Posted on Tuesday, March 05 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: rozmal
"Syaitan gemar dengan perpecahan dan kemusnahan manusia seperti janjinya di depan Allah SWT untuk melakukan apa juga tindakan yang memusnahkan kehidupan manusia. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya untuk melalaikan manusia.
Oleh itu, ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya.
Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti perjalanan darah.
Biasanya
syaitan menyampaikan bisikan jahat supaya manusia melanggar segala
arahan Allah SWT. Syaitan sentiasa membisikkan kata-kata ‘manis’ yang
bersifat menghasut kepada manusia. Matlamatnya adalah untuk mencipta
permusuhan dan kebencian semasa manusia.
Allah
berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan bermaksud untuk
menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu.” (Surah Al-Maidah,
ayat 91)
Firman
Allah SWT: “Hasutlah siapa yang dapat kamu (syaitan) hasut di antara
mereka (manusia) dengan suaramu. Seranglah mereka dengan pasukanmu yang
berkuda dan berjalan kaki. Dan jadikanlah mereka sekutumu dalam kekayaan
harta dan anak-anak. Berilah mereka janji-janji. Dan tidaklah yang
dijanjikan kepada manusia oleh syaitan melainkan tipu belaka.” (Surah
al-Isra', ayat 64)
Dari
sahabat bernama Jabir, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya iblis
putus asa terhadap orang yang solat tetapi ia mampu memecah-belahkan
perpaduan mereka.” (Riwayat Imam Bukhari)
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan