Ada di antara mereka yang sanggup datang ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin iaitu tempat mereka berkumpul sebelum berangkat, seawal 6 pagi untuk menyertai konvoi tiga bas bagi menyaksikan perlawanan bersejarah itu.
Difahamkan kesemua penyokong terbabit membayar sebanyak RM110 seorang kepada pihak penganjur bagi segala urusan tiket perlawanan serta pengangkutan ke Bukit Jalil.
Penganjur program, Mohd. Syafiq Zarif Zainuddin yang tiba di stadium tersebut pada pukul 11 pagi cuba menenangkan para penyokong bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini berlaku.
Dia datang ke pekarangan stadium untuk menguruskan perjalanan segala perkara berkaitan pengangkutan tetapi tidak menjangka perkara seperti itu berlaku.
"Sepatutnya mereka pergi menaiki tiga buah bas iaitu dua bas penuh dan sebuah bas lagi akan memuatkan separuh daripada mereka tapi bas yang dijanjikan tidak sampai. Saya memohon maaf kepada semua yang terlibat di dalam insiden ini," katanya.
Dia kemudiannya memulangkan semula kesemua wang para penyokong yang terlibat. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan