Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Memaparkan catatan dengan label Tragis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tragis. Papar semua catatan

Ahad, 23 Jun 2013

Jerebu: PM isytihar darurat di Muar, Ledang



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengisytiharkan darurat bencana jerebu bagi seluruh daerah Muar dan Ledang di Johor sehingga ke suatu masa ia ditarik balik.

Pengisytiharan itu dibuat berikutan keadaan jerebu khususnya di kawasan Muar meliputi dua daerah itu berada pada tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500 iaitu pada tahap kecemasan atau 'emergency', katanya dalam satu kenyataan.

"Pengiystiharan darurat bencana jerebu ini tidak melibatkan penguatkuasaan perintah berkurung dan tiada perubahan dalam corak dan sistem pemerintahan kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan sekarang," katanya.

Berdasarkan indeks kualiti, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan bacaan IPU di Muar setakat 7 pagi ini ialah 746 manakala bacaan setakat 11 pagi pula meskipun mencatatkan sedikit penurunan kepada 690 tetapi masih pada tahap bahaya.

Najib berkata semua kementerian dan agensi terlibat dalam pengurusan bencana jerebu di peringkat persekutuan, negeri dan daerah dikehendaki mengatur dan mengambil langkah perlu bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam sentiasa terpelihara.

Katanya satu garis panduan mengenai tindakan untuk menghadapi darurat jerebu telah disediakan sebagai panduan semua pihak melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Dalam kenyataannya itu turut dilampirkan garis panduan tindakan dalam menghadapi darurat jerebu yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri.

Apabila keadaan Darurat Bencana Jerebu diisytiharkan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Negeri dan Daerah hendaklah mengambil tindakan-tindakan perlu seperti berikut:-

a) Menasihatkan penutupan pejabat atau premis kerajaan ataupun swasta dan lain-lain tempat bekerja termasuk kilang, ladang, kawasan pembinaan, kuari serta kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah.

Langkah-langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah diambil pada setiap masa.

Nasihat penutupan ini adalah dikecualikan bagi:

i) Perkhidmatan-perkhidmatan Bekalan Air;
ii)Perkhidmatan-perkhidmatan Bekalan Elektrik;
iii) Perkhidmatan-perkhidmatan Kesihatan Awam;
iv) Perkhidmatan-perkhidmatan Bomba;
v) Perkhidmatan-perkhidmatan Penjara;
vi) Perkhidmatan-perkhidmatan Pos;
vii) Perkhidmatan-perkhidmatan Telefon dan Telekomunikasi;
viii) Perkhidmatan-perkhidmatan Telegraf
ix) Perkhidmatan-perkhidmatan komunikasi radio, termasuk perkhidmatan penyiaran dan televisyen;
x) Perkhidmatan-perkhidmatan pelabuhan termasuk limbungan, dermaga dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ada kaitan dengannya;
xi) Perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan darat, laut dan udara;
xii) Perkhidmatan-perkhidmatan membekal bahan-bahan pembakar dan minyak pelincir;
xiii) Perkhidmatan perbankan dan kewangan;
xiv) Semua perkhidmatan yang terlibat secara langsung dengan pengurusan bencana jerebu di bawah Arahan MKN no.20 dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

b) Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta mana-mana agensi yang berkaitan melaksanakan penutupan semua sekolah, taman didikan dan pusat jagaan kanak-kanak yang terletak dalam kawasan Darurat Bencana Jerebu;

c) Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kesihatan Malaysia mempertingkatkan penyiaran maklumat-maklumat kesedaran mengenai jerebu secara berterusan untuk panduan orang awam;

d) Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Pihak Berkuasa Tempatan atau mana-mana agensi yang berkaitan mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap sumber-sumber yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara;

e) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mempergiatkan operasi pemadaman kebakaran hutan tanah gambut dan pembakaran terbuka dengan kerjasama agensi-agensi lain;

f) Kementerian Kesihatan Malaysia mempertingkatkan pemantauan dan rawatan bagi masalah kesihatan yang disebabkan keadaan berjerebu di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan;

g) Jabatan Meteorologi Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia akan melaksanakan aktiviti pembenihan awan dalam keadaan cuaca yang membolehkan kejayaan operasi bagi mengurangkan masalah jerebu; dan

h) Semua Kementerian, Jabatan atau agensi-agensi yang berkaitan menangguhkan aktiviti-aktiviti luar atau riadah yang melibatkan masyarakat.

-Bernama

Selasa, 4 Jun 2013

Gambar Bayi Yang Dipam Melalui Lubang Tandas

Penulis menjumpai satu artikel pada satu blog ini yang sangat menyayat hati bila dilihat didalam gambar. Bayi ini tersepit pada celahan kumbahan. Terbaru kita menerima beberapa keping imej/ foto mengenai usaha pihak berkuasa menyelamatkan bayi tersebut.

Kejam, sungguh kejam mereka yang melakukan jenayah tersebut!

article-2331941-1A08DE2D000005DC-493_634x423

article-2331941-1A08DE08000005DC-921_634x423

article-2331941-1A08DDF5000005DC-158_634x421

article-2331941-1A08DE1D000005DC-1_634x415

article-2331941-1A08DE3C000005DC-786_634x425

-Amekaw

Jumaat, 10 Mei 2013

TERBONGKAR! SIAPA SEBENARNYA USTAZ AZHAR IDRUS? WAJIB BACA!

  Sunday, 17 June 201276comments
Model antarabangsa yang mirip Ustaz Azhar Idrus (UAI)?
Dewasa ini kecoh kononnya terdapat seorang individu yang mempunyai aura sakti 'Super Star' yang mampu menarik perhatian dan minat orang ramai untuk hadir setiap program atau ceramahnya di mana-mana sahaja.

Untuk merasai bahang saktinya dan fenomena kononnya melanda umat melayu sekarang ini, penulis telah hadir dalam satu ceramahnya di Masjid Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah di Shah Alam.

Memang terbukti! Untuk pertama kalinya masjid kebanggaan penduduk di Shah Alam itu penuh sepenuhnya hingga penulis terpaksa berjalan kaki sejauh 1km untuk sampai ke Masjid kerana parkir jauh.

Kepadatan jemaah yang hadir juga dikatakan melebihi bilangan jemaah ketika Solat Jumaat. Terdetik di hati penulis, memang sakti gaban ini!

Keadaan di Masjid seolah-olah seperti pesta. Dengan gerai-gerai penuh didirikan di sekitar Masjid. Tidak ketinggalan gadis-gadis solehah antara yang hadir mencuit perhatian penulis.

Penulis sempat cuci mata. Kata-kata orang tua, di Masjid lah sesuai untuk cari pasangan hidup. Namun melihat kepada suasana di sana, penulis tidak pasti akan kebenaran kata-kata itu.

Ketika sibuk cuci mata sambil menunggu azan maghrib berkumandang. Penulis tertarik dengan sebuah gerai yang menjadi tumpuan orang ramai di situ.

Penulis mendekati untuk mengetahui apa yang berlaku di sana. Wow! rupanya gerai itu menjual baju, sticker dan lain-lain eksesori yang tertera gambar Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menjadi penceramah pada malam itu.

Melihat gelagat orang-ramai di gerai itu, memang ramailah yang taksub kepada UAI ini, bisik hati penulis.

Ruang solat Utama memang 'pack'. Jemaah berebut-rebut untuk masuk hingga ada aksi tolak-menolak. Penulis geleng kepala melihat gelagat tok-tok janggut itu. Harapkan janggot je panjang, tapi gelagat macam jenglot!

Selepas selesai solat Maghrib, ingatkan nak buat Solat Sunat selapas Maghrib. Malangnya, sudah tiada lagi ruang untuk sujud. Tiada lagi ruang untuk bergerak. Ini kerana orang ramai semakin berpusu-pusu masuk ke dalam ruang solat utama hingga keadaan dah macam 'tin sardin'.

Adakah ini fenomena atau penyakit umat melayu sekarang?

Keadaan itu membuatkan penulis semakin tertanya-tanya dan bersemangat untuk mengetahui apa yang membuatkan sehingga orang ramai bersikap sedemikian rupa terhadap UAI.

Kemuncaknya sudah tiba, sebaik diumumkan ketibaan UAI, penulis dapat melihat perubahan wajah rata-rata jemaah. Penulis dapat melihat keghairahan mereka untuk meyaksikan kelibat UAI. Terus terang, situasi ketika itu tidak menggambarkan kami berada di dalam Masjid. Keadaan seperti berada di 'Anugerah Bintang Popular'.

Penulis cuba memberi tumpuan untuk mendengar ceramah UAI. Sekali lagi penulis jadi pelik, tertanya dalam hati. Ini ceramah ke persembahan 'Raja Lawak'.

Mana tidaknya, apa sahaja yang keluar dari mulut UAI pasti jadi bahan ketawa jemaah yang hadir. Penulis semakin pelik!

Penulis merasakan ceramahnya biasa sahaja. Mungkin lawaknya yang luar biasa. Tiada beza antara Zizan 'raja lawak' dan UAI. Yang membezakan adalah penampilan mereka sahaja. Penampilan UAI yang berjanggut panjang malah lebat serta pemakaian jubah dan kopiahnya yang menampakkan dia seperti ulama dan warak.

Dari segi perwatakan biasa sahaja. UIA adalah pelawak seperti pelawak-pelawak lain yang sentiasa mendapat sambutan hangat orang ramai yang dahagakan lawak-lawak mereka. Itu Sahaja!

Itulah ikon orang muda yang kononnya yang cuba disensasikan dan digunakan oleh PAS dalam program-program mereka.

Malam itu adalah malam 'pelik sedunia' buat penulis.

Mungkin sedikit sebanyak video di bawah boleh memberi gambaran siapa Azhar Idrus sebenarnya.
 
: Dari Blog Pro BN
 
10 January 2013 10:24
Brp suhu api neraka..agak agak awak boleh tahan ker..brp sen ko dpt dgn blog ni sampai ko rasa boleh rasuah masuk syurga..dah lacko x boleh tarik org buat kja agama ko kondem lg..agak2 level neraka mana ko duduk nanti..nauzubillah..pekerjaan ko ni penuh risiko bro kalau betul xpe tapi kalau salah tak lain x bukan neraka jahanam..sudah2 lah

25 January 2013 20:03
Semoga hentikan tabiat menghina ulama' ... yang penting dalam kuliah UAI , beliau berjaya menarik pemuda pemudi sekarang untuk mendengar kuliah agama dan belajar - belajar ke Masjid dan Surau, daripada pergi ke pesta hiburan dan konsert semata - mata...
SEDARLAH WAHAI PENULIS .

28 January 2013 12:18
Penulis blog seorang yang lemau,sebelum ko nak hentam UAI,dengar dlu siri2 Ceramah beliau.Bukan setakat datang baru sekali,dengar cuma sekali lepas tu terus komen ntah apa2.BODO dari lembu...Majlis maksiat ko tak suka,majlis Ilmu pun tak suka,ko memang manusia yang x pandai nak bersyukur...kalo ko nak padam komen aku ni,ko padam lah...Tapi ingat,satu hari ko mesti menyesal dengan apa yang ko dah buat pada blog ko ni...Ramai anak muda yang folo UAI dah buka mata,tapi tak sangka ko masih BUTA.Kalo Ko rase marah,Allah lagi marah pada ko.Kalo ko seorang penulis yang suka berpikir,aku cabar ko dengar siri ceramah UAI kat youtube sana.

29 January 2013 23:44
kenapa ko nak kutuk uai? anak aku pun baru baru ni ikut aku g masjid dengar uai ceramah. dia suka sebb senang belajar dan faham an uai beri keterangan so simple..anak aku kata. anak aku remaja umur 19 tahun... dia kata ustaz lain so serius dan ngantuk... ko apa citer bro?

4 February 2013 09:44
Wahai penulis, setiap orang berbeza cara mereka berceramah. Walaupun penuh sindiran tetapi orang ramai menyukai UAI, seronok dengan pendekatan yg dibawa oleh UAI. Sekurang-kurangnya cara UAI ini dapat membawa orang ramai ke masjid. Pemuda2 yg dahulu lebih suka gi konsert dah mula gi ceramah UAI. Sepatutnya kamu itu berterima kasih. UAI bukan ke masjid mecuci mata tapi sampaikan yg dia tahu. Walaupun jawapan secara berjenaka yg penting mesejnya sampai dan difahami ramai. ((Saya tertarik comment SHAH ALAM REBELS kat atas oleh Penulis akur dengan komen negatif oleh para pembaca. Hinaan dan cacian adalah lumrah buat pejuang))- penulis ini pejuang apa??? Pejuang yg mangaku dirinya pejuangke? Menulis pun tak betul lagi....pengikut dah berpuluh ribuke? Maaf mungkin coretan di atas kasar tapi bila seseorang itu bawa perubahan untuk medekatkan manusia ini ke jalan agama, janganlah nak hina, janganlah nak keji janganlah asyik cari kesalahan tapi tengoklah pada kebaikkan yg dia bawa....



Isnin, 29 April 2013

Belasungkawa: Reda pemergian Azizah

Oleh Muhamad Fairoz Azizan & Farihad Shalla Mahmud 

Belasungkawa: Reda pemergian Azizah  

Rahman dan anaknya, Khir di pusara Azizah.

A Rahman sayu kenang hasrat isteri rakam lagu tidak kesampaian

Tanggal 26 April kira-kira jam 11.26 malam, penyanyi irama Pop Yeh Yeh, Datin Azizah Mohamad menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser pangkal rahim tahap akhir yang dihidapinya sejak setahun lalu, selain penyakit darah tinggi dan kencing manis. 

Allahyarhamah meninggal dunia di sisi suaminya, penyanyi veteran, Datuk A Rahman Hassan dan ahli keluarga lain.
Pastinya pemergian itu meninggalkan kesan mendalam buat penyanyi yang cukup terkenal menerusi lagu Tak Mengapa ini.

Namun begitu, walau pasrah dan reda dengan pemergian Azizah, Rahman tidak akan melupakan setiap detik mahligai yang dibina selama 44 tahun bersama insan yang dicintainya.

Bekas Presiden Persatuan Penyanyi Penyanyi Tanah Air (PAPITA) ini juga bulatkan hati merestui perpisahan buat selama-lamanya itu.

Biar sukar untuk melepaskan insan yang sekian lama bertakhta di hati, kepayahan itu tetap ditelan demi meneruskan kelangsungan hidup. Mengakui takdir sudah memisahkan mereka, tetapi masih ada sisa hasrat yang berbaki sukar untuk dilupakannya. Masakan tidak, hajat isterinya untuk merakamkan lagu mengikut cita rasanya tidak terlaksana. 

Mengenang kembali hasrat terpendam itu, hatinya menjadi sayu sehingga menitiskan air mata.

"Sudah lama dia menyuarakan hasrat itu pada saya, sehingga kini saya tak boleh lupa. Dia nak sangat rakam lagu mengikut seleranya. Apapun, saya bersyukur dengan pemergiannya sebab dia tidak perlu lama menderita akibat penyakit yang ditanggung.

"Malah, hasratnya untuk melihat anak bongsunya kahwin juga tidak kesampaian," katanya.

Hormat suami, jaga keluarga

Mengimbau kembali detik bersama, Rahman menyifatkan isterinya seorang yang baik dan amat menghormatinya sebagai suami dan ketua, serta menjaga keluarga dengan sebaik-baiknya.

Kasih-sayang pasangan ini jelas kelihatan apabila sering dilihat bersama di mana--mana acara. Kini, semuanya hanya tinggal kenangan. Bahkan, hasratnya untuk membawa isteri bercuti selepas pulih daripada sakit, hanya tinggal harapan.

"Saya kasihan tengok dia bekerja keras menguruskan keluarga dan kerjaya. Jadi, saya berhasrat nak bawa dia keluar berehat, tetapi tidak kesampaian.

"Dia sangat amanah dan menjaga harta benda saya. Pemergiannya memang kehilangan besar pada saya, setelah lama bersama," katanya.

Hilang separuh jiwa

Bagaikan kehilangan separuh dirinya, Rahman akan cuba mengharungi kehidupan tanpa insan yang dikenalinya sejak menganggotai kumpulan pop yeh yeh pada era 60an, Orkes Nirwana.

Baginya, Azizah tiada galang ganti kerana perwatakannya yang disenangi semua orang - baik hati, peramah, penyayang dan mudah mengukir senyuman.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Ansar, Taman Keramat, selepas solat Zohor, kelmarin.

Ketika hayatnya masih ada, Azizah seorang artis yang cukup aktif berpersatuan dan melakukan kerja amal. Selain menyanyi, dia juga mengetuai Kumpulan Kawan (Kumpulan Artis Wanita), sebuah kumpulan marhaban yang disertai beberapa artis veteran lain. Allahyarhamah juga pernah merakamkan tiga EP solo dan popular menerusi lagu Syurga Idaman, Pergilah Kandaku dan Dikaulah Harapanku.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.

Sabtu, 6 April 2013

Tragedi ‘darah manis’

Oleh FAIRUL ASMAINI MOHD PILUS
Ledang: “Kali terakhir kami bertemunya ketika hari perkahwinannya di Singapura pada 23 Mac lalu. Kumar dan isteri tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun menyatakan tidak sabar pulang ke Melaka untuk mengadakan majlis resepsi bagi meraikan keluarga di sini,” kata B Ragu, 37, abang ipar mangsa kemalangan ngeri di Kilometer (KM) 162.6 Lebuhraya Utara-Selatan dari Pagoh ke Tangkak, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam, A Kumar Arunasalan, 40, bersama isterinya warga Singapura, Rita Maria Gilbert, 42, serta rakan, Carrieanne Franscisca De Costa, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala, selain tersepit di tempat duduk penumpang.

Menurut Ragu, Kumar dan isteri sepatutnya tiba di rumahnya di Melaka, jam 10 malam selepas bertolak dari Singapura jam 6 petang.

Bagaimanapun, sehingga 11 malam, pasangan itu masih belum tiba manakala telefon Kumar tidak dapat dihubungi.

FotoPASANGAN Rita dan Kumar maut selepas dua minggu berkahwin.

“Ibu Kumar di kampung mula risau dan menghubungi saya untuk meminta tolong mengesan pasangan itu. Saya cuba beberapa kali menghubungi Kumar, namun panggilan tidak berjawab.

Ahad, 31 Mac 2013

Abang rogol adik 15 tahun dipenjara 15 tahun


4:59PM Mac 28 2013  
Seorang abang dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya kerana melakukan sumbang mahram terhadap adik kandung perempuannya yang berusia 15 tahun ketika itu, tujuh tahun lepas.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki yang berusia 24 tahun itu, setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan sumbang mahram dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 19 Mac lepas.

Lelaki tersebut yang bekerja di sebuah pasar raya, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di sini, antara Oktover 2006 hingga November tahun sama, dan didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mengikut fakta kes, pada waktu kejadian, mangsa telah dirogol oleh tertuduh dan hasil hubungan sumbang mahram tersebut, adiknya telah mengandung dan melahirkan seorang bayi lelaki.

Hasil pemeriksaan oleh Jabatan Kimia mendapati tertuduh adalah bapa kandung kepada bayi yang dilahirkan mangsa.

Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana dia menanggung keluarga.

Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tertuduh sebagai abang sepatutnya bertanggungjawab melindungi dan menjaga darah dagingnya sendiri tetapi telah mengambil kesempatan.

Zhafran berkata ini bukan kesalahan pertama tertuduh kerana sebelum ini pernah melakukan kesalahan sama pada mangsa sehingga melahirkan anak tetapi telah meninggal dunia dan ini menunjukkan tertuduh tidak insaf.

- Bernama

Jumaat, 22 Mac 2013

'Kami pasti mati jika tak lari'


 
Sepasang suami isteri terpaksa meredah hutan dan kegelapan malam sambil mendukung dua anak kecil ketika lari menyelamatkan diri daripada serangan militan yang menceroboh kampung mereka di Tanjung Labian, di Lahad Datu pada 1 Mac lepas.
  
Malah, keluarga berkenaan tersesat lebih dua jam dalam ladang kelapa sawit di gugusan Felda Sabahat itu, sebelum tiba di rumah kenalannya di Kampung Lok Buani, kira-kira tiga kilometer dari rumah mereka.
  
Malangnya belum sempat melepaskan lelah di rumah kawannya itu, Mohd Asri Aliudin dan keluarga sekali lagi terpaksa meredah kegelapan malam melarikan diri ke dalam ladang kelapa sawit apabila mereka mendengar bunyi tembakan kira-kira tengah malam.
  
Menceritakan kembali detik paling menakutkan bagi beliau dan keluarga, Mohd Asri, 33, berkata ketika itu beliau hanya fikir untuk lari dan menyelamatkan keluarganya.  
  
"Kami pasti mati jika tidak lari. Saya dukung anak perempuan saya berusia dua dan empat tahun dan lari bersama ke dalam ladang sawit... kadang-kadang kami terjatuh ketika mengharungi laluan berbukit kawasan ladang.
  
"Saya tutup mulut anak kecil saya yang menangis ketika kami berlari dalam ladang kerana khuatir tangisannya boleh dikesan pengganas," katanya kepada Bernama.
  
Beliau berkata kumpulan militan dari selatan Filipina itu menyerang kampung mereka kira-kira pukul 10 pagi dengan melepaskan tembakan ke udara dan ekoran itu ramai penduduk kampung menjerit "lari, lari, orang Sulu datang".
  
"Kami dikejutkan dengan bunyi letupan dan tembakan. Dari jauh saya nampak beberapa manusia berpakaian serba hitam berjalan sambil melepaskan tembakan ke udara. Saya juga nampak kepulan asap," katanya.
  
Mohd Asri berkata panik dengan suasana itu, beliau bersama keluarga melarikan diri ke dalam hutan dan hanya sempat membawa dokumen peribadi.
  
Selepas lebih empat jam di dalam hutan sawit, keluarga itu tiba di rumah rakan mereka di Lok Buani dan Mohd Asri hanya tiba di rumah mentuanya di penempatan peneroka Felda Sahabat, Fajar Harapan, kira-kira tujuh kilometer dari Lok Buani pada pukul 5 pagi.

"Penat kami pagi tadi belum hilang, kami kena lari lagi sambil bersembunyi. Ia seolah-olah tiada penghujungnya kekejaman pengganas ini.
  
"Tiba di rumah bapa mentua, saya sudah letih dan tidak berupaya untuk lari lagi... saya hanya mampu mendoakan tuhan memberi perlindungan kepada kami dan pengganas tidak datang ke penempatan bapa mentua," katanya.
  
Kini, selepas 21 hari kejadian itu, Mohd Asri masih berlindung di rumah mentuanya sambil mengenang masa depan yang tidak pasti kerana beliau kini hilang punca rezeki.
  
Mohd Asri yang masih geram dan marah dengan tindakan pengganas dari selatan Filipina itu, berkata beliau kerugian hasil sawit kira-kira RM2,400 bagi empat kali mengait buah sawit dalam sebulan dan mungkin kehilangan ternakannya iaitu empat ekor lembu dan enam kambing.
  
"Saya dengar ada orang cakap beberapa buah rumah dibakar di kawasan rumah kami dan ternakan kami diambil oleh pengganas. Kalau benar ia berlaku maka banyak saya rugi kerana lembu RM3,00 seekor, kambing RM600 seekor, tidak termasuk rumah terbakar," katanya.
  
Beliau yang belum dibenar memasuki kampungnya kerana operasi pembersihan masih dijalankan, adalah antara 30 penduduk Kampung Tanjung Labian, yang beratur mengambil bantuan makanan berupa sekampit beras dan pelbagai keperluan asas lain yang diagih Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
  
- Bernama

Rabu, 20 Mac 2013

SPR: Malang PRU sebelum RCI selesai


 
Suruhanjaya Pilihan Raya berkata, "malang" sekali pilihan raya umum akan diadakan sebelum suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang di Sabah selesai, kerana pembersihan daftar pemilih hanya dapat dibuat selepas itu.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Wan Omar berkata, bawah peraturan pilihan raya, badan itu mempunyai hak membersihkan daftar pemilih sekiranya terbukti di mahkamah dan dalam kes ini termasuk RCI.

Bercakap dalam sesi taklimat di Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur malam tadi, beliau berkata, selagi RCI belum selesai, pembersihan itu tidak dapat dilakukan walaupun terdapat pengundi yang meragukan.

Wan Ahmad berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada SPR menyemak pemilih meragukan dalam daftar pemilih berdasarkan pengakuan saksi semasa sesi pendengaran RCI.

Diplomatik Bebas · 

Dari tahun 2008 hingga 2013 berbuih2 kami utarakan masalah ini.
Tapi bila dah nak PRU, macam2 alasan diberi.
Orang suruh jaga data, bukan suruh BERPOLITIK!!!!!
POLITIK kerja orang POLITIK!!!!
Sebelum ini pun Suruhanjaya Pilihanraya dah dibuat.
40,000 data meragukan. Tapi SPR tetap TIDO!!!
 (berganda-ganda dari jumlah 40K ini sebenarnya)

Isnin, 18 Mac 2013

Enam sekeluarga sembunyi 11 hari dalam hutan



Setelah 11 hari bersembunyi di hutan dengan hampir setiap hari mendengar bunyi tembakan, seorang bapa akhirnya nekad membawa isteri dan empat anak kecilnya berjalan kaki sejauh 10 kilometer ke pusat pemindahan sementara di Dewan Fajar Harapan.

Tindakan meninggalkan rumah di kampung Tanjung Labian hanya dibuat oleh Rustam Edan, 55, semalam selepas mereka kehabisan bekalan makanan dan mengambil kira faktor keselamatan anak-anaknya yang berusia antara lapan bulan dan 12 tahun.

"Kami keluar dari rumah pukul 5 pagi dan selepas 10 jam berjalan kaki, kami akhirnya tiba di Dewan Fajar Harapan pada pukul 3 petang," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan itu.

Rustam yang bekerja sebagai penjaga ladang kelapa sawit milik saudaranya di kampung itu, berkata ketika itu semua penduduk kampung telah meninggalkan rumah mereka berikutan kehadiran kumpulan pengganas Sulu di Kampung Tanjung Batu.

"Kami anak beranak yang masih tinggal di situ," katanya yang memberi alasan tidak tahu untuk tinggal di mana sekiranya mereka berpindah.

Menceritakan semula pengalaman yang dihadapi keluarganya, Rustam berkata setiap kali mendengar bunyi tembakan, beliau akan membawa keluarganya bersembunyi di dalam hutan.

"Kami hanya kembali ke rumah jika tiada sudah bunyi tembakan," katanya.

Beliau berkata mereka mengambil masa yang lama untuk tiba di dewan itu kerana terpaksa melalui jalan kampung dan banyak berhenti akibat penat.

Sebaik tiba di dewan pemindahan, petugas Jabatan Kesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap Rustam, isteri dan anak-anaknya yang masing-masing berusia 12, 9, 3 tahun dan lapan bulan.

Kesemua mereka yang dalam keadaan lesu diberi makanan dan kelengkapan lain.

- Bernama


Ismail Beatrice · 
Kasiannya mereka, tapi Allah tetap bersama dan memelihara keluarga beliau dari sebarang perkara buruk. Syukurlah semuanya selamat diharungi bersama anak kecil. Hanya orang kampung sana saja tau keadaan terkawal atau tidak. Bunyi tembakan dan bom menjadi irama ngeri berkumandang di seluruh kampung.

Jumaat, 15 Mac 2013

PI Bala meninggal dunia

3:10PM Mac 15 2013  
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia hari ini selepas menderita serangan jantung di Rawang petang ini.

Sebelum ini dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.


NONEBeliau mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm.

Balasubramaniam kemudian bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba.

"Beliau sepatutnya membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh dua minggu," kata peguam dan anggota parlimen Subang R Sivarasa kepada Malaysiakini ketika dalam perjalanan ke hospital.

Bulan lalu, Balasubramaniam mengalami serangan jantung kecil ketika bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat di Kota Bharu.

Selepas membuat pemeriksaan perubatan apabila pulang ke Kuala Lumpur, beliau dimasukkan ke wad selama 10 hari di Pusat Perubatan Sime Darby.

Mendiang memberikan wawancara terakhirnya kepada Malaysiakini pada Isnin lalu.

Ustaz Rodzi · Pengulas Tertinggi · Bekerja di MASJID & SURAU
Takziah kepada keluarga PI Bala. Dengan izin Allah, PI Bala sempat membetulkan akuan bersumpahnya. Yang terkini dan terakhir rupanya benar, Insya-Allah. Dengan izin Allah, suatu noktah selepas kebenaran maklumat disampaikan. Kita sudah tidak takut lagi (jika fikiran kita selalu celaru dan bersangka buruk) kemunculan pernyataan ke-IV yang akan menidakkan pernyataan ke-III.

Khamis, 14 Mac 2013

Bekas KM dakwa polis musnah dokumen orang Suluk

7:31PM Mac 14 2013  
Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh mendakwa mendapat maklumat bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu.

Laporan portal berita Daily Express menyebut, Harris mengutus surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar menghentikan operasi ke atas masyarakat Suluk di Lahad Datu dan Semporna itu.

Menurut laporan itu, Harris mendakwa diminta berbuat demikian oleh beberapa orang pemimpin masyarakat tersebut.

"Pemimpin Suluk ini melaporkan bahawa polis mengambil kad pengenalan, kad pengenalan mereka dan dokumen IMM3 (orang Suluk) dan memusnahkannya.

“Ini tidak wajar bagi pasukan polis Malaysia. Perbuatan ini bertentangan dengan apa jua tamadun yang diketahui, mahupun dari segi agama, undang-undang dan dasar kerajaan Malaysia,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Harris dalam laporan itu juga berkata, polis tidak berkuasa untuk memusnahkan apa-apa dokumen kerajaan persekutuan.

“Mereka hanya boleh berbuat demikian selepas mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya lagi.

Tindakan itu juga akan menimbulkan lebih banyak permusuhan di antara orang Suluk dan Sabah, tambahnya.

Kenyataannya itu timbul susulan dakwaan dilaporkan media Filipina mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi yang dilakukan pasukan keselamatan Malaysia dalam operasi di pantai timur Sabah.
Portal Inquirer Global Nation pada hari Sabtu lalu yang memetik seorang pemimpin Sulu melaporkan, pasukan keselamatan Malaysia menyerbu kediaman warga berkenaan di Sabah dan memusnahkan dokumen tersebut.

Datuk Bandar Jolo, Sulu itu mendakwa, golongan yang memiliki dokumen yang sah seperti pasport dan dokumen pengenalan juga tidak terkecuali.

"Dokumen ini didakwa dikoyak di hadapan mereka," katanya.

Beliau turut mendakwa, warga berkenaan dipaksa berlari sebelum ditembak.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari Selasa lalu dilaporkan menafikan dakwaan berhubung tembakan berkenaan

Rabu, 13 Mac 2013

Jururawat Jenis Memalukan Kerajaan Atau Apa?

Bayi Kota Bharu

    March 13, 2013


12.3K
 
22
 
2
 

Jasa hospital kerajaan kepada kita semua sememangnya banyak.

Tidak boleh dinafikan, tak kita sudah tentu ada adik-beradik atau keluarga kita yang pernah mendapat manfaat dan terselamat nyawa akibat hospital kerajaan.

Tak hari ni, mungkin beberapa tahun lalu…

Kerajaan juga tidak dinafikan berusaha sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dalam aspek perubatan percuma.

Peningkatan mutu perkhidmatan di hospital kerajaan juga semakin baik.

Cuma masalahnya kekadang jumlah pesakit di hospital atau klinik kerajaan adalah terlalu ramai…bukan kekadang pun, setiap masa macam tu.

Akibatnya memang kita kena menunggu lama …tapi janganlah merunggut sebab orang lain pun tunggu juga.

Disebabkan itu, beban kerja para jururawat dan doktor menjadi banyak. Kalau tak silap tahun lepas siap ada seorang doktor pelatih Cina yang bunuh diri akibat beban kerja.

Itulah antara masalah yang penulis tahu kerajaan cuba perbaiki. Namun ia tidak semudah yang disangka.

Bukan mengampu kerajaan, tetapi penulis dan keluarga penulis terutama arwah ibu suatu masa dahulu banyak terhutang budi dengan rawatan di hospital kerajaan.

Jangan kita lupa jasa orang bila kita dah senang dan mampu ke hospital swasta.

Bagusnya hospital kerajaan walaupun terpaksa menunggu ialah, mereka tidak akan membuat sebarang ujian yang merepek.

Di hospital swasta, pantang ada peluang sikit mesti nak buat ujian itu ujian ini….supaya kita perlu bayar lebih = untung lebih.

Jangan kata hospital swasta bagus sangat, pengalaman membawa anak ke Hospital Ampang Puteri baru-baru ini menyebabkan penulis malas hendak jejak kaki ke sana lagi.

Doktor bagi kebenaran keluar hospital 11 pagi, kakitangan wad dengan bahagian pembayaran punya bodoh dan lembab, malam pukul 9 baru dapat keluar….punyalah gila kami sekeluarga menunggu dari siang bawa ke malam untuk keluar…nak kata hospital kerajaan lambat?

Yang penulis hendak tekankan di sini ialah hospital kerajaan ada kekangan dan Kementerian Kesihatan memang berusaha untuk memperbaiki.

Kadang-kadang dari segi dasar semua okay…tetapi segelintir kakitangan yang lebih sudu daripada kuah yang menjadi masalah.

Hari ini di Facebook ada sebuah gambar luahan hati seorang bapa terhadap sikap seorang jururawat Hospital Besar Kota Bharu.

Tengok pada jumlah orang share, sah gambar tu dah jadi viral.

Sebenarnya perlu ada siasatan untuk memastikan apa yang benar-benar berlaku. Benarkah ada dialog seperti itu. Takut ibubapanya yang marah dengan apa terjadi dan mahu mengenakan jururawat tersebut.


Kisah sebenar kita tidak tahu lagi. Terlalu awal untuk kita belasah satu pihak sahaja.

Namun, jika benar jururawat berkenaan berkata demikian, maka dia harus diingatkan bahawa kerajaan labur berbilon ringgit setiap tahun termasuk membayar gaji jururawat tu, so menjadi tanggungjawab dia untuk buat kerja dan tak perlu sindir-sindir orang.

Pasti sekali bukan dasar Kementerian Kesihatan untuk sindir pesakit yang datang. Inilah masalahnya, kerajaan dah buat semua, yang duduk kat bawah makan gaji tu tak faham cara nak buat kerja sejajar dengan misi dan visi yang kerajaan hendak capai.

Berikut luahan bapa tersebut;

“Kerja Nurse hospital Kota Bharu, bila ditanya..nurse salahkan baby kerana bergerak gerak dalam babycase..bila ditanya lagi, kalau  TAK suka benda macam ini, jangan masuk hospital kerajaan katanya..

Nasib baik isteri sendiri yang tanya, kalau saya sendiri memang makan maki hamun dengan saya..Walaupun bukan anak sendiri, ingatlah tanggungjawab wahai nurse, esok-esok kat kubur hang jawablah dengan Tuhan sendiri..ini bukan anak saya, tp beringtlah kepada sesiapa yang sayangkan anak..tolong share..”

“Ward 2 SCN, Pukul 6.30 Pagi td..B/O Nurul Wahidah Hospital Besar Kota Bharu”

EKSKLUSIF: Penduduk Felda Sahabat Mahu Kerajaan Segera Dakwa Mat Bom!

313322_479786885404207_1036368651_n

    March 14, 2013

1
 
0
 
0
 

LAHAD DATU – Mat Bom.

Itulah nama yang sering meniti di bibir para penduduk yang ditemui di Felda Sahabat apabila diminta bercakap mengenai ‘dalang’ di sebalik pencerobohan pengganas militan Sulu ke atas penempatan mereka.

Rata-rata percaya, Mat Bom orang yang paling bertanggungjawab dalam ‘menyambut’ pengganas militan Sulu ke sini hingga menyebabkan 10 anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam pertempuran dengan pihak berkenaan.

Akhbar sebelum ini melaporkan lapan lelaki termasuk  Mat Bom telah ditahan ketika cuba masuk ke Dewan Serbaguna Embara Budi untuk menyamar sebagai penduduk kampung.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, lelaki berpakaian seperti orang awam cuba mengaburi pasukan keselamatan, namun tidak berhasil selepas dia ditahan di depan pintu pagar dewan berkenaan yang dikawal ketat polis bantuan FELDA.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan polis bantuan yang curiga dengan tindak-tanduk lelaki itu bersama lapan pengikutnya akhirnya membongkar taktik liciknya selepas dia difahamkan antara dalang membawa pengganas masuk ke Kampung Tanduo.

“Mat Bom yang juga penduduk Kampung Tanduo didakwa sering menghasut penduduk kampung supaya memberontak di sini.

“Dia juga sering mengedar risalah mengenai Kesultanan Sulu kepada penduduk kampung dan menghasut supaya mentaati Sultan Sulu,” katanya.

EKSKLUSIF: Penduduk Felda Sahabat Mahu Kerajaan Segera Dakwa Mat Bom!
TINJAUAN Mynewshub.my di beberapa penempatan sementara di Felda Sahabat semalam mendapati rata-rata percaya orang yang memainkan peranan besar dalam insiden pencerobohan tersebut adalah Mat Bom.

Menurut Osman (bukan nama sebenar), penduduk kampung telah lama mencurigai gerak-geri lelaki berkenaan malah ada yang telah memaklumkan pihak keselamatan mengenai kebimbangan mereka terhadap Mat Bom.

” Betul, bila perkara ini terjadi kami hanya ingat Mat Bom saja, semua orang tahu betapa bencinya dia pada kerajaan terutama setelah tewas dalam kes perebutan tanahnya dengan FELDA di mahkamah.

” Kami dimaklumkan dia telah ditangkap, baguslah, tetapi kami nak lihat dia segera didakwa di mahkamah dan dihukum dengan hukuman yang seberat-beratnya.

” Tetapi sehingga kini tiada berita mengenai orang tua itu…kita mesti cepat mengadilinya kerana kami tak mahu orang sebegitu di tempat kami,” tegasnya.

Bagi Salimah (bukan nama sebenar), Mat Bom sangat kejam kerana telah banyak meracun pemikiran masyarakat demi kepentingan peribadinya sendiri.

Tambah Salimah, perbuatan Mat Bom tidak boleh dimaafkan kerana ia ternyata telah menyusahkan semua pihak.

” Kalau nak cakap mengenai petualang, tali barut atau apa saja yang seerti dengannya…inilah orangnya.

” Pengganas militan Sulu tak mungkin berani dan mampu menawan kampung kami kalau tidak ada bantuan daripada orang kampung sendiri seperti Mat Bom,” kata ibu kepada empat orang anak ini dengan penuh emosi.

Dalam perkembangan yang sama, Mynewshub.my berpeluang melihat sendiri wajah Mat Bom dan rakaman detik-detik cemas sewaktu dia ditangkap tempoh hari.

Kalau diperhatikan Mat Bom sudah pun berusia lanjut namun sewaktu hendak ditangkap, dia masih sempat memaki hamun anggota polis yang memberkasnya.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak mengenai peranan Mat Bom dan sejauh mana penglibatannya dalam insiden ini.

Mungkinkah benar dia petualang, dan jika benar, ternyata orang sebegini tidak boleh dibiarkan terus berada dalam masyarakat.

Dan jika salah, sesuatu harus dilakukan bagi memastikan dia tidak berterusan dilabelkan pengkhianat dan apa saja yang seerti dengannya!

* Gambar di atas adalah antara pengganas militan Sulu yang berjaya ditahan baru-baru ini.

Selasa, 12 Mac 2013

'Ops Daulat berlanjutan kerana tiada risikan taktikal'


 
Ops Daulat terus berlanjutan walaupun ia sepatutnya memakan masa sehari sahaja kerana ketiadaan risikan taktikal lengkap oleh pasukan pertahanan, kata mantan timbalan panglima Tentera Darat Malaysia Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.

Menurutnya, maklumat risikan taktikal yang lengkap akan membolehkan pasukan keselamatan negara mengekang kemaraan pengikut Jamalul Kiram III daripada menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu sewaktu pencerobohan mula berlaku.

"Kalau kita tahu bagaimana taktik musuh, walaupun dia masuk dengan 200 orang dia tidak akan sempat berada di (Kampung) Tanduo atau berada di pinggiran (Kampung) Tanduo.

"Jadi saya rasa operasi dijalankan tanpa risikan taktikal kerana ia berpanjangan sampai ke hari ini," katanya dalam forum 'Solidariti Lahad Datu' di Kuala Lumpur malam tadi.

Ops Daulat dilancarkan polis dan tentera Malaysia pada 2 Mac lalu untuk menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata dari Sulu, Filipina yang menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu bermula 12 Februari lalu.

Beberapa siri pertempuran sepanjang operasi itu berlangsung mengakibatkan sepuluh orang anggota keselamatan negara terkorban dan 56 orang penceroboh terbunuh sehingga ke hari ini.

Menurut Ghafir, rakyat Malaysia wajar mendesak kerajaan memohon maaf atas "kegagalan mereka bertindak" dalam insiden itu.

"Sepatutnya kita perlu bangkit dan memohon kerajaan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Khususnya rakyat Sabah kerana kegagalan mereka bertindak menyebabkan lapan (kini sembilan orang) daripada anggota pasukan keselamatan telah meninggal dunia," katanya.

Beliau menganggap secara keseluruhannya operasi tersebut gagal menawan, meneutralkan ancaman atau memusnahkan penceroboh.

"Jadi bagi saya, operasi ini sehingga kini adalah satu kegagalan mutlak," katanya sambil menambah ia kini mempunyai "banyak objektif politik".

Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar yang turut menjadi ahli panel pula menggariskan cabaran media dalam menangani "demam nasionalisme dan patriotisme" susulan insiden tersebut.

"Media umumnya termasuk Malaysiakini sedang berhadapan dengan demam patriotisme dan nasionalisme, iaitu demam di mana mempersoalkan tindakan pihak berkuasa keselamatan dan ahli politik dianggap tidak patriotik dan berpihak kepada Manila, kepada sultan Sulu.
"Sebagai media yang bertanggungjawab, kita terus menerus memberi pandangan-pandangan yang berbeza termasuklah daripada media Filipina," katanya.

Beliau menyeru media Malaysia supaya terus bersikap kritikal agar tidak berhadapan dengan nasib seperti media Amerika selepas perang Iraq dan Afghanistan.

Menurutnya, media Amerika kini berusaha keras memulihkan imej mereka kerana memetik sumber-sumber yang tidak dinamakan sebagai fakta dalam liputan mereka terhadap kempen ketenteraan Amerika yang kini terbukti tidak berasas.

Seorang lagi ahli panel, ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing pula mempersoalkan tindakan kerajaan berunding dengan penceroboh.

Menurutnya, Sabah pernah berhadapan dengan pencerobohan dari Indonesia pada tahun 1962.

Namun katanya, kerajaan pada masa itu tidak berunding sebaliknya bertindak tegas menyekat tentera negara jiran daripada mencabar kedaulatan Malaysia.

"Tetapi di Lahad Datu kita boleh berunding dengan penyerang-penyerang ini," katanya.

Forum yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur itu dimudahcara exco Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin dan dianjurkan Akademi Pak Sako.

EKSKLUSIF: Anak Dipukul, Rumah Dibakar, Namun Ketua Kampung Nekad Enggan Bersubahat!

EKSKLUSIF: Anak Dijadikan Tebusan, Rumah Dibakar, Namun Ketua Kampung Nekad Enggan Bersubahat!

    March 13, 2013

43
 
0
 
0
 

LAHAD DATU – Mahmood Mallang merupakan seorang yang sangat dihormati oleh penduduk Kampung Tanjung Labian, di sini.

Berasal dari keturunan Sulu, beliau yang dilahirkan di Pulau Sibutu, Filipina mula berhijrah ke sini sejak berusia 18 tahun lagi.

Beliau yang berusia 72 tahun kini pemegang kerakyatan Malaysia dan telah dilantik menjadi ketua kampung di situ sejak beberapa tahun lalu.

Sewaktu hari pertama ketibaan pengganas militan Sulu tiba di kampungnya, Mahmood berada di bandar Lahad Datu.

Beliau hanya menyedari berlaku peristiwa pencerobohan ini setelah dimaklumkan melalui telefon bimbit oleh anaknya, yang sebelum itu berjaya melarikan diri setelah dipukul dan dijadikan tebusan oleh puak pengganas Sulu yang mengepung kampung mereka.

” Mereka tahan anak saya, bahkan rumah saya pun mereka bakar namun saya nekad tidak mahu bersubahat dengan puak pengganas ini, saya enggan tunduk walau apa cara sekali pun,” tegasnya ketika ditemui Mynewshub.my di sini hari ini.

Menurut Mahmood, beliau sedar ramai penduduk di kampungnya berasal dari Filipina dan tinggal tanpa izin sejak sekian lama.

Namun, katanya, mereka ini jarang menimbulkan masalah malah ramai yang sudah berkahwin dan beranak pinak di kampung tersebut.

Katanya, ini disebabkan tanah asal kelahiran mereka di Filipina sangat mundur hingga susah untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga.

Sebab itu, katanya, beliau hairan bagaimana puak yang mendakwa berasal dari Kesultanan Sulu ini sanggup bertindak kejam dan di luar batasan hingga menyusahkan mereka yang telah lama bermaustatin di sini khususnya dan di Sabah amnya.

” Yang pasti, saya diberitahu ada pihak di sana  mendakwa mereka telah ditipu dan dimomok-momokkan kononnya negeri ini telah dikuasai oleh geng Sultan Kiram ini, mereka juga telah dijanjikan dengan pekerjaan namun bila sampai ke sini, lain pula jadinya.

” Saya diberitahu ramai yang terkejut apabila tiba-tiba diminta mengangkat senjata sedangkan niat mereka datang ke sini hanyalah untuk mencari rezeki, bukan untuk berperang,” katanya.

Menurut Mahmood, beliau  percaya ada dalang dan tali barut yang memainkan peranan di sebalik semua yang berlaku.

Katanya, walaupun beliau sendiri orang Sulu dan berasal dari Filipina namun ini bukan bermakna beliau perlu tunduk dan akur dengan kemahuan puak pengganas berkenaan.

” Sebenarnya ‘jeneral’ Musa itu sendiri adalah sepupu kepada isteri saya namun itu bukan alasan untuk saya bersubahat dengan mereka dalam hal ini.

” Kami sudah berjanji untuk menumpahkan taat setia kami pada Malaysia, mereka (pengganas) tidak boleh paksa untuk kami bersama mereka dalam perjuangan yang sia-sia ini,” katanya

 - Mynewshub.my

Cps:
Dari maklumat ini kemelut penceroboh ini telah lama. Ianya berlarutan sehingga berlakunya pertempuran menggunakan senjata. Bila rumahnya dibakar tidak dijelaskan.

Kerajaan Umum 3 Bantuan Untuk Mangsa Insiden

Kerajaan Umum 3 Bantuan Untuk Mangsa Insiden

    March 12, 2013

61
 
0
 
0
 

LAHAD DATU – Kerajaan hari ini mengumumkan tiga bantuan untuk penduduk kampung yang terjejas dalam Operasi Daulat berikutan insiden pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu di sini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa bantuan itu ialah pemberian bantuan ehsan wang tunai RM1,000 kepada setiap keluarga, bantuan pembinaan semula rumah yang musnah dengan kos setiap rumah RM50,000 serta pembaikan kecil untuk rumah yang rosak, dan penjadualan semula bayaran pinjaman kepada penduduk yang berniaga dan meminjam daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun Nasional) dan Amanah Ikhtiar.

Bagi pembinaan semula, Muhyiddin berkata penduduk boleh memilih sama ada menerima bantuan itu atau berpakat dan berbincang dengan pemimpin setempat untuk berpindah ke satu lokasi dan kerajaan akan membina projek perumahan rakyat.
 
“Kerajaan sedar dengan Ops Daulat yang berjalan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehidupan biasa dan pencarian nafkah kerana kebanyakan penduduk terlibat tinggal di kawasan zon merah.

“Disebabkan mereka tidak boleh keluar bekerja dan rumah mereka musnah atau rosak dalam Ops Daulat ini, kerajaan bersetuju selepas bermesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memberi bantuan kepada mereka,” katanya kepada pemberita di Dewan Serbaguna Cenderawasih, Felda Sahabat, di sini, hari ini.

CPs:

Musibah perang amat besar belanjanya. Terkenang Jepun yang kena sasaran bom atom. Tentunya Felda akan endapat bantuan yang sewajarnya sebab ladang mereka menjadi MEDAN perang.

Matikah Sudah Roh Persaudaraan Islam Di Jiwa Tausug?

jabidah utama

    March 11, 2013

251
 
21
 
0
 

Siapa yang tahu sejarah mengenai Jabidah Massacre atau penyembelihan Jabidah yang juga adakalanya disebut sebagai Corregidor Massacre.

Ada banyak versi mengenai kejadian itu termasuk usaha kerajaan Filipina untuk menafikan kejadiannya, tetapi tidak berjaya.

Serba sedikit yang penulis tahu melalui pembacaan ialah ia adalah pembunuhan sekumpulan tentera Filipina beragama Islam oleh Armed Forces of the Philippines (AFP) atau tentera negara itu.

Kejadian berkenaan berlaku di era pentadbiran Presiden Ferdinand Marcos ketika tuntutan Filipina ke atas Sabah berada di kemuncaknya.

Jabidah p1
Untuk mendapatkan Sabah, kerajaan Filipina telah memulakan satu rancangan yakni untuk menghuru-harakan Sabah dan mewujudkan suasana tidak tenteram di negeri itu.

Bagi tujuan berkenaan, tentera negara tersebut memulakan satu operasi yang dinamakan “Operation Merdeka”. Tujuan operasi berkenaan adalah untuk mendapatkan Sabah melalui kaedah yang disebutkan di atas.

Bermula dari Ogos hingga Disember 1967, 200 pemuda suku Tausug dan Sama dalam lingkungan usia 18 hingga 30 tahun memulakan latihan komando di Pekan Simunul dalam kawasan Tawi-Tawi.

Nama unit komando mereka adalah Jabidah.

Simunul sebenarnya adalah tempat di mana masjid yang pertama di Filipina dibina oleh pendakwah Arab bernama Makhdum.

Pemuda-pemuda Tausug berkenaan pada asalnya sangat gembira apabila terpilih untuk mengkuti latihan itu kerana dijanjikan elaun dan peluang menyertai pasukan elit tentera Filipina.
Pada 30 Disember tahun yang sama, antara 135 ke 180 rekrut menaiki sebuah kapal tentera laut Filipina untuk belayar menuju ke Pulau Corregidor di Luzon bagi mengikuti latihan yang direka khas bagi mereka.

jabidah 3
Itu merupakan fasa kedua latihan unit Komando Jabidah yang berakhir dengan tragedi.

Mengapa?

Sebenarnya, 200 pemuda Tausug dan Sama berkenaan ketika dipilih untuk mengikuti latihan komando, tidak diberitahu tujuan sebenar mereka dilatih.

Hanya apabila tiba di Corregidor, baru mereka tahu mereka sedang dipersiapkan untuk menyerang dan menghuru-harakan Sabah.

Tahu apa reaksi mereka?
jabidah 4 
(GAMBAR: Para rekrut menulis beberapa perkara termasuk  nama dan asal mereka di dinding bilik latihan sebagai cara untuk melepaskan rindu terhadap kampung halaman serta bergurau dengan rakan rekrut yang lain. Apa yang asalnya hanya gurauan kemudian menjadi bukti kewujudan unit Komando Jabidah)

Tidak mungkin untuk bertindak demikian…baik elaun mahupun tempat dalam tentera elit Filipina…tidak menarik minat mereka lagi…

Tidak mahu sama sekali mereka menyerang saudara Islam mereka di Sabah. Berhadapan dengan apa disifatkan sebagai adik-beradik sendiri atas faktor persamaan agama dan suku.

Akibatnya…mereka menuntut untuk dihantar pulang segera.

Jawapan tentera Filipina…maut.

Jibin Arula, satu-satunya rekrut yang terselamat dalam pembunuhan beramai-ramai itu kemudianya menceritakan, disebabkan keingkaran mereka untuk menyerang Sabah atas dasar satu agama, para rekrut dibawa ke lokasi terpencil dalam kumpulan 12 orang setiap satu dan ditembak mati menggunakan machine guns oleh jurulatih tentera mereka.

Jibin yang cedera di lutut sempat berpaut pada sebuah kayu sebelum diselamatkan sekumpulan nelayan.

Jabidah Massacre adalah titik permulaan kepada penentangan bersenjata di Selatan Filipina dan membawa kepada penubuhan MNLF.

Apa yang penulis hendak sampaikan setakat ini bukanlah ulang kaji sejarah, tetapi mahu memperlihatkan semangat keIslaman yang ada di jiwa masyarakat Islam Selatan Filipina satu masa dahulu.

Mereka rela mati daripada dihantar ke Sabah untuk membunuh saudara Islam mereka.
Kalau kumpulan Komando Jabidah dilihat sebagai syahid, rasanya ada asas yang kukuh untuk kita bersetuju.

Namun hari ini, Ferdinand Marcos sudah tiada tetapi ada pula Jamalul Kiram III yang berjaya meracun pemikiran remaja Tausug untuk bertindak senada dengan apa yang ada dalam jiwa Ferdinand Marcos tahun 60-an dahulu.

Terlintas di hati penulis, tidakkah remaja Tausug hari ini tahu sejarah pakcik-pakcik atau bapa mereka yang rela mati demi saudara Islam mereka di Sabah?

Mengapa mereka sanggup datang membawa senjata untuk perjuangan yang tidak mahu di mana kebenarannya, mengkhianati kepercayaan dan pengorbanan para Komando Jabidah.

Sudah tentu roh persaudaraan Islam di jiwa mereka telah terpadam, kerana jika ia masih ada, mereka akan mengikuti jejak para Komando Jabidah.

Di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supt Shamsudin Mat yang berkata;

“Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama Islam, biarpun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat,”.

Kenyataan itu berikutan pihaknya akan mengadakan sembahyang jenazah untuk para pengganas beragama Islam yang mati di Lahad Datu.

Walaupun rakan mereka diperlakukan lebih buruk daripada haiwan dalam kejadian serang hendap ke atas polis di Semporna minggu lalu oleh kumpulan yang ada kaitan dengan pengganas berkenaan…itu tidak menghalang mereka untuk melakukan apa yang dituntut oleh agama kita.
Sikap Supt Shamsudin adalah cerminan sikap Melayu dan Islam yang menyamai sikap Komando Jabidah….marilah kita sedekah al Fatihah untuk mereka semua.

Mynewshub.my

CPs:

Bila kita baca sejarah warga Islam masyarakat di Filipina sentiasa bermandi dengan darah demi memelihara tanah tumpah darah mereka; dulu & KINI. Mereka tak pernah menyerang atau mengganas jika tiada punca & tangan ghaib yang mengarah mereka. Takan sengaja mahu menggugat keamana jika mereka damai di tanah air sendiri. Peristiwa sanggup dibunuh beramai-ramai ini salah satu Sejarah Korban kaum Sulu ini terhadap ukhuwah sesama Islam.

Jangan Tsunami melanda lagi.


Apakah bumi Sabah akan mengikut jejak Aceh; akan dilanda tsunami jika masalah maksiat idak dibendung. Jika sempadan dimasuki penceroboh apakah maksiat di dalam Sabah akan terus melanda lebih dahsyat dari penceroboh. Serbuan demi serbuan dilakukan tetapi ini tidak pun meredakan aktiviti maksiat sebegini.

Tak perlu dipersolkan di kota besar bilamana maksiat ini berlaku secara elit. Keruntuhan akhlak sebegini perlulah dipantau & dihalang dari masa ke semasa tak boleh dianggap kerja bermusim. Yang melakukan kerja sebegini bukan dari umat Islam semata ianya melibatkan penganut agama lain; pelancong juga taukenya tentu orang berwang.

CPs menolak agenda kemaksiatan sebegini. Jangan menghampirinya sekali pun

      EKSKLUSIF: Malam ‘Tak Bertamu’ Di Lahad Datu 
    March 12, 2013


2569
6
0

KETIKA cuba meninjau suasana di waktu malam di bandar Lahad Datu semalam, kami melalui sebatang jalan yang menempatkan deretan rumah kedai.

Jalan yang dimaksudkan itu ialah di Jalan Cempaka.

Waktu ketika itu sudah menunjukkan pukul 11 malam.

Kami terlihat papan iklan yang terang benderang...Melody Lane Karaoke Pub and Lounge.

DSC01248
Di depan kelab itu terdapat beberapa orang wanita separuh abad yang menjual rokok dan aneka ‘jajan’.

Kami tertanya-tanya sendiri. Takkan di tengah kehangatan ‘perang’ yang diperkatakan, masih ada kelab malam seperti Melody yang ‘setia’ meneruskan operasi.

Perasaan ingin tahu itu membawa kami menaiki satu tangga kecil yang malap. Makin lama kedengaran bunyi lagu disko yang agak kuat.

Sebaik saja kami membuka pintu tersebut, kami tergamam melihat sekumpulan wanita seksi sedang duduk di satu set sofa.

Bunyi muzik yang kuat ternyata membingitkan telinga.

Ada beberapa orang pengunjung kelab berkenaan sedang begilir menantikan giliran mereka untuk menyanyi karaoke di sebuah pentas terbuka.

Tak sampai beberapa minit seorang ‘maknyah’ mendekati kami dan memperkenalkan dirinya sebagai ‘Mami Ros’.

20130311_012415
” Abang-abang semua kalau nak privasi, kami ada sebuah bilik karaoke tertutup, nyanyilah banyak mana pun tak payah malu-malu…kalau nak teman, kami ada awek cun-cun bah,” katanya dalam telor Sabah yang agak pekat.

Belum sempat kami memberi kata putus, Mami Ros terus mempelawa kami ke dalam bilik tersebut.

Kami kemudian ditanya sama ada mahu memesan bir pada malam itu.

” Cukup Coke saja untuk kami semua,” kata salah seorang dari kami.

Beberapa minit kemudian masuklah dua orang gadis seksi, ya cukup seksi.

Nasib baiklah lampu agak malap di bilik itu, kalau tidak tak mustahil kami semua dapat melihat warna bra dan seluar dalam kedua-dua gadis berkenaan.

Apa yang pasti, segala-galanya pantas, belum sempat kami berkata YA atau TIDAK, air Coke sampai dengan awek-awek sekali di dalam bilik tersebut.

Mereka memperkenalkan diri, seorang bernama Amy dan seorang bernama Yati.

20130310_232854
Amy tidak banyak bercakap…hanya tersenyum sengih dan menyanyi lagu yang dipilihnya, lepas satu, satu. Lepas satu, satu.

Akhirnya baru ‘pecah lubang’…menurut Yati, kawannya itu seorang pendatang tanpa izin Filipna manakala dia berasal dari Kota Kinabalu.

Kata Yati, sejak tercetusnya insiden pencerobohan itu, bisnes di pusat hiburan itu jatuh merudum.
Pelanggan yang datang boleh dikira dengan jari.

Katanya, dia sendiri tidak begitu selesa bekerja di situ sejak mendapat tahu berlakunya insiden berkenaan.

20130311_011347
” Abang tengok sekarang, polis dan tentera ada di mana-mana, bila-bila masa saja tempat ini mungkin akan diserbu..’bos’ pun berniaga secara curi-curi, kalau dia rasa tak sedap hati pada hari itu, dia suruh kami pulang saja dan kelab ini ditutup.”

Kami kemudian bertanya adakah dia sudah tahu yang ramai anggota keselamatan kita terkorban.

Yati hanya mengangguk. Setelah meneguk bir yang dipesannya, Yati terus menyalakan rokok jenama L.A dan menyedutnya dalam-dalam.

” Abang jangan ingat saya kerja macam ni saya tak ambil tahu perkembangan kat luar. Masa baca kisah anggota kita mati ditembak itu di dalam akhbar, saya turut sama menangis.

” Tetapi yelah, ini saja yang saya mampu buat, saya ibu tunggal, anak ada tiga, nak kerja tiada kelulusan, kerja GRO sajalah.

” Bukan payah pun, buat-buat manja, gedik-gedik sikit, tolong tuang air ‘itu’, dah, selesai Kalau pelanggan suruh menari, saya terus jadi Mas Idayu!,” katanya sambil ketawa kecil.

Kemudian kami cuba berbual dengan Amy.

Rupanya walaupun tidak fasih berbahasa Melayu, namun Amy faham apa yang kita perbualkan.

20130311_002105-1
” Saya mari Filipina. takut. Sebelum ini pun saya sudah takut-takut, sekarang saya lagi takut, buat I really need money now,” katanya ringkas.

Lebih kurang setengah jam, Mami Ros masuk.

Memandangkan kami agak ramai, Mami Ros menawarkan lebih ramai gadis cantik untuk menemani kami.

” Ambillah lagi dua atau tiga orang bang. Jangan takut, peluru tak sampai kat sini. Senapang pun tak ada. Kalau ada pun kat sini cuma ‘pistol-pistol’ abang-abang semua yang gagah dan perkasa itu,” katanya sambil ketawa.

Macamlah kami tak faham perkataan ‘double meaning’ si Mami Ros itu.
Kami menolak tetapi Mami Ros terus mendesak.

Malah Mami Ros menawarkan ‘diskaun’ sekiranya kami setuju dengan cadangannya.

” Kami sudah tak banyak tamu. Kalau abang mahu, saya cuba pujuk mereka ikut abang semua ke hotel. Jangan risau, pandailah saya ‘ayat’ anak-anak ayam saya ni,” katanya.

Akhirnya dia terpaksa akur apabila kami enggan berbuat demikian.

Kami katakan pada Mami Ros, sedangkan waktu aman pun kami tak berkenan, apatah lagi waktu negara sedang berhadapan dengan keadaan genting sebegini.

Mami Ros hanya mendiamkan diri.

Ternyata demi wang, manusia menjadi semakin rakus, gila dan buntu.
Mungkin betul kata Mami Ros, malam semakin ‘tak bertamu…di Lahad Datu! – 

Mynewshub.my

CPs:

Musuh dalam selimut yang perlu dikekang jangan sampai jadi Tsunami di Aceh yang tragis.

Isnin, 11 Mac 2013

Warga Filipina larikan diri dari Sabah


10:13AM Mac 12 2013
Seramai 57 orang Filipina termasuk kanak-kanak tiba di Bongao, Tawi Tawi daripada Semporna dengan motobot kecil pagi semalam selepas mendakwa diburu pasukan keselamatan Malaysia.

Mereka bergerak daripada Semporna sekitar jam 8 malam pada Ahad dan tiba di Sitangkay, pulau terakhir dalam jajaran TawiTawi dan paling dekat dengan Semporna pada paginya, lapor InterAksyon.

Media yang berpangkNONEalan di negara jiran itu juga melaporkan, di Semporna, enam pegawai polis Malaysia dan enam warga Filipina terbunuh minggu lagu selepas berlaku pertempuran antara pihak berkuasa negara itu dan pihak 'kesultanan Sulu'.

Kumpulan itu memberitahu Pasukan Petugas di Tawi Tawi bahawa mereka tidak sempat membawa makanan dan wang ringgit kerana bersembunyi beberapa hari bagi mengelakkan diri daripada pihak berkuasa Malaysia yang didakwa menjejak warga Filipina tanpa dokumen dan pihak yang disyaki menyokong 'kesultanan' itu.

Pasukan petugas itu ditubuhkan bagi menangani kebanjiran warga Filipina yang dijangka pulang dari Sabah bagi mengelakkan diri daripada pertempuran dan tindakan keras pihak berkuasa Malaysia.

Afendi Ali · 
kesian, ditakdirkan bahawa salah sorang drp 52 orng itu adalah kamu, kamu nak sombong jugak ke, jadi hamba Allah ni nak cakap fikir dulu, jgn pakai sedap mulut jer, nasib kita belum tahu apa akan jadi besok...
Johnny Tung · 
Satun berita yang baik, mindanau dah aman, eloklah mereka balik menyumbang daripada hidup melarat di pondok buruk, Sabah bukanlah syurga.

Tenggiling Landak · 
Macam mana mereka-mereka ini boleh LOLOS ke Filipina padahal Hishamuddin katakan perairan Sabah telah rapi dikepong pasukan keselamatan kita?