Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Ahad, 25 November 2012

‘Kami dah beri kelonggaran’

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap dengan pendirian tidak membenarkan peniaga di Bazar Larut Malam (Uptown) Danau Kota Setapak berniaga pada setiap Isnin dan Selasa, meskipun pada cuti sekolah.

Timbalan Pengarah (Pembangunan Sosio Ekonomi) DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata, keputusan itu dibuat berikutan rungutan penduduk yang mahu bazar terbabit dipindahkan ke tempat lain.

“Kami sudah beri kelonggaran sebelum ini iaitu peniaga boleh meneruskan perniagaan kecuali pada Isnin dan Selasa, sedangkan permintaan penduduk mahukan bazar itu dipindahkan terus dari lokasi berkenaan.
“Namun mereka (peniaga) memohon melanjutkan tempoh perniagaan setiap hari sempena cuti sekolah, kami tidak luluskan kerana mengambil kira kepentingan penduduk,” katanya selepas majlis penutup Pertandingan Akhir Kejohanan Futsal Piala Pusingan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Kejohanan Bola Jaring Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur di PPR Kerinchi, semalam. Mohd Amin Nordin juga berkata, DBKL mengenal pasti lokasi sesuai bagi memindahkan peniaga ini supaya mereka boleh meneruskan perniagaan setiap hari tanpa mengganggu kawasan penduduk.

“Tapak baru itu akan memberi kepuasan kepada peniaga dan menyelesaikan masalah penduduk di Danau Kota yang mendakwa bazar terbabit mengganggu keselesaan mereka sejak beroperasi tujuh tahun lalu,” katanya. — Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan