Akhbar
Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulannya dalam
pernyataan pembelaan menyatakan berita yang mengaitkan Ketua Pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pencerobohan bersenjata di Sabah,
dilaporkan akhbar itu berdasarkan laporan perisikan pihak keselamatan
Malaysia dan Filipina serta media antarabangsa.
Utusan dan Ketua Pengarang Kumpulan Datuk Abdul Aziz Ishak juga menjelaskan bahawa akhbar itu merupakan akhbar arus perdana yang menyalurkan maklumat dan pengetahuan kepada pembaca, serta defendan mempunyai obligasi dari segi moral dan undang-undang seperti mana dilaporkan.
Selain itu, peristiwa pencerobohan di Lahad Datu merupakan isu kepentingan awam yang wajar dikongsi dengan masyarakat negara ini.
Kedua-dua defendan juga menyatakan bahawa plaintif tidak mematuhi kehendak Aturan 18 Kaedah 12(1A) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, iaitu kuantiti apa-apa tuntutan bagi ganti rugi am tidak boleh dinyatakan.
Defendan mendakwa motif plaintif memfail saman fitnah ialah untuk kepentingan politik dan bukannya untuk membersihkan nama beliau.
Anwar, 65, memfail saman fitnah menuntut RM100 juta pada 8 Mac lalu dengan menamakan Utusan dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan sebagai defendan pertama dan kedua, diikuti TV3 dan Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima Berhad Datuk Shaharudin Latif sebagai defendan ketiga dan keempat.
Sementara itu Pengarang Berita Buletin Utama Ing Boon Seng dinamakan sebagai defendan terakhir.
Defendan ketiga hingga lima dalam pernyataan pembelaan pula berkata program berita yang disiarkannya berdasarkan fakta-fakta yang boleh dipercayai dan dilaporkan demi kepentingan umum serta berniat baik.
Ketiga-tiga defendan berkenaan meminta mahkamah agar menolak tuntutan plaintif atas alasan beliau tidak berhak kepada sebarang remedi atau relif sepertimana yang dituntutnya.
Dalam perkembangan berkaitan Hakim Rosilah Yeop menetapkan perbicaraan kes itu selama tiga hari, bermula 9 Dis depan.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan