Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Sabtu, 29 Jun 2013

Conteng demi TRW



Kota Bharu: Demi menunjukkan sokongan kepada Kelantan, kira-kira 30 ahli Kelab Penyokong Peniaga Wakaf Che Yeh sanggup menconteng muka dengan tema warna The Red Warriors (TRW).
Ahli kelab, Nik Pahani Nik Lodin, 38 berkata, setiap kali Kelantan memasuki perlawanan akhir, ahli kelab tidak pernah ketinggalan menconteng muka sebagai simbolik sokongan kepada pasukan kesayangan.

Peniaga yang berasal dari Pasir Mas itu berkata, hari perlawanan yang dinantikan sudah tiba dan menaikkan semangat peniaga pasar berkenaan untuk memberi sokongan padu kepada Kelantan mempertahankan Piala FA.
“Tidak kira piala apa asalkan perlawanan akhir, peniaga di sini akan memeriahkan suasana dengan menconteng muka dengan warna merah dan putih sesuai dengan tema TRW sebagai tanda sokongan.

“Peniaga teruja menunggu hari perlawanan dan memberi sokongan padu kepada Kelantan. Kami harap Piala FA dapat dikekalkan di negeri ini lagi musim ini,” katanya.

Seorang lagi ahli kelab, Yusnita Yunus, 30, berkata, sebagai tanda sokongan, dia membawa anak kembarnya, Farhan Alway, 11, dan Farah Alway, 11, untuk menyertai pesta conteng muka itu.
Peniaga kain yang berasal dari Tanah Merah itu berkata, dia tidak mahu ketinggalan merasai suasana meriah bersama anak kembarnya itu sempena perlawanan akhir Piala FA yang dinantikan seluruh penduduk negeri ini.

“Saya tidak mahu ketinggalan untuk memeriahkan suasana setiap kali Kelantan berjaya ke perlawanan akhir. Melalui cara ini kami boleh memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan,” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan