GE kata DAP tak perlu adakan pemilihan semula
DAP
tidak akan mengadakan pemilihan semula untuk mengesahkan keputusan
pemilihan parti itu baru-baru ini, kerana versi yang diperbetulkan,
telah diaudit dan disahkan oleh akauntan bertauliah bebas, kata
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.
"Bagaimanapun, jika terdapat
banyak permintaan dari cawangan atau pemimpin negeri, kita akan
menimbangkannya - kita adalah sebuah parti yang demokratik," kata Lim,
yang juga ketua menteri Pulau Pinang dalam satu sidang akhbar hari ini.
"Mereka
mesti membuatnya secara bertulis dan kami akan mengendalikan perkara
itu secara dalaman. Mereka tidak perlu melakukannya dengan pergi kepada
media BN dan mengulangi pendirian BN berhubung perkara itu.
"Sehingga
kini, kita tidak menerima apa-apa secara bertulis. Apa yang kita ada
hanyalah laporan dalam akhbar-akhbar yang dikawal BN," tegas beliau.
Lim
menjawab soalan mengenai sepuluh ahli akar umbi - yang diketuai oleh K
Yogasigamany dari Taman Chi Liung Indah - yang semalam menuntut diadakan
pemilihan semula bagi mengembalikan integriti dan keyakinan awam kepada
parti itu.
Yogasigamy berkata jika DAP gagal membuat pengiraan
semula, maka persepsi awam bahawa berlaku "penipuan dan manipulasi"
sewaktu pemilihan DAP untuk memilih pemimpin Melayu, akan berterusan dan
menjejaskan reputasi parti itu.
Kontroversi itu timbul apabila
DAP mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam pengiraan undi dan
pelbagai pihak percaya bahawa ia dibuat bagi membolehkan calon Melayu
tersenarai sebagai anggota CEC parti itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan