Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan

Selasa, 11 Jun 2013

10 Kemalangan Paling Mahal Di Dunia

Andai anda masih ingat terdapat beberapa kemalangan atau kecelakaan besar yang mengakibatkan kerugian yang banyak suatu ketika dahulu dan menjadi sejarah buat dunia hari ini. Ini antara 10 kemalangan paling mahal di dunia..
1. Chernobyl ($200 Billion)
Pada April 1986 telah berlakunya malapetaka paling buruk di dalam sejarah dunia moden. Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl, ianya kemalangan paling berkos tinggi di dunia. 50% kawasan Ukraine di Barat Russia terpaksa dikosongkan. Lebih 1.7 juta manusia mendapat kesan dari malapetaka ini, termasuklah mereka yang mendapat efek seperti kanser disebabkan radiasi. Beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang. Letupannya dianggarkan 400 kali lebih dahsyat dari bom yang dijatuhkan di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua. Kemalangan di Chernobyl ini, menyebabkan prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh dunia dirombak dan diberi kajian semula.
2. Space Shuttle Columbia ($13 Billion)
Masih anda ingat dengan kemalangan Kapal Angkasa Columbia? Ianya musnah ketika memasuki ruang udara bumi selepas melakukan ekspedisi angkasa di ISS pada 1 Februari 2003. Hasil penyiasatan menunjukkan kerosakan kecil di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ianya gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat kelajuan yang terlampau tinggi. Semua 7 anggota crew STS-107 tersebut terbunuh. Kos membina Kapal Columbia yang berjumlah $2 bilion pada 1978 ($6.3 billion jumlah kini). $500 juta dihabiskan utk tujuan penyiasatan serta mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi didunia.
3. Prestige Oil Spill ($12 Billion)
Pada 13 November 2002, Kapal yang dinamakan “The Prestige” membawa 77,000 tan minyak mentah dan kejadian bermula apabila 1 daripada 12 tangkinya meletup disambar kilat di perairan Galicia, Sepanyol. Akibat risau kapal akan tenggelam menyebabkan kapten meminta pertolongan dari pihak keselamatan Sepanyol untuk membawa kapal tersebut ke Pelabuhan berdekatan, tetapi pihak keselamatan tidak menghiraukan pertolongan dari kapten kapal The Prestige malah mengarahkan kapal itu keluar dari perairan mereka. Kapten kapal telah memohon pertolongan dari pihak keselamatan Perancis dan Portugal perkara sama juga terjadi. Laut semakin bergelora dan kapal Prestige itu tidak dapat diselamatkan ianya tenggelam ditelan laut menyebabkan 20 juta gelen minyak mentah ditumpahkan ke laut. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih dihitung dan dipercayai berjumlah $2.5 billion.
4. Challenger Explosion ($5.5 Billion)
Pada 28 Januari 1986, NASA melancarkan Misi Kapal Angkasa Challenger, 73 saat selepas pelancaran ianya meletup di ruang udara. Hasil penyiasatan, ianya berlaku disebabkan faktor teknikal “faulty O-Ring” dimana ianya gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan, menyebabkan tekanan kepada Liquid Gas didalam tangki. Overload pada tekanan gas menyebabkan ianya keluar dan berlaku letupan yang dahsyat. Kos untuk menukarkan Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran kelengkapan telah memakan kos hampir $5 billion.
5. Piper Alpha Oil Rig ($3.4 Billion)
Hari terburuk dalam sejarah minyak dunia. Ketika itu Piper Alpha Oil merupakan pengeluar minyak terbesar didunia dgn menghasilkan 317,000 per tong sehari. Kebakaran Pelantar Minyak paling buruk pernah terjadi di dunia ini terjadi pada 6 Julai 1988 kerja-kerja maintenance teknikal oleh Jurutera melibatkan lebih 100 “tiub valve” yang menyalurkan gas cecair. Kesilapan terjadi apabila salah seorang Technician terlupa untuk menukar 1 daripadanya. Pada pukul 10 malam, operasi itu dimulakan seperti biasa, apabila butang ditekan oleh pekerjanya, satu letupan dahsyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi. Dalam masa 2 jam keseluruhan pelantar meletup dan terbakar menyebabkan 167 kehilangan nyawa.
6. Exxon Valdez ($2.5 Billion)
Pada March 1989, Tumpahan lebih 10.8 juta gelen minyak di Teluk Prince William yang hanya boleh diakses hanya dengan bot dan helikopter. Ianya merupakan tumpahan minyak paling dahsyat dalam sejarah dunia moden. Kos pemulihan melibatkan $2.5 Billion yang ditanggung oleh Exxon.
7. B-2 Bomber Crash ($1.4 Billion)
B-2 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling mahal yang pernah dibina. The Spirit of Kansas ini pernah diterbangkan selama 5,176 jam. Dua orang krew yang sedang mengendali pesawat berkenaan terselamat sebelum ia terhempas. Kemalangan B-2 bomber berlaku di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas. Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, ianya disebabkan oleh “Flight Computer System” dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat membuat “nose-up move” menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yg pernah dibina oleh US.
8. MetroLink Crash ($500 Juta)
Ianya berlaku pada 12 september 2008, jam 4.22 petang di daerah Chatsworth, Los Angeles telah dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling buruk di dalam sejarah California di mana 25 orang terbunuh dan 135 yang lain cedera. Kejadian berlaku apabila keretapi barang Union Pacific bertembung berhadapan dengan keretapi komuter Metrolink. Keretapi Metrolink dipercayai melanggar isyarat merah sebelum memasuki trek di mana keretapi barang berkenaan berada. Ianya berpunca dari kesilapan konduktor yang cuai membalas SMS serta tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakan undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 juta.
9. Tanker Truck vs Bridge ($358 Juta)
Pada 26 Ogos 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32 ribu liter minyak di Whiethel Brigde di Jerman. Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 100 kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan “load-bearing” jambatan tersebut. Kerja2 sementara untuk membaiki Jambatan ini melibatkan $40 Juta dan kos menukarkan jambatan $310 Juta.
10.Titanic ($150 Juta)
Karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling terkenal di dunia, Hollywood pernah menghasilkan filem dari kejadian ini. Pada jam 11:40 malam 14 April 1912, peninjau kapal ini mengesan sebuah aisberg yang besar ketika berlayar di 400 batu ke selatan Grand Banks of Newfoundland. Tragedi Titanic melanggar aisberg semasa membuat trip percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini melibatkan kos $7 Juta untuk dibina dan antara yg paling mewah dan mahal ketika itu.($150 Juta Sekarang)

Selasa, 16 April 2013

Pengunjung Rusia

Blog ini nampaknya lebih ramai dari Pengunjung Luar; Rusia. Kenapa orang Malaysia tak ramai mengunjungnya. Mungkin orang Malaysia tak suka mendapat maklumat yang sebenar; terutama dalan kemelut Peang Sulu. Lebih emosi lebih petriotik; lebih kenapa berjuang. Amat menyanjung Wirawan Tak berminat dengar sejarah silam.

Ibarat Kesultanan Melaka makin ditutup mendung sejarah; Tanah Air & nilai peribumi entah ke mana. Melaka tinggal nama tanpa Sultan malahan laut sekitarnya hanya dilakatr sebagai Selat Melaka; itu sahaja.

Malahan ada yang tak tahu sejarah hari ini semalam; masih menganggap sejarah itu perkara lapuk. Tidak mahu bertukar pendapat serta membina sejarah gemilang agar dapat dibanggakan anak cucu akan datang.

Isnin, 8 April 2013

Kesultanan Melayu Melaka


كسلطانن ملايو ملاك
1402–1511



Wilayah pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka
Ibu negara Melaka
Bahasa Bahasa Melayu
Agama Islam
Kerajaan Monarki
Sultan Parameswara

Sultan Mahmud Shah
Sejarah
 - Diasaskan 1402
 - Penjajahan Portugis 1511
Mata wang Mata wang emas dan perak


Prasejarah Malaysia
Kerajaan awal
Gangga Negara (Kurun-2 hingga Kurun-11)
Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)
Pan Pan (kurun-3 hingga urun-5)
Srivijaya (kurun-7 hingga kurun-14)
Kedah Tua
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Kedah (1136–sekarang)
Kesultanan Melaka (1402–1511)
Kesultanan Sulu (1450–1899)
Kesultanan Johor (1528–sekarang)
Era Penjajahan Barat
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (1826-1946)
Perang Kelang (1867-1874)
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946)
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Pertempuran Pulau Pinang (1914)
Perang Dunia Kedua
Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942)
Perang Singapura (1942)
Syburi (1942-1945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu
Peralihan Malaysia
Malayan Union (1946-1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)
Rundingan Baling (1955)
Malaysia selepas Merdeka
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)
Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Pemisahan Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Peristiwa Memali 1985 (1985)
Operasi Lalang (1987)
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma'unah (2000)
Perhimpunan Bersih (2007)
Perhimpunan Bersih (2011)
Perhimpunan Bersih (2012)
Pencerobohan Lahad Datu (2013)

Portal Malaysia
Kesultanan Melayu Melaka (كسلطانن ملايو ملاك) diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409[1] apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka.[2] Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

Pengasas dan Pengasasan Melaka

Rencana utama: Parameswara
Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya. Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang, Bentan dan Temasek. Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401). Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.

Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.

Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.

Parameswara merasakan kedudukan tempat itu amat baik untuk didirikan kerajaan.Tempat itu berhampiran dengan laut yang menjadi laluan kapal dagang. Bekalan air bersih juga mudah diperoleh.Selain itu, bentuk muka bumi yang berbukit-bukau boleh menjadi petunjuk kepada pelayar dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka. Pokok Bakau dan Api-api boleh dijadikan benteng semulajadi.Angin Monsun pula tidak mengganggu kegiatan perdagangan kerana muara sungainya terlindung daripada tiupan angin tersebut.

Semasa Parameswara sedang berehat di bawah pohon Melaka, Parameswara telah melihat peristiwa anjing pemburuannya ditendang oleh seekor pelanduk. Peristiwa ini dianggap luar biasa kerana seekor pelanduk kecil dapat mengalahkan seekor anjing. Oleh itu, Parameswara memilih untuk mendirikan sebuah kerajaan. Parameswara menamakan tempat itu Melaka bersempena dengan nama pokok beliau berteduh.

Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah. Baginda telah berkahwin dengan puteri Pasai, Indonesia. Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia.[perlu rujukan] Pada 1411, Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo. Maharaja Yung Lo juga mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka.[perlu rujukan]

Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata :
Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia
Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.

Perkembangan Melaka

Sultan Melaka Tempoh memerintah
Parameswara
(Raja Iskandar Shah)
1400 – 1414
Sultan Megat Iskandar Shah 1414 – 1424
Sultan Muhammad Shah 1424 – 1444
Sultan Abu Syahid 1444 – 1446
Sultan Muzaffar Shah 1446 – 1456
Sultan Mansur Shah 1456 – 1477
Sultan Alauddin Riayat Shah 1477 – 1488
Sultan Mahmud Shah 1488 – 1511
Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya, Sultan Megat Iskandar Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".
Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.
Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu

Hubungan Dengan Negara China

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan Melaka adalah kerana Melaka memiliki hubungan yang dekat dengan Dinasti Ming di negara China, armada Ming berperan mengamankan jalur pelayaran Selat Melaka yang sebelumnya sering diganggu oleh kumpulan perompak dan bajak laut[5]. Di bawah perlindungan Ming, Melaka berkembang menjadi pelabuhan penting di pesisir barat Semenanjung Malaya yang tidak dapat disentuh oleh Majapahit dan Ayutthiya. Hubungan dplomatik antara Melaka China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melakapada tahun1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409. Parameswara memohon perlindungan dari China. Melaka bersetuju menjadi negeri di bawah naungan China dan bersetuju menghantar ufti. China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka. Melaka juga menghantar utusan ke China.[6]

Berdasarkan Sulalatus Salatin kerajaan ini merupakan kelanjutan dari Kerajaan Melayu di Singapura, kemudian serangan Jawa dan Siam menyebabkan pusat pemerintahan berpindah ke Melaka. Dinasti Ming mencatat Parameswara sebagai pendiri Melaka mengunjungi maharaja Yongle di Nanjing pada tahun 1405 dan meminta pengakuan atas wilayah kedaulatannya.[7] Sebagai balasan upeti yang diberikan,maharaja China menyetujui untuk memberikan perlindungan pada Melaka,[8] kemudian tercatat ada sampai 29 kali utusan Melaka mengunjungi maharaja Cina.[9]

Kegemilangan Kesultanan Melaka

"Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai bandar Melaka ketika itu".
Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.
Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.

Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan jajahan telah dikuasai oleh Melaka pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.

Pentadbiran yang Sistematik

Bagi melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka, Sultan Melaka telah mengadakan satu sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar yang menjadi pegawai tadbir Kerajaan Melaka. Dalam sistem pentadbiran ini, sultan mengetuai teraju pemerintahan. Baginda dibantu oleh empat orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar Berempat dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas, dan Pembesar Tiga Puluh Dua.

Kejayaan Melaka


Melaka pada kemuncak zaman kegemilangannya.
Rencana ini adalah sebahagian daripada
Sejarah Indonesia
Sejarah Indonesia .png
Prasejarah Indonesia
Kerajaan Hindu-Buddha
Kutai (abad ke-4)
Tarumanagara (358–669)
Kerajaan Srivijaya (abad ke-7 hingga ke-11)
Wangsa Sailendra (abad ke-8 hingga ke-9)
Kerajaan Sunda (669–1579)
Kerajaan Medang (752–1045)
Kerajaan Kediri (1045–1221)
Kerajaan Dharmasraya (abad ke-12 hingga ke-14)
Kerajaan Singhasari (1222–1292)
Kerajaan Majapahit (1293–1500)
Kerajaan Islam
Kesultanan Ternate (1257–kini)
Kesultanan Melaka (1400–1511)
Kesultanan Demak (1475–1548)
Kesultanan Aceh (1496–1903)
Kesultanan Banten (1526–1813)
Kesultanan Mataram (1500-an-1700-an)
Era kolonialisme
Portugis (1512–1850)
VOC (1602-1800)
Belanda (1800–1942)
Kemunculan Indonesia
Kebangkitan Nasional (1899-1942)
Pendudukan Jepun (1942–1945)
Pengisytiharan Kemerdekaan (1945)
Revolusi Nasional (1945–1950)
Pasca-merdeka
Era Order Lama (1950–1959)
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Gerakan 30 September (1965)
Demokrasi Dipimpin (1959–1966)
Era Order Baru (1966–1998)
Era Reformasi (1998–kini)
p  b  s
Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam dan Srivijaya. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.
Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.
Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

Kejatuhan Melaka


Binaan Istana Melaka yang dibina semula mengikut Istana Sultan Mansur.

Orang-orang Portugis berminat berdagang di Melaka
Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari Goa,India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Permintaan-permintaannya ialah pembebasan semua tawanan-tawanan Portugis, meminta agar Sultan Melaka membayar ganti rugi dan izin untuk mendirikan kubu pertahan di Melaka A Famosa.

Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos.kekalahan Melaka adalah disebabkan maklumatkan kekuatan pertahan Melaka telah dibocorkan oleh Si Kitol. Sultan Ahmad Shah ], ayahandanya Sultan Mahmud Shah dan pengikut mereka telah berundur ke Muar dan kemudian ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.
Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johorselepas kemangkatan anaknya sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka.

Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.

Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.

Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.

Melaka diasaskan pada tahun 1262 Masihi

Kerajaan Negeri Melaka telah mengisytiharkan bahawa permulaan Kerajaan Melayu Melaka telah bermula atau wujud 140 tahun sebelum ketibaan Parameswara di Melaka pada tahun 1402 Masihi.

Ini sekaligus mengiyakan penemuan artifak lama Melaka yang jarang didengar yang menjelaskan teori penubuhan Melaka bermula pada tahun 1262 Masihi.
Keputusan memilih tarikh 1262 sebagai penubuhan dan pengasasan kerajaan Melayu Melaka diputuskan hasil kesepakatan menerima pendapat kajian selama setahun oleh sepasukan penyelidik yang dilantik oleh kerajaan negeri Melaka menerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). Keputusan tersebut dicapai pada Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka anjuran IKSEP bersama Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang diadakan pada 31 Mei 2010.[10] Penemuan tersebut juga turut disahkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat kajian terhadap perkara tersebut pada 10 Oktober 2011.

Gajah Mada

Gajah Mada
Mahapatih Majapahit
Masa jabatan
k.1334 – k.1359
Penguasa monarki Tribhuwana Wijayatunggadewi, Hayam Wuruk
Didahului oleh Arya Tadah (Mpu Krewes)
Digantikan oleh 6 mahamantri agung
Informasi pribadi
Meninggal 1364
Belum teridentifikasi
Kebangsaan Majapahit
Agama Hindu
Gajah Mada (wafat k. 1364) adalah seorang panglima perang dan tokoh yang sangat berpengaruh pada zaman kerajaan Majapahit.[1][2][3] Menurut berbagai sumber mitologi, kitab, dan prasasti dari zaman Jawa Kuno, ia memulai kariernya tahun 1313, dan semakin menanjak setelah peristiwa pemberontakan Ra Kuti pada masa pemerintahan Sri Jayanagara, yang mengangkatnya sebagai Patih.[1] Ia menjadi Mahapatih (Menteri Besar) pada masa Ratu Tribhuwanatunggadewi, dan kemudian sebagai Amangkubhumi (Perdana Menteri) yang mengantarkan Majapahit ke puncak kejayaannya.

Gajah Mada terkenal dengan sumpahnya, yaitu Sumpah Palapa, yang tercatat di dalam Pararaton.[5] Ia menyatakan tidak akan memakan palapa sebelum berhasil menyatukan Nusantara. Meskipun ia adalah salah satu tokoh sentral saat itu, sangat sedikit catatan-catatan sejarah yang ditemukan mengenai dirinya. Wajah sesungguhnya dari tokoh Gajah Mada, saat ini masih kontroversial.[6] Pada masa sekarang, Indonesia telah menetapkan Gajah Mada sebagai salah satu Pahlawan Nasional dan merupakan simbol nasionalisme[7] dan persatuan Nusantara.

Awal karier

Sebuah arca yang diduga menggambarkan rupa Gajah Mada. Kini disimpan di museum 

 
Trowulan, Mojokerto.

Tidak ada informasi dalam sumber sejarah yang tersedia saat pada awal kehidupannya, kecuali bahwa ia dilahirkan sebagai seorang biasa yang naik dalam awal kariernya menjadi Begelen atau setingkat kepala pasukan Bhayangkara pada Raja Jayanagara (1309-1328) terdapat sumber yang mengatakan bahwa Gajah Mada bernama lahir Mada[9] sedangkan nama Gajah Mada[10] kemungkinan merupakan nama sejak menjabat sebagai patih.


Dalam pupuh Désawarnana atau Nāgarakṛtāgama karya Prapanca yang ditemukan saat penyerangan Istana Tjakranagara di Pulau Lombok pada tahun 1894[12] terdapat informasi bahwa Gajah Mada merupakan patih dari Kerajaan Daha dan kemudian menjadi patih dari Kerajaan Daha dan Kerajaan Janggala yang membuatnya kemudian masuk kedalam strata sosial elitis pada saat itu dan Gajah Mada digambarkan pula sebagai "seorang yang mengesankan, berbicara dengan tajam atau tegas, jujur dan tulus ikhlas serta berpikiran sehat". 

Menurut Pararaton, Gajah Mada sebagai komandan pasukan khusus Bhayangkara berhasil memadamkan Pemberontakan Ra Kuti, dan menyelamatkan Prabu Jayanagara (1309-1328) putra Raden Wijaya dari Dara Petak. Selanjutnya di tahun 1319 ia diangkat sebagai Patih Kahuripan, dan dua tahun kemudian ia diangkat sebagai Patih Kediri.

Pada tahun 1329, Patih Majapahit yakni Arya Tadah (Mpu Krewes) ingin mengundurkan diri dari jabatannya. Dan menunjuk Patih Gajah Mada dari Kediri sebagai penggantinya. Patih Gajah Mada sendiri tak langsung menyetujui, tetapi ia ingin membuat jasa dahulu pada Majapahit dengan menaklukkan Keta dan Sadeng yang saat itu sedang memberontak terhadap Majapahit. Keta dan Sadeng pun akhirnya dapat ditaklukan. Akhirnya, pada tahun 1334, Gajah Mada diangkat menjadi Mahapatih secara resmi oleh Ratu Tribhuwanatunggadewi (1328-1351) yang waktu itu telah memerintah Majapahit setelah terbunuhnya Jayanagara.

Sumpah Palapa

Ketika pengangkatannya sebagai patih Amangkubhumi pada tahun 1258 Saka (1336 M) Gajah Mada mengucapkan Sumpah Palapa yang berisi bahwa ia akan menikmati palapa atau rempah-rempah (yang diartikan kenikmatan duniawi) bila telah berhasil menaklukkan Nusantara. Sebagaimana tercatat dalam kitab Pararaton dalam teks Jawa Pertengahan yang berbunyi sebagai berikut[15]
Sira Gajah Mada pepatih amungkubumi tan ayun amukti palapa, sira Gajah Mada: Lamun huwus kalah nusantara ingsun amukti palapa, lamun kalah ring Gurun, ring Seram, Tañjungpura, ring Haru, ring Pahang, Dompu, ring Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, samana ingsun amukti palapa
bila dialih-bahasakan mempunyai arti[15] :
Beliau, Gajah Mada sebagai patih Amangkubumi tidak ingin melepaskan puasa, Gajah Mada berkata bahwa bila telah mengalahkan (menguasai) Nusantara, saya (baru akan) melepaskan puasa, bila telah mengalahkan Gurun, Seram, Tanjung Pura, Haru, Pahang, Dompo, Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, demikianlah saya (baru akan) melepaskan puasa

Invasi

Walaupun ada sejumlah pendapat yang meragukan sumpahnya, Gajah Mada memang hampir berhasil menaklukkan Nusantara. Dimulai dengan penaklukan ke daerah Swarnnabhumi (Sumatera) tahun 1339, pulau Bintan, Tumasik (sekarang Singapura), Semenanjung Malaya, kemudian pada tahun 1343 bersama dengan Arya Damar menaklukan Bedahulu (di Bali) dan kemudian penaklukan Lombok, dan sejumlah negeri di Kalimantan seperti Kapuas, Katingan, Sampit, Kotalingga (Tanjunglingga), Kotawaringin, Sambas, Lawai, Kendawangan, Landak, Samadang, Tirem, Sedu, Brunei, Kalka, Saludung, Sulu, Pasir, Barito, Sawaku, Tabalung, Tanjungkutei, dan Malano.

Pada zaman pemerintahan Prabu Hayam Wuruk (1350-1389) yang menggantikan Tribhuwanatunggadewi, Gajah Mada terus melakukan penaklukan ke wilayah timur seperti Logajah, Gurun, Sukun, Taliwung, Sapi, Gunungapi, Seram, Hutankadali, Sasak, Bantayan, Luwu, Buton, Banggai, Kunir, Galiyan, Salayar, Sumba, Muar (Saparua), Solor, Bima, Wandan (Banda), Ambon, Wanin, Seran, Timor, dan Dompo.

Dilema

Terdapat dua wilayah di Pulau Jawa yang seharusnya terbebas dari invasi Majapahit yakni Pulau Madura dan Kerajaan Sunda karena kedua wilayah ini mempunyai keterkaitan erat dengan Narrya Sanggramawijaya atau secara umum disebut dengan Raden Wijaya pendiri Kerajaan Majapahit (Lihat: Prasasti Kudadu 1294 [16] dan Pararaton Lempengan VIII, Lempengan X s.d. Lempengan XII [17] dan Invasi Yuan-Mongol ke Jawa pada tahun 1293) sebagaimana diriwayatkan pula dalam Kidung Panji Wijayakrama.

Perang Bubat

Dalam Kidung Sunda[18] diceritakan bahwa Perang Bubat (1357) bermula saat Prabu Hayam Wuruk mulai melakukan langkah-langkah diplomasi dengan hendak menikahi Dyah Pitaloka Citraresmi putri Sunda sebagai permaisuri. Lamaran Prabu Hayam Wuruk diterima pihak Kerajaan Sunda, dan rombongan besar Kerajaan Sunda datang ke Majapahit untuk melangsungkan pernikahan agung itu. Gajah Mada yang menginginkan Sunda takluk, memaksa menginginkan Dyah Pitaloka sebagai persembahan pengakuan kekuasaan Majapahit. Akibat penolakan pihak Sunda mengenai hal ini, terjadilah pertempuran tidak seimbang antara pasukan Majapahit dan rombongan Sunda di Bubat; yang saat itu menjadi tempat penginapan rombongan Sunda. Dyah Pitaloka bunuh diri setelah ayah dan seluruh rombongannya gugur dalam pertempuran. Akibat peristiwa itu langkah-langkah diplomasi Hayam Wuruk gagal dan Gajah Mada dinonaktifkan dari jabatannya karena dipandang lebih menginginkan pencapaiannya dengan jalan melakukan invasi militer padahal hal ini tidak boleh dilakukan.
Dalam Nagarakretagama diceritakan hal yang sedikit berbeda. Dikatakan bahwa Hayam Wuruk sangat menghargai Gajah Mada sebagai Mahamantri Agung yang wira, bijaksana, serta setia berbakti kepada negara. Sang raja menganugerahkan dukuh "Madakaripura" yang berpemandangan indah di Tongas, Probolinggo, kepada Gajah Mada. Terdapat pendapat yang menyatakan bahwa pada 1359, Gajah Mada diangkat kembali sebagai patih; hanya saja ia memerintah dari Madakaripura.[19]

Akhir hidup

Disebutkan dalam Kakawin Nagarakretagama bahwa sekembalinya Hayam Wuruk dari upacara keagamaan di Simping, ia menjumpai bahwa Gajah Mada telah sakit. Gajah Mada disebutkan meninggal dunia pada tahun 1286 Saka atau 1364 Masehi.

Raja Hayam Wuruk kehilangan orang yang sangat diandalkan dalam memerintah kerajaan. Raja Hayam Wuruk pun mengadakan sidang Dewan Sapta Prabu untuk memutuskan pengganti Gajah Mada. Namun tidak ada satu pun yang sanggup menggantikan Patih Gajah Mada. Hayam Wuruk kemudian memilih empat Mahamantri Agung dibawah pimpinan Punala Tanding untuk selanjutnya membantunya dalam menyelenggarakan segala urusan negara. Namun hal itu tidak berlangsung lama. Mereka pun digantikan oleh dua orang mentri yaitu Gajah Enggon dan Gajah Manguri. Akhirnya Hayam Wuruk memutuskan untuk mengangkat Gajah Enggon sebagai Patih Mangkubumi menggantikan posisi Gajah Mada.

Penghormatan

Lukisan kontemporer Gajah Mada karya I Nyoman Astika.
Sebagai salah seorang tokoh utama Majapahit, nama Gajah Mada sangat terkenal di masyarakat Indonesia pada umumnya. Pada masa awal kemerdekaan, para pemimpin antara lain Sukarno dan Mohammad Yamin sering menyebut sumpah Gajah Mada sebagai inspirasi dan "bukti" bahwa bangsa ini dapat bersatu, meskipun meliputi wilayah yang luas dan budaya yang berbeda-beda. Dengan demikian, Gajah Mada adalah inspirasi bagi revolusi nasional Indonesia untuk usaha kemerdekaannya dari kolonialisme Belanda.

Universitas Gadjah Mada di Yogyakarta adalah universitas negeri yang dinamakan menurut namanya. Satelit telekomunikasi Indonesia yang pertama dinamakan Satelit Palapa, yang menonjolkan perannya sebagai pemersatu telekomunikasi rakyat Indonesia. Banyak kota di Indonesia memiliki jalan yang bernama Gajah Mada, namun menarik diperhatikan bahwa tidak demikian halnya dengan kota-kota di Jawa Barat.

Buku-buku fiksi kesejarahan dan sandiwara radio sampai sekarang masih sering menceritakan Gajah Mada dan perjuangannya memperluas kekuasaan Majapahit di nusantara dengan Sumpah Palapanya, demikian pula dengan karya seni patung, lukisan, dan lain-lainnya.