Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Sabtu, 29 Jun 2013

Polis awasi pemain, pegawai

Oleh Muhammad Apendy Issahak

Kuala Lumpur: “Sebaik saja sah dua pasukan itu layak ke perlawanan akhir kami mula mengawasi mereka, baik pemain mahupun pegawai,” kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman Datuk Abd Jalil Hassan.

Beliau berkata demikian kepada Harian Metro ketika ditanya usaha polis untuk memastikan perlawanan akhir bola sepak Piala FA di antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) malam ini, bersih daripada pengaruh sindiket perjudian bola sepak.

Tanpa mendedahkan bagaimana pengawasan dilakukan terhadap pemain dan pegawai dua pasukan itu, Abd Jalil berkata pihaknya bertindak demikian kerana menyedari sindiket judi bola sepak berkemungkinan besar akan cuba mengatur perlawanan berprofil tinggi itu.

“Konco sindiket judi bola sepak atau bookie pasti akan cuba mendekati pemain atau pegawai kedua-dua pasukan itu. Jadi, kami awal-awal lagi sudah mengatur pegawai dan anggota bagi memantau pegerakan mereka di beberapa lokasi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Foto ANGGOTA polis mengawal sekitar kaunter penjualan tiket final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Menurutnya, pemantauan tidak sekadar terhad kepada pemain serta pegawai pasukan Kelantan dan JDT, tapi turut dilakukan di lokasi yang menjadi tumpuan peminat bola menonton perlawanan akhir itu seperti restoran dan kedai mamak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan