Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Ahad, 2 Disember 2012

Empat pelajar kolej didakwa bunuh pensyarah, bapa

23/03/2012 3:25pm

PETALING JAYA 23 Mac – Empat pelajar kolej swasta didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan membunuh seorang pensyarah dan bapanya.

Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20; Mohamad Sharafe Matt Noh, 19; Azizi Aizat Ibrahim, 20; dan Muhamad Safwan Muhamad, 20, didakwa secara bersama melakukan kesalahan itu terhadap Zara Eleena Omar Peter, 23, di rumah nombor 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, kira-kira 1.30 pagi hingga 2.30 pagi pada 9 Mac lalu.


Mereka juga didakwa melakukan kesalahan sama terhadap Omar Peter Abdullah, 56, di tempat yang sama pada kira-kira 11.30 malam, 8 Mac hingga 1.30 pagi, 9 Mac.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan 23 April untuk sebutan sebelum kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. – BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd

iDAN: Pelik zaman kini apa tak kena dengan anak-anak ini sampai sanggup bunuh ayah sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan