Tiga
pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan
bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan
prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah, kata Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.
"Semua dokumen dan maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang diteliti... kami iaitu Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pertahanan akan adakan mesyuarat dengan pihak peguam negara untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.
"Saya tidak berhajat untuk menamakan individu terlibat iaitu dua dari semenanjung dan seorang dari Sabah sebab saya tidak mahu berlakunya satu keadaan prasangka atau prejudis bila kes ini dibawa ke mahkamah," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja pertama ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di ibu negara, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau mengulas kenyataan Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee semalam, yang mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.
Sebelum ini, Ahmad Zahid ketika menjadi Menteri Pertahanan berkata kementeriannya telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.
Ahmad Zahid juga sebelum ini dipetik sebagai berkata, masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut adalah selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.
-Bernama

CPs:
Tragedi ini bagi CPs nampak benar berkait rapat dengan PRU13, CPs tak berani menuduh pihak mana yang menangguk di air keruh tetap rakyat jelata pasti dapat mengecamnya. Bolehkah orang berperang siap dengan kereta kebal; jet perjuang pun musuh negara dengan senjata canggih; yang terkorban bukan sedikit = di pihak lawan juga musuh negara. TIBA-TIBA bila pilihan raya boleh senyap sepi. Macam main aci tak aci pula.
Kini macam sudah berakhir perang ini; sedangkan yang menjadi korban; warisnya di pihak perwira negara pun di pihak musuh sana; apakah sekadar biasa-biasa.
Pasti semakin ramai akan mengatakan ini cuma satu yang terancang demi mendapatkan kuasa menjelang PRU. (Mendapatkan kuasa bermaksud; di pihak BN juga PR... siapa lebih disyaki rakyat jelata? Apa ada kuasa luar lain yang menjadi dalang?)
- Sabtu Ahad · Pengulas Tertinggi · UKM(Kej Awm)menjadikan lahad datu hikayat seribu satu malam.....pengorbanan nyawa manusie dibayar dengan wang ringgit yang tak seberape......usah ulangi bende2 yang tak boleh ditup pade akhirnye.....ia tetap terbongkar!
- Zainal Abidin Zakaria · Pengulas Tertinggi · Management DegreeKlu xnak dedah ok. Tp kenapa x tangkap dulu mereka2 yg disyaki tu? Baru dakwa dimahkamah. Ini kes jenayah berprofail tinggi dn blh dianggap memerangi Yg Dipertuan Agung. Klu skdr nk saman itu mcm kes x byr hutang jer..aku heran jugak dgn kenyataan Zahid ni...
- J-Jay Extawau · Goverment High School di Kuala Lumpur, Malaysiahaha... dua dr semenanjung satu dr sabah .. satu dr semenanjung tu tak lain tak bukan anwar lg kot .. sian nuar...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan