- : 132
- : 131
- : 158
- : 174
- : 199
- : 291
- : 198 terdekat dengan Jenaris Kajang
- : 484
- : 112
- : 86
- : 266
Translate
Bantu
Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini
Memaparkan catatan dengan label Bencana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bencana. Papar semua catatan
Isnin, 24 Jun 2013
Jerebu terkini 25 Jun 2013 jam 1:40 tengah hari
Senarai Terkini Sekolah Yang Dibuka Esok 25 Jun 2013
by
Noor Ikmal
on
24 June 2013
Senarai Terkini Sekolah Yang Dibuka Esok 25 Jun 2013 | Penutupan beberapa buah sekolah di Semenanjung Malaysia akibat jerebu pada hari Isnin (24 Jun 2013) akan mula dibuka esok (25 Jun 2013 - Selasa).
Hal ini berdasarkan kualiti udara yang sebelum ini telah mencapai tahap yang membimbangkan kini semakin positif apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan penurunan berbanding sebelumnya.
Ibu bapa dibenar tidak menghantar anak ke sekolah jika Jerebu
Ibu bapa dibenar tidak menghantar anak-anak ke sekolah jika bimbang
kesihatan mereka berikutan jerebu yang melanda sekarang, kata Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagaimanapun, pihak sekolah
hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu.
Senarai Terkini Sekolah Dibuka Semula Esok 25 Jun 2013 (Kemaskini)
Sekolah Di Melaka: Semua sekolah di Melaka yang ditutup hari ini akibat jerebu diarah buka semula seperti biasa esok – Ketua Menteri Melaka
Sekolah Di Kuantan: sekolah di Kuantan yang ditutup hari ini
akibat jerebu akan dibuka semula seperti biasa mulai esok, kata Pemangku
Pengarah Pendidikan Pahang, Rosdi Ismail.
Sekolah Di Port Dickson: Semua sekolah di Port Dickson, Negeri Sembilan dibuka semula esok – Pengarah Pendidikan Negeri
Lain-lain Sekolah: Sekolah berada dikawasan Jerebu tahap sihat dan dibawah IPU 250 akan dibuka seperti biasa.
Selangor Dan Kuala Lumpur (update): Semua sekolah di KL dan Selangor kecuali di Pelabuhan Klang akan dibuka semula esok – TKP Pendidikan
Senarai Sekolah Ditutup Esok 25 Jun 2013
Sekolah di Kawasan Perlabuhan Klang sahaja ditutup esok kerana mencatat IPU 319 setakat 5 Petang tadi.
Nota: Pengumuman terkini dari Pengarah Pendidikan. Semua sekolah
yang terletak di kawasan IPU kurang daripada 250 perlu dibuka semula.
Sumber: www.melvister.com
Senarai Sekolah Yang Ditutup Akibat Jerebu Bermula 24 Jun 2013
by
Noor Ikmal
on
24 June 2013
Senarai Sekolah Yang Ditutup Akibat Jerebu Bermula 24 Jun 2013
| Informasi terkini mengenai keadaan jerebu yang melanda Malaysia
terutama sekali di Johor, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya,
Port Dickson dan Kuantan di mana beberapa buah sekolah terpaksa ditutup
akibat jerebu yang melanda.
Hanya
sekolah rendah dan menengah serta tadika yang berada dikawasan IPU di
tahap bahaya sahaja yang akan ditutup. Hal ini berikutan untuk
memastikan kesihatan pelajar terjamin memandangkan jerebu boleh
menyebabkan kesesakan nafas dan mata berair. Sekolah akan dibuka semula
apabila bacaan IPU pulih dan ada penurunan.
Senarai Sekolah Yang Ditutup Akibat Jerebu
Kawasan
|
Ringkasan Laporan
|
Kuala Lumpur /
Putrajaya & Selangor |
Semua sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur
akan ditutup berikutan kualiti udara yang semakin buruk akibat jerebu. |
Port Dickson
|
Datuk Seri Mohammad Hasan mengumumkan
semua sekolah, tabika dan tadika di daerah Port Dickson ditutup berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara hampir mencecah 300. |
Melaka
|
Kesemua 313 buah sekolah menengah dan rendah
di seluruh Melaka diarah tutup berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap bahaya.
Selain itu, institusi prasekolah termasuk
Tadika Perpaduan, Kemas dan di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka serta milik swasta diarah tutup. |
Kuantan
|
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob
mengarahkan semua sekolah di daerah ini dan kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup. |
Johor
|
Arahan bercuti sejak Jumaat lalu bagi 117
buah sekolah di Kluang dan 175 buah sekolah di Batu Pahat yang membabitkan 134,872 pelajar masih belum ditarik balik.
Sementara itu, sebanyak 110 buah sekolah
membabitkan 39,681 pelajar di Segamat menjadi daerah terbaru di Johor yang ditutup (Isnin) apabila IPU mencecah 400.
Turut ditutup ialah 211 buah sekolah di Muar
dan Ledang yang diisytiharkan kawasan darurat apabila IPU mencecah diparas bahaya.
Bagaimanapun, semua 300 buah sekolah rendah
dan menengah di Kota Tinggi, Pontian dan Pasir Gudang yang ditutup sejak Khamis lalu akibat jerebu mula dibuka semula pada Isnin selepas IPU mencatatkan bacaan yang bertambah baik. |
Difahamkan penutupan operasi sekolah turut meliputi guru dan petugas lain di sekolah berkenaan.
Ahad, 23 Jun 2013
Larian Olimpik ditunda kerana jerebu
| 2:51PM Jun 20 2013 |
Larian
Hari Olimpik pada Ahad ini yang menggunakan Padang Merbok Kuala Lumpur
ditunda ekoran masalah jerebu yang melanda negara ini.
Ia sekali gus dilihat membuka peluang kepada Pakatan Rakyat yang berkeras mahu menggunakan kawasan itu untuk perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya Black 505 di tempat itu pada Sabtu ini.
Sebelum ini, penganjuran larian itu - yang akan menggunakan kawasan itu bermula Sabtu - menjadi alasan penolakan permohonan Pakatan menggunakan tempat sama.
Penangguhan larian itu diumumkan di laman Facebook Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebagai penganjur dan McDonald's Malaysia sebagai penaja acara sukan itu.
"Sehubungan itu, setelah berbincang dengan MOM, kedua-dua McDonald's Malaysia dan MOM telah mengambil keputusan untuk menunda Larian Hari Olimpik yang dijadualkan pada 23 Jun 2013, memandangkan aktiviti luar yang berpanjangan boleh menjejaskan kesihatan," menurut kenyataan itu.
Pengurusan jenama makanan segera popular itu juga mengumumkan, kesihatan dan kesejahteraan semua peserta, termasuk kanak-kanak yang dijangka menyertai acara itu menjadi keutamaan mereka.
Maklumat lanjut berhubung acara itu akan diumumkan kemudian.

Bahaya jerebu di Muar hampiri rekod 1997
| 10:55AM Jun 23 2013 |
Bacaan
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, Johor kekal di paras bahaya dan
kualiti udaranya merosot teruk sehingga menghampiri rekod pada September
1997.
Bacaan IPU setakat jam 7 pagi ini mencatatkan angka 746 (berbahaya), berbanding 373 semalam (bacaan jam 11 pagi).
Keadaan udara dianggap berbahaya apabila mencatat angka melebihi 301.
Dilaporkan, rekod tertinggi IPU direkodkan di Kuching pada 23 September 1997 dengan bacaan 839.
Selain itu, dua tempat di Melaka turut memasuki tahap bahaya hari ini, iaitu Bandaraya Melaka (357) dan Bukit Rambai (334), menurut laporan di laman web Jabatan Alam Sekitar.
IPU di Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang terus tidak sihat dengan bacaan lebih 100. Pelabuhan Klang mencatat angka paling buruk untuk kawasan-kawasan di Lembah Klang dengan bacaan 188.
Secara keseluruhannya, situasi jerebu di Malaysia tidak memberangsangkan dan hanya enam peratus sahaja kawasan yang mendapat kualiti udara yang baik.

Jerebu: Sekolah di Melaka, Kuantan diarah tutup esok
|
Selain itu, institusi prasekolah termasuk Tadika Perpaduan, Kemas dan di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka serta milik swasta turut diarah tutup.
Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berkata kesemua institusi itu hanya akan dibuka semula sekiranya IPU menurun ke tahap sihat untuk aktiviti luar.
"Kita baru sahaja dimaklumkan mengenai penutupan sekolah ini oleh Kementerian Pendidikan dan semua sekolah itu akan dibuka semula apabila diberitahu kelak," katanya dalam sidang akhbar di Melaka hari ini.
Katanya IPU di Bandaraya Melaka pada 2 petang mencatatkan bacaan 397 manakala Bukit Rambai 456.
Idris berkata kerajaan negeri juga menyerahkan tambahan 25,000 topeng muka kepada Jabatan Pendidikan Melaka yang sebelum ini menerima jumlah sama.
Katanya setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) turut menerima 1,000 topeng muka untuk kegunaan orang ramai yang terpaksa keluar rumah untuk melakukan aktiviti harian.
Idris berkata seramai 1,500 orang dilaporkan mendapat rawatan berkaitan masalah pernafasan dan sakit mata semalam.
Beliau turut meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya melakukan teknik pembenihan awan di negeri itu bagi menyelesaikan keadaan jerebu yang semakin kritikal.
Di KUANTAN, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah di daerah ini dan kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup bermula esok.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira faktor kesihatan para pelajar ekoran IPU di Kuantan yang mencecah paras tidak sihat hari ini.
"Kalau kita tengok keadaan (jerebu) hari ini, memang teruk...jarak penglihatan pun makin kurang, nak bernafas pun sudah tidak selesa. Bayangkan kalau anak-anak kita ke sekolah esok, ini boleh membahayakan kesihatan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, The Zenith Hotel dan Menara Zenith Putra Square, di sini hari ini oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.
Menurut laman web JAS setakat 11 pagi ini IPU dua kawasan di Kuantan dilaporkan mencatat bacaan tidak sihat iaitu Balok Baharu 149 dan Indera Mahkota 107.
Sementara itu, Pemangku Pengarah Pelajaran Pahang Rosdi Ismail berkata arahan penutupan itu membabitkan 120 sekolah menengah dan rendah di daerah ini.
"Sebelum ini pun kita sudah keluarkan arahan kepada semua sekolah supaya tidak melakukan sebarang aktiviti kokurikulum," katanya.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan juga mengingatkan semua guru besar dan pengetua mengikuti garis panduan dikeluarkan sebelum ini, bagi menangani sebarang masalah jika jerebu melanda negara.
-Bernama
Jerebu: PM isytihar darurat di Muar, Ledang
|
Pengisytiharan itu dibuat berikutan keadaan jerebu khususnya di kawasan Muar meliputi dua daerah itu berada pada tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500 iaitu pada tahap kecemasan atau 'emergency', katanya dalam satu kenyataan.
"Pengiystiharan darurat bencana jerebu ini tidak melibatkan penguatkuasaan perintah berkurung dan tiada perubahan dalam corak dan sistem pemerintahan kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan sekarang," katanya.
Berdasarkan indeks kualiti, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan bacaan IPU di Muar setakat 7 pagi ini ialah 746 manakala bacaan setakat 11 pagi pula meskipun mencatatkan sedikit penurunan kepada 690 tetapi masih pada tahap bahaya.
Najib berkata semua kementerian dan agensi terlibat dalam pengurusan bencana jerebu di peringkat persekutuan, negeri dan daerah dikehendaki mengatur dan mengambil langkah perlu bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam sentiasa terpelihara.
Katanya satu garis panduan mengenai tindakan untuk menghadapi darurat jerebu telah disediakan sebagai panduan semua pihak melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Dalam kenyataannya itu turut dilampirkan garis panduan tindakan dalam menghadapi darurat jerebu yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri.
Apabila keadaan Darurat Bencana Jerebu diisytiharkan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Negeri dan Daerah hendaklah mengambil tindakan-tindakan perlu seperti berikut:-
a) Menasihatkan penutupan pejabat atau premis kerajaan ataupun swasta dan lain-lain tempat bekerja termasuk kilang, ladang, kawasan pembinaan, kuari serta kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah.
Langkah-langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah diambil pada setiap masa.
Nasihat penutupan ini adalah dikecualikan bagi:
i) Perkhidmatan-perkhidmatan Bekalan Air;
ii)Perkhidmatan-perkhidmatan Bekalan Elektrik;
iii) Perkhidmatan-perkhidmatan Kesihatan Awam;
iv) Perkhidmatan-perkhidmatan Bomba;
v) Perkhidmatan-perkhidmatan Penjara;
vi) Perkhidmatan-perkhidmatan Pos;
vii) Perkhidmatan-perkhidmatan Telefon dan Telekomunikasi;
viii) Perkhidmatan-perkhidmatan Telegraf
ix) Perkhidmatan-perkhidmatan komunikasi radio, termasuk perkhidmatan penyiaran dan televisyen;
x) Perkhidmatan-perkhidmatan pelabuhan termasuk limbungan, dermaga dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ada kaitan dengannya;
xi) Perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan darat, laut dan udara;
xii) Perkhidmatan-perkhidmatan membekal bahan-bahan pembakar dan minyak pelincir;
xiii) Perkhidmatan perbankan dan kewangan;
xiv) Semua perkhidmatan yang terlibat secara langsung dengan pengurusan bencana jerebu di bawah Arahan MKN no.20 dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.
b) Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta mana-mana agensi yang berkaitan melaksanakan penutupan semua sekolah, taman didikan dan pusat jagaan kanak-kanak yang terletak dalam kawasan Darurat Bencana Jerebu;
c) Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kesihatan Malaysia mempertingkatkan penyiaran maklumat-maklumat kesedaran mengenai jerebu secara berterusan untuk panduan orang awam;
d) Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Pihak Berkuasa Tempatan atau mana-mana agensi yang berkaitan mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap sumber-sumber yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara;
e) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mempergiatkan operasi pemadaman kebakaran hutan tanah gambut dan pembakaran terbuka dengan kerjasama agensi-agensi lain;
f) Kementerian Kesihatan Malaysia mempertingkatkan pemantauan dan rawatan bagi masalah kesihatan yang disebabkan keadaan berjerebu di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan;
g) Jabatan Meteorologi Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia akan melaksanakan aktiviti pembenihan awan dalam keadaan cuaca yang membolehkan kejayaan operasi bagi mengurangkan masalah jerebu; dan
h) Semua Kementerian, Jabatan atau agensi-agensi yang berkaitan menangguhkan aktiviti-aktiviti luar atau riadah yang melibatkan masyarakat.
-Bernama
Jerebu: Semua sekolah di KL, S'gor ditutup esok
|
Semua
sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditutup esok seperti yang
dinasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri
Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel.
Palanivel berkata beliau akan meminta Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh mengambil tindakan sewajarnya.
"Situasi jerebu semakin teruk pada 5 petang dan sekolah diarah tutup sebagai langkah berjaga-jaga kerana kualiti udara yang buruk akan memberi kesan terhadap kesihatan pelajar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar memastikan anak-anak mereka berada dalam rumah dan memakai topeng jika mereka perlu keluar.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, yang diisytihar sebagai kawasan darurat, mencatat sedikit penurunan dengan bacaan 690 pada 11 pagi tadi berbanding 746 empat jam sebelumnya.
IPU bagi Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai di Melaka, yang sebelum ini masing-masing mencatat bacaan di tahap bahaya 357 dan 334, meningkat ke 415 dan 428.
Negeri lain yang mempunyai IPU tidak sihat termasuk ibu negara, Putrajaya, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor manakala dua kawasan yang dikategori sebagai mempunyai kualiti udara sihat ialah Sandakan dan Tawau di Sabah.

Sabtu, 22 Jun 2013
Udara Muar paras bahaya, sekolah ditutup
| 11:15AM Jun 20 2013 |
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada jam 7 pagi tadi mencatatkan angka 331. Bacaan melebihi 301 dianggap berbahaya dan melepasi 201 pula "sangat tidak sihat".
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Muar hari ini mengarahkan sekolah ditutup hari ini dan esok.
Johor hari ini paling teruk menghadapi jerebu.
Selain Muar, tempat lain yang mencacatkan bacaan tinggi seperti berikut: Kota Tinggi (211), Pasir Gudang (190) dan Larkin Lama (171)
Jerebu: Indonesia guna bom air, hujan buatan
|
Presiden
Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono telah memerintahkan Badan Nasional
Pengurusan Bencara (BNPB) Indonesia segera mengetuai operasi menangani
bencana asap akibat kebakaran hutan dan tanah gambut di kawasan seluas
850 hektar di Riau, Sumatera yang telah berlaku hampir
seminggu.
Bencana asap itu telah menjejaskan kualiti udara dan jarak penglihatan di negara jiran Singapura dan bahagian selatan Malaysia setelah kawasan yang terjejas itu mengalami cuaca berjerebu.
Ketua BNPB, Syamsul Maarif telah memberi taklimat kepada Susilo (kiri)
tentang tiga strategi yang diambil bagi menangani bencana itu termasuk
pemadaman kebakaran tanah gambut dan hutan di daratan dan pemadaman dari
udara dengan cara bom air menggunakan helikopter serta hujan buatan
dengan menggunakan pesawat.
Satu lagi strategi ialah ialah penerangan kepada masyarakat dan tindakan undang-undang, kata BNPB dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Ketua BNPB itu telah menyelaraskan operasi itu dengan Menteri Penyelaras Bidang Kesejahteraan Rakyat Agung Laksono, Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Laksamana Agus Suhartono dan Ketua Polis Indonesia Jen Timur Pradopo.
"Hari ini Jumaat, dua pesawat Casa 212 akan diterbangkan ke Pekanbaru, iaitu pesawat TNI Angkatan Udara (TNI AU) dari Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma dan pesawat Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT) yang pada masa ini berada di Banjarmasin (Kalimantan Selatan).
"Pesawat Hercules C-130 TNI AU juga dipersiapkan untuk membantu operasi hujan buatan itu," katanya.
Pesawat tentera udara Indonesia itu dijadual diterbangkan petang ini dari Pangkalan Udara Husein Sastranegara, Bandung ke Pekanbaru, Riau, jika pemasangan peralatan selesai dilakukan.
BNPB berkata bahan semaian hujan buatan telah pun dihantar ke Pekanbaru malam tadi bersama petugas dan peralatan untuk menyokong operasi hujan buatan itu manakala untuk operasi bom air, dua buah helikopter digunakan.
Agung Laksono pada Khamis berkata operasi hujan buatan dilaksanakan dengan kerjasama BNPB, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) serta BPPT.
Sehingga kini operasi yang dijalankan hanya dapat memadamkan kebakaran di kawasan hutan dan tanah gambut seluas 650 hektar daripada 850 hektar kawasan hutan yang mengalami kebakaran.
- Bernama
seminggu.
Bencana asap itu telah menjejaskan kualiti udara dan jarak penglihatan di negara jiran Singapura dan bahagian selatan Malaysia setelah kawasan yang terjejas itu mengalami cuaca berjerebu.
Satu lagi strategi ialah ialah penerangan kepada masyarakat dan tindakan undang-undang, kata BNPB dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Ketua BNPB itu telah menyelaraskan operasi itu dengan Menteri Penyelaras Bidang Kesejahteraan Rakyat Agung Laksono, Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Laksamana Agus Suhartono dan Ketua Polis Indonesia Jen Timur Pradopo.
"Hari ini Jumaat, dua pesawat Casa 212 akan diterbangkan ke Pekanbaru, iaitu pesawat TNI Angkatan Udara (TNI AU) dari Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma dan pesawat Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT) yang pada masa ini berada di Banjarmasin (Kalimantan Selatan).
"Pesawat Hercules C-130 TNI AU juga dipersiapkan untuk membantu operasi hujan buatan itu," katanya.
Pesawat tentera udara Indonesia itu dijadual diterbangkan petang ini dari Pangkalan Udara Husein Sastranegara, Bandung ke Pekanbaru, Riau, jika pemasangan peralatan selesai dilakukan.
BNPB berkata bahan semaian hujan buatan telah pun dihantar ke Pekanbaru malam tadi bersama petugas dan peralatan untuk menyokong operasi hujan buatan itu manakala untuk operasi bom air, dua buah helikopter digunakan.
Agung Laksono pada Khamis berkata operasi hujan buatan dilaksanakan dengan kerjasama BNPB, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) serta BPPT.
Sehingga kini operasi yang dijalankan hanya dapat memadamkan kebakaran di kawasan hutan dan tanah gambut seluas 650 hektar daripada 850 hektar kawasan hutan yang mengalami kebakaran.
- Bernama
Jerebu di Muar masuki tahap bahaya lagi
| 4:41PM Jun 22 2013 |
Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) setakat jam 11 pagi ini menunjukkan angka 373, berbanding 276 sehari sebelumnya.
Pada Khamis, masalah jerebu di Muar dan Pasir Gudang memasuki tahap bahaya (bacaan lebih 301) menyebabkan sekolah diarah tutup.
Keadaan itu dikatakan berpunca daripada kebakaran hutan dan titik panas di Sumatra yang ditiup angin Monsun Barat Daya.
Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, partinya menyokong undang-undang baru diperkenalkan untuk mengenakan sekatan terhadap syarikat tempatan dan luar negara yang menyumbang ke arah penghasilan jerebu.
Jumaat, 21 Jun 2013
Jerebu di S'pura bertambah buruk, IPU cecah 400
|
Bacaan IPU antara kosong dan 50 dikategori sebagai baik; 51 hingga 100, sederhana; 101 hingga 200, tidak sihat; 201 hingga 300, sangat tidak sihat; dan lebih 301, berbahaya.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada sidang akhbar semalam memberi amaran kepada rakyat Singapura bahawa keadaan itu dijangka berterusan untuk beberapa minggu.
"Kami tidak dapat memberitahu jangka masa masalah jerebu ini. Ia mungkin berlanjutan selama beberapa minggu, dan mungkin agak panjang sehingga musim kemarau berakhir di Sumatera. Kita perlu menyesuaikan tindakan kita dengan perubahan keadaan dan melindungi diri kita dengan cara yang lebih praktikal," katanya.
Singapura telah menubuhkan Jawatankuasa Jerebu Antara Kementerian (HIMC) untuk menyelia usaha menyeluruh di peringkat nasional.
Jerebu asap daripada pembakaran hutan di Sumatera, bagi membersihkan tanah untuk pertanian, telah dibawa tiupan angin dari barat daya atau barat dan memberi kesan kepada Singapura serta beberapa negeri di semenanjung Malaysia.
Sementara itu, wakil Singapura mengadakan mesyuarat tergempar dengan pegawai Indonesia di Jakarta semalam untuk membincangkan keadaan jerebu yang semakin teruk.
Mesyuarat itu diatur Kementerian Luar Indonesia melibatkan pegawai kanan Indonesia, kata kenyataan yang dikeluarkan NEA.
Singapura menegaskan jerebu tetap merupakan masalah rentas sempadan yang bukan sahaja memberi kesan ke atas Indonesia tetapi juga negara serantau.
Indonesia memberi jaminan kepada Singapura bahawa ia akan memberi lebih perhatian kepada isu itu.
Pada mesyuarat itu, Indonesia memberi taklimat mengenai rancangannya meningkatkan keupayaan menangani kebakaran dan memastikan agensi-agensinya membuat laporan dua kali sehari kepada pasukan petugas kebangsaan yang dipengerusikan Menteri Koordinasi bagi Kebajikan Rakyat, Agung Laksono.
Indonesia juga bercadang meningkatkan penguatkuasaan undang-undang di lapangan dengan menghantar penyiasat ke Bengkalis bagi mengambil tindakan ke atas syarikat-syarikat perladangan yang tidak bertanggungjawab.
Berikutan ada laporan dari Kementerian Perhutanan Indonesia bahawa syarikat-syarikat Singapura mungkin terlibat dalam aktiviti pembakaran haram, Singapura meminta Indonesia berkongsi nama syarikat yang terlibat walaupun tanggungjawab untuk mengambil tindakan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap syarikat-syarikat itu terletak di tangan Indonesia.
Ia menekankan adalah lebih baik jika Indonesia mendedahkan kesemua syarikat yang terlibat dalam tindakan itu tanpa mengira sama ada mereka berdaftar di Indonesia, Malaysia atau Singapura agar mereka boleh dikenakan tindakan.
Singapura juga menawarkan pakej bantuan kepada Indonesia sama seperti sebelum ini yang antara lain ialah sebuah pesawat bagi operasi pembenihan awan dan gambar satelit dengan resolusi tinggi dan koordinat titik panas.
Singapura turut meminta Indonesia mengesahkan Perjanjian Jerebu Merentas Sempadan Asean yang ditandatangani Indonesia pada 2002. Indonesia memaklumkan Singapura bahawa mereka akan mendapatkan kelulusan Parlimen berhubung perkara itu.
-Bernama
Kualiti udara K Tinggi bahaya, Muar makin pulih
|
Kualiti
udara di Kota Tinggi kini pada paras berbahaya dengan bacaan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) yang dicatat pagi ini ialah 313 berbanding 291
semalam.
Catatan sehingga pukul 7 pagi ini juga menunjukkan udara di Pasir Gudang kekal pada paras berbahaya, walaupun bacaan IPU di kawasan itu turun dari 333 kepada 310, kata laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Satu lagi kawasan iaitu Muar yang mencatat bacaan IPU berbahaya semalam telah keluar daripada paras berbahaya hari ini setelah mencatat IPU 183 berbanding 383 semalam.
Selain Muar, beberapa kawasan lain masih mencatat bacaan tinggi melebihi paras tidak sihat (bacaan IPU 100 hingga 200) iaitu Larkin Lama, Johor (190); Bandaraya Melaka (192); Bukit Rambai, Melaka (164); Port Dickson (157); Seremban (105); dan Banting, Selangor (137).
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Johor Mohd Nor A Ghani dalam program 'Malaysia Hari Ini' TV3 pagi ini memaklumkan bahawa 589 sekolah di Muar, Batu Pahat, Pasir Gudang dan Pontian diarah tutup sehingga makluman lanjut diberitahu.
Sekolah di Muar dan Batu Pahat ditutup sejak semalam.
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) pula memaklumkan jumlah kes pesakit akibat jerebu di negeri itu terutama masalah Upper Respiratory Tract (URTI) meningkat sebanyak 21 peratus minggu ini berbanding minggu sebelumnya.
Jabatan itu dalam kenyataan di sini berkata jumlah itu berdasarkan peningkatan bilangan pesakit luar yang mendapatkan rawatan di klinik kerajaan di negeri itu. Bagaimanapun bilangan pesakit tidak dinyatakan.
Tanpa menyatakan bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan, jabatan itu berkata golongan yang terlibat ialah dalam lingkungan umur 13 hingga 59 tahun dan melibatkan penyakit asma dan konjunktivitis.
"Trend penyakit ini dijangka akan meningkat lagi jika paras jerebu kekal pada tahap yang tidak sihat," kata jabatan itu.
Sementara itu, orang ramai terutama golongan berisiko tinggi (kanak-kanak, orang tua dan yang berpenyakit) dinasihat supaya menghadkan aktiviti di luar rumah, manakala mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat yang berhabuk dinasihat sentiasa menggunakan mask atau penutup hidung serta perlu sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
Golongan perokok pula dinasihat berhenti merokok.
Mereka yang menggunakan kenderaan berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat pendingin hawa dengan kitaran dalam, menutup semua tingkap dan meminum banyak air, kata jabatan itu.
Sementara itu di JOHOR BAHARU, Pengarah Pelajaran Johor Mohd Nor A Ghani berkata seramai 71,097 pelajar dari 195 sekolah di daerah Kota Tinggi dan Pontian, ditutup selepas bacaan IPU melebihi paras bahaya.
Beliau berkata terdapat 97 sekolah rendah dan menengah melibatkan 37,108 pelajar di Kota Tinggi, manakala 98 sekolah rendah dan menengah melibatkan 33,989 pelajar di Pontian.
Jabatan itu juga sedang memantau keadaan di daerah-daerah lain di negeri ini, katanya pada Bernama di Johor Baharu hari ini.
Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Johor Muhammad Razif Ahmad dalam kenyataan berkata operasi di pelabuhan Johor, Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas berjalan seperti biasa.
Beliau berkata pihaknya mengambil langkah keselamatan termasuk memantau persekitaran pelabuhan, pemakaian topeng penutup hidung dan mulut serta mematuhi arahan keselamatan daripada agensi-agensi berkaitan.

Lebih banyak sekolah diarah tutup akibat jerebu
| 10:58AM Jun 21 2013 |
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Mohd Nor A Ghani berkata selepas kesemua sekolah rendah dan menengah di Muar diarah bercuti semalam, sekolah di daerah Batu Pahat dan Pasir Gudang turut diarah berbuat demikian.
"Di Batu Pahat, sebanyak 175 sekolah rendah dan menengah melibatkan 80,000 pelajar serta 105 sekolah rendah dan menengah di Pasir Gudang melibatkan 116,493 pelajar diarahkan bercuti berikutan masalah jerebu," katanya di Johor Bahru semalam.
Indeks pencemaran udara (IPU) di kedua-dua daerah meningkat petang tadi iaitu 333 bagi Pasir Gudang manakala bacaan bagi Batu Pahat belum diperoleh.
Bagaimanapun, bacaan IPU di daerah itu, yang merangkumi kawasan Muar, pada sebelah pagi ialah 383.
Sehubungan itu, pelajar di 211 sekolah rendah dan menengah di Muar diarah bercuti mulai hari ini.
Sementara itu, operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai berjalan seperti biasa.
Bagaimanapun, Penolong Pengurus Besar (Pembangunan Perniagaan) Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Senai Sdn Bhd Adny Ahmad berkata penerbangan beberapa pesawat terpaksa dijadual semula.
"Kami tidak menerima amaran daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) namun jerebu menyebabkan beberapa penerbangan terpaksa dijadual semula," katanya.
Beliau juga berkata keutamaan kini adalah untuk meminimumkan kesulitan rakan kongsi syarikat penerbangan itu dan pelanggan mereka.
- Bernama
'Lebih banyak bilik gerakan jerebu di daerah terlibat'
|
Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata tindakan itu diambil berikutan tahap jerebu di beberapa daerah di Johor kini berada pada paras bahaya malah pemantauan yang lebih rapi akan dilaksanakan segera.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menjalankan sebarang aktiviti di luar rumah kecuali terpaksa bagi mengelak penyakit berkaitan jerebu meningkat.
"Klinik-Klinik juga diminta agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan orang ramai, terutama kanak-kanak, orang tua dan pesakit asma dinasihat agar tidak berada di luar rumah tanpa sebab.
"Paling penting, jangan buat pembakaran terbuka kerana ia hanya akan memburukkan keadaan semasa," katanya kepada pemberita di ibu negara semalam.
Beliau turut menyarankan jika ada mana-mana individu berasa pedih mata, sakit tekak, batuk atau susah bernafas, segera ke klinik berhampiran untuk rawatan awal bagi mengelak berlaku komplikasi yang lebih teruk.
Subramaniam berkata kementeriannya sudah bersedia berhadapan situasi sedemikian berikutan tahap bacaan jerebu di Muar dan Kota Tinggi semakin meningkat.
Bagaimanapun, beliau berkata setakat malam tadi, pihaknya belum menerima laporan penyakit berkaitan jerebu.
Subramaniam juga tidak menolak kemungkinan kes sedemikian akan diterima di daerah terbabit dalam jangka masa terdekat kerana tahap jerebu dilihat semakin buruk.
Indeks pencemaran udara sehingga pukul 5 petang menunjukkan Pasir Gudang mencapai tahap bahaya diikuti Kota Tinggi malam tadi.
Pada sebelah pagi, tahap pencemaran udara di Muar mencapai tahap bahaya.
-Bernama
Khamis, 20 Jun 2013
Pasir Gudang catat IPU paras bahaya pada 5 petang
|
Selepas
Muar dikesan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) bahaya pagi tadi,
Pasir Gudang pula mencatat IPU bahaya setakat pukul 5 petang tadi.
Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasir Gudang mencatat bacaan IPU 333 pada 5 petang berbanding IPU 199 pukul 11 pagi tadi.
Bacaan IPU 0-50 adalah di tahap Baik), 51-100 (Sederhana), 101-200 (Tidak Sihat), 201-300 (Sangat Tidak Sihat) dan lebih 300 (Bahaya).
Kota Tinggi terus mengekalkan bacaan indeks udara yang sangat tidak sihat apabila mencatat IPU 291 pukul 5 petang tadi berbanding 232 pada 11 pagi, demikian menurut statistik IPU yang dikeluarkan JAS melalui laman sesawang www.doe.gov.my
Sementara itu, keadaan udara di Larkin Lama yang tidak sihat pagi tadi bertukar menjadi sangat tidak sihat petang ini apabila bacaan IPUnya meningkat daripada 181 kepada 219.
Dua lagi kawasan yang mencatat peningkatan IPU ialah bandaraya Melaka dan Bukit Rambai.
IPU yang dicatat bandaraya Melaka ialah 150 pada 5 petang berbanding 137 pada sebelah pagi sementara Bukit Rambai mencatat IPU 129 pada sebelah petang berbanding 119 pukul 11 pagi tadi.
Pada 11 pagi, Muar mencatat bacaan IPU pada tahap bahaya iaitu 383 dan ini menyebabkan 211 sekolah di daerah berkenaan diarah bercuti selama dua hari mulai hari ini.
Bagaimanapun, setakat 8 malam ini, bacaan IPU di Muar pada 5 petang belum dikemas kini oleh laman sesawang JAS.
Pencemaran udara di negara ini dipercayai berpunca daripada pembakaran hutan di negara jiran.

Langgan:
Catatan (Atom)