Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Khamis, 24 Januari 2013

Bahagia sayang kucing

 Susunan Siti Salmiah A Hamid



Sebagaimana namanya, Siglinda Scarpa umpama datang dari dunia lain dan bukannya Itali, negara kelahirannya. Tetapi hanya di situlah kita boleh mendengar haiwan bercakap dan saling berinteraksi sesama mereka.

Scarpa, 72, tinggal di rumah kayu bercat biru lembut, di kawasan hutan terbuka yang dikelilingi pokok oak dan pokok pine.


Beranda di tingkat dua pula diliputi rimbunan pokok ‘lady bank rose’, ‘carolina jasmine’ dan ‘wisteria’ yang menghiasi rumah itu umpama di dalam buku cerita kanak-kanak.

Masyarakat sekitar singgah di sini untuk mengambil kucing dari Goathouse Refuge, tempat perlindu­ngan haiwan yang dijalankan Scarpa.

Ada juga datang membeli tembikar atau seramik yang terpamer di bilik pameran tingkat satu rumah aneh ini. Barangan seni seperti kepi­ngan abstrak, periuk tanah liat dengan penutup berupa katak atau articok serta cang­kir teh yang berupa muka kucing.

Namun, kucing sebenar mudah ditemui berkeliaran di rumah itu.

Si Putih seperti burung hantu salji duduk berehat sambil menghadap hutan. Ada yang sedang berjalan di kalangan sekumpulan anjing yang sedang enak berjemur di bawah matahari. Selebihnya, berada di atas pagar sambil merenung kumpulan burung yang datang dan pergi dari kawasan itu.

Scarpa, wanita kecil yang tingginya lima kaki dan berbadan kurus, rambut beruban terikat pada wajahnya yang bulat, muncul dari anjung tangga sambil memerhatikan dua anjingnya.

Tingkat atas di bahagian dapur, kelihatan lebih banyak kucing berehat di atas meja dan kerusi, tidur di bawah dapur kayu atau sofa serta bersantai dalam mangkuk kayu besar diukir daripada pokok oak yang tumbang.

Meskipun ketika musim sejuk, 42 kucing dan tujuh anjing bebas berkeliaran di dalam dan di luar rumah menerusi tingkap dan pintu yang terbuka malah bauan harum pokok pine sungguh menyenangkan.

Kurator Muzium Gregg di Universiti North Carolina, Roger Manley menggelar wanita ini sebagai ‘Mother Teresa haiwan’.

“Suasana di rumahnya begitu tenang dan tenteram seperti spa kucing,” ujarnya.

Ia juga adalah syurga bagi burung yang terbang, keluar dan masuk dari bekas makanan berbentuk rumah yang digantung di antara pokok. Dengan skrin yang dibuat bagi menghalang bijian burung jatuh ke tanah. Cara itu berkesan untuk mengelak burung terbang ke tanah seterusnya di makan kucing.

Seekor kucing gebu dan sihat sedang menunggu di bawah pokok, berharap ada burung yang akan terbang ke tanah.

Ia adalah anak kucing yang hampir lemas ketika musim ribut dulu seterusnya mengubah perjalanan hidup Scarpa sewaktu usianya tujuh tahun.

“Ketika itu, saya fikir saya adalah autistik, tetapi mereka tidak mempunyai nama untuk itu.

“Saya berasa orang ramai tidak melihat saya, mereka bercakap tetapi bukan dengan saya,” katanya sewaktu meng­ingati kisah lalu.

Pada satu malam sewaktu dia hendak tidur, bapa memberikan dia seekor kucing belang.

“Dia mengangkat selimut dan meletakkan haiwan yang kesejukan itu ke dada saya. Saya memeluk anak kucing itu dengan penuh kasih sayang. Ia memenuhi kesunyian saya selama ini malah saya memahami semua yang dia (kucing) mahu dan dia faham kata-kata saya,” ujarnya.

Itu adalah detik pertama Scarpa berbual dengan kucingnya, “Saya perlu jelaskan pada ibu apa yang kucing itu katakan.”

Meskipun tidak pernah ke sekolah, Scarpa melatih dirinya sendiri sebagai artis seramik ketika usianya 16 tahun. Menjelang 1970-an, Scarpa sudah mengajar di studionya sendiri di Rome.

Beliau berpindah ke New York dan mengajar di Greenwich House Pottery di Manhattan dan Garrison Art Center di Putnam County.

Menurutnya, cuaca yang terlalu sejuk di Garrison menyebabkan dia mudah sakit dan letih dengan kehidupan di bandar.

Sewaktu lawatan ke Central North Carolina pada 1955, dia jatuh cinta dengan masyarakat dan iklim yang nyaman umpama berada di Itali.

Setahun kemudian dia kembali dan tinggal di hutan bersama kambing, kandang dan rumah seperti bangsal yang kini diubah sebagai tempat tinggalnya.

Dinamakan Goathouse Refuge sempena beberapa ekor kambing yang diterimanya sewaktu dia membeli hartanah itu. Ia menjadikannya tempat perlindungan kucing dengan sangkar percuma agar haiwan itu bebas.

Berita mengenai si penyayang kucing ini mula tersebar luas. Sekumpulan penyelamat menghantar enam kucing dari New Orleans selepas Taufan Katrina manakala sekumpulan lagi di New York meminta dia mengambil 19 kucing apabila pemiliknya meninggal dunia.

Scarpa memulakan pertubuhan bukan berasas keuntungan dan mengumpul dana untuk menyokong perkembangan populasi kucing.

Kini, belliau mempunyai lima kakitangan dan 15 sukarelawan termasuk juruteknik dan doktor haiwan yang bekerja untuk mengurangkan perbelanjaan lebih daripada 250 kucing yang menunggu untuk dibela.

Doktor haiwan, Dr Bonnie Ammerman yang memiliki beberapa periuk dan karya seni Scarpa berkata, dia kagum dengan usaha Scarpa yang menyediakan tempat perlindungan haiwan meskipun kekurangan bantuan.

“Dia berjaya mewujudkan kehidupan harmoni sesama spesies burung, kucing, anjing dan arnab dan mereka mampu tinggal dengan selamat”, ujarnya.

Scarpa mengambil kebanyakan kucing dari pelbagai pusat perlindungan haiwan tetapi ada hadnya.

Persoalan siapa yang akan mengambil tugas dan tanggungjawab sekiranya dia tidak lagi mampu menjaga haiwannya. Masih adakah manusia yang memahami keperitan haiwan tanpa perlindungan.

Scarpa tahu setiap nama kucing dan cerita di sebaliknya serta kucing yang baru sampai ke pusat itu.

Rosa mempunyai masalah asma dan memerlukan ubat, Walter baru pulih daripada pembedahan mulut dan Tigger yang pekak bersifat tidak amanah.

“Alex diselamatkan dari dibunuh di tempat perlindungan, bersembunyi di bawah selimut dan kesedihan dapat dilihat pada matanya.

“Sesetengah daripada mereka berasa sedih apabila keluarga meninggal dan saya memaksa mereka makan atau mereka akan mati,” katanya.

Gibson pula ditemui berpeluk dalam kesejukan di sebelah pemuzik yang menyayanginya tetapi pemuzik itu meninggal dunia di dalam treler.

“Apabila muzik berkumandang, Gibson akan berlari ke arah radio di anjung belakang,” kata Scarpa.

Doktor haiwan dan bekas ketua di Jabatan Pengurusan Sumber dan Kesihatan Haiwan Ladang di North Carolina, Dr James Flyod pernah dipanggil untuk merawat kambing yang sakit. Dia turut membantu Scarpa mengendalikan ayam yang mempunyai tumor dan kakinya terpaksa dipotong.

“Saya tidak pernah memotong kaki ayam. Ayam yang diberi nama Coccolona itu tinggal selama 18 bulan di studio Scarpa,” katanya.

Katanya, jika meninggal dunia, beliau mahu dikebumikan di bawah pokok oak, bersama-sama haiwan yang ditanam di situ.

“Ini adalah rumah saya, anak-anak saya,” katanya dengan penuh senyuman. - NY Times.

Kelemahan seorang isteri

Oleh Syanty Octavia Amry

Wanita masa kini dapat kita lihat mampu melakukan kerja-kerja setaraf dengan golongan lelaki hingga ada segelintir mereka merasakan diri cukup hebat dan sempurna.

Namun dalam kesempurnaan yang dirasakan, mereka terlupa kekurangan yang dimiliki boleh memberi kesan besar dalam kehidupan terutama bagi wanita yang sudah berkahwin.

Bagi wanita berkerjaya yang sudah berkahwin, mereka pasti ingin tampil sempurna di mata masyarakat dan tanpa mereka sedari banyak berlaku kepincangan dalam rumah tangga apatah lagi membabitkan soal perhubungan sehingga terabainya kasih sayang seorang isteri kepada suami.

Apabila pasangan sibuk dengan kerja pastinya masing-masing tidak mempunyai masa untuk bersama yang kadang kala membuatkan suami rasa terasing dan mula mencari wanita lain untuk meluahkan rasa.

Dalam usaha memperbaiki kelemahan itu ada wanita yang terlupa bahawa apa yang diinginkan suami sebenarnya adalah belaian dan tanggungjawab dalam menguruskan rumah tangga dan bukan hanya kepentingan diri semata-mata.

Inilah yang dipaparkan dalam telemovie Pujaan Hati terbitan OVM Holdings Sdn Bhd iaitu kelemahan seorang isteri yang harus diperbaiki dan dijadikan tatapan masyarakat seperti yang kerap terjadi dalam kehidupan seharian kala ini.

Walaupun kisah ini tidak berniat menyalahkan sesiapa namun ia memberi manfaat kepada pasangan yang baru atau sudah berkahwin dalam menyelesaikan masalah rumah tangga yang berlaku.

Telemovie yang akan disiarkan di saluran TV AlHijrah pada 1 Februari ini, biarpun kelihatan biasa saja jalan ceritanya tetapi penyampaiannya pasti memberi kesan mendalam dan perlu dijadikan iktibar dalam mempertahankan keharmonian rumah tangga.

Dibintangi pelakon seperti Dira Abu Zahar, Sharifah Shahira dan Eja, Pujaan Hati mengisahkan masalah rumah tangga yang dialami oleh Maria dan Kartini yang merasakan kelemahan diri akibat rupa paras yang semakin tidak berseri di samping fizikal sudah tidak menarik lagi menyebabkan rumah tangga mereka tidak aman.

Dalam usaha merealisasikan impian masing-masing untuk memikat hati suami, mereka turut tercabar dengan kehadiran seorang wanita iaitu Aisya, yang menjadi kegilaan suami masing-masing.

Walaupun Aisya tidak mempunyai kemewahan seperti mereka, masing-masing tercari apakah keistimewaan yang dimiliki oleh wanita berkenaan sehingga dia dilayan seperti permaisuri sedangkan mereka tidak.

Bermulalah konflik di antara mereka bertiga sehinggalah akhirnya Maria dan Kartini akur bahawa Aisya memang seorang wanita yang istimewa kerana begitu bijak menggunakan peranan diri dengan menyatakan kebahagiaan rumah tangga bermula daripada hati dan bukan kebendaan semata-mata.

Selain itu, isteri perlulah sentiasa bertolak ansur dan berkongsi idea dan minat dengan suami. Paling utama Aisya menyatakan segala perkara yang hendak dilakukan perlulah mengutamakan suami terlebih dulu.

Jangan menyimpan perasaan syak wasangka kepada suami. Biarpun Maria dan Kartini merasakan apa yang diberitahu oleh Aisya adalah perkara biasa lantas Aisya menegaskan perkara biasa itulah yang jarang dan mula diabaikan oleh seorang isteri disebabkan perasaan ego yang mengekang semuanya dari terlaksana.

Sejak itu, masing-masing berazam untuk berubah dan mengakui kebenaran kata-kata Aisya.

Bawani: Saya berani kerana benar


 
Pelajar jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia, KS Bawani berkata ibunya kini bimbang dengan keselamatan dirinya selepas video konfrontrasi beliau dengan Pengerusi NGO Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin mendapat perhatian luas.

Bawani, 27, berkata beliau bagaimanapun memberitahu ibunya supaya tidak bimbang kerana beliau mendapat sokongan ramai.

NONE"Sebenarnya, saya rasa mak saya paling takut. Mak saya beritahu, 'berhati-hati tau, jangan-jangan ada orang nak tembak awak'. Dia takut. Dia ada beritahu (kepada saya).

"Selepas hari kedua, bila (video itu) dah meletup, (ibu kata) saya takut ni, (kalau) ada orang tembak kamu. Saya beritahu, saya rasa saya tak buat apa-apa salah, jadi saya tak perlu takut.

"Dan ramai sedang bersama saya untuk memperjuangkan apa yang benar," katanya aktivis NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Katanya, sekiranya perkara tidak diingini benar-benar berlaku ke atasnya, beliau hanya akan menghadapinya dengan senyuman kerana percaya bahawa beliau bertindak dengan betul "demi menegakkan keadilan".

Bawani menganggap dirinya sebagai orang biasa dan bukannya hero walaupun video berkenaan mendapat perhatian meluas.

Dengan merendah diri, beliau berkata ramai lagi individu lain dengan perjuangan yang berlipat kali ganda lebih besar daripadanya.

NONE"Saya bukan hero. Saya menyuarakan pandangan saya, dan jangan pandang saya di langit. Saya mahu bersama rakyat di bawah. Saya tak takut, saya tak buat salah. (Saya) berani kerana benar," tegasnya.

Menceritakan mengenai latarbelakangnya, Bawani berkata beliau terlibat dengan aktivisme dalam kemasyarakatan sewaktu menuntut dalam jurusan psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2005 hingga 2008.

Katanya, sewaktu berada di unverisiti, beliau aktif menyertai program kemasyarakatan seperti bertemu dengan penduduk ladang dan kampung serta peneroka bandar.

"Saya memutuskan untuk membantu orang, jadi saya belajar psikologi dahulu untuk mengetahui dan mendalami perasaan dan tindak tanduk manusia bagi menyelesaikan sesuatu masalah mereka," katanya.

Selepas graduasi dan mahu terus terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan, Bawani bekerja sepenuh masa dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) membantu tugas setiausaha agung yang kini disandang oleh S Arutchelvan, tambahnya.
Tak minat jadi calon
Menurutnya, sewaktu bekerja di PSM, beliau memohon untuk menyambung pengajian dalam bidang ijazah sarjana dalam bidang Klinikal Psikologi di UKM pada Disember 2008, bagaimanapun gagal dalam temuramah yang diadakan.

NONEDitanya sama ada beliau berminat secara langsung dalam politik atau menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang, Bawani berkata beliau belum menjadi ahli PSM dan tidak berminat menjadi calon pilihan raya akan datang.

"Saya rasa saya tidak ada apa-apa rancangan untuk bertanding, tapi saya akan meneruskan perjuangan saya. (Biar) masa depan akan menetukan segala-galanya.

"Saya sentiasa menyokong PSM. Saya rasa perti politik yang memperjuangkan fahaman ideologi saya adalam PSM," katanya yang bercita-cita menjadi peguam hak asasi.

Bawani berkata beliau menjadikan pemimpin gerila Bolivia Che Guevara sebagai idolanya kerana mengagumi perjuangan tokoh itu yang berjuang bersama rakyat sewaktu masih muda.

"Semua orang tahu beliau berasal dari Cuba yang berfahaman sosialis, yang mementingkan kesamarataan. Tidak ada kaya atau miskin. Semua sama rata... Itu prinsip yang sama minat iaitu perjuangan ideologi kesamarataan iaitu sosialis," katanya yang mula mengenali idola dan perjuangan Che sejak 2005.

Katana, beliau turut menonton filem yang berkaitan tokoh pejuang gerila itu seperti 'The Motocycle Diaries' (2004) arahan Walter Salles dan 'Che' (2008) arahan Steven Soderbergh.

Sharifah: Video diolah demi sokongan pada pembangkang


10:24AM Jan 21 2013  
Presiden NGO Suara Wanita 1Malaysia Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin mendakwa video yang memaparkan pertembungannya dengan aktivis KS Bawani dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia diolah untuk mendapatkan sokongan emosi kepada parti pembangkang.

NONE"Taktik licik ini berjaya membiakkan tindakan yang amat kejam – mengutuk, membenci, sungguh kejam dengan memalukan dan mengejek seorang wanita yang tidak bersalah.

"Maka mereka gagal melihat bahawa isu berkenaan hanyalah masalah komunikasi di antara dua pihak (wanita muda di dalam video tersebut dan juga saya)," katanya dalam video tersebut.

Sharifah dalam kenyataan berbahasa Inggeris itu seterusnya meminta maaf kepada rakyat Malaysia.
Beliau antara lainnya memberi alasan, "Fenomena listen" itu sengaja dicetuskan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Selain itu, beliau juga meminta maaf kerana video berkenaan menyebabkan rakyat Malaysia marah dan menyerang beliau secara peribadi.

Beliau juga memohon maaf kepada para pelajar di Malaysia yang didakwanya dimanipulasi dalam isu tersebut.

Kajian UM: Pakatan hanya 5% di belakang BN


 
Pakatan Rakyat hanya ketinggalan lima peratus di belakang BN dalam persaingan untuk meraih undi popular dalam pilihan raya, menurut satu tinjauan yang dijalankan di semenanjung Malaysia.
Tinjauan ke atas 1,409 responden oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan BN mempunyai peluang 42 peratus untuk mengekalkan Putrajaya, manakala Pakatan mendapat 37 peratus peluang – dengan 21 peratus lagi "tidak pasti".

Ia juga menyatakan bahawa populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini pada tahap 54 peratus.

Seorang pegawai UMCEDEL Prof Mohd Redzuan Othman bagaimanapun memberi amaran, BN akan lebih terjejas sekiranya ia terus menangguhkan pilihan raya.

Menurutnya, terdapat 21 peratus yang masih belum membuat keputusan ketika kajiselidik itu dijalankan. Mereka masih tidak pasti siapa yang akan menawan Putrajaya.

"Bagaimanapun, kita tahu kecenderungannya, tetapi kita tidak boleh mendedahkannya di sini," kata Mohd Redzuan.

KJ: Nasruddin iri hati PM disambut warga Palestin


 
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan tidak sepatutnya memperlekeh lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin bagi memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin membebaskan negara mereka daripada Israel.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata Nasrudin sebenarnya iri hati kerana lawatan Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa rakyat Palestin dan pemimpin Hamas.

Beliau berkata Nasrudin sepatutnya mengetepikan kepentingan politik dengan memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri kerana lawatan itu menunjukkan rakyat negara ini sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.

"Sikapnya itu amat tidak matang apabila mencampurkan soal politik dalam negara dengan perjuangan kemanusiaan bagi membebaskan bumi Palestin dan rakyatnya yang dizalimi Israel sejak puluhan tahun lalu," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua Pemuda Umno Pahang dalam siri lawatan kerjanya bagi meninjau persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 di Temerloh hari ini.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nasrudin dalam blognya yang mencemuh lawatan Perdana Menteri ke Gaza dengan perkataan kesat.

Dalam perkembangan lain, Khairy malahirkan rasa hairan dengan sikap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kekal dengan pendirian membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Katanya Anwar sepatutnya tidak menunjukkan sikap percanggahan dengan keputusan Majlis Syura PAS pada 13 Jan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

"Kenyataan bercanggah antara PAS dan Anwar menyebabkan umat Islam terutamanya mereka yang tidak berparti merasa kecewa dan PAS sepatutnya perlu memikirkan semula kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata Pemuda Umno akan memberi tumpuan untuk menawan pengundi muda yang masih tidak mempunyai parti dan akan mengundi kali pertama pada pilihan raya umum akan datang bagi menyokong BN.

Beliau berkata Pemuda Umno akan memberi fokus memikat 40 peratus pengundi muda atas pagar daripada keseluruhan pengundi muda semua kaum di seluruh negara.

Sehubungan itu, katanya, jentera pilihan raya pemuda BN perlu mendekati seramai mungkin pengundi muda dengan menggunakan rangkaian media sosial seperti Facebook dan Twitter.

"Selain menggunakan hujah berfakta, Pemuda BN perlu berkempen 24 jam menerusi akses media sosial terutamanya bagi mengesan mereka yang berada di luar kawasan serta melalui aktiviti sukan, masjid, ceramah, kebajikan dan sebagainya," katanya.

Khairy berkata sokongan golongan muda terhadap BN dan kepimpinan Najib semakin meningkat setiap hari.

"Walaupun kita berpuas hati terhadap respons yang ditunjukkan oleh pengundi muda, namun kita akan terus tingkatkan lagi sokongan golongan itu kepada BN," katanya.

- Bernama

Najib jawab dakwaan presiden Palestin


 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata lawatan beliau ke Gaza semalam adalah lawatan kemanusiaan dan bukan mahu campur tangan dalam urusan dalaman Palestin.

Sekaligus lawatan itu mempamerkan sokongan yang cukup kuat daripada rakyat dan kerajaan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin termasuk di Gaza yang mendapat tekanan hebat daripada keganasan Israel selama lapan hari pada November tahun lepas.

Keganasan yang dilakukan oleh Israel di Gaza amat menyayat hati rakyat Malaysia dan dengan perkembangan terkini yang melibatkan rakyat Malaysia dalam menghulurkan bantuan, Najib berkata adalah amat wajar beliau melawat wilayah Palestin itu bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan mereka.

Najib berkata demikian dalam sidang akhbar di hari terakhir lawatan kerja tiga hari beliau di Mesir yang bermula Isnin lepas sebelum berangkat menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Najib juga berkata lawatan semalam memberi peluang kepada beliau menyatakan sokongan kepada Fatah dan Hamas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan secepat mungkin.

Kewujudan kerajaan perpaduan antara Fatah dan Hamas penting bagi rakyat Palestin iaitu pra-syarat untuk mereka mendapatkan kejayaan yang diidam-idamkan dalam perjuangan mereka, katanya.

"Saya telah tegaskan kepada (Perdana Menteri Palestin) Ismail Haniyeh dan saya ulangi dengan (Presiden Mesir Mohamed) Morsi dalam pertemuan malam tadi supaya Mesir menjadi broker atau orang tengah," katanya.

Najib berkata Morsi telah menetapkan jadual untuk dua pihak iaitu Fatah dan Hamas untuk meneruskan rundingan sehingga dapat menubuhkan kerajaan perpaduan dalam masa terdekat dan Morsi optimis mengenai rundingan itu.

Ditanya mengenai dakwaan Presiden Palestin Mahmoud Abbas tidak senang hati dengan lawatan beliau, Najib berkata mungkin ada salah faham tetapi beliau telah menjelaskan kepada wakil Fatah bahawa isu terkini Palestin ialah mengenai penderitaan rakyat di Gaza bukannya Tebing Barat.

"Saya tidak dapat lawat Ramallah (Tebing Barat yang dikuasai Fatah) yang ruang udaranya di bawah kawalan Israel dan Israel tidak akan memberikan kebenaran melainkan kita ada hubungan diplomatik dengan Israel,"  katanya.

Najib berkata rancangan asal beliau untuk melawat kedua-duanya, Tebing Barat dan Gaza, tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana sekatan yang sedia ada di Tebing Barat.

Justeru, Najib berkata lawatan beliau ke Gaza jangan disalah tafsir di mana  ia tidak memberikan kelebihan dan kekurangan kepada Hamas mahupun Fatah,  sebaliknya Malaysia menggesa kerajaan perpaduan yang dianggotai Hamas dan Fatah menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

Najib juga berkata kerajaan perpaduan di Palestin adalah amat penting supaya keputusan pilihan raya Israel yang berlangsung semalam dikhuatiri akan membentuk kerajaan yang mengamalkan dasar yang lebih keras terhadap Palestin.

Beliau juga berkata isu Palestin amat dekat di hati beliau di mana semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran dan Pertahanan beliau sendiri telah menaja dua kanak-kanak Palestin.

- Bernama

ADUN dakwa Umno guna PBT untuk tanah murah


 
Kerajaan negeri Selangor hari ini mendedahkan satu lagi dakwaan skandal tanah murah melibatkan Umno, dengan dakwaan bahawa parti berkenaan menggunakan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk mempercepatkan kelulusan tanah.
Pengerusi satu jawatankuasa kerajaan negeri berhubung tanah dan pejabat daerah Ng Suee Lim mendakwa Umno bahagian Kota Raja dan MBSA membuat permohonan bersama untuk tanah seluas tujuh ekar itu pada 2006,  kononnya untuk membina kompleks sukan dan rekreasi serta pusat masyarakat.

Seramai 11 orang pemohon lagi merupakan pemaju persendirian yang didakwanya berhasrat untuk menggunakan tanah berkenaan bagi projek komersial dan kediaman.

Jawatankuasa Tanah Daerah Klang, yang bertanggungjawab ke atas tanah berkenaan di Seksyen 25, Shah Alam, mengesyorkan agar empat ekar diberikan kepada MBSA dan tiga lagi kepada Umno bahagian pada harga pasaran, dakwa Ng.

Bagaimanapun, pengagihan milikan itu dipinda apabila majlis kerajaan negeri yang dipengerusikan menteri besar pada masa itu Dr Mohd Khir Toyo, bertemu untuk meluluskan permohonan tanah berkenaan, dakwanya.

Dakwanya, Umno kemudiannya mendapat empat ekar dan MBSA tiga ekar.

Ng juga mendakwa bahawa Umno Kota Raja hanya perlu membayar premium tanah serendah RM1,000, walaupun tanah di kawasan tersebut dianggarkan bernilai RM700,000 seekar.

Permohonan untuk mendapatkan kebenaran merancang tanah itu kemudiannya menyatakan cadangan pembinaan apartmen dan lot kedai, serta dewan kecil untuk MBSA, dakwanya.

Lim yang juga ADUN Sekinchan, mendakwa ini merupakan kes paling "hangat" yang dibangkitkannya setakat ini kerana ia menunjukkan bahawa Umno menggunakan pihak berkuasa tempatan untuk kepentingan parti.

Khamis, 10 Januari 2013

Pampasan RM207b: Nizar akan mohon penjelasan MOF


 
Ahli parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata beliau akan menghantar surat kepada Kementerian Kewangan memohon penjelasan berhubung wang pampasan RM207bilion kepada warga Malaya yang menjadi buruh paksa pembinaan 'Landasan Keretapi Maut' Siam-Burma 1942-1946.

Katanya lagi, tujuan beliau menulis surat itu untuk mendapatkan penjelasan mengapa kementerian tidak menjawab pertanyaan beliau berhubung wang pampasan itu, sewaktu membangkitkannya di Dewan Rakyat, November lalu.

NONEBercakap dalam sidang media di ibu negara semalam, beliau berkata tindakan itu dibuat selepas dicadangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim sewaktu pertemuan mereka pada sidang parlimen lalu.

Mohammad Nizar bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci bila akan menghantar surat tersebut dan menegaskan "dalam proses untuk menghantarnya".

"Kalau dia (kementerian) terus membisu, kerajaan tidak peka dengan rakyat yang terpaksa menanggung penderitaan, di mana ramai  mereka masih lagi hidup.

"Dan kerajaan tidak bersimpati dengan waris-waris mereka, yang mana arwah ayah dan datuk mereka berkhidmat kepada kerajaan Malaysia dan Jepun ketika itu. Tetapi ia tidak dinilaikan. Itu intepretasi saya," katanya.

Mohammad Nizar berkata tindakan tidak menyerah wang tersebut, menjadi "satu kesalahan dan bertentangan dengan budi bicara serta nilai kemanusiaan".

"Ini bukan wang kita, ini adalah wang darah. Wang darah ini perlu diselesaikan. Kalau tidak, nanti mereka akan menuntut di dunia dan di akhirat. Sebab itu kita kena bertanggungjawab," katanya.

Mohammad Nizar turut mengingatkan bahawa jumlah rakyat Malaya yang dikerahkan membina landasan tersebut ialah 72,000, tetapi yang pulang ke tanahair seramai 30,000 sahaja.

Bagaimanapun, beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata mangsa atau waris belum menerima apa-apa daripada wang pampasan tersebut.

Pada November lalu, Mohamad Nizar dilapor membangkitkan berhubung pampasan tersebut dalam Dewan Rakyat tetapi kerajaan tidak memberi respons  mengenainya.

Ekoran itu, beliau mengadakan pertemuan dengan kedutaan Jepun di Malaysia memohon penjelasan berhubung wang pampasan tersebut.

LGE kata DAP tak perlu adakan pemilihan semula

GE kata DAP tak perlu adakan pemilihan semula
 
DAP tidak akan mengadakan pemilihan semula untuk mengesahkan keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini, kerana versi yang diperbetulkan, telah diaudit dan disahkan oleh akauntan bertauliah bebas, kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

"Bagaimanapun, jika terdapat banyak permintaan dari cawangan atau pemimpin negeri, kita akan menimbangkannya - kita adalah sebuah parti yang demokratik," kata Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang dalam satu sidang akhbar hari ini.

NONE"Mereka mesti membuatnya secara bertulis dan kami akan mengendalikan perkara itu secara dalaman. Mereka tidak perlu melakukannya dengan pergi kepada media BN dan mengulangi pendirian BN berhubung perkara itu.

"Sehingga kini, kita tidak menerima apa-apa secara bertulis. Apa yang kita ada hanyalah laporan dalam akhbar-akhbar yang dikawal BN," tegas beliau.

Lim menjawab soalan mengenai sepuluh ahli akar umbi - yang diketuai oleh K Yogasigamany dari Taman Chi Liung Indah - yang semalam menuntut diadakan pemilihan semula bagi mengembalikan integriti dan keyakinan awam kepada parti itu.

Yogasigamy berkata jika DAP gagal membuat pengiraan semula, maka persepsi awam bahawa berlaku "penipuan dan manipulasi" sewaktu pemilihan DAP untuk memilih pemimpin Melayu, akan berterusan dan menjejaskan reputasi parti itu.
Kontroversi itu timbul apabila DAP mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam pengiraan undi  dan pelbagai pihak percaya bahawa ia dibuat bagi membolehkan calon Melayu tersenarai sebagai anggota CEC parti itu.