jugak..


Yang best & yang tak best..

Penonton yang dok tepi stage tu yang terjerit-jerit macam kena histeria panggil nama artis tu mencacatkan suasana lah. Kenapa lah dorang buat macam tu..huh!!

Tema Ledakan Geometri tu mesti buat artis & pereka baju pening nak pakai baju camane, tu pasal ada yang pakai baju kotak2 macam baju tido tu...nama artis tetttt....biarlah rahsia...heheh

Penyampai yang kaku dan tanya soalan2 standard macam "Awak apa khabar? Cantik baju? Lama tak jumpa awak.." urghh bosannn...

Pemenang yang gelabah pastu cakap "tak sangka saya menang, speechless sangat..bla..bla..bla tapi last sekali lupa nak cakap terima kasih kat pengundi2 & peminat.

Nasib baik Aaron tak menang Anugerah Bintang Popular sebab bosan lah kalau dia menang lagi..dia dapat pelakon tv paling popular tu ok lah sebab cite Adam & Hawa pun meletop kan..rating naik. Next year bagi Adi Putra la pulak eh..

Bagi aku Jozan memang best tapi lagi bagus kalau Johan yang menang anugerah pelakon Komedi tu sebab dia lagi versatile, boleh buat macam2..tapi tulah peminat Zizan lagi rajin nak mengundi, peminat Johan rajin gelak je..hahah

Artis yang paling banyak menang anugerah adalah Zizan sebenarnya...hohoho

Paknil pengacara apa eh tahun lepas?? Lupa lak. Ingat dah bersara tapi rezeki dapat balik trofi Pengacara paling popular tu..tahniah paknil.

Ingat Yuna yang menang sebab aku peminat Yuna dan Najwa tapi Shila pun ok jugak.

Hafiz memang dalam target aku selain Aizat, tapi kalau Abg Nuar tercalon mesti dia yang menang kan..hehe

Kakak Fear Factor punya dressing...wow!!! Lady Gaga sangat..

Time Zarul perform, aku terus berangan masa zaman sekolah dulu. Sedap lagi sore dia kan, kenapa tak penah jumpa dia masa aku kat admin dulu? dia pakai uniform kerja mesti lagi ensem kowt..

Yang paling BEST bila Johan perform parodi lagu Sayang tu memang terbaiklah...lawak ke derr, kalah budak youtube tu..haha

Calon top 5 yang dapat undian paling tinggi adalah Aaron, Zizan, Sam, Neelofa dan sapa lagi sorang aku lupa lak..huhu.


Tapi yang super duper best ofcos la si SAM tu sebab dapat keta ni...untunglaa!!


#secara keseluruhan..aku bagi jula-juli bintang tiga..  ^ ^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan