18 February 2013
Posted by mantaro on Monday, February 18, 2013
0
comments
MANILA: Pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah
minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan
tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan berkenaan
pada Ahad berhubung insiden yang berlaku.
Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20
penembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun
mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan kerajaan
Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina.
"Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami)
"Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan
dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami,” katanya kepada
pemberita di Manila.
Kesultanan Islam yang berpangkalan di Selatan Filipina pernah mentakluki
Borneo dan menerima pampasan nominal tahunan dari Malaysia di bawah
satu perjanjian lama kerana memiliki Sabah.
Kiram berkata beliau memutuskan untuk menghantar kumpulan pengikutnya ke
Sabah selepas kesultanan itu dipinggirkan dalam satu rangka kerja
perjanjian yang ditamatkan pada Oktober antara Manila dan kumpulan
pemberontak Islam di selatan Filipina.
Perjanjian itu membuka jalan perdamaian di selatan Filipina yang
merupakan rumah kepada kumpulan minoriti masyarakat Islam dan sebahagian
besar orang Kristian.
Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani kemudian berkata adik kepada
sultan, Raja Muda Abimuddin Kiram, yang mengetuai kumpulan ke Sabah
telah menyatakan kepada beliau melalui telefon bahawa mereka akan
tinggal di sana.
"Objektif untuk tinggal di Sabah adalah untuk selama-lamanya, dengan
mengambilkira hak kedaulatan kami ke atas Sabah," katanya kepada AFP.
Idjirani berkata terdapat kira-kira 400 pengikut Kesultanan Sulu, termasuk 20 orang yang membawa senjata.
Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
berkata jumlah mereka yang bersenjata adalah 80 hingga 100 orang.
Idjirani berkata kumpulan berkenaan tidak akan bertindak ganas namun mereka akan menentang jika ada provokasi.
"Kami mengiktiraf keupayaan Malaysia. Kami tidak mempunyai senjata dan
keupayaan namun kami mempunyai kebenaran sejarah," katanya sambil
menambah bahawa kumpulan itu 'sanggup mati demi mempertahankan hak nenek
moyang mereka'.
Idjirani berkata pembantu kanan Presiden Benigno Aquino telah
menghubungi sultan dan mereka sedia menghantar surat kepada kerajaan
Malaysia bagi pihaknya dalam urusan perundingan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan