Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Ahad, 18 November 2012

'Orang boleh cakap apa saja'



PEMAIN skuad kebangsaan membantu nelayan menarik pukat menjelang Piala  Suzuki AFF minggu depan  di Pulau Pangkor, semalam. - Foto Farhan Najib 
 
 PEMAIN skuad kebangsaan membantu nelayan menarik pukat menjelang Piala Suzuki AFF minggu depan di Pulau Pangkor, semalam. - Foto Farhan Najib
 
Pangkor: Pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal tidak menghiraukan kecaman dan kritikan dilemparkan terhadapnya berikutan prestasi hambar anak buahnya menjelang sepak mula kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 di Bukit Jalil, mulai Ahad depan.

Sebaliknya Rajagobal tetap menumpukan sepenuh perhatian terhadap perjuangan anak buahnya mempertahankan piala dimenangi dua tahun lalu.

Biarlah apa orang nak kata dan cakap, saya tetap memberi tumpuan penuh kepada misi mempertahankan gelaran. Saya yakin anak buah saya akan memberi persembahan terbaik apabila kejohanan bermula nanti.

Hentikanlah tindakan menghukum pasukan sebelum sempat mereka bertanding dalam kejohanan sebenar, katanya ketika ditemui di Pulau Pangkor Beach Resort, semalam.

Jurulatih itu menyelar tindakan segelintir pihak yang pada pendapatnya hanya gemar mengkritik tetapi tidak memberi sumbangan ke arah pembangunan bola sepak negara.

Walaupun jurulatih berusia 56 tahun itu mengakui pencapaian anak buahnya dalam perlawanan persahabatan setakat ini kurang memberangsangkan, ia tidak boleh dijadikan penyebab menghentam pasukan.

Inilah pemain yang melakarkan kejayaan gemilang muncul juara Sukan SEA dan kemudian memenangi Piala Suzuki AFF selepas 14 tahun, katanya.

Mengenai kedatangan ke Pulau Pangkor, Rajagobal berkata ia bukan kerana hendak lari daripada sebarang tekanan sebaliknya bertujuan memberi peluang merehatkan minda dan motivasi kepada pemain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan