Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Ahad, 2 Disember 2012

Pelakon gagal lagi sekat penyiaran filem anti-Islam

LOS ANGELES 1 Dis.

- Pelakon wanita yang mendakwa dirinya diperdaya untuk berlakon dalam filem anti-Islam Innocence of Muslims yang mencetuskan bantahan ganas di dunia Arab, sekali lagi gagal dalam cubaannya untuk menyekat penyiaran filem itu di YouTube, semalam.
Hakim Mahkamah Daerah Santa Clara, California, Michael Fitzgerald menolak permohonan Cindy Lee Garcia untuk mengeluarkan filem selama 13 minit itu dari laman web perkongsian video tersebut selepas memutuskan wanita itu tidak dapat membuktikan berlakunya pelanggaran hak cipta seperti yang didakwanya.
Fitzgerald juga membatalkan perbicaraan yang ditetapkan pada Isnin ini bagi mendengar hujah lisan berhubung dakwaan Garcia.
Peguam Garcia, Cris Armente memberitahu Reuters bahawa beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.
September lalu, pelakon itu menyaman YouTube, Google Inc. serta penerbit filem tersebut, Nakoula Basseley Nakoula kerana menipunya sehingga membuatkannya percaya filem yang dibintanginya itu adalah mengenai zaman purba Mesir dan kerana penyiarannya di YouTube. - Reuters

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan