Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Sabtu, 29 Jun 2013

Fandi yakin cipta kejutan

Kuala Lumpur: Jurulatih pasukan Johor Darul Takzim (DT), Fandi Ahmad yakin anak-anak buahnya akan membuat kejutan mengatasi Kelantan pada final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Dalam nada serius, beliau hanya akan memilih pemain pemain benar-benar cergas dan memberikan komitmen 100 peratus menghadapi skuad The Red Warriors diletakkan selaku pilihan.

“Saya masih belum menyenaraikan kesebelasan terbaik untuk perlawanan esok (hari ini). Prestasi pemain akan dinilai pada sesi latihan hari ini (semalam).

“Bagi saya, ini final Piala FA adalah pertarungan dan komitmen 100 peratus menjadi keutamaan. Misi kami hadir ke Bukit Jalil adalah untuk bergelar juara. Kami akan membuat kejutan dan mempamer permainan menarik menentang Kelantan,” katanya pada sidang media latihan dan perjumpaan pengurus pasukan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Johor DT melangkah ke final Piala FA untuk julung kali selepas mengatasi Pahang dengan agregat 2-2 pada separuh akhir. Johor DT mara sekalipun tewas perlawanan kedua 2-1 kepada skuad Tok Gajah tetapi mara dengan kelebihan gol di tempat lawan apabila menang perlawanan pertama 1-0 di tempat sendiri.

Fandi sempat berseloroh dengan wakil media apabila mengangkat dan menjulang piala itu untuk mengetahui ‘berapa’ berat piala yang menjadi rebutan itu.

Fandi berkata, malam ini akan dilalui dengan begitu bersejarah dalam kariernya sebagai pemain dan jurulatih kerana tidak pernah beraksi pada mana-mana final Piala FA sebelum ini.

“Zaman saya tiada pertandingan Piala FA kecuali Piala Malaysia dan Piala Liga. Ia satu pengalaman baru buat saya dan sudah tentu saya mahu pemain Johor DT menjadikan kejayaan itu hadiah terbaik kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ).

“Bagi saya, pasukan sekarang akan bangkit kembali seperti mana mereka mengharungi perlawanan sukar peringkat awal bermula daripada menentang Perak, Kedah, Selangor dan Pahang. Pasukan ini pasti sekali lagi akan mempamerkan kualiti sebenar dibuktikan sebelum ini dan menunjukkan kualiti tinggi mereka sebagai sebuah pasukan yang akan bangkit melawan.

“Tiada tempat untuk pemain sekadar memberikan komitmen 60-70 peratus. Kami bermain satu pasukan, prinsip pasukan serta disiplin diutamakan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan