Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Jumaat, 28 Disember 2012

12 Tips Malam Pertama Dalam Islam

Malam pengantin bagi pasangan suami isteri hendaklah penuh dengan suasana kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam yang menghubungkan suami dengan isterinya dengan tali kasih sayang dan cinta serta menjadikan isterinya merasa tenang dengannya.

Berikut adalah beberapa adab yang diajar oleh ajaran Islam untuk membentuk kehidupan baru, semoga bermanfaat :

Kebenaran niat

Hendaklah niat suami isteri untuk menikah adalah untuk menjaga kehormatannya, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Tiga orang yang memiliki hak atas Allah menolong mereka : seorang yang berjihad dijalan Allah, seorang budak (berada didalam perjanjian antara dirinya dengan tuannya) yang menginginkan penunaian dan seorang menikah yang ingin menjaga kehormatannya. ” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim dari hadits Abu Hurairoh)

Berhias dan mempercantik diri.

Hendaknya seorang isteri mempercantikkan dirinya dengan apa-apa yang dibolehkan Allah swt. Pada dasarnya hal ini dibolehkan kecuali terhadap apa-apa yang diharamkan oleh dalil seperti mencabuti alis dan bulu diantara keduanya atau mengeroknya, menyambung rambut dengan rambut lain, mentato, mengikir gigi agar lebih cantik. Diharamkan baginya juga mengenakan pakaian yang diharamkan baik pada malam pengantin maupun di luar malam itu. Diperbolehkan baginya menghiasi dirinya dengan emas dan perak sebagaimana biasa dikenakan kaum wanita.
Begitu juga dengan si suami hendaknya memperhiaskan dirinya untuk isterinya kerana hal ini merupakan bahagian dari menggaulinya dengan cara yang baik. Firman Allah swt :

“ Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. ” (QS. Al Baqoroh : 228)

Namun demikian hendaknya upaya menghias diri ini tetap di dalam batasan-batasan yang dibenarkan. Tidak dibolehkan baginya mengenakan cincin emas kecuali perak. Tidak dibolehkan baginya mencukur jenggot, memanjangkan pakaiannya hingga ke tanah, mengenakan sutera kecuali tehadap apa-apa yang dikecualikan syariat.

Lemah lembut terhadap isterinya saat menggaulinya

Diriwayatkan oleh Ahmad didalam al Musnad dari Asma binti Yazid bin as Sakan berkata, ” Aku pernah merias Aisyah untuk Rasulullah saw lalu aku mendatangi beliau saw dan mengajaknya untuk melihat kecantikan Aisyah. Beliau saw pun mendatanginya dengan membawa segelas susu lalu beliau meminumnya dan memberikannya kepada Aisyah maka Aisyah pun menundukkan kepalanya kerana malu. Asma berkata,”Maka aku menegurnya. ” Dan aku katakan kepadanya, ” Ambillah (minuman itu) dari tangan Nabi saw. ” Asma berkata, ” Maka Aisyah pun mengambilnya lalu meminumnya sedikit. ”

Mendoakan isterinya.

Hendaklah suami meletakkan tangannya di kening isterinya dan mengatakan seperti yang disabdakan Rasulullah saw,

” Apabila seorang dari kalian menikah dengan seorang wanita atau membeli seorang pembantu maka hendaklah memegang keningnya lalu menyebut nama Allah azza wa jalla dan berdoa memohon keberkahan dengan mengatakan : Allahumma Innii Asaluka Min Khoiriha wa Khoiri Ma Jabaltaha Alaihi. Wa Audzu bika Min Syarri wa Syarri Ma Jabaltaha Alaih — Wahai Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan dari apa yang Engkau berikan kepadanya serta Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau berikan kepadanya.. ”

Melaksanakan solat dua rakaat

Diriwayatkan Ibnu Syaibah dari Ibnu Masud, dia mengatakan kepada Abi Huraiz,”Perintahkan dia untuk solat dua rakaat di belakang (suaminya) dan berdoa, ” Allahumma Barik Lii fii Ahlii dan Barik Lahum fii. Allahummajma’ Bainanaa Ma Jama’ta bi Khoirin wa Farriq Bainana idza Farroqta bi Khoirin—Wahai Allah berkahilah aku didalam keluargaku dan berkatilah mereka didalam diriku. Wahai Allah satukanlah kami dengan kebaikan dan pisahkanlah kami jika Engkau menghendaki (kami) berpisah dengan kebaikan juga. ”

Apa yang dikatakan ketika melakukan jima’ atau saat menggauli isterinya.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Nabi saw bersabda, ” Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka hendaklah dia berdoa,”Allahumma Jannibna asy Syaithon wa Jannib asy Syaithon Ma Rozaqtana - Wahai Allah jauhilah kami dari setan dan jauhilah setan dari apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami - sesungguhnya Allah Maha Mampu memberikan buat mereka berdua seorang anak yang tidak boleh dicelakai setan selamanya. ”

Diharamkan baginya menyiarkan hal-hal yang rahsia di antara suami isteri

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Asma binti Yazid yang saat itu duduk dekat Rasulullah saw bersama dengan kaum laki-laki dan wanita lalu beliau saw bersabda, ” Boleh jadi seorang laki-laki menceritakan apa yang dilakukannya dengan isterinya dan boleh jadi seorang istri menceritakan apa yang dilakukannya dengan suaminya.” Maka mereka pun terdiam. Lalu aku bertanya, ” Demi Allah wahai Rasulullah sesungguhnya kaum wanita melakukan hal itu begitu juga dengan kaum laki-laki mereka pun melakukannya.” Beliau saw bersabda,”Janganlah kalian melakukannya. Sesungguhnya hal itu bagaikan setan laki-laki berhubungan dengan setan perempuan di jalan lalu (setan laki-laki) menutupi (setan perempuan) sementara orang-orang menyaksikannya.

Berwudhu diantara dua jima’ meskipun mandi adalah lebih utama

Apabila seorang suami menggauli isterinya lalu dia ingin kembali mengulanginya maka yang paling utama baginya adalah berwudhu sehingga dapat mengembalikan tenaganya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Said al Khudriy berkata, ” Rasulullah saw bersabda,’Apabila seorang dari kalian menggauli isterinya kemudian dia ingin mengulanginya lagi maka berwudhulah di antara kedua (jima) itu. ”

Didalam sebuah riwayat, ” Seperti wudhu hendak solat. ” (HR. Muslim) Abu Naim menambahkan,” Sesungguhnya hal itu akan mengembalikan tenaganya.”

Mandi lebih utama, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud dari Rafi’ bahwa Nabi saw mengelilingi para isterinya dan mandi ketika (hendak menggauli) isteri yang ini dan juga dengan yang isteri ini. Dia berkata, ” Aku bertanya kepadanya,’Wahai Rasulullah apakah tidak cukup hanya dengan sekali mandi?’ beliau saw menjawab,”Ini lebih suci. Lebih wangi dan lebih bersih. ”

Sebaik-baiknya bagi orang yang ingin tidur dalam keadaan junub hendaknya berwudhu dengan wudhu seperti untuk solat terlebih dahulu, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Ibnu Umar bahwa Umar berkata,” Wahai Rasulullah apakah seorang dari kami tidur sementara dia dalam keadaan junub?’ beliau saw menjawab,”Ya, hendaklah dia berwudhu.” Di dalam sebuah riwayat,” Berwudhu dan cucilah kemaluanmu lalu tidurlah. ”

Wudhu ini merupakan sebuah anjuran dan bukan sebuah kewajiban, sebagaimana diriwayatkan oleh Umar ketika bertanya kepada Rasul saw, ” Apakah seorang dari kami tidur sementara dirinya junub?” beliau saw menjawab,”Ya dan hendaklah dirinya berwudhu jika mau. ”. Diriwayatkan oleh Ashabus Sunan dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw pernah tidur dalam keadaan junub tanpa menyentuh air hingga dia terbangun setelah itu dan mandi. ”

Dibolehkan pula untuk bertayammum, sebagaimana diriwayatkan oleh Baihaqi dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw jika dirinya junub dan hendak tidur maka dia berwudhu atau bertayammum. ”

Mandi berduaan

Dibolehkan bagi suami isteri untuk mandi secara bersama-sama dalam satu wadah, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Aisyah berkata,” Aku mandi bersama Rasulullah saw dari satu wadah antara diriku dengan dirinya. Tangan kami saling bergantian berebutan sehingga aku mengatakan, ” tinggalkan (sedikit air) buatku, tinggalkan buatku.” Dia berkata, ” Mereka berdua dalam keadaan junub. ”

Dari hadith diatas maka diperbolehkan keduanya telanjang dan saling melihat aurat satu dengan yang lainnya. Didalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Muawiyah bin Haidah berkata,” Aku berkata,’Wahai Rasulullah. Apa yang dibolehkan dan dilarang dari aurat kami?’ beliau menjawab,”Jagalah auratmu kecuali terhadap istri atau budakmu. ” Maka dibolehkan bagi salah seorang dari pasangan suami isteri untuk melihat seluruh badan pasangannya dan menyentuhnya hingga kemaluannya berdasarkan hadith ini, kerana kemaluan adalah tempat kenikmatan maka dibolehkan melihat dan menyentuhnya seperti bahagian tubuh lainnya.

Bersenda gurau dengan isteri

Dibolehkan bersenda gurau dan bermain-main dengan isterinya di tempat tidur, sebagaimana sabdanya saw : ”Mengapa bukan dengan gadis maka engkau boleh bermain-main dengannya dan dia boleh bermain-main denganmu. ” (HR. Bukhori dan Muslim) dan didalam riwayat Muslim,”Engkau akan bahagia dengannya dan dia pula akan bahagia denganmu.”

Diantara senda gurau dan mempergaulinya dengan baik adalah ciuman suami walaupun bukan untuk jima’. Rasulullah saw mencium dan menyentuh isteri-isterinya meskipun mereka dalam keadaan haidh atau beliau mencium dan menyentuhnya meski beliau sedang dalam keadaan puasa.

Sebagaimana terdapat didalam ash Shahihain dan lainnya dari Aisyah dan Maimunah bahkan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Aisyah berkata, ” Nabi saw mencium sebahagian isteri-isterinya kemudian beliau keluar menuju solat dan tidak berwudhu lagi. ” Ini sebagai dalil bahwa mencium istri tidaklah membatalkan wudhu.

Dibolehkan ‘Azal

Dibolehkan bagi seorang suami untuk melakukan ‘azal iaitu mengeluarkan air maninya di luar kemaluan isterinya, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata, ” Kami melakukan ‘azal sementara al Qur’an masih turun.” Di dalam sebuah riwayat, ” Kami melakukan ‘azal pada masa Rasulullah saw dan hal ini sampai kepada Nabi saw dan beliau saw tidaklah melarangnya. ”

Meskipun demikian yang paling utama adalah meninggalkan ‘azl kerana hal itu dapat mengurangi kenikmatan baginya dan bagi isterinya dan kerana hal itu juga dapat menghilangkan tujuan dari pernikahan iaitu memperbanyakkan keturunan umat ini, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Nikahilah oleh kalian (wanita-wanita) yang dapat mendatangkan anak lagi mendatangkan kasih sayang. Sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya (jumlah) kalian di hadapan semua umat pada hari kiamat. ”

Akan tetapi tidak diperbolehkan bagi seorang muslim melakukan ‘azal selamanya kerana dapat membatasi dan mencegah keturunan…..

Mengunjungi kerabat pada pagi harinya


Dianjurkan baginya pada pagi harinya untuk mengunjungi kaum kerabatnya yang telah memenuhi undangannya..

Berdasarkan hadith Anas berkata, ” Rasulullah saw mengadakan pesta saat menikah dengan Zainab. Kaum muslimin dikenyangkan dengan roti dan daging. Kemudian beliau saw keluar menemui ibu-ibu kaum mukminin (isteri-isterinya saw) dan mengucapkan salam kepada mereka, mendoakan mereka dan mereka pun menyambut salamnya dan mendoakannya, beliau lakukan itu pada pagi hari setelah malam pengantinnya.”

*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan.... -iluvislam

Rabu, 19 Disember 2012

Detik ABPBH Raja Azura

19 December 2012 @ 6:31PM

Sejak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 1993 hinggalah sekarang, namanya tidak pernah gagal dicalonkan. Meskipun acap kali dirinya pulang dengan tangan kosong, namun disenaraikan sebagai finalis sudah cukup membanggakan pengacara, pelakon dan penyampai radio ini.

Bergelar antara personaliti yang paling kerap dan paling lama dicalonkan sebagai finalis ABPBH, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 40, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Engku bersyukur kerana sehingga ke hari ini, popularitinya dalam bidang seni agak terjamin.
Lebih membuatkan dirinya terharu, dia pernah dicalonkan dalam pelbagai kategori, daripada Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon Pembantu Filem Wanita Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Pengacara TV Wanita Popular hinggalah kepada kategori Penyampai Radio Wanita Popular.


Bukan sekadar itu, Kak Engku juga sudah lapan tahun menghulurkan khidmatnya sebagai pengacara ABPBH. Bersilih ganti pasangan, Kak Engku pernah digandingkan dengan Anita Sarawak, Rosyam Nor, Fauziah Ahmad Daud, Sharifah Shahira, Zizan Razak dan Didie Alias.
“Kalau nak bercerita soal pasangan yang pernah digandingkan dengan saya, semuanya kelakar dan seronok bekerjasama dengan mereka. Yang paling lawak ialah Shira. Dia suka menggelabah di belakang pentas. Kali pertama mengacarakan ABPBH, dia lupa dialog, sampaikan saya pun turut berdebar.

“Kalau nak cakap pasal Kak Ogy pula, dia seorang yang mementingkan kesempurnaan. Dengannya, kami kena berlatih banyak kali, sama seperti Kak Nita. Dengan Kak Nita, kita tak boleh tukar dialog. Kalau nak tukar juga, kena beritahu dia dulu. Dengan dia, selepas habis sesi raptai pun, kami akan berlatih di bilik.

“Tapi, ketika mengacarakan ABPBH 2011, saya tidak sempat untuk mengenali Zizan dan Didie sebab saya tidak banyak digandingkan bersama mereka sebelum ini,” kata pemenang Pelakon TV Wanita Popular ABPBH 1993 ini.

Selepas lapan tahun tidak mememegang trofi ABPBH, Kak Engku berjaya mengungguli kategori Pengacara TV Wanita Popular pada edisi 2002,mdiikuti edisi 2004.
Calon pelbagai kategori

Meskipun dirinya tidak kerap membawa pulang trofi daripada acara terbabit, Kak Engku mengaku dia sudah cukup bangga apabila dicalonkan sebagai finalis.

“Tiada finalis lain yang paling lama, selain saya. Lihat saja finalis yang turut bersaing dengan saya dulu seperti Fauziah Nawi, Vanidah Imran dan ramai lagi. Berbanding mereka, sampai sekarang saya masih dicalonkan pada ABPBH. Sayalah orang yang paling tua dalam ABPBH.
“Memang itulah antara kenangan yang saya tidak dapat lupakan dan pada masa sama, saya bersyukur kerana masih diminati ramai hingga ke hari ini. Malah, saya tidak sangka akan kekal bertahan dan diminati sampai ke saat ini,” ujar Kak Engku.

Menurutnya, paling menyeronokkan buatnya tentulah apabila dia menang buat kali pertama pada ABPBH 1993.

“Saya pernah rasa dicalonkan dalam semua kategori, kecuali kategori penyanyi. Tapi tahun ini, saya tidak pasti, sebab walaupun muka kita ‘bersepah’, belum tentu kita boleh menang.
“Dulu lain, bila kita tengok artis itu asyik muncul di TV, kita akan dapat tahu artis terbabit boleh menang. Tapi sekarang agak berbeza apabila kita tak boleh nak agak siapa yang menang. Seperti ada yang undi diri sendiri. Orang yang kita tak sangka menang pun boleh menang.
“Kalau kita nak menang, biarlah ia daripada undian peminat. Jadi apabila menang, kita dapat rasa keikhlasan itu,” tambahnya yang terkejut dapat mengalahkan Datin Seri NormalamSamsudin dalam kategori Pengacara TV Wanita Popular tidak lama dulu.

Bantu dapatkan kerja
Bagi Kak Engku, ABPBH memberi impak besar kepada artis, terutama mereka yang baru mencipta nama, kerana ia membantu wajah segar ini untuk meningkatkan populariti mereka seterusnya mendapatkan tawaran kerja.

Tambah Kak Engku, anugerah ini sebagai tiket untuk artis baru berlayar lebih jauh dalam dunia seni. Bagaimanapun, bagi orang lama sepertinya, ia hanya untuk mengekalkan populariti.

Ahad, 2 Disember 2012

Pelajar bunuh kekasih ibu dipenjara

Andrew Iskandar


MELBOURNE 17 Mac - Mahkamah Agung New South Wales semalam menjatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun ke atas seorang pelajar Indonesia kerana membunuh kekasih ibunya, seorang rakyat Malaysia yang bekerja sebagai pemandu di Konsulat Malaysia di Sydney.

Agensi berita Associated Press Australia melaporkan, Andrew Iskander, 21, berdepan dengan hukuman penjara maksimum 25 tahun kerana membunuh Mohd. Shah Saemin, 43, pada 21 Februari tahun lalu kira-kira pukul 12 tengah malam di Leichhardt, Sydney.

Hakim David Davies juga mengenakan hukuman penjara selama setahun 11 bulan dan 15 hari ke atas ibu Andrew, Nita Iskandar, 48, kerana bersubahat selepas berlakunya pembunuhan tersebut.
Bagaimanapun, hakim membenarkan hukuman penjara ke atas wanita itu ditangguhkan.

Dalam perbicaraan pada November lalu, Andrew memberitahu mahkamah, dia cuba mempertahankan diri dengan sebatang tukul selepas Mohd. Shah menyerangnya dan ayahnya.

Pemuda tersebut menafikan merancang pembunuhan tersebut atau mengetahui mengenai hubungan ibunya dengan Mohd. Shah yang berasal dari Melaka.

Bagaimanapun, pendakwa raya mendakwa 'pembunuhan demi maruah' itu dirancang oleh Andrew dan ayahnya selepas hubungan ibunya itu menjadi perbualan masyarakat Indonesia di Sydney.
Mahkamah pada 29 November lalu pula mendapati Nita bersalah atas dakwaan bersubahat kerana membantu Andrew melarikan diri ke Singapura selepas pembunuhan Mohd. Shah.

Peguam Nita, David Price berkata, anak guamnya hanya mengikut naluri keibuannya apabila dia membantu Andrew meninggalkan negara ini.

"Lelaki yang dicintai dan ingin dikahwininya dibunuh secara kejam di jalan raya kerana suaminya tidak menerima hubungan tersebut,'' kata Price ketika perbicaraan itu, yang dipetik Associated Press Australia.
Beliau berkata, Nita membuat 'keputusan salah' dengan membantu anak lelakinya dan menyebabkan Andrew lewat ditangkap sehinggalah pemuda itu ditahan di Singapura. - BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd

Pelajar bunuh kekasih ibu dipenjara 18 tahun

17/03/2012 4:56pm

MELBOURNE 17 Mac - Mahkamah Agung New South Wales semalam menjatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun ke atas seorang pelajar Indonesia kerana membunuh kekasih ibunya yang merupakan rakyat Malaysia dan bekerja sebagai pemandu di Konsulat Malaysia di Sydney.

Agensi berita Associated Press Australia melaporkan, Andrew Iskander, 21, berdepan hukuman penjara maksimum selama 25 tahun kerana membunuh Mohd. Shah Saemin, 43, pada 21 Februari tahun lepas kira-kira pukul 12 tengah malam di Leichhardt, Sydney.

Hakim David Davies juga mengenakan hukuman penjara selama setahun 11 bulan dan 15 hari ke atas ibu Andrew, Nita Iskandar, 48, kerana bersubahat selepas berlakunya pembunuhan tersebut.

Bagaimanapun, hakim membenarkan hukuman penjara ke atas Nita ditangguhkan. - BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd

Empat pelajar kolej didakwa bunuh pensyarah, bapa

23/03/2012 3:25pm

PETALING JAYA 23 Mac – Empat pelajar kolej swasta didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan membunuh seorang pensyarah dan bapanya.

Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20; Mohamad Sharafe Matt Noh, 19; Azizi Aizat Ibrahim, 20; dan Muhamad Safwan Muhamad, 20, didakwa secara bersama melakukan kesalahan itu terhadap Zara Eleena Omar Peter, 23, di rumah nombor 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, kira-kira 1.30 pagi hingga 2.30 pagi pada 9 Mac lalu.


Mereka juga didakwa melakukan kesalahan sama terhadap Omar Peter Abdullah, 56, di tempat yang sama pada kira-kira 11.30 malam, 8 Mac hingga 1.30 pagi, 9 Mac.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan 23 April untuk sebutan sebelum kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. – BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd

iDAN: Pelik zaman kini apa tak kena dengan anak-anak ini sampai sanggup bunuh ayah sendiri.

Pelakon gagal lagi sekat penyiaran filem anti-Islam

LOS ANGELES 1 Dis.

- Pelakon wanita yang mendakwa dirinya diperdaya untuk berlakon dalam filem anti-Islam Innocence of Muslims yang mencetuskan bantahan ganas di dunia Arab, sekali lagi gagal dalam cubaannya untuk menyekat penyiaran filem itu di YouTube, semalam.
Hakim Mahkamah Daerah Santa Clara, California, Michael Fitzgerald menolak permohonan Cindy Lee Garcia untuk mengeluarkan filem selama 13 minit itu dari laman web perkongsian video tersebut selepas memutuskan wanita itu tidak dapat membuktikan berlakunya pelanggaran hak cipta seperti yang didakwanya.
Fitzgerald juga membatalkan perbicaraan yang ditetapkan pada Isnin ini bagi mendengar hujah lisan berhubung dakwaan Garcia.
Peguam Garcia, Cris Armente memberitahu Reuters bahawa beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.
September lalu, pelakon itu menyaman YouTube, Google Inc. serta penerbit filem tersebut, Nakoula Basseley Nakoula kerana menipunya sehingga membuatkannya percaya filem yang dibintanginya itu adalah mengenai zaman purba Mesir dan kerana penyiarannya di YouTube. - Reuters

© Utusan Melayu (M) Bhd