Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Isnin, 24 Jun 2013

Senarai Sekolah Yang Ditutup Akibat Jerebu Bermula 24 Jun 2013

on 24 June 2013
 
 5
 55 736
Senarai Sekolah Yang Ditutup Akibat Jerebu Bermula 24 Jun 2013 | Informasi terkini mengenai keadaan jerebu yang melanda Malaysia terutama sekali di Johor, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Port Dickson dan Kuantan di mana beberapa buah sekolah terpaksa ditutup akibat jerebu yang melanda.

Senarai Sekolah Yang Ditutup Akibat Jerebu Bermula 24 Jun 2013

Hanya sekolah rendah dan menengah serta tadika yang berada dikawasan IPU di tahap bahaya sahaja yang akan ditutup. Hal ini berikutan untuk memastikan kesihatan pelajar terjamin memandangkan jerebu boleh menyebabkan kesesakan nafas dan mata berair. Sekolah akan dibuka semula apabila bacaan IPU pulih dan ada penurunan.

Senarai Sekolah Yang Ditutup Akibat Jerebu


Kawasan
Ringkasan Laporan
Kuala Lumpur / 
Putrajaya & Selangor
Semua sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur 
akan ditutup berikutan kualiti udara yang 
semakin buruk akibat jerebu.
Port Dickson
Datuk Seri Mohammad Hasan mengumumkan 
semua sekolah, tabika dan tadika di daerah 
Port Dickson ditutup berikutan peningkatan 
Indeks Pencemaran Udara hampir mencecah 300.
Melaka
Kesemua 313 buah sekolah menengah dan rendah 
di seluruh Melaka diarah tutup berikutan 
Indeks Pencemaran Udara (IPU)  di tahap bahaya.

Selain itu, institusi prasekolah termasuk 
Tadika Perpaduan, Kemas dan di bawah 
kendalian Jabatan Agama Islam Melaka 
serta milik swasta diarah tutup.
Kuantan
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob 
mengarahkan semua sekolah di daerah ini dan 
kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup.
Johor
Arahan bercuti sejak Jumaat lalu bagi 117 
buah sekolah di Kluang dan 175 buah sekolah 
di Batu Pahat yang membabitkan 134,872 pelajar 
masih belum ditarik balik.

Sementara itu, sebanyak 110 buah sekolah 
membabitkan 39,681 pelajar di Segamat menjadi 
daerah terbaru di Johor yang ditutup (Isnin) apabila 
IPU mencecah 400.

Turut ditutup ialah 211 buah sekolah di Muar 
dan Ledang yang diisytiharkan kawasan darurat 
apabila IPU mencecah diparas bahaya.

Bagaimanapun, semua 300 buah sekolah rendah 
dan menengah di Kota Tinggi, Pontian dan 
Pasir Gudang yang ditutup sejak Khamis lalu 
akibat jerebu mula dibuka semula pada Isnin selepas 
IPU mencatatkan bacaan  yang bertambah baik.

Difahamkan penutupan operasi sekolah turut meliputi guru dan petugas lain di sekolah berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan