Kuala Lumpur: Sebanyak 20,000 tiket menyaksikan perlawanan final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil habis ‘disambar’ peminat dalam tempoh tidak sampai tiga jam, semalam.
Jualan tiket terbabit sebahagian tiket diperuntukkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) buat peminat Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Kuala Lumpur.
Dalam tinjauan Arena Metro semalam, suasana di depan empat kaunter tiket sedikit tegang apabila diserbu ribuan penyokong sebaik kaunter mula dibuka jam 9 pagi, hingga jam 12 tengah hari.
Ada antara mereka berkampung di luar stadium sejak jam 2 pagi beratur panjang hampir 500 meter untuk memastikan tidak terlepas mendapat tiket. Meskipun terdapat sedikit kekecohan dan berlaku tolak-menolak sewaktu beratur membeli tiket namun kehadiran Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis menghalang sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Malah, ada beberapa penyokong hilang sabar turut memanjat pagar penghalang masuk ke stadium dalam cubaan mendapatkan tiket.
Tinjauan juga mendapati kehadiran beberapa ulat tiket mengambil kesempatan menjual tinggi pada harga lebih tinggi. Ulat tiket terbabit menawarkan tiket pada harga RM80, RM100 dan RM150 berbanding harga asal RM40.
PEMINAT bola sepak gembira selepas peroleh tiket final.
Seorang peminat, Fauzi Nawi dari Kota Bharu berkata, dia terkilan
kerana tidak mendapat tiket perlawanan itu walaupun menunggu dari jam 6
pagi.“Saya mahu membeli tiket tetapi diberitahu tiket sudah kehabisan. Ada seseorang cuba menjual tiket berharga RM150! kepada saya tetapi membuat keputusan melihat final menerusi televisyen di rumah saudara di Puchong. Saya tidak mampu mendapatkan dua tiket ditawarkan ulat terbabit kerana harganya melambung lebih tinggi daripada harga asal,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan