Kota Bharu: Kelab Pemilik Produa Viva Myvi Kelantan (VMG Group) teruja membawa ‘kain rentang semangat gergasi’ berukuran hampir 25 meter yang diberikan oleh penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat untuk digantung di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dengan Johor Darul Takzim (DT), malam ini.
Setiausaha VMG Group, Nor Wan Azley Mohamed, 37, berkata, kain rentang bertulis ‘This Is Pantai Timur Kekalkan Piala FA Di Bumi Kelantan’ itu berikan Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek tiga hari lalu.
Katanya, kain rentang itu dibawa ketika konvoi 50 kenderaan dari ahli VMG Group yang bertolak semalam.
“Ini kali pertama kita menerima amanah daripada pemain. Jika tugas pemain adalah memastikan kemenangan, penyokong pula menjanjikan sokongan padu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan