Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Memaparkan catatan dengan label Perang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perang. Papar semua catatan

Khamis, 9 Januari 2014

'Tiger! Berambus kau dari sini. Ini bumi kami'

Pasukan Keselamatan Malaysia betul-betul mempunyai beberapa saat saja untuk respon terhadap sekumpulan pengganas Sulu, ketika bertembung dengan mereka di Kampung Tanduo, Lahad Datu bila satu tembakan meletus pada 1 Mac tahun lepas.
  
Superintenden Mancha Anak Laga dari Pasukan Operasi Am (GOF) Komando VAT69 memberitahu Mahkamah Tinggi, yang bersidang di Jabatan Penjara Sabah di Kota Kinabalu bahawa pada kira-kira 10 pagi hari berkenaan, pasukannya bertembung dengan sekumpulan antara 35 dan 40 orang, yang memakai pakaian celoreng dan menjerit pada mereka dalam Bahasa Malaysia, "Tiger! Berambus kau dari sini. Ini bumi kami!" dan kemudian mula menembak anggota pasukannya.
  
Ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed tentang jarak masa ketika penceroboh itu menjerit dan bila tembakan meletus, beliau berkata: "Kira-kira tiga hingga empat saat."
  
"Selepas mereka mula menembak berterusan, pasukan saya dan saya sendiri mencari perlindungan dan mula membalas tembakan ke arah mereka. Ia berlarutan kira-kira sejam.

"Semasa berbalas tembak, seorang daripada orang saya Korporal Sabaruddin Daud, terbunuh akibat beberapa kecederaan di kepala selepas ditembak oleh penceroboh," katanya.
  
Mancha adalah saksi ketiga pendakwa dalam perbicaraan 30 orang yang dituduh melakukan pelbagai kesalahan berkaitan aktiviti pengganas di Sabah tahun lepas.

Beliau berkata beliau telah memberitahu komander taktikalnya Datuk Abdul Rashid Harun, tentang pertempuran itu dan kemalangan jiwa, menerusi walkie-talkie.
  
Beliau juga mendengar bahawa satu lagi pasukan mengalami seorang terkorban, iaitu Inspektor Zulkifli Mamat, menerusi walkie-talkie.
  
Selepas pertempuran berhenti, Mancha dan pasukannya keluar memeriksa lokasi serangan dan menemui mayat 12 orang pengganas yang mereka tembak, dan beberapa laras senjatapi.
  
Ditanya oleh Abdul Wahab sama ada beliau tahu maksud perkataan 'tiger', yang digunakan oleh penceroboh, Mancha berkata ia merujuk kepada dirinya dan anggota pasukannya. 
  
Terdahulu, seorang anggota polis bantuan di Felda Sahabat, Lahad Datu memberitahu mahkamah beliau nampak sekumpulan lelaki memakai uniform celoreng di Kampung Tanduo selepas keluar memancing pada pagi 12 Februari.
  
Mohd Ali Asmadi, 40, berkata beliau menganggarkan terdapat lebih 100 orang di kampung itu.
  
"Saya yakin mereka bukan anggota Tentera Malaysia kerana saya belum pernah melihat askar Malaysia memakai uniform jenis itu," katanya.
  
Mohd Ali berkata beliau dan rakan memancingnya, Saharizan Shardik berada di muara sungai kampung itu dan berada antara 15-20 meter dari surau kampung itu di mana beberapa orang telah berkumpul.
  
Menurut Mohd Ali, kira-kira 2 pagi 12 Feb, beliau terdengar bunyi enjin yang kuat dan nampak imej samar sebuah kapal melintas depan botnya dari laut terbuka ke tepi pantai Kampung Tanduo.
  
"Selepas beberapa ketika, bunyi enjin terhenti. Tetapi 15 minit kemudian, kami mendengar semula bunyi enjin dan dari bunyi itu, kapal itu semacam menuju semula ke laut terbuka.
  
"Ketika ini, ia (kapal itu) berada agak jauh dari bot kami," kata beliau.
  
Mohd Ali berkata beliau dan rakannya menunggu beberapa ketika sebelum meninggalkan kampung itu untuk menentukan mereka tidak dikesan dan ditangkap oleh penceroboh.
  
Tengah hari itu, Mohd Ali membuat laporan berhubung pencerobohan itu di balai polis Cenderawasih di Felda Sahabat.
  
Daripada 30 individu yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan berkaitan kegiatan keganasan di Sabah antara 12 Feb dan 10 April, 22 termasuk dua rakyat Malaysia, didakwa menganggotai kumpulan pengganas, dan jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup dan denda.
  
Mereka turut berdepan pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup.
  
Seorang daripada mereka turut berdepan dua pertuduhan tambahan iaitu merekrut anggota kumpulan pengganas dan melindungi individu yang diketahui anggota kumpulan pengganas.
  
Lima individu daripada lapan tertuduh lagi berdepan pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas manakala seorang lagi, iaitu satu-satunya wanita dan merupakan warganegara Malaysia, didakwa melindungi individu yang diketahuinya anggota kumpulan pengganas.
  
Dua lagi berdepan pertuduhan cuba melindungi individu yang diketahui anggota kumpulan pengganas.
  
Sejumlah 27 tertuduh merupakan warga Filipina manakala bakinya adalah warga tempatan.
  
Perbicaraan di depan Hakim Stephen Chung bersambung esok.

- Bernama

Mat Salleh · Top Commenter · Sabah College
Keselamatan negara pada masa akan datang adalah tergantung pada generasi baru dari SOLO (generasi PTI). Apabila mereka terlalu ramai di kawasan2 tertentu di Sabah dan jika kesetiaan mereka ke arah negara asal usul serta menuntut Sabah, keselamatan tergugat. Tetapi sekiranya mereka setia kepada kepimpinan negara, negara Malaysia aman.

Khamis, 4 Julai 2013

Menteri: RCI kes Lahad Datu mungkin jejas siasatan


 
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mungkin cara terbaik untuk menyiasat insiden pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Namun, RCI tersebut mungkin menjejaskan siasatan susulan dan perbicaraan yang sedang dilakukan kepada tertuduh yang terlibat dalam pencerobohan berkenaan, katanya.

NONE"Dan kalau sekiranya RCI kaedah yang terbaik, sememangnya secara peribadi saya mahukannya dilaksanakan... Kita tidak mahu mempolitik perkara ini. Kita mahu memahami apa yang berlaku," katanya.
Katanya, pasukan keselamatan menahan seramai 169 individu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas 2012 (SOSMA) berhubung penglibatan dalam kejadian tersebut.

"Dan bawah akta-akta lain, 443 individu telah ditahan mengikut peraturan dan akta baru keselamatan yang telah pun digubal dan dilulus di Dewan ini.

"Maka siasatan terhadap mereka ini, (berdasarkan) maklumat yang kita terima, siasatan susulan sedang dilaksanakan, mungkin juga mereka yang dibicara, perkara-perkara yang diminta oleh (ahli parlimen) Lembah Pantai mungkin subjudis," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) yang mahu kerajaan mengumumkan penubuhan RCI bagi menyiasat kejadian pencerobohan yang berlaku pada Februari lalu.

Rabu, 22 Mei 2013

Tentera Filipina ada bukti

Oleh Safeek Affendy Razali

Kuala Lumpur: Penyerahan wang oleh ahli Parlimen pembangkang kepada kumpulan pengganas Kiram di Manila, yang dikesan perisikan tentera Filipina adalah sebahagian daripada bukti kukuh pembabitan pembangkang dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu.

BH difahamkan urusan membawa dan menguruskan sejumlah besar wang tunai itu diarahkan oleh seorang individu berkepentingan dari negara ini berlaku pada 7 Februari, iaitu dua hari sebelum pencerobohan pada 9 Februari.
Urusan penyerahan wang pada 7 Februari dipercayai kepada wakil kumpulan pengganas Kiram dapat diintip dan direkod oleh perisikan tentera Filipina. Ia adalah isyarat utama insiden pencerobohan bakal berlaku,” Sumber BH

Dapat diintip, direkod

“Urusan penyerahan wang pada 7 Februari dipercayai kepada wakil kumpulan pengganas Kiram dapat diintip dan direkod oleh perisikan tentera Filipina. Ia adalah isyarat utama insiden pencerobohan bakal berlaku,” katanya.

Pasukan perisikan negara berkenaan juga menerima maklumat bahawa kumpulan pengganas mula menyerahkan wang kepada ahli keluarga terdekat mereka sebagai belanja sebelum mereka menceroboh Sabah.

Sumber itu juga berkata: “Isyarat makin jelas apabila lagu Sabah Nak Hilang mula didendangkan dan dinyanyikan dalam siri ceramah pembangkang seolah-olah sesuatu akan berlaku di Sabah,” katanya.

Katanya, tujuan utama lagu itu dinyanyikan adalah untuk mengalihkan tumpuan jika berlaku sebarang insiden tidak diingini ke atas Sabah, pihak yang harus dipersalahkan adalah Kerajaan Pusat sedangkan pada masa sama rancangan jahat menceroboh Sabah sedang dilakukan oleh pembangkang.

Pada 9 Februari, kumpulan pengganas Kiram dikesan memasuki Pantai Timur Sabah, iaitu hari yang sama dua Ahli Parlimen pembangkang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tiga hari kemudian, lebih 150 orang pengganas lengkap berpakaian seragam tentera dan bersenjata api dikesan memasuki kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Sudah peroleh bukti

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah memperoleh semua bukti berkaitan pembabitan tiga pemimpin pembangkang dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Semua bukti dijangka dikemukakan kepada Peguam Negara dalam tempoh terdekat. untuk tindakan susulan selepas PDRM dan ATM membuat penelitian dari segi undang-undang untuk memperkuat hujah di mahkamah. 
 
BH

Selasa, 21 Mei 2013

Zahid: Dalang pencerobohan Lahad Datu tak akan didedah


 
Tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

"Semua dokumen dan maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang diteliti... kami iaitu Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pertahanan akan adakan mesyuarat dengan pihak peguam negara untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.

"Saya tidak berhajat untuk menamakan individu terlibat iaitu dua dari semenanjung dan seorang dari Sabah sebab saya tidak mahu berlakunya satu keadaan prasangka atau prejudis bila kes ini dibawa ke mahkamah," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja pertama ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di ibu negara, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau mengulas kenyataan Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee semalam, yang mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.

Sebelum ini, Ahmad Zahid ketika menjadi Menteri Pertahanan berkata kementeriannya telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Ahmad Zahid juga sebelum ini dipetik sebagai berkata, masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut adalah selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.

-Bernama 
 
CPs:
 
Tragedi ini bagi CPs nampak benar berkait rapat dengan PRU13, CPs tak berani menuduh pihak mana yang menangguk di air keruh tetap rakyat jelata pasti dapat mengecamnya. Bolehkah orang berperang siap dengan kereta kebal; jet perjuang pun musuh negara dengan senjata canggih; yang terkorban bukan sedikit = di pihak lawan juga musuh negara. TIBA-TIBA bila pilihan raya boleh senyap sepi. Macam main aci tak aci pula.
 
Kini macam sudah berakhir perang ini; sedangkan yang menjadi korban; warisnya di pihak perwira negara pun di pihak musuh sana; apakah sekadar biasa-biasa. 
 
Pasti semakin ramai akan mengatakan ini cuma satu yang terancang demi mendapatkan kuasa menjelang PRU. (Mendapatkan kuasa bermaksud; di pihak BN juga PR... siapa lebih disyaki rakyat jelata? Apa ada kuasa luar lain yang menjadi dalang?)
  • Sabtu Ahad · Pengulas Tertinggi · UKM(Kej Awm)
    menjadikan lahad datu hikayat seribu satu malam.....pengorbanan nyawa manusie dibayar dengan wang ringgit yang tak seberape......usah ulangi bende2 yang tak boleh ditup pade akhirnye.....ia tetap terbongkar!
     

    • Zainal Abidin Zakaria · Pengulas Tertinggi · Management Degree
      Klu xnak dedah ok. Tp kenapa x tangkap dulu mereka2 yg disyaki tu? Baru dakwa dimahkamah. Ini kes jenayah berprofail tinggi dn blh dianggap memerangi Yg Dipertuan Agung. Klu skdr nk saman itu mcm kes x byr hutang jer..aku heran jugak dgn kenyataan Zahid ni...

     

Jumaat, 10 Mei 2013

DALANG SEBENAR " TRAGEDI LAHAD DATU "

GEMPAR ! DALANG SEBENAR " TRAGEDI LAHAD DATU " TERBONGKAR...DAKWAAN USNO...!!!

JIKA INGIN BEDAL, BEDAL SEMUA!



RAHSIA.....Apa hubungan Shafie dengan Keluarga DiRaja 'Syaitan' Kiram ini termasuk Datu Akjan (Sultan Sulu) dan beberapa tokoh Sulu yang begitu berbangga mengabadikan kenangan bersama.

USNO amat kesal dengan sebilangan besar Pemimpin Bajausuluk yang berada dalam kerajaan UMNO Sabah yang terus berdiam diri seolah-olah sudah kehilangan akal dan trauma menghadapi dilema kedaulatan Sabah yang sedang dicabar pada hari ini.

Operasi yang diberi nama 'Ops Daulat' yang sebelum ini diberi nama 'Ops Sulu' telah membedal habis-habisan penceroboh atau lebih dikenali Penganas Sulu di Lahad Datu, Semporna, Tawau, Sandakan dan Kudat menampakkan telah mencapai kejayaan untuk menghalau kumpulan 'Syaitan Kiram III' dari Negara ini.

Sekarang operasi ini terus berjalan dan membedal penduduk Sabah tidak kira dari kumpulan Tausug Philippines atau kumpulan Suluk tempatan bagi memastikan keselamatan Negara berada di tahap yang maksima.

Namun saya tidak ingin menyentuh panjang lebar mengenai tanggujawab pihak keselamatan kerana perkara ini di bawah bidang kuasa keselamatan yang telah digariskan dibawa Esscom atau SSA.

Tetapi Kita tidak ingin melihat tanggungjawab pemimpin Suluk dan Bajau dalam Kerajaan BN, khasnya UMNO yang terus trauma dan kehilangan akal dalam persoalan pokok iaitu isu masyarakat Suluk yang dilihat menghadapi dilemma tanpa pembelaan yang wajar.

Kawasan Esscom atau SSA dari Kudat hingga ke Tawau adalah kawasan Majoriti Bajausuluk di mana kawasan ini juga dilihat sebagai kawasan kubu kuat UMNO di Negeri Sabah.

Namun amat dikesali apabila dilemma ini berterusan tanpa pembelaan wajar pemimpin Bajausuluk dalam UMNO, mereka hanya datang dengan tiba-tiba dan menyerang pemimpin pembangkang; mengaitkan pembangkang dengan pengganas seperti pemimpin MNLF Nur Misuari dan menuntut siasatan terhadap pemimpin berkenaan.


Anwar Ibrahim nampaknya dijadikan sasaran oleh Shafie Afdal yang meminta supaya siasatan hendaklah dilakukan terhadap pemimpin ini yang beliau lihat ada kaitan dengan Nur Misuari.


Pada masa yang sama beratus-ratus ribu masyarakat Pantai Timur yang menghadapi dilemma dan trauma serta ketakutan angkara keselamatan mereka terus terancam; baik ancaman pengganas atau takut kepada pihak keselamatan, kerana pada bila-bila masa mereka boleh diheret dan disoal siasat jika ada laporan mengaitkan mereka dengan pengganas; terutama musuh politik mereka.

Apabila Tun Mahathir melabel kaum Suluk sebagai ‘Kaum ganas’ dan ‘Pengganas’, tiada seorang pun pemimpin Bajau atau Suluk dari UMNO Sabah yang bangkit membetulkan persepsi itu.


TANGKAP.......Salah seorang yang disyaki ada hubungan dengan pengganas diheret ke Balai Polis di Semporna. Anehnya kenapa memakai baju Shafie Apdal?.

Ahirnya masyarakat Suluk terpalit oleh panggilan itu yang melebelkannya sebagai operasi menghapuskan 'PENGANAS SULU'


Sekali lagi Mahathir mencabar dan ingin menghapuskan budaya masyarakat Bajausuluk apabila mencadangan supaya Perumahan Kampung Air atau rumah atas air dihapuskan pada masa akan datang kerana dianggap sebagai sarang pengganas.

Sekali lagi pemimpin suluk Sabah terus kehilangan 'telur' atau mati akal kerana 'pucuk' mereka dimatikan oleh Mahathir yang akhirnya akan mati secara kekal dalam UMNO Sabah.


Asakan demi asakan yang dibuat terhadap masyarakat Bajau dan Suluk pada hari ini gagal difahami oleh pemimpin UMNO suku Bajausuluk atau mereka sengaja tidak mahu faham kerana takut dan trauma melihat serangan Bom F18 di Kampung Tanduo pada 1 Mac 2013 lalu.

Penaja USNO kesal dengan kegagalan rumpun-rumpun Melayu Bajau dan Suluk ini yang dilihat sedang 'DISELLEH BUYUNG MEREKA' oleh Mahathir tetapi terpaksa mengecutkannya kerana ketakutan yang amat sangat; di mana akhirnya mengambil jalan menjadi 'barua' UMNO hatta menderhakai bangsa sendiri.



GAMBAR-GAMBAR PEMIMPIN MALAYSIA DI DALAM WALL ESMAIL KIRAM II  SINI

Seluruh dunia melihat pertemuan Shafie Afdal dengan Sultan Esmail Kiram. Seluruh dunia tahu bahawa Shafie Afdal mengatur pertemuan keluarga Kiram dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, namun tiada pula tuduhan terhadap beliau yang mempunyai kaitan rapat dengan Sultan 'Syaitan' Sulu itu walaupun dengan terang dan jelas beberapa pengganas yang ditangkap tempoh hari di Semporna memakai baju BN berlambangkan gambar Shafie Afdal.

Apakah Adun, MP, Menteri Suluk Bajau dalam UMNO ini masih relevan untuk mewakili mereka pada masa akan datang?



Di manakah mereka pada hari ini? Di saat bangsa mereka trauma dan ketakutan, ketakutan kerana dianggap bangsa yang ganas dan perlu dihapuskan dari muka bumi Sabah sama ada masa depan mereka, budaya mereka dan martabat mereka.

Tidakkah mereka berasa malu dan rasa bersalah apabila seorang mantan Ketua Menteri Sabah yang bukan dari keturunan Suluk keluar bersuara mengenai penganaiyaan bangsa suluk pada hari ini disuarakan oleh Tan Sri Harris bin Salleh?

Jesteru itu USNO ingin membawa rakyat Sabah khasnya mesyarakat Bajausuluk atau keturunan Suluk supaya bersatu dan ‘Magbogbog’. Jika rakyat dan kerajaan BN ingin membedal 'Penganas Suluk', kita juga mesti membedal Pemimpin Bajau Suluk yang gagal mewakili kita hari ini.

Bukankah mereka gagal melindungi masa hadapan kita, bangsa kita dan masyarakat kita yang sedang dalam ketakutan dan trauma oleh serangan bertubi-tubi; baik dari dalam Negara oleh Pemimpin UMNO sendiri atau luar Negara oleh 'Pengganas Luar' yang mengaku keluarga Kiram.

Salam Hormat,

ABDULLAH SANI HAJI ABDUL SALLEH
Timbalan Pengerusi Penaja USNO

Musa Dalang Sebenar Pencerobohan Lahad Datu?

Posted by Muka Petang 1:32 PG, 
 Menurut Rappler.com, Musa Abdullah merupakan pakar strategi ketenteraan yang ingin menghidupkan semula tuntutan Sulu ke atas Sabah.  Beliau juga bersusah-payah untuk melatih rekrut RSF untuk menceroboh dan mengganas di Lahad Datu.  
Beliau juga pernah terlibat dalam Oplan Merdeka, misi keji Marcos pada sekitar 1968 untuk memporak-perandakan penduduk di Sabah agar berpecah dari Malaysia dan menyertai Filipina.  Ikutilah pendedahan rappler di bawah tentang Musa Abdullah yang merupakan ketua sebenar di sebalik RSF dan bukan Raja Muda.
Rekrut Jabidah Dalang Pencerobohan
OLEH ANGELA CASAUAY
Rappler.com 2013/3/10 12:48 Kemaskini 2013/03/11 22:26

Tawi-Tawi, Filipina - Mereka adalah sebahagian daripada operasi rahsia tentera untuk merampas Sabah dari kawalan Malaysia sekitar 1960-an. Kali ini, mereka adalah sebahagian daripada pelan besar yang menuntut Sabah secara terang-terangan.

Dua ahli Royal Sultanate Force - atau Tentera Diraja Sulu (RSF), kerana mereka dikenali di sini - yang bergerak ke Sabah pada 14 Febuari 2013. Di kalangan para rekrut unit komando Jabidah di bawah plot rahsia Oplan Merdeka 4 dekad yang lalu.

Oplan Merdeka (kebebasan dalam Bahasa Melayu) telah direka oleh tentera Marcos untuk menghantar rekrut Islam untuk menyerang Sabah pada sekitar tahun 1968. Plot untuk memburuk hubungan antara Manila dan Kuala Lumpur, menyebabkan kedua belah pihak untuk melatih dan menyediakan tempat perlindungan kepada pemberontak yang dimiliki oleh Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF)

Ianya bermula di bandar indah Simunul dibayangi oleh air yang jernih dan pasir putih, di mana ketua unit jurulatih Jabidah dan pelatih, kemudian Tentera Mej Eduardo Martelino, mengadakan latihan awal untuk rekrut. Beliau menubuhkan kem latihan di sini dipanggil Sophia, dinamakan sempena gadis Simunul tempatan yang cantik yang menjadi isterinya.

Dua rekrut Martelino, Musa Abdulla dan Ernesto Sambas, adalah antara sekurang-kurangnya 13 penduduk Simunul yang menaiki dua buah kapal ke Lahad Datu, bersama-sama dengan kira-kira 200 rakan-rakan mereka, pada 14 Februari lalu.

Kedua-dua mereka dapat melarikan diri dari Pulau Corregidor pada tahun 1968 sebelum tentera menembak mati rakan-rakan rekrut mereka yang kini dikenali sebagai pembunuhan beramai-ramai Jabidah, yang memarakkan pemberontakan penduduk Islam di Mindanao.

Hari ini, Musa dan Sambas dikatakan telah putus hubungan dengan keluarga mereka di Simunul. Adakah mereka berjaya meneruskan kehidupan setelah serangan ketenteraan di Lahad Datu Malaysia? Atau mereka antara 60 mangsa yang dilaporkan dalam Pencerobohan Sabah? Tiada siapa yang tahu.

Walaupun mereka berkongsi masa lampau biasa, Abdullah dan Sambas mempunyai cerita yang berbeza untuk diceritakan

Musa adalah pakar strategi tentera bersenjata di Sabah.  Manakala, Sambas adalah seorang askar kecewa yang telah mencuba dengan acuh tak acuh untuk kembali berkhidmat. Beliau adalah rekrut Jabidah yang pertama dari Simunul yang menyertai tentera dan dianugerahkan dengan pangkat leftenan muda, menurut buku " Dibawah Bulan Sabit: Pemberontakan di Mindanao" oleh Marites Dañguilan Vitug dan Glenda M. Gloria yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1999.

Pakar Strategi

Walaupun Raja Muda Agbimuddin Kiram, waris Sultan Sulu, adalah pemimpin bersenjata Filipina kini dalam pelarian di Sabah, disebalik itu Musa adalah dalang sebenar di sebalik Pencerobohan Sabah, demikianlah penduduk Simunul memberitahu Rappler.

Menurut mereka lagi,  Musa,sekarang dalam lingkungan umur 60-an, merupakan Timbalan Ketua Kakitangan kepada RSF, satu pangkat di bawah Raja Muda.

Selepas pelan Merdeka gagal, Musa bersara dari tentera. Tiada siapa yang tahu apa kegiatan beliau pada tahun-tahun berikutnya. Pada masa inilah, beliau dilantik menjadi Timbalan Ketua Kakitangan kepada RSF.

Datuk Bandar Simunul, Nazif Ahmad Abdurahman berkata Musa menjalani kehidupan sebagai seorang pesara. Dia akan ke ladang dan sering juga dilihat membeli ikan di pelabuhan pada pagi awal. Isteri Musa, Aurelia, adalah Guru Besar Sekolah Rendah Simunul.

Rumah Musa, merupakan teratak kayu usang dengan kereta rosak yang turut dibina garaj sementara, terletak di tepi kem RSF di Simunul. Dari rumahnya, dia dapat melihat keseluruhan kem, terutama kawasan mesyuarat di mana ahli RSF sering berjumpa pencerobohan.

Ibnohasim Akmad, ahli RSF dari Sulu berkata Musa adalah pemimpin mereka yang sebenar, bukan Raja Muda.

Akmad, yang ketinggalan apabila kumpulan mereka pergi ke Sabah, berkata bahawa semasa beliau tinggal sebulan di situ sebelum berlaku pencerobohan Sabah, Raja Muda - yang tinggal di Barangay Tubig Indangan, hanya 1 km dari kem - cuma melawat kem mereka "kadang-kadang "

Ia adalah Musa, Akmad berkata, yang mengajar mereka tentang "peraturan tentera."

"Dia hanya mengajar kita formasi tertentu maka kita telah diberi taklimat mengenai undang-undang dan peraturan-peraturan ketenteraan, bagaimana untuk melakukannya sebagai tentera, bagaimana untuk mengikuti undang-undang tentera," Akmad katanya.

Akmad enggan memberi butiran "latihan" mereka, tetapi menafikan latihan menembak.

Beliau berkata selamat tinggal

Isteri Musa, Aurelia, berkata beliau memberitahu tentang rancangan kumpulan mereka sebelum berlepas ke Sabah.

"Sebenarnya, beliau mengucapkan selamat tinggal. Malah jika saya tidak mahu dia pergi, saya tidak boleh berbuat apa-apa tentang hal itu, "katanya berbahasa Filipina melalui telefon.

COMMANDER'S HOME. Musa Abdulla, timbalan ketua Angkatan Kesultanan Diraja, kehidupan dalam kem. Gambar oleh Karlos Manlupig

Seperti kebanyakan penduduk Tawi-Tawi, ini bukanlah kali pertama Musa telah pergi ke Sabah. Aurelia berkata Musa telah pergi ke Sabah dua kali pada tahun ini untuk melawat adik-beradiknya di Lahad Datu.

Pada kemuncak serangan kedua Malaysia di Lahad Datu pada 5 Mac, seorang pegawai polis memberitahu kita: "Kapag si Musa ang Kehilangan Kata o nahuli, wala na, dun na mabubuwag iyan, (Jika Musa mati atau ditangkap, itulah masanya kumpulan tersebut akan tumpas). "

Beberapa jam selepas itu, keluarga Kiram mengisytiharkan gencatan senjata - rayuan yang ditolak oleh Malaysia

Isteri Musa berkata beliau tidak bercakap kepada Musa sejak dia meninggalkan kerana Musa tidak memiliki telefon bimbit.

Askar Kecewa

Sambas mempunyai naratif yang sedikit berbeza.

Apabila tersebar berita tentang pembunuhan Jabidah di Pukau Corregidor pada tahun 1968, bapa Sambas ', seorang bekas pengerusi Barangay selama 20 tahun, cepat mengembara dari Tawi-Tawi ke Manila untuk mengambil anaknya dari Fort Bonifacio. Mereka pulang ke rumah yang terletak di Barangay Manuk Mangkaw di Pulau Simunul.
GAGAL IMPIAN. Ernesto Sambas jarang meninggalkan rumahnya selepas enggan meninggalkan tentera. Gambar oleh Karlos Manlupig

"Bapanya membawanya pulang untuk menunjukkan jiran kita bahawa dia masih hidup," isteri Sambas ', Rubia berkata dalam Sinama, bahasa orang Sama.

Selepas Sambas meninggalkan Fort Bonifacio, dia tidak mampu untuk melakukan apa yang dia idamkan iaitu untuk menjadi askar lagi.

Suatu sijil berbingkai yang menunjukkan Sambas telah selesai kursus latihan tentera Jabidah tergantung di dinding rumah Sambas '. Aurelia berkata suami beliau berkhidmat sebagai leftenan muda untuk unit komando Jabidah.

"Di bawah Bulan Sabit" menceritakan Sambas 'sebagai rekrut Jabidah pertama yang ditauliahkan pangkat pegawai dalam Tentera. "[Sambas] ingat hari itu pada tahun 1967 apabila dia melihat [kemudian Mej Eduardo] Martelino rekrut berlari di jalan-jalan lasak Simunul. 'Mereka kelihatan seperti mereka telah berseronok.' Pada suatu hari, Martelino pergi ke rumah Sambas ', untuk mencari bapa beliau yang ketika itu seorang pegawai perbandaran. Sambas akhirnya bercakap dengan Martelino yang menyatakan keinginan beliau untuk menyertai tentera yang dilihatnya. "

"Ia tidak mengambil banyak masa oleh Martelino untuk mengumpan Sambas menyertai misi Sabah. Sambas mendakwa bahawa mereka telah diberitahu awal mengenai rancangan ini walaupun ketika mereka masih di kem latihan di Simunul. Beliau teruja dengan prospek untuk menjadi askar dan menyertai misi elit pada itu. Pada bulan Ogos 1967, Sambas menyertai Martelino dalam latihan tempur mereka di Kem Sophia, yang berhampiran dengan kawasan pantai menghadap ke laut. "

Kehidupan selepas Jabidah Sambas memberi harapan bahawa dia boleh satu hari kembali menyertai tentera.

Janji-janji telah dibuat tetapi tidak ada yang menjadi, termasuk janji oleh mendiang Brig. Eduardo Batalla, yang merupakan komander kepolisian Filipina di Mindanao Barat,  isteri Sambas berkata ianya merupakan kontemporari beliau dalam tentera.
Battalla kononnya berkata beliau akan membantu Sambas kembali kepada tentera sekali dia menjadi Jeneral. Batalla mempunyai sebab untuk menabur janji kerana dia juga adalah salah seorang daripada pegawai-pegawai muda yang ditugaskan untuk melatih rekrut Islam di Pulau Corregidor.

Tetapi Batalla dibunuh di Bandar Zamboanga dalam operasi 1989 operasi gagal terhadap ke atas kumpulan Rizal Ali.

"Dia menjadi kecewa dan terus kecewa. Beliau mula menjauhkan diri, "isteri Sambas 'memberitahu kami.

Sambas menghabiskan kebanyakan masa di rumah dan tidak pernah mampu untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Ketiga-tiga anak beliau tidak mampu untuk menamatkan persekolahan.

Gagal impian

Pada usia 64, Sambas masih menyimpan impian beliau untuk kembali berkhidmat dalam tentera, dan isterinya terus mempersoalkan mengapa tiada seorang pun daripada orang-orang yang berjanji dengan mereka tampil untuk membantu beliau.

Tidak seperti Musa, Sambas tidak memberitahu isterinya bahawa dia telah pergi ke Sabah. Aurelia berkata Sambas berkemas secara senyap-senyap dan tergesa-gesa  pada hari itu tanggal Februari 14.

"Saya tanya dia ke mana dia akan pergi tetapi kita tidak dapat bercakap dengannya. Beliau tidak menjawab, "katanya.

Dia hanya mengetahui mengenai pencerobohan Sabah selepas menonton berita TV, sumber utama maklumat bagi penduduk Simunul. Keluarga itu dapat menghubungi Sambas semasa dua hari pertama berada di Sabah.

Sejak itu mereka tidak mendengar dari beliau lagi.

Musa dan Sambas mengulangi sejarah dan mampukah mereka hidup untuk memberitahu satu lagi cerita Sabah? - Rappler.com

Siapa Dalang Sebenar Tragedi Lahad Datu?


Posted on Tuesday, March 05 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Analisis Oleh: rozmal

"Syaitan gemar dengan perpecahan dan kemusnahan manusia seperti janjinya di depan Allah SWT untuk melakukan apa juga tindakan yang memusnahkan kehidupan manusia. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya untuk melalaikan manusia.


Oleh itu, ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya.


Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti perjalanan darah.
Biasanya syaitan menyampaikan bisikan jahat supaya manusia melanggar segala arahan Allah SWT. Syaitan sentiasa membisikkan kata-kata ‘manis’ yang bersifat menghasut kepada manusia. Matlamatnya adalah untuk mencipta permusuhan dan kebencian semasa manusia.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu.” (Surah Al-Maidah, ayat 91)

Firman Allah SWT: “Hasutlah siapa yang dapat kamu (syaitan) hasut di antara mereka (manusia) dengan suaramu. Seranglah mereka dengan pasukanmu yang berkuda dan berjalan kaki. Dan jadikanlah mereka sekutumu dalam kekayaan harta dan anak-anak. Berilah mereka janji-janji. Dan tidaklah yang dijanjikan kepada manusia oleh syaitan melainkan tipu belaka.” (Surah al-Isra', ayat 64)

Dari sahabat bernama Jabir, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya iblis putus asa terhadap orang yang solat tetapi ia mampu memecah-belahkan perpaduan mereka.” (Riwayat Imam Bukhari)
"

MAHATHIR ADALAH DALANG SEBENAR INSIDEN LAHAD DATU?

Posted by MPP On Selasa, 19 Mac 2013 
Rata-rata panelis forum ‘Mahkamah Rakyat : Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ menyimpulkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai individu yang menjadi punca sehingga timbulnya krisis terbabit.

Dr Mahathir dipersalahkan kerana menjadi orang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan melalui ‘Projek IC’ di Sabah sejak awal tahun 80-an.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Hassnar Ebrahim dalam ucapannya mengakui, beliau pernah menandatangani 500 borang kosong dalam satu masa semasa menjadi Ketua Daerah Sandakan.

Terlibat dalam Projek IC tanpa sedar, Hasnar berkata borang kosong terbabit kemudiannya disahkan dan dibawa kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum diubah menjadi sijil kelahiran.

Katanya, semasa Sabah di bawah pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) antara 1979 sehingga 1984, tidak kurang daripada 125,000 jumlah kad pengenalan yang dikeluarkan kerajaan persekutuan kepada sebilangan besar pendatang haram.

“Gunung berapi dalam dada saya sudah mahu meletup. Kalau ini fitnah dakwa saya kita jumpa di mahkamah,” katanya di hadapan kira-kira 1, 000 orang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Beliau turut mengakui wujud pertemuan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Almarhum Tan Sri Megat Junid Megat Ayub dengan 15 pegawai tertinggi kerajaan ketika itu termasuk Ketua Pengarah Imegresen, polis, dan Timbalan Ketua Pengarah JPN di pejabat Jabatan Perdana Menteri.

Beliau mendakwa, semasa pertemuan itu Megat Junid memberitahu mereka Dr Mahathir sendiri meluluskannya dan mahu meminta RM 2 juta untuk kos projek terbabit.

“Berikutan itu saya ditahan ISA selama 59 hari namun tidak diseksa atau dipukul,” katanya yang juga pernah menjadi saksi penting kes petisyen Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas pada tahun 1999.

Sementara itu, Siti Aminah Mahmud berkata dirinya tidak sedar terlibat dalam Projek IC di Sabah ketika menjadi ahli Umno dan bertugas di Pejabat Umno Bahagian Sembulan.

Katanya, pada tahun 1990 sehingga 1995 beliau membantu mendapatkan gambar dan cap jari pendatang asing untuk dihantar ke pejabat Umno.

“Saya tak tahu di mana mereka cetak kad pengenalan…saya bantu Umno di Sabah dan menambahkan undi Melayu,” katanya.

Beliau juga ditahan di bawah ISA dan disiasat selama 10 hari.

Turut hadir berucap pemimpin Sabah Datuk Kalakau Untol, ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing, bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid dan sasterawan negara Tan Sri A Samad Said.

Perang Sulu

Pelik tapi benar, ada ke masuk akal perang boleg ditangguhkan sebab nak pilihan raya. Nampaknya memang dalang dalam kes pencerobohan di Sabah antaranya adalah orang politik antara dua negara. Tapi Pastinya mata dunia menganggap dalang ini dari Malaysia. Sekadar andaian.

Sejarah telah membuktikan; kerajaan Filipina jua pernah ingin menyerang Sabah sampai berlaku kejadian bunuh beramai-ramai lantaran kalangan kaum Sulu yang dilatih ingkar menyerang Sabah. Mereka manganggap Sabah adalah saudara seagama & abang kepada mereka. Kemelut terbaru ramai pengulas politik berandaian pergelutan berlaku adalah kerana kerajaan Malaysia ingin meraih simpati pengundi. Terbaru diuar-uarkan ada tiga ahli politik disebut-sebut dari kalangan parti pembangkang Malaysia menjadi dalang sebenar.

Apa-apa pun sampai kini pengganas Sulu senyap sepi seolah-olah mereka memberi laluan untuk PRU13. Tiada serangan balas berlaku biarpun ramai kaum mereka menjadi korban peperangan ini. Benar atau salah keganasan ini ada dalangnya atau memang Sabah akan jadi seperti Selatan Thailand. Selalu sahaja akan berlaku pertempuran tidak diduga sampai kini.

Pastinya semua mahu akan keamanan. Jangan hendaknya ada provokasi atau mainan politik tentang tumpahan darah di Sabah. Sebab ini melibatkan tentera & polis yang tidak berdosa. Cukuplah mereka telah berkorban nyawa demi mahukan keamanan di Sabah sentiasa terpelihara.

Jumaat, 3 Mei 2013

Pembelaan Utusan kait Anwar dengan pencerobohan


 
Akhbar Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulannya dalam pernyataan pembelaan menyatakan berita yang mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pencerobohan bersenjata di Sabah, dilaporkan akhbar itu berdasarkan laporan perisikan pihak keselamatan Malaysia dan Filipina serta media antarabangsa.
  
Utusan dan Ketua Pengarang Kumpulan Datuk Abdul Aziz Ishak juga menjelaskan bahawa akhbar itu merupakan akhbar arus perdana yang menyalurkan maklumat dan pengetahuan kepada pembaca, serta defendan mempunyai obligasi dari segi moral dan undang-undang seperti mana dilaporkan.
  
Selain itu, peristiwa pencerobohan di Lahad Datu merupakan isu kepentingan awam yang wajar dikongsi dengan masyarakat negara ini.
  
Kedua-dua defendan juga menyatakan bahawa plaintif  tidak mematuhi kehendak Aturan 18 Kaedah 12(1A) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, iaitu kuantiti apa-apa tuntutan bagi ganti rugi am tidak boleh dinyatakan.
  
Defendan mendakwa motif plaintif memfail saman fitnah ialah untuk kepentingan politik dan bukannya untuk membersihkan nama beliau.
  
Anwar, 65, memfail saman fitnah menuntut RM100 juta pada 8 Mac lalu dengan menamakan Utusan dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan sebagai defendan pertama dan kedua, diikuti TV3 dan Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima Berhad Datuk Shaharudin Latif sebagai defendan ketiga dan keempat.
  
Sementara itu Pengarang Berita Buletin Utama Ing Boon Seng dinamakan sebagai defendan terakhir.
  
Defendan ketiga hingga lima dalam pernyataan pembelaan pula berkata program berita yang disiarkannya berdasarkan fakta-fakta yang boleh dipercayai dan dilaporkan demi kepentingan umum serta berniat baik.
  
Ketiga-tiga defendan berkenaan meminta mahkamah agar menolak tuntutan plaintif atas alasan beliau tidak berhak kepada sebarang remedi atau relif sepertimana yang dituntutnya.
  
Dalam perkembangan berkaitan Hakim Rosilah Yeop menetapkan perbicaraan kes itu selama tiga hari, bermula 9 Dis depan.

- Bernama

Isnin, 29 April 2013

3 dalang insiden Lahad Datu tak akan didedah


Bagan Datoh: Kerajaan tidak bercadang mendedahkan nama tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dalam waktu terdekat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara yang akan melakukan siasatan terperinci dan diselesaikan mengikut perspektif undang-undang.
“Kemudian baru kes ini akan dibawa ke mahkamah untuk melakukan pendakwaan terhadap mereka yang terbabit,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan rumah ke rumah di Perkampungan Nelayan Sungai Tiang di sini, malam kelmarin.


Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, N Surendran yang mendesaknya mendedahkan nama tiga pemimpin pembangkang yang didakwa menjadi dalang dalam insiden Lahad Datu, Februari lalu.

Surendran dilaporkan berkata, jika Ahmad Zahid gagal mengemukakan nama berkenaan dalam tempoh 24 jam, ia jelas menunjukkan ‘fitnah’ yang dimainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ahad, 28 April 2013

Siapa Pemimpin Pakatan Dalang Lahad Datu?

 Posted by Mus Sabahdaily | Saturday, April 27, 2013
Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah.

“Maklumat kini sudah terkumpul dan semua butir-butir itu akan diserahkan sepenuhnya di Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Lawatan Kerja Menteri Pertahanan di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas di sini hari ini.

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut.

Beliau berkata pihaknya tidak mahu dianggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Sesuatu tindakan perundangan hanya boleh dilakukan apabila keterangan dirakamkan, direkodkan, kami dah ada semua itu.

“Bila akan diserahkan...tunggu selepas pilihan raya dan tindakan juga akan diambil lepas pilihan raya, kita tidak mahu mereka kata kita bermain politik, jadi kita serah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengelakkan dicopkan sandiwara politik Umno,” katanya. – Bernama

Anonymous said...
April 28, 2013 at 10:57 PM
Kita Yakin Anggota Keselamatan Kita Yang Ikhlas Bertugas Membuat Risikan Dan Telah Berjaya Mendapat Maklumat Yang Benar. Malangnya Maklumat Risikan Daripada Anggota Keselamatan Yang Ikhlas Ini Telah Di Sembunyikan Oleh Tangan Tangan Ghaib............ Saya Sangat Yakin Dan Percaya Dengan Keupayaan Anggota Keselamatan Kita..............Kebenaran Hanya Akan Dapat Kita Ketahui Apabila Kerajaan Tidak Merogol KeProfesionalisma Anggota Keselamatan Kita Sehingga Mereka Tidak Berani Menegakkan Kebenaran Dan Keadilan........ Hanya Dengan Mengubah Kerajaan Sahajalah Akan Dapat Mengembalikan Kehebatan Anggota Keselamatan Kita Ketempat Yang Sewajarnya .........Memang Benar Anggota Keselamatan Kita Memegang Logo Harimau Dipakaian Seragamnya. Tapi Apalah Gunanya Kalau Ia Hanya Menjadi Sebuah Lambang Semata Mata.......Kita Semua Sangat Takut Berhadapan Dengan Harimau Yang Ganas Itu Apatah lagi Jika DiTerkam Oleh Harimau Itu....... Tetapi Harimau Yang Menjadi Simbol Kehebatan Dan Kegagah Anggota keselamatan Kita Hanyalah Harimau Yang Berada Di Dalam ZOO Sahaja.!!!!!!!!!!! 5 Mei Ini Akan kita Tentukan Samaada Kita Mahu Kekalkan Harimau Itu Di Dalam ZOO Sahaja Atau Kita Mahu Harimau Itu Benar Benar Mengerunkan Penjenayah Hari Ini Yang Semakin Berani Membuat Kesalahan Di Hadapan Balai Balai Polis Di Negara Kita.. (Menteri) Pemimpin Yang Tidak Bertanggung Jawab Mesti DiSingikirkan Daripada Jawatan Yang Mulia Ini..........

1000 Pengganas Serbu Sabah Selepas PRU13?

MENURUT Jurucakap Kiram III, Idjirani, pertempuran akan disambung semula selepas kira-kira 1,000 ahli Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) tiba di Sabah untuk mengukuhkan kuasa kesultanan di Lahad Datu.

“Pada masa ini, rakyat Malaysia sibuk dengan pilihan raya dan mereka tidak mahu mengganggu Sabah di mana terdapat lebih daripada 600,000 bangsa Suluk berdaftar sebagai pengundi,” katanya.

Idjirani berkata, bangsa Suluk di Sabah telah memelihara hubungan baik dan kuat dengan orang-orang Sulu.

“Datuk Seri Najib (Razak) takut menyinggung perasaan mereka kerana ia adalah undi penting buat beliau,” katanya.

Idjirani menambah, Komander Sulu di Lahad Datu, Agbimuddin Kiram mengesahkan, kehadiran pejuang MNLF pada kali ini lengkap membawa senjata seperti anti-kereta kebal dan bergerak secara bersembunyi bagi mengelakkan dikesan pasukan keselamatan Malaysia.

“Mereka mengambil kedudukan dari Kampung Tanduo dan Tanjung Batu,” katanya.

Kumpulan pengganas Sulu mendakwa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meredakan pertempuran di Sabah sebagai 'langkah sementara' kerana tidak mahu menyinggung perasaan penduduk bangsa Suluk menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Media Philippines Daily melaporkan sebagai memetik jurucakap kumpulan itu, Abraham Idjirani berkata, bagaimanapun kumpulan itu percayai pertempuran akan bersambung semula selepas PRU13. (SINAR)

Khamis, 25 April 2013

Zahid Sahkan 35 pengganas Sulu ditembak mati tentera Filipina

 
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid  Hamidi hari ini mengesahkan laporan akhbar bahawa 35 orang pengganas Sulu ditembak mati oleh Tentera Laut Filipina di Pulau Sibutu, Filipina Sabtu lepas, yang merupakan hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
  
Berdasarkan siasatan dan maklumat risikan, kumpulan pengganas itu berhasrat untuk memasuki Sabah, dan mengadakan pencerobohan dan kekacauan menjelang PRU13 ini, katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di George Town hari ini.
  
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Filipina khususnya Tentera Laut Filipina dan Pengawal Pantai Filipina yang telah memberi kerjasama erat dengan kerajaan Malaysia, khususnya ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  
Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Pasukan Keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas Kiram, yang diketuai pemimpin kanannya Kalling Amirul, dalam pertempuran sengit di Pulau Sibutu, Filipina pada Sabtu lepas, ketika kumpulan itu merancang strategi untuk menceroboh dan menyerang pantai timur Sabah bagi merencatkan proses PRU13.
  
Dalam pertempuran itu, dua anggota keselamatan Filipina terbunuh, dan pasukan keselamatan Filipina juga telah merampas lebih 20 laras senjata api M16 dan rifel Garand.

Beliau juga memberi jaminan keselamatan pengundi di seluruh Malaysia, khususnya  yang berada di Sabah, terjamin dan mereka boleh menjalankan hak mereka dengan selamat pada 5 Mei ini.
  
Menyentuh mengenai kejadian letupan di Nibong Tebal Rabu lepas, Ahmad Zahid berkata mereka yang bertanggungjawab terhadap tindakan itu jangan melampaui batas, dan jangan cuba membawa "Arab Spring" ke Malaysia kerana Malaysia mempunyai acuan politiknya yang tersendiri.
  
"Kita tidak mahu diugut dengan bom, kita tidak mahu demokrasi diganggu-gugat. Kalau  mahu kerajaan yang dipilih rakyat secara bersih, lakukan kempen dengan cara bersih. Jangan  takut-takutkan calon lawan apabila sokongan rakyat beralih kepada kerajaan yang lebih kuat," katanya.
  
Selasa lepas, ceramah anjuran BN Nibong Tebal
 dicemari insiden letupan yang berlaku di belakang pentas  bilik gerakan parti itu semasa Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan menyampaikan ceramah.
  
Kejadian kira-kira 10.15 malam itu menyebabkan seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan.
  
- Bernama

Khamis, 11 April 2013

Polis Tahan Sembilan Individu Di Beluran


Sembilan individu termasuk dua wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu telah ditahan polis dalam tangkapan berasingan di beberapa kawasan di Beluran pada malam Selasa dan pagi kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata dalam tangkapan jam 8 malam dan 10 pagi itu, membabitkan tujuh rakyat asing dan dua warga tempatan. Hasil pemeriksaan turut menemui beberapa senjata seperti parang, dokumen dan wang tunai dalam tangkapan berkenaan.

“Kita telah menahan tujuh lelaki dan dua wanita dalam tangkapan berasingan itu yang kesemua berusia lingkungan 20an hingga 50an di sebuah kampung di kawasan Beluran kerana dipercayai mempunyai petunjuk dan keterangan-keterangan terlibat dengan pengganas Sulu dari selatan Filipina ini.

“Mereka semua kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Sandakan dan siasatan akan dijalankan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah, kelmarin.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Hamza mendedahkan pasukan keselamatan telah mengebumikan 17 mayat pengganas di satu lokasi kelmarin.

“Untuk makluman, pihak pasukan keselamatan telah mengkafan, memandikan serta disolat-jenazahkan pada hari ini (kelmarin) dan dikebumikan di satu kawasan di Sabah ini,” katanya. -Sabahkini

Rabu, 10 April 2013

15 warga Filipina, seorang polis didakwa Jumaat ini


 
Lima belas warga Filipina dan seorang Koperal polis yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan ketika insiden pencerobohan di Lahad Datu baru-baru ini akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Tawau Jumaat ini.
  
Lapan daripada mereka berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan denda jika sabit kesalahan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.
  
Ini merupakan kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000.
  
Selain itu tujuh lagi tertuduh menghadapi pelbagai tuduhan iaitu menjadi anggota kumpulan pengganas, melindungi pengganas serta merekrut orang sebagai anggota kumpulan pengganas.
  
Seorang anggota polis warga tempatan pula didakwa tidak memberi maklumat mengenai tindakan pengganas.

Kesemua mereka sebelum ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu. Pada prosiding Jumaat ini, pengakuan tertuduh akan direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi P Ravinthran.
  
Pada 21 Mac lepas, lapan warga Filipina iaitu Atik Hussin Abu Bakar, Basad Manuel, Lin Mad Salleh, Holland Kalbi, Habil Suhaili, Timhar Hadir, Kadir Uyung dan Lating Tiong tidak diwakili peguam hingga Ravinthran memutuskan supaya pengakuan mereka tidak direkodkan demi memberi keadilan kepada tertuduh.
  
Selain itu pertuduhan terhadap lapan lagi tertuduh termasuk Koperal Hassan Ali Basri yang didakwa awal April, akan dibacakan semula kerana kes mereka baru sahaja dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
  
Bagi pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong, mereka didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas menurut Seksyen 130KA kanun sama, membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda.
  
Seksyen 130E iaitu merekrut orang sebagai anggota kumpulan pengganas atau untuk menyertai perbuatan pengganas pula membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda manakala Seksyen 130K diperuntukkan bagi kesalahan melindungi pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda atau penjara maksimum 20 tahun dan boleh denda.
  
Sementara itu bagi kesalahan mengikut Seksyen 130M iaitu sengaja tidak memberi maklumat mengenai pengganas, ia boleh membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
  
Kesemua tertuduh ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012 yang tidak membenarkan mereka diikat jamin.
  
Dalam prosiding lepas, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai barisan pendakwaan berkata pada Jumaat ini beliau akan memberitahu mahkamah mengenai perkembangan perbincangan dengan Persatuan Undang-undang Sabah, Majlis Peguam dan kerajaan Filipina berhubung khidmat peguam untuk kesemua tertuduh.

- Bernama

Isnin, 8 April 2013

Dokumen Bayaran Pajakan Sabah kepada Kesultanan Sulu oleh Kerajaan Malaysia


Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya raya. namun hakikatnya kehidupan kebanyakaan masyarakat disana tidak melambangkan kekayaan Sabah yang kaya dengan sumber aslinya.  
Jika kita bandingkan Brunei & Sabah atau Sarawak, sememangnya kehidupan rakyat di Sabah, Sarawak jauh bezanya. Kenapa Sabah , Sarawak dibandingkan dengan Brunei? Borneo merupakan kepulauan yang kaya dengan hasil minyak dan sebagainya. Ini tidak dapat dinafikan  dan kita rakyat Malaysia juga sedia maklum kekayaan sumber petroleum Sabah & Sarawak yang memainkan peranan penting dalam urusan ekonomi negara Malaysia.
Tetapi benarkah apa yang kita miliki dari Sabah adalah sebenarnya milik Malaysia?
Banyak pertikaian dan pendapat yang menunjukkan pelbagai pihak telah menuntut Sabah dari Malaysia. Dan ini mewujudkan tanda tanya kenapa ianya berlaku? Mudah jawapanya kerana Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil petroleum.

Adakah sebenarnya Sabah itu milik Malaysia? Jika benar kenapa pula Kedutaan Malaysia harus membuat bayaran kepada Kesultanan Sulu? Beberapa bahan bukti yang wujud yang menunjukkan kebenaran pembayaran kepada kesultanan sulu adalah seperti berikut:-


Jika dokumen bayaran diatas & dibawah adalah benar, maka Sabah bukan milik Malaysia dan membuktikan wujudnya pemilik yang sah terhadap Sabah.

Adakah selama ini hasil bumi Sabah yang diambil oleh Malaysia tidak sah? atau sebenarnya ianya merupakan penjajahan terhadap mereka yang lemah dan tidak mampu bertindak dan dengan itu hak mereka terus dinafikan.
Apakah jawapan Kedutaan Besar Malaysia di Philipines terhadap dokumen-dokumen ini? Adakah benar Sabah sebuah negeri yang boleh dikatakan dipajak dan bukanya milik Malaysia.
Tiada bezanya kisah penjajahan British pada zaman sebelum kemerdekaan, dimana raja-raja melayu diberikan bayaran dan hasil bumi Malaysia dikeluarkanoleh British bagi membangunkan negara mereka.
Jika benar kedutaan masih terus membayar “fees” kepada Kesultanan Sulu maka sememangnya Malaysia juga merupakan negara penjajah yang sedang menjajah Sabah.Kenyataan ini mungkin agak berat tetapi adalah realiti jika kita Malaysia benar membuat bayaran kepada Kesultanan Sulu sehingga hari ini.
Jika rujuk kenyataan Kesultanan Sulu jelas menunjukkan sejarah yang tersurat dan bagaimana Sabah jatuh ke tangan Malaysia.

SABAH IS AN ISSUE BETWEEN LESSOR LANDLORD
(THE SULTAN OF SULU)
AND ILLEGAL TENANT (MALAYSIA)

Sabah or North Borneo and the island of Palawan including Spratly islands were bestowed as gifts eternal to the Sultan of Sulu by the Sultan of Brunei in 1658 in gratitude for the military assistance of the Sultan of Sulu to avert a civil war in Borneo. Thus, since that time, Sabah became a property of the Sultan of Sulu and the Sultanate of Sulu. Sabah’s problem is that illegal Tenant Squatter (Malaysia) squatted on the property and sovereign patrimony of the Sultan of Sulu the original Owner of Sabah since 1658 to this day

In 1878, HM Sultan Jamalul Ahlam Kiram (The Sultan of Sulu & The Sultan of Sabah), as the legitimate owner, leased Sabah to a British company of Gustavus Baron de Overbeck and Alfred Dent for their use and their heirs for an amount of 5,000 Mexican dollars or 5,000 pieces of 8 in gold per year (which is equivalent to over US$20 million today per year) but this Perpetual Lease prohibits the transfer of Sabah to any nation, company or individual without the consent of His Majesty’s Government (“Government of the Sultan of Sulu”). The transfer of Sabah by Great Britain to Malaysia in 1963 constituted a “breach” of the provisions of the 1878 Lease as the Government of the Sultan of Sulu did not consent to the transfer to Malaysia. As a point in law, Sabah must and should be returned to the Lessor or owners; i.e., the Sultan of Sulu and the Sultanate of Sulu. 
”Perpetual Lease” means that the lease or rental agreement was not eternal but it was only “perpetual” or continuous to the original lessees or renters for as long as the Original Lessees were alive but de Overbeck and the 2 Dent Brothers were long dead so this Perpetual Lease no longer existed thus Sabah should revert and should be returned to the Sultan of Sulu as Lessor Landlord Owner and should NOT be illegally occupied by Malaysia.

Jika kita lihat apa yang berlaku kpada Pulau Batu Putih yang akhirnya diserahkan kepada Singapura, maka tidak mustahil jika suatu hari nanti Sabah pula menjadi satu peristiwa sejarah untuk dukembalikan kepada pemilik dan rakyat Sabah demi memerdekakan mereka jika benar Malaysia mengambil segala hasil bumi dan kekayaan Sabah milik rakyatnya dengan hanya membayar kadar “fees” yang dinyatakan dalam surat kedutaan Malaysia.
Drpd: Malaysiacrisis.blogspot.com
Benar atau tidak dokumen di atas hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui.. namun apa yang pasti, Isu Kerajaan Malaysia membayar sejumlah wang pajakan kepada Kesultanan Sulu keatas Sabah ini pernah dibangkitkan di Parlimen oleh YB Lim Kit Siang, DAP. 
Wallahu a’lam..
CPs:
Penyewa/pemajak tetap tak punya hak terhadap APA jua tanah yang dipajak. Sebab sejarah jelas menunjukkan Sabah memang milik Kesultanan Sulu. Sultan Sulu sekadar menyewakan Sabah kepada Malaysia. Sebaiknya Sabah perlu diberikan kepada yang empunya. Jika Perak Kedah Johor dll ada Sultan kenapa Sabah dinafikan?.

Sejarah kita yang meriwayatkan atau membentuknya; jangan sampai Kesultanan Sulu jadi seperti Kesultanan Melaka. Melaka telah hilang sejarah sejak 1511 lagi tapi Sulu tak sampai satu Abad pun kehilangan daulatnya.

Respon Menarik dari pelayar luar Malaysia:

Anonymous says:
Yang jelas tu Sabah hingga Sarawak dimuli jaman kerajaan Majapahit oleh Pati Gajah Madah seluruh Malaya milik Indonesia namun karena penjajahan Belanda dan Inggeris semua jadi pecah belah maka dari tu Malaya Sarawak Sabah Philippina tak perlu ribut . Hidup damai nih jaman tapi bila Sulu minta bantuan Indo cukup bonek Surabaya saja Sabah pasti jatuh ke Sultan Sulu, sebab Malaysia tu sombonglah sangat.

Ariel Pateupung says:
Malu rasanya sudah jelas perjanjian itu milik Sultan Sulu kenapa Malaysia mau memikinya itu namanya mencuri alias MALING …itu bukti bukan omongan belaka hi anak muda belajar sejarah jangan percaya omong tidak bertanggungjawab ini bukti NYATA sila semak dan selidik  …hu…hu…hu malu …malu….

Ahad, 7 April 2013

Kemelut Perang Sulu


Kemelut Perang Sulu ini makin terserlah memang ada dalang yang merancangnya. Dari penceroboh digelar pengganas. Yang menjadi mangsa polimek politik ini ada lah PDRM & askar. Bila nak pilihan raya nampaknya ianya boleh pula dikendurkan. Rumah yang roboh & hasil keruntuhan kampung jika diamati tak semesti dilanda pengganas bukan mustahil masalah bom sesat atau meriam tentera kita yang bertubi-tubi menghujani musuh di kampung halaman.

Kerajaan terpaksa menanggung kus yang tinggi dan mahal hasil peperangan ini; ada penulis berani mengatakan ini ada skripnya. Yang hanya tahu hanya Allah Azza Wa jalla. Aku sebagai penyair tetap menolak perang & pembunuhan sesama Islam. Tak kira siapa benar siapa salah.
Al-Fatihah buat wirawan kita yang gugur... tanpa mereka bumi Sabah belum tentu amannya; sekarang kejar & hukum BUNUH si Dalang@Tangan Ghaib yang memuncakan peperangan ini. Pengganas hanya diupah yang memberi upah itulah segala nila; barah pun ular berbisa yang perlu kita hempuk.
Catatan yang elok kita baca...
http://cahayapurnamaseri.blogspot.com/2013/03/maklumat-sulit-tersebar.html
— bersama Hanusi Hashim dan 16 yang lain.
Catatan yang elok kita baca...
http://cahayapurnamaseri.blogspot.com/2013/03/maklumat-sulit-tersebar.html


  • Anda, Noramin Mosyi Mosyi dan 12 yang lain menyukainya.
  • Idan Radzi Kaum Sulu dalam sejarah amat menghormati orang kita Melayu malahan mereka sanggup berkorban nyawa demi menjaga kedaulatan negara kita... sampai mereka dibunuh beramai-ramai untuk selamatkan Sabah. Lagipun sejak berZAMAN inilah bumi mereka berkampung... cantik Semporna ni; aku pun tak sampai lagi... takkan LAUT SULU yang bersih ini akan kita mahu cemarkan dengan
  • Imran Salleh selagi tuntutan tak selesai slagi tu le tak bersih nama sulu ni

  • Idan Radzi Kaum Sulu rata-rata nelayan, cari mutiara, jual rumpai laut; mereka tak pernah ganggu bumi kita sebab itu kampung mereka; yang buat kacau pastinya PATI... kita doakan agar mereka dapat hak mereka di bumi asal mereka.. jangan ganggu kehidupan aman mereka dengan akta tanah pelbagai; sementelah sejarah membukti mereka amat menghormati kita.

    Kita merdeka biarlan bertemadun... takkan kita merdeka ada kaum lain yang menderita... kaum yang kaya pegang ekonomi kita siapa eh... anak cucu kita jadi mangsa kejar pengganas jaga keamanan golongan elit dan kaya duduk gumbira ; isunya kenapa kita sengketa sesama kita...malahan kita bunuh saudara Islam yang kita label pengganas... (mmg pengganas agaknya)...semakin ramai.. orang luar dah nasihat bersabarlah berdamailah... ish ramai 85% tak setuju bebelan aku ni.. TITIK. baik kita bual lain.

  • Idan Radzi Dalam semua kaum ada baik ada jahat... jangan kaum dijadikan isu... kita cantas yang jahat saja... okey... tapi sebaiknya jika kita bangsa yang bermaruah kena ingatlah jasa baik pun budi baik mereka yang pernah selamatkan kita... negara kita.

  • Idan Radzi sebenarnya kita yang sering lupa memberi salam... sejarah jelas membukti kita serumpun; Melayu sebaiknya bersatu... tanda akhir zaman salam hanya diberi kepada kelompok atau kalangan rakan sealiran bukan seagama... ini silap

  • Mansor Othman kalau ikut sejarah sabah dulu di panggil borneo utara di perentah oleh kesultanan sulu....bila syarikat berpiagam borneo utara dari british ambil alih mereka dah buat satu perjanjian dengan kesultanan sulu...memberi bantuan pertahanan kapada sutan sulu..sampai sekarang pun kerajaan malaysia masih membayar bantuan tu pada kesultanan sulu.....bila kerajaan malaysia bayar bantuan tu bermakna kesultanan sulu masih ada hak di sabah.......sebelom kita nak kritik baik kita baca sejarah sabah....kemudian kita fikir kan...mereka sertai malaysia kerana mahu kan kemerdekaan....

  • Idan Radzi jangan kata aku ni pro orang Sulu atau pro mana-mana... atau nak bela mereka aku suka yang jernih & cantik aku tak suka darah sebab darah aku pun telah tercemar; darah tinggi diabetes pelbagai... jika ada kalangan kita marah sangat org Sulu silakan sertailah peperangan; aku mmg tak boleh pun pergi perang dah tua sakit lagi; baik duduk diam-diam... tapi aku ada hak menulis Penyair Idanradzi... jiwa penyairku takkan henti memerhati...

  • Mansor Othman sekarang ni yang jadi masaalah tanah sabah ni dituntut oleh pewaris pewaris sultan sulu....sepatut kerajaan kita berbincang dengan semua pewaris sultan sulu.....kalau tanah ayah kita sendiri pun kalau diambil alih pun kena bincang dengan pewaris pewaris..

  • Idan Radzi Ada dalang sebenarnya yang telah pun menangguk di air keruh membuatkan Kesultanan Sulu ini jadi kabur pun berebutan begini... yes aku hormati pandangan Abg Mansor sebab CELIK sejarah Mansor Othman... sbb itu kita tak boleh cerca kaum orang; jika mmg mereka mengganas kejarlah bunuhlah tapi jangan kita nak hapuskan kaum mereka... sebab kaum kita Melayu pun ramai yang makin tak sedar diri..

    British pun satu hal bolehkah barang yang disewa senang-senang kasi orang... pasti ada rahsia disebaliknya kita tak tahu... kita ni siapa kan Abg Mansor nak tahu serba serbi; yak kiralah perkara ini telah lebih 50 tahun berlalu; tapi sejak sebelum merdeka pun selepas merdeka kaum sulu ini terus berjuang mahukan kemerdekaa... ada yang kena benam ke LAUT SULU jika tak faham sejarah ni..

  • Idan Radzi Masih banyak maklumat yang sahih & tak sahih di internet yang telah sy selidiki... nampaknya kita tak boleh pakai maklumat di negara kita banyak bercanggah telah diputar belitkan... baik cari maklumat dari luar... kita ada google untuk terjemahkan... mungkin dapat pencerahan; sebaiknya orang tua-tua dari bumi sana kita dengar rahsia sebenar; yang orang kita ni melalak suruh bunuh-bunuh-bunuh mmg aku tak suka; ingat nyawa sesama Islam ni macam ikan ke... kecuali mmg orang Islam itu TERBUKTI Jahat.

  • Mansor Othman satu soalan semasa sabah diajak masuk malaysia dengan siapa kita berunding....

  • Mansor Othman bila berunding pasti ada perjanjian....satu dari perjanjian kerajaan malaysia akan terus membayar pada kesultanan sulu saperti yang di buat oleh syarikat berpiagam borneo utara

  • Idan Radzi Berunding dengan siapa?..ada maklumat kat dalam pc ni... sian Raja Sulu ini.. rahsia yang ramai kita tak tahu... Nanti sy hebahkan ada yang ketuk pintu masuk lokap pulak sy Abg Mansor... tapi Pakcik sy salah seorang yang kena penjara mati di penjara dalam Isu ini; mungkin darah itu yang mengalir panas dalam badan sy ni; payah nak tidur... jika baca sejarah siapa pejuang kemerdekaan tak "selesa" SABAH masuk ke Tanah Melayu... dan tak suka Tanah Melayu ini tukar nama kepada Malaysia. Itulah pakcik sedarah daging dengan sy.

  • Mansor Othman kesultanan sulu bukan satu pewaris saja ramai pewaris jadi masing masing nak kan hak mereka....kalau pasal tanah ni jangan kan kesultanan sulu kita sendri pun bergaduh adi beradik nak kan hak kita

  • Mansor Othman apa di kata semua kita ambil dari sejarah bukan kita pandai pandai cerita kut tak percaya baca sejarah sabah...tak payah nak cari kat arkib negara kat dalam internet ada taip saja tak sampai sesaat akan tau lah kita......ni tak tau sejarah tuduh yang tak bukan bukan tanpa bukti....di malaysia ni apa saja terjadi nama anuar akan dibabit...parti pembangkang akan di babitni masaalah ...kan menyukar kan lagi masaalah yang di hadapi...ni masaalah negara masaalah keamanan jangan babit kan politik.....

  • Idan Radzi Lepas merdeka pun Raja Sulu dapat bayaran itu... alahai RM5000 setahun; ini bukti hahih mmg Kedaulatan/Salasilah Kesultanan Sulu masih ada masih kita terima... TAPI (benda ini yang susah nak cerita jika kita tak dapat maklumat sahih);

    Yg saya terfikir kenapa tak jadikan sebahagian Sabah tu untuk Raja Sulu...(Khabarnya ada orang tempatan nak jadi Sultan di jajahan Kesultanan Sulu) katakan ujudkan Sabah Dua buat sempadan... takkan pilihan raya saja ada sempadan (bertukar-tukar lagi) ... benda ini yang kita kena fikirkan... kalau Tumasik kita tukar jadi Singapura; alahai 2 tahun habis kena rampas oleh kaum cina... Kenapa masalah Sabah ini tak selesai sebelum Merdeka lagi... ini semuanya jadi beku di otak kita yang bukan orang turut serta dalam isu ini.

  • Latifah Ipor yer..sabah ni mmang cantik... punya gunung dan tanah yng subur.laut yng cntik dgn hasioan lautan yng bnyk.bumi di bwh bayu yng brtuah.dikurniankan daratan dan lautan yng mmberi sumber bagi peribumi eh.sygkan...itulah doa kita yng mampu.mudahan segalanya cepat menemui jln penylsaian.

  • Idan Radzi Yang jelas dalam sejarah hanya utara Sabah yang kedudukannya dalam jajahan Kesultanan Sulu; yang lain mmg hak Sabah; mmg Raja Sulu diberikan pilihan nak masuk ke Manila atau ke Tanah Melayu; sebelum Sabah jadi negeri di bawah kita; masa tu masih nama Tanah Melayu... Raja Sulu pilih Tanah Melayu sebab negara Islam; tu yg Filipina marah kat Raja Sulu ni... katanya begitulah... kita tak lahir lagi masa tu... tapi pakcik sy tak suka Tanah Melayu Tukar nama ke Malaysia sebab kemasukan Sabah ini... (Indon panggil kita kini Malingsial... cina panggil Malaysoi.. macam-macam bab nama jadi sensitif) adalah beberapa isu lagi berkait sejak sebelum merdeka... sian Allahyarham pakcik sy jadi korban keMerdekaan... (alahai kita tak jadi pakar Sejarah macam nak terangkan semuanya)

  • Mansor Othman kita jangan caci orang tah tah kita ni keturunan sultan sulu mana kita tau....sama dulu kita cerca indonesia pada hal kebanyakan moyang kita datang dari indonesia...ikut sejarah dah berpuluh tahun mereka usaha nak tuntut sabah tapi tak selesai sampai sekarang...orang ada kata kesabaran ni ada had nya...dan hati dan sikap manusia ni bukan nya sama...mana yang bolih bersabar akan sabar mana yang tak boleh tu guna kuasa sendiri dan generasi sekarang tak sama macam dulu...mudah memberonta kmudah membuat tanpa berfikir.....pastu di hasut oleh pihak yang ada kepentingan.....

  • Idan Radzi ❤ ♡ ❤ ღTu memang betul Abg Mansor; isteri sy pun orang sana arwah sebelah Apak memang orang Padang... jajahan Kesultanan Sulu ini merangkup Filipina; Malaysia pun Indonesia... bukan mustahir kita pun dara darah mereka...agaknya sewa RM5000 setahun pun tak naik-naik jadi isu kita tak tahu... orang pencen macam kita pun naik elaun pencen kan gitu... kenapa tak berbaik sangka dalam isu ini; berdamai sajalah Sedangkan Nabi ampunkan umat; lagi pun perang ini kita kan dah menang; kita gugur kini 8 orang Syahid... mereka katanya dah lebih 40 orang; alahai dah nak Jadi Raja Bersiung bangsa kita ni.

  • Idan Radzi Sy tak mahu cam tulah Abg Mansor.
  • Mansor Othman 5000 setahun nak beli apa...5000 seminggu pun tak cukup....kena buat perjanjian bar

  • Mansor Othman kalau selangor boleh diberi ke wilayah persekutuan tak salah kut lahat datu tu bagi pada sultan sulu....dengan syarat syarat...kalau ikut sejarah dan peta dulu mana ada wilayah persekutuan yang ada kuala lumpur saja tu pun dalam negeri selangor

  • Mansor Othman bertambah lagi satu negeri dalam malaysia wilayah lahat datu ada menteri nya mcm menteri wilayah perseketuan..ada datuk bandar dia...

  • (Sebaiknya biarlah mereka ada Sultan sendiri bacam Sultan Perak; Selangor Johor pelbagai)
    okeylah Abg Mansor dah masuk malam ke 4 aku cuba cari maklumat sahih tengang Raja Sulu ni.. tak cukup tidur... nak pekena capati atau ada jua sarapan di Jenaris ni.. agar roh saudara Islam kita yang gugur aman di sana... mereka pasti baca tulisan sy ni... sungguh pengorbanan mereka baik pihak kita jua pihak sana amat menjadikan aku makin tragis main rasa ukhuwah sesama Islam ini kena dipereratkan... selalulah sedekah al-Fatihah buat mereka yang pergi apatah lagi demi keamanan negara tercinta. Sy benci amat mereka yang ambil kesempatan dengan isu ini sebab ianya melibat nyawa orang; Pulak tu nak tuduh-tuduh sy mirip sana sini apa kena mengena pendirian diri kita dengan peperangan dot dot dot ini.

  • Mansor Othman yang sedih ada kata kematian mereka kematian anjing......tak tau hati apa mereka ni.....tau tak kot pergi sana maut menanti di depan mata hanya Allah jadi pelindung

  • Idan Radzi ❤ ♡ ❤ ღBagi sy baik kita bersangka baik mereka (dua-dua pihak) adalah pejuang dan para suhada berjihat untuk mertabat keluarga kaum pun BUMI mereka tercinta... bumi ni asalnya mana ada sempadan sebab Adam AS pun Siti Hawa dicampak ke bumi bukan dalam satu negara jika kita amalkan sistem dunia kita kini... Adam AS & Siti Hawa tak ada paspot macam mana mereka nak bersama dan ujudnya kita; kita yang tak sedar diri dari satu rahim Siti Hawa bercakaran. Penat. Lapooor eh❤ ♡ ❤ ღ mereka yang kata anjing tu mungkin kena sakit anjing giler hihihi

  • Mansor Othman lahir saja kita Allah dah tentu kan kehidupan kita dah tentu kan rezeki kita dah tentu kan kematian kita dan dah di tentu kan di mana bumi kita pijak....anggap semua berlaku ada lah ketentuan Allah kita sebagai hamba nya redha menerima...yang pergi tu kerana Allah sayang kan mereka...

  • Mansor Othman yang hidup tu bertaubat jangan cari dosa...dosa ni dalam sekelip mata kita bolih dapat....

  • (Benar Abg Mansor kita dari satu rahim  Siti Hawa... sebaiknya janganlah sampai anjing menganjing jika tak tahu puncanya; jika telah terkepong senjata di tangan menyerah kena tembak tak menyerah kena dihujani peluru; apa tindakan kita)
     Kalau sy dilahirkan semula Abg Mansor sy mmg tak suka tinggal di Jenaris sy nak tinggal di hutan rimba bersama orang asal atau nak ke Tahiti.. mereka pun kaum Melayu juga... (keliling sy sekarang ni ramai org pelik-pelik; mereka tuduh pula sy pelik... tak suka)

  • Idan Radzi ... Abg Mansor

  • Mansor Othman biar orang kata kita jahat tapi hati kita baik...buat apa orang kata kita baik tapi hati kita jahat....

  • Mansor Othman ok idan gua ada tugas hakiki....mau masak
    Idan Radzi okey...


  • Mansor Othman yang kita risau sekarang generasi akan datang terutama anak anak kita dan cucu cicit kita...mcm kita ni tah esok atau lusa akan pergi untuk selama lama nya..kita ni dah rasa macam macam hidup di dunia dah masak dengan sikap manusia.....
  • Idan Radzi Kesan kepada rakyat Malaysia di mata dunia luar sana makin kotor ; lebih 85% TAK suka cara kita tangani masalah Perang Sulu ini; alahai jika nak ke luar negara sebut Malaysia pasti mereka bayangkan kita ini bangsa tebuan atau Raja Bersiong; tak caya buka laman rasmi FB Raja Sulu; mencurah simpati dunia kepada mereka & mempertikai kenyataan kita menentangi pengganas kaum Sulu ini.

    Sebab itu orang kata Sejarah tak boleh ditipu. Ianya telah tercatat & sukar kita nak palsukan.

    Ini salah satu kesan yang sy dapat natijah Perang Sulu ini cer baca mesej rakan sy dari Seberang sana.

    "Kenapa pemerintahan malaysia begitu ngotot memiliki sabah? senjata menunjukkan keangkuhan, sama-sama Islam seharusnya berdamai."

    8:53am 9.3.13
    Suminah

    alahai dua minggu lagi sy nak ke Medan; malu amat kita bangsa yang dikatakan ANGKUH (Sedangkan kita rasa cara kitalah amat bermaruah)

  • Idan Radzi .•♥•.¸¸.•♥• Dalam kes (Perang SULU) Sy memohon LIMPAHAN ampun & maaf ada kalangan rakan FB sy selalu mencela di pihak lawan atau prasangka di pihak Negara... atau terlampau dendam pun sukar memaafi ... komen mereka akan disekat malahan akaun mereka terpaksa disekat (buat seketika) FB sy bukan HAKIM. Sy benci darah & peperangan. Kecuali ceritera Perang para Suhada & Perang Jihat Nabi kita. Jika rakan yg menyatakan simpati rajin mencari keadilan pun kembali ke hukum asal sejarah pun Islam amat dialu-alukan..•♥•.¸¸.•♥• e-mel sy idanradzi@yahoo.com jika ada sebarang kesulitan.