Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Memaparkan catatan dengan label Sensasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sensasi. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Mei 2013

TERBONGKAR! SIAPA SEBENARNYA USTAZ AZHAR IDRUS? WAJIB BACA!

  Sunday, 17 June 201276comments
Model antarabangsa yang mirip Ustaz Azhar Idrus (UAI)?
Dewasa ini kecoh kononnya terdapat seorang individu yang mempunyai aura sakti 'Super Star' yang mampu menarik perhatian dan minat orang ramai untuk hadir setiap program atau ceramahnya di mana-mana sahaja.

Untuk merasai bahang saktinya dan fenomena kononnya melanda umat melayu sekarang ini, penulis telah hadir dalam satu ceramahnya di Masjid Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah di Shah Alam.

Memang terbukti! Untuk pertama kalinya masjid kebanggaan penduduk di Shah Alam itu penuh sepenuhnya hingga penulis terpaksa berjalan kaki sejauh 1km untuk sampai ke Masjid kerana parkir jauh.

Kepadatan jemaah yang hadir juga dikatakan melebihi bilangan jemaah ketika Solat Jumaat. Terdetik di hati penulis, memang sakti gaban ini!

Keadaan di Masjid seolah-olah seperti pesta. Dengan gerai-gerai penuh didirikan di sekitar Masjid. Tidak ketinggalan gadis-gadis solehah antara yang hadir mencuit perhatian penulis.

Penulis sempat cuci mata. Kata-kata orang tua, di Masjid lah sesuai untuk cari pasangan hidup. Namun melihat kepada suasana di sana, penulis tidak pasti akan kebenaran kata-kata itu.

Ketika sibuk cuci mata sambil menunggu azan maghrib berkumandang. Penulis tertarik dengan sebuah gerai yang menjadi tumpuan orang ramai di situ.

Penulis mendekati untuk mengetahui apa yang berlaku di sana. Wow! rupanya gerai itu menjual baju, sticker dan lain-lain eksesori yang tertera gambar Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menjadi penceramah pada malam itu.

Melihat gelagat orang-ramai di gerai itu, memang ramailah yang taksub kepada UAI ini, bisik hati penulis.

Ruang solat Utama memang 'pack'. Jemaah berebut-rebut untuk masuk hingga ada aksi tolak-menolak. Penulis geleng kepala melihat gelagat tok-tok janggut itu. Harapkan janggot je panjang, tapi gelagat macam jenglot!

Selepas selesai solat Maghrib, ingatkan nak buat Solat Sunat selapas Maghrib. Malangnya, sudah tiada lagi ruang untuk sujud. Tiada lagi ruang untuk bergerak. Ini kerana orang ramai semakin berpusu-pusu masuk ke dalam ruang solat utama hingga keadaan dah macam 'tin sardin'.

Adakah ini fenomena atau penyakit umat melayu sekarang?

Keadaan itu membuatkan penulis semakin tertanya-tanya dan bersemangat untuk mengetahui apa yang membuatkan sehingga orang ramai bersikap sedemikian rupa terhadap UAI.

Kemuncaknya sudah tiba, sebaik diumumkan ketibaan UAI, penulis dapat melihat perubahan wajah rata-rata jemaah. Penulis dapat melihat keghairahan mereka untuk meyaksikan kelibat UAI. Terus terang, situasi ketika itu tidak menggambarkan kami berada di dalam Masjid. Keadaan seperti berada di 'Anugerah Bintang Popular'.

Penulis cuba memberi tumpuan untuk mendengar ceramah UAI. Sekali lagi penulis jadi pelik, tertanya dalam hati. Ini ceramah ke persembahan 'Raja Lawak'.

Mana tidaknya, apa sahaja yang keluar dari mulut UAI pasti jadi bahan ketawa jemaah yang hadir. Penulis semakin pelik!

Penulis merasakan ceramahnya biasa sahaja. Mungkin lawaknya yang luar biasa. Tiada beza antara Zizan 'raja lawak' dan UAI. Yang membezakan adalah penampilan mereka sahaja. Penampilan UAI yang berjanggut panjang malah lebat serta pemakaian jubah dan kopiahnya yang menampakkan dia seperti ulama dan warak.

Dari segi perwatakan biasa sahaja. UIA adalah pelawak seperti pelawak-pelawak lain yang sentiasa mendapat sambutan hangat orang ramai yang dahagakan lawak-lawak mereka. Itu Sahaja!

Itulah ikon orang muda yang kononnya yang cuba disensasikan dan digunakan oleh PAS dalam program-program mereka.

Malam itu adalah malam 'pelik sedunia' buat penulis.

Mungkin sedikit sebanyak video di bawah boleh memberi gambaran siapa Azhar Idrus sebenarnya.
 
: Dari Blog Pro BN
 
10 January 2013 10:24
Brp suhu api neraka..agak agak awak boleh tahan ker..brp sen ko dpt dgn blog ni sampai ko rasa boleh rasuah masuk syurga..dah lacko x boleh tarik org buat kja agama ko kondem lg..agak2 level neraka mana ko duduk nanti..nauzubillah..pekerjaan ko ni penuh risiko bro kalau betul xpe tapi kalau salah tak lain x bukan neraka jahanam..sudah2 lah

25 January 2013 20:03
Semoga hentikan tabiat menghina ulama' ... yang penting dalam kuliah UAI , beliau berjaya menarik pemuda pemudi sekarang untuk mendengar kuliah agama dan belajar - belajar ke Masjid dan Surau, daripada pergi ke pesta hiburan dan konsert semata - mata...
SEDARLAH WAHAI PENULIS .

28 January 2013 12:18
Penulis blog seorang yang lemau,sebelum ko nak hentam UAI,dengar dlu siri2 Ceramah beliau.Bukan setakat datang baru sekali,dengar cuma sekali lepas tu terus komen ntah apa2.BODO dari lembu...Majlis maksiat ko tak suka,majlis Ilmu pun tak suka,ko memang manusia yang x pandai nak bersyukur...kalo ko nak padam komen aku ni,ko padam lah...Tapi ingat,satu hari ko mesti menyesal dengan apa yang ko dah buat pada blog ko ni...Ramai anak muda yang folo UAI dah buka mata,tapi tak sangka ko masih BUTA.Kalo Ko rase marah,Allah lagi marah pada ko.Kalo ko seorang penulis yang suka berpikir,aku cabar ko dengar siri ceramah UAI kat youtube sana.

29 January 2013 23:44
kenapa ko nak kutuk uai? anak aku pun baru baru ni ikut aku g masjid dengar uai ceramah. dia suka sebb senang belajar dan faham an uai beri keterangan so simple..anak aku kata. anak aku remaja umur 19 tahun... dia kata ustaz lain so serius dan ngantuk... ko apa citer bro?

4 February 2013 09:44
Wahai penulis, setiap orang berbeza cara mereka berceramah. Walaupun penuh sindiran tetapi orang ramai menyukai UAI, seronok dengan pendekatan yg dibawa oleh UAI. Sekurang-kurangnya cara UAI ini dapat membawa orang ramai ke masjid. Pemuda2 yg dahulu lebih suka gi konsert dah mula gi ceramah UAI. Sepatutnya kamu itu berterima kasih. UAI bukan ke masjid mecuci mata tapi sampaikan yg dia tahu. Walaupun jawapan secara berjenaka yg penting mesejnya sampai dan difahami ramai. ((Saya tertarik comment SHAH ALAM REBELS kat atas oleh Penulis akur dengan komen negatif oleh para pembaca. Hinaan dan cacian adalah lumrah buat pejuang))- penulis ini pejuang apa??? Pejuang yg mangaku dirinya pejuangke? Menulis pun tak betul lagi....pengikut dah berpuluh ribuke? Maaf mungkin coretan di atas kasar tapi bila seseorang itu bawa perubahan untuk medekatkan manusia ini ke jalan agama, janganlah nak hina, janganlah nak keji janganlah asyik cari kesalahan tapi tengoklah pada kebaikkan yg dia bawa....

Isnin, 15 April 2013

Wanita Gergasi Dari Thailand

Malee Duangdee wanita gergasi yang berasal dari Thailand. Dia baru berumur 19 tahun telah memiliki tinggi badan 2,08 m years dan terus bertambah.

Gadis ini berasal dari Thailand dan berusia 19 tahun dia adalah remaja tertinggi di dunia. Beliau adalah bekas gadis tertinggi. Ketinggiannya adalah 208,3 cm. Ibu bapanya menyedari bahawa dalam gred 9 di sekolah, anak perempuan mereka mula berkembang sangat cepat dan .

Doktor mendapati dia mempunyai tumor otak yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Kini hanya suntikan mahal membantu untuk memperlahankan pertumbuhan.

Rabu, 3 April 2013

Teori Peristiwa lahad datu – komando vat 69

Analisis Jika Sabah Diserahkan Kepada Sulu
 Aku betul2 hairan dengan sesetengah orang yg tak habis2 nak main politik sehingga sanggup meletakkan negara kita dalam kancah bahaya. Aku percaya, ramai juga mereka2 ini sduah menyusup masuk kedalam page ini untuk menyerapkan idea politik longkang mereka itu. Anda benar2 mahu …. Ok,mari kita main satu political game. Pemikiran macam ni selalu digunakan oleh jenerel2 besar dunia macam Salahuddin Al-Ayyubi sehinggalah oleh Albert Pike.
kiram-center
Senario pertama: Sabah diserahkan kepada Sulu (Jamalul Kiram III) Katakan secara tiba2 Malaysia bermurah hati menyerahkan Sabah kepada Jamalul Kiram III (padahal timur Sabah aja yang Sultan Brunei bagi pada Sultan Sulu dulu) Ini kerana tak semena2 seorang pengikut dia dikatakan ditembak oleh tentera Malaysia (atau ditembak sendiri jeneral Sulu untuk trigger situasi). Lepas itu apa lagi, Malaysia akan di pressure dunia antarabangsa .Jadi akibat tekanan pelbagai pihak akhirnya Malaysia melepaskan Sabah kepada Jamalul Kiram III walaupun mendapat tentangan dari The Sabahans.

Jamalul Kiram III dan para pengikut bergembira dengan keputusan Malaysia. Sabah sudah mewah di bawah Malaysia jadi tak payah susah2 seperti di Jolo.

Next apa jadi?

Filipina akan muncul. Dia akan bukak topeng dia. Kenapa pula? Sebab Filipina akan tuntut Sabah dari Jamalul Kiram III sebab kata Filipina kununnya pada 12 September 1962, Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I dah sign satu perjanjian bagi haknya ke atas Sabah pada Filipina. Sebab itu Macapagal dulu nak claim Sabah. Tapi sebab Malaysia ini ada prestij dalam hubungan diplomatik dan banyak negara antarabangsa yg simpati, tambahan pula The Sabahans memilih merdeka bersama Malaysia jadi Filipina diamkan saja dan sambung balik hubungan baik dengan Malaysia.

Jamalul Kiram III menentang (of course!). Filipina pulak kata Sulu masih bawah kuasa Filipina dan apa jua wilayah yg didapat Sulu automatik bawah Filipina (ini benar sebab masyarakat antarabangsa iktiraf Sulu bawah kedaulatan Filipina).

Next apa jadi?

War.
Jamalul Kiram III akan hire seluruh pasukan Tausug separa tentera dia macam Abu Sayyaf kumpul senjata dan pertahankan Sabah. Agak2 kita, Filipina nak rilek dian saja? Filipina akan turunkan komando2 dia malah mungkin akan dibantu oleh Amerika yg sememangnya selalu suka busy body serta suka menjadi gunting dalam lipatan. Siapa mahukan Sabah? Minyak, kayu balak dan macam ada. Lagi pulak Sabah dah develope under Malaysia.

Sabah akan jadi warzone. Yang menderita ialah …
The Sabahans.

Senario Kedua: Jamalul Kiram III berebut dengan Sultan-sultan Jadian.

Ini terjadi sebelum Filipina masuk campur. Lepas Sabah dapat kat Jamalul Kiram III, secara drastik akan muncul berpuluh2 makhluk dari serata Sulu malah dari Kuala Lumpur dan Manila yg akan mengaku haknya ke atas Sabah. Mereka akan mengaku datang dari pelbagai salasilah Kesultanan Sulu. Tak ada kaitan dengan Sultan Sulu, usaha ada kaitan dengan Sultan Brunei. Tak ada kaitan dengan raja2, usaha ada kaitan dengan kerabat raja ataupun bangsawan macam Datu-datu. Ini termasuk seorang Cina dari Hong Kong yg juga tak segan silu mengaku King of Borneo.

Siapa taknak Sabah? Minyak,kayu balak dan dah develope under Malaysia dulu.
Tiba2 salah seorang sultan yang menuntut tadi yg bernama Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II dengan organisasinya telah mendapat kepercayaan rakyat Sulu untuk take over Sabah. Sudah tentu Jamalul Kiram III teramat marah sebab dia yg susah payah ambil Sabah dari Malaysia. Eh,senang2 aja ko nak ambik Sabah dari aku, kata Jamalul Kiram III dengan nada penuh ketidakpuashatian.

Jamalul Kiram cuba memenangi hati rakyat Sulu tapi rakyat Sulu tolak dia sebab dia ni selalu duduk di Manila, bandar mewah sedangkan rakyat Sulu melonta2 di tanahair sendiri.

sulu-royale01
Next apa jadi?

Mereka cuba berbincang. Tapi macam biasa ada tuntutan yg tak dipersetujui. Darah Tausug ni memang panas. Mereka antara pejuang terbaik dalam dunia. Kalah gerila Somalia atau Vietcong kalau compare dengan Tausug fighters.

Next….
War.

SSDI kumpulkan para panglima dan syariff mereka. Jamalul Kiram III hire seluruh para pengikut setia dia kumpul tentera dan ‘senjata berat’. Kemungkinan Abu Sayyaf turut serta sebab dijanjikan wang dan perempuan Sabah.

Lokasi perang: Sabah
Masa: siang malam.Tausug fighters tak penah kenal erti penat dalam berjuang.

Yang menderita ialah…
 The Sabahans

Senario Ketiga: Gerakan Kemerdekaan Sabah (GKS)
Ketika rundingan Jamalul Kiram III dengan Malaysia berjalan, ada banyak pihak intai peluang sebenarnya. Filipina sudah pasti. Dia dah sediakan tangguk awal2. Tapi ada satu entiti yg nak menangguk di air keruh juga.

Makhluk ni nama dia GKS (Ini istilah saya). Mereka ni nak wujudkan satu republik nama ‘North Borneo’ kununnya.

Mereka ni didanai oleh organisasi antarangsa dan gerakan Kristinisasi. Filipina mungkin salah satu ‘godfather’ mereka selain kartel2 missionari Kristian dari Indonesia yg jadi mentor diorang.

Mereka ni dah lama buat kempen ‘kesedaran’ kepada The Sabahans supaya keluar saja dari Malaysia. Mereka kata The Sabahans kena tipu dengan Malaysia dan sebagainya. The Sabahans dijanjikan negara sendiri dan boleh tadbir hasilbumi sendiri. Mereka kata Malaysia selama ini sedut kekayaan Sabah. The Sabahans akan angguk2 saja dengar kata GKS. Tetiba aja The Sabahans melihat Malaysia ni jahat macam Pol Pot.

Bila Malaysia setuju lepas Sabah, para pemimpin GKS bersorak depan TV. Mereka pun aturkan beberapa langkah. Semua siap dirancang.

Seperti yg dirancang, pergolakan berlaku antara Jamalul Kiram III,Sultan-sultan Jadian dan Filipina. Sabah jadi the warzone. Abu Sayyaf pula makin seronok buat drama penculikan. Malaysia mula menempatkan komando mereka di sempadan. Ada The Sabahans jadi pelarian dan minta perlindungan dari Malaysia.

GKS hantar memorandum pada PBB minta campur tangan.GKS kata mereka mewakili The Sabahans.PBB dengan senang hati campur tangan.Model yang dicontohi oleh GKS adalah Timor Leste.

PBB hantar tentera pengaman. Bila semua pihak senyap, PBB buat pungutan suara. The Sabahans yg dah termakan propaganda GKS memilih merdeka bersama GKS.

Jamalul Kiram III melopong. Sultan jadian melopong.Filipina ternganga.

GKS tadbir Sabah. Tapi rupanya tadbir negara baru ni susah. Lee Kuan Yew senang bangunkan Singapura sebab Singapura kecik ciput saja, tapi Sabah ni berpuluh kali ganda Singapura atau Timor Leste. Tapi Sabah bernasib-baik sikit dari Timor Leste sebab dulu Malaysia memang bangunkan Sabah betul2 tak macam Indonesia yg terlampau bangunkan Jawa hasil minyak Aceh dan lain-lain propinsi.

GKS mula minta dana dari Vatikan dan dunia Kristian. Amerika pun datang. Ingat Amerika ni ‘pious’? Pengikut Jesus sejati? Nope. Tuhan mereka adalah dollar. Segala bagai penyangak ekonomi datang. Sabah terlalu luas dan banyak sukukaum. Tiap kaum nakkan hak samarata. Kadazandusun nakkan hak keistimewaan, Murut nak juga … Bajau pun takpuashati,dia nak juga.Tausug pun lagi takpuashati.Patut Sabah dapat kat orang Sulu pasal apa GKS ni dapat?

Lepas beberapa tahun Sabah makin mundur sebab masalah dalam negara terumbang-ambing dan tak settle lagi. Masing2 tamak hasilmahsul Sabah.Kadazandusun nak minyak, Bajau lagilah nak sebab mereka ‘raja laut’. Murut kata diaorang nak hasil balak. Melayu Sabah dan Brunei Sabah serta muslim lain (termasuk kaum2 Sulu) didiskriminasi. Azan tak boleh dikuatkan.

Lastly corong azan kena hala dalam masjid. Sedih …..

Yang lost dalam game ini tetap …

The Sabahans
Game over.

Cui bono - Siapa Untung (Wajib Baca)

Minggu ini saya memperkenalkan satu ayat dalam bahasa Latin - Cui bono - siapa untung. Ayat ini muncul di kota Rom dalam tahun 1604. Hari ini ayat ini sedang digunakan oleh FBI, CIA, Mossad, MI5, MI6 atau FSB badan risik yang menggantikan KGB di Rusia. Ayat ini menjadi kunci untuk apa sahaja bentuk siasatan intel, jenayah dan analisa politik.

Cui bono - siapa untung - adalah teknik dan cara untuk menjalankan siasatan. Kalau FBI di Amerika membuat siasatan ke atas Mafia pembawa dadah atau kartel dadah dari Colombia maka cui bono ini adalah ‘Al-Fatihah' pembuka surah. Semua badan risikan dan polis dalam dunia ini akan menggunakan cui bono - kecuali polis Malaysia dalam kes pembunuhan Altantuya.

Cui bono atau siapa untung ini dijadikan mantra. Apa sahaja tindak tanduk manusia semuanya berasaskan cui bono. Gadis Iran membawa dadah ke Malaysia untuk mendapat untung ringgit dan dolar. Mahathir mengubah identitinya untuk kelentong orang Melayu. Justeru manusia akan melakukan apa sahaja untuk keuntungan diri. Dengan ini jika kita mengkaji dan melakukan siasatan maka cui bono ini adalah kunci.

Setelah memahami apa itu cui bono maka saya buka kembali analisa terhadap apa saya panggil sandiwara Al-Lahad Datu. Saya cukup yakin apa yang berlaku semuanya adalah sandiwara. Kenapa saya berani berkata sedemikian? Jawabnya cukup senang: cui bono - siapa untung.

Sebelum kita meneliti keuntungan itu biar saya bogelkan beberapa fakta lawak. Kita diberitahu satu gerombolan 100 orang warga Sulu yang lengkap bersenjata telah masuk ke Lahad Datu. Bagaimana warga Sulu ini datang tidak jelas.

Kemudian akhbar dan media milik United Malays National Organisation mula memuntah berita-berita lawak lagi bodoh. Jumlah 100 orang menjadi 40. Kenapa demikian tidak jelas. Wartawan dalam dan luar negara TIDAK dibenarkan melapor. Wartawan AL-Jazeera telah ditangkap dan ditendang keluar. Yang boleh melapor hanya media milik Ketuanan Melayu.

Najib dan sepupunya Hishammuddin kurang sedar bahawa Ronald Reagan telah menghadiahkan kepada dunia apa yang dipanggil Internet. Melalui sistem Internet ini kita semua dapat membaca laporan-laporan dari media Filipina dan media dunia.

Dari media Filipina kita tahu bahawa sosok yang berkaca mata hitam seperti rupa Mat Daud Kilau ialah Sultan Sulu yang tinggal di Manila. Sultan ini sedang menuntut hak terhadap Sabah. Dari media Filipina untuk pertama kalinya rakyat Malaysia mendapat tahu secara resmi bahawa dalam perlembagaan Filipina, Sabah adalah sebahagian dari negara Filipina. Untuk pertama kalinya rakyat Malaysia tahu bahawa setiap tahun kerajaan Malaysia membayar sewa kepada Sultan Sulu kerana memakai Sabah.

Internet juga memberi kita tahu bahawa Sultan Sulu ini ramai. Kita juga tahu bahawa Lokman Adam ialah penasihat salah seorang dari Sultan Sulu ini. Kita juga tahu pemimpin 100 penceroboh bersenjata itu dikatakan bekas ADO di Sabah dan warga Malaysia.

Pada hari kedua sesudah 100 penceroboh masuk kita diberitahu bahawa mereka ini adalah delegasi dari Sulu yang ingin berbincang dengan seorang ‘personaliti'. Mengikut media milik Ketuanan Melayu sesudah berbincang dengan ‘personaliti' ini maka gerombolan 100 orang ini akan beredar. Siapa personaliti ini hingga ke hari ini tidak pula diberitahu.

Maka spekulasi timbul walaupun ketua polis negara melarang kita semua berspekulasi. Orang ramai tertanya-tanya apakah Sultan Sulu menghantar delegasi untuk meminang Ziana atau datang untuk meminang adik Ziana. Untuk rakyat Malaysia perkara ini masuk akal kerana pemimpin tertinggi negara dan sepupunya amat rapat dengan keluarga Zain ini.

Selama 23 hari delegasi Sultan Sulu ini ‘ bermastautin' di Lahad Datu. Satu Malaysia tidak tahu apa yang dibincangkan. Apa yang mereka labonkan berminggu minggu. Kelambatan Najib dan sepupunya mengambil tindakan telah menjadikan bekas MB Selangor menyinga marah. Khir Toyo telah menyelar Najib kerana gagal bertindak. Dalam bahasa anak muda Khir Toyo telah berkata: Najib ini poyo!

Tetiba sandiwara ini menjadi gempak apabila berlaku tembakan dan kematian. Jeng jeng jeng... suasana kini beralih. Maka diumumkan secara resmi bahawa PDRM sedang menjalankan apa yang dipanggil panggil Ops Sulu. Warga Sulu yang mungkin datang untuk melamar Ziana kini dianggap sebagai penceroboh. Lawak bodoh ini terus menjadi lawak seram kerana si penceroboh memakai pakaian seragam dan bersenjata lengkap. Dari mana senjata ini datang wallahu 'alam bissawab - tidak pernah rakyat Malaysia diberitahu.

Dari awal lagi satu persoalan hakiki telah muncul. Kenapa hantar polis. Kenapa tidak dihantar tentera walhal penceroboh ini lengkap bersenjata. Untuk membodohkan Bani Melayu maka diumumkan bahawa Malaysia tidak boleh menghantar tentera kerana ini melanggar ‘Geneva Convention'. Kah, kah, kah! Kenyatan Najib tentang ‘Geneva Convention' membuktikan bahawa Najib ini bukan sahaja poyo tetapi betul-betul bangang.

Najib dan sepupunya menjangkakan rakyat Malaysia ini bodoh macam telur, menerima apa sahaja yang dilaporkan oleh TV3. Ini silap besar kerana rakyat Malaysia secara logik akan bertanya kenapa Tentera DiRaja Thai datang menyerang Gerakan Pembebasan Petani. Atau kenapa Tentera Rusia menyerang Chechen? Kalau mengikut lojik Geneva Convention Najib, serangan tentera Siam ini bermakna kerajaan Siam di Bangkok mengitiraf kerajaan Melayu Petani. Kah kah kah!

Skrip ini bertambah bodoh apabila jet pejuang mula menjatuhkan bom. Skrip di sini bukan tentang bom ini sengaja dijatuhkan di tempat yang salah hingga menggangu tupai dan cikah. Babak bom ini menjadi pelik kerana semenjak bila PDRM memiliki jet pejuang.

Perhatikan betul-betul media Ketuanan Melayu sekarang. Secara di rancang Ops Sulu tetiba berubah menjadi Ops Daulat. Penceroboh kini menjadi militan dan pengganas. Kenapa begini? Untuk memahami ini mari kita kembali kepada cui bono - siapa untung dalam pementasan skrip ini.

Satu Malaysia tahu bahawa United Malays National Organisation akan bungkus dalam PRU13 ini. Kemenangan dalam PRU12 dahulu didakwa hanya dibantu oleh undi haram dari Sabah. Ketika Al-Lahad Datu dipentaskan parti Kertuanan Melayu ini sedang nyawa-nyawa ikan. Siasatan diraja tentang kad pengenalan segera sedang berjalan di Kota Kinabalu. Balasubramaniam baru sahaja pulang dari India dan membuka kisah keluarga Najib. Adik angkat Rosmah Mansor, Deepak Jaikshan sedang meroyan ke hulu ke hilir membawa kisah ‘cintanya' dengan Rosmah Mansor. Muhyiddin Yassin pula sedang mengumpulkan bala tentera - lebih besar dari Tentera Diraja Sulu - untuk menendang Najib.

Jelas Cui bono memerlukan motif. Bukan seperti Azilah dan Sirul membunuh Altantuya tanpa motif. Motif pementasan Al-Lahad Datu ialah untuk memadam dan memesongkan pandangan rakyat Malaysia terhadap realiti politik yang sedang berlaku. Sesak nafas yang dihadapi Najib hilang apabila Ops Sulu aka Ops Daulat dipentaskan.

Dengan sekelip mata kesah Bala, kesah Deepak, kisah Scorpene, kisah Najib akan didakwa di Paris - hilang dari pembacaan umum. Setiap hari media United Malays National Organisation memaparkan sentimen sedih. Media mengajak Bani Melayu agar bersatu menyokong United Malays National Organisation kerana ada Mat Sulu yang dulunya diberi kad pengenalan segera kini sudah berani melawan tauke.

Ops Daulat ini mengingatkan saya kepada PRU tahun 1964 di mana United Malays National Organisation dengan MIC dan MCA telah menang besar kerana pada ketika itu ada musuh luar bernama Bung Karno. Kali ini dalam tahun 2013 nampaknya teknik 'mewujudkan musuh luar' sedang digunakan untuk mengembalikan kesetiaan anak semua bangsa yang sudah bangun untuk menerajang mampus parti Ketuanan Melayu.

Lihat bagaimana laporan membawa jenazah disiar TV terus menerus dari lapangan terbang ke tanah perkuburan. Ini bertujuan untuk menimbulkan simpatai kepada United Malays National Ornagisation. Belas kasehanlah kepada parti ini kerana sedang berjuang melawan musuh dari luar. Najib dan United Malays National Organisation sedang meraih untung dari simpati orang ramai.

Yakinlah tidak lama lagi akan diadakan perhimpunan besar-besarkan untuk membakar semangat patriotik anak semua bangsa untuk terus menyokong kerajaan haram ini. Semua ini adalah skrip Al-Lahad Datu ini. Saya juga tidak hairan jika akan dipentaskan beberapa skrip lagi- seperti Prebet Adam, Al-Maunah dan, dan, dan.... Semua ini untuk mengolah persetujuan agar rakyat akan terus menyokong kerajaan.

Najib Razak berhujah bahawa Lahad Datu bukan sandiwara kerana adanya kematian. Untuk ini saya membawa pembaca kepada sandiwara Mei 13. Mei 13 dipentaskan kerana United Malays National Organisation telah hilang kuasa di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Hari ini kita faham bahawa Mei 13 ini dikatakan dirancang untuk menyelamatkan kuasa elit politik. Kematian hanya memperkukuhkan lagi skrip itu.

Statistik resmi: Antara tahun 2000 hingga Februari 2010 menunjukkan seramai 144 kes kematian dalam lokap dilaporkan melibatkan 64 orang Melayu, 30 orang Cina, 28 orang India, 8 bagi kaum-kaum lain dan 14 kes kematian bagi warga asing. Soalannya kenapa Najib tidak tunggang langgang bersedih bila membaca angka kematian ini?

Kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada yang gugur. Kita bersimpati kepada yang terkorban. Kita sama bersedih dengan anak, isteri dan kaum keluarga soldadu dan mata-mata yang gugur. Kita juga sama bersedih atas kematian dari pihak musuh. Tetapi adanya kematian bukan bermakna Lahad Datu tidak berskrip.

Ini kerana cui bono - yang untung ialah Najib Razak dan memberi nafas untuk United Malays National Organisation.

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Sedari awal CPs amat membenci peperangan sesama Islam
Perang Sulu ini CPs begitu yakin ada Tangan Ghaib
atau dalang yang menggerakkan
Jika kita lihat kehidupan Sultan Jamalul Kiram III amat daif
mana mungkin dia punyai duit nak beli senjata mahal
Bumi Sabah yang milik Kesultanan Sulu memang indah dan amat 
menjadi rebutan kuasa barat; siapa yang tak teruja memilikinya.
Dalang Sebenar masih menyepi tapi bagi yang punyai
firasat pasti dapat menduga SIAPA.

Pelacur Mati Ketika Seks Hidup Semula

SEORANG pelacur yang mati ketika mengadakan seks bangkit dan menjerit ketika dia hendak dibawa keluar dalam keranda dari sebuah hotel.

Kejadian berlaku di Hotel Manor di Bulawayo apabila wanita berkenaan, MaNadlo yang melacur di hotel itu pengsan dan dikatakan mati ketika mengadakan seks dengan seorang pelanggan.
Bagaimanapun, ketika mayatnya diletakkan di dalam keranda, dia tiba-tiba terjaga dan menjerit: “Kamu hendak membunuh saya?”

Orang ramai yang berkerumun untuk melihat mayat wanita itu diusung keluar bertempiaran lari apabila dia bangkit.

“Ia seperti dalam filem. Orang ramai berlari kerana ketakutan. Ia kejadian yang menakutkan kerana kami yakin dia mati memandangkan tubuhnya kaku macam mayat. Sungguh ajaib,” kata seorang saksi.

Menurutnya polis berjaya mententeramkan wanita berkenaan. (Mymetro)

Jumaat, 29 Mac 2013

K PDF Print E-mail
Written by Admin   
Wednesday, 27 February 2013 13:37

LOGISTIK......Siapakah yang mereka buru dan kenapa tidak dapat mengesan kemasukan 76 orang tentera palsu Sultan Sulu setelah beratus ribu sudah lama bermastautin di Sabah, malah layak menerima BR1M.

Oleh : MUTALIB M.D

SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.
Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.

Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.

Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.

Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.

Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.

FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.

Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba' sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.

Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.

Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.

Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.

Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan'; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.

Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.

Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan tanah FELDA.

Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.

Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.

Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak Keling' Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.

Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan Oportunis' mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.

Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.

Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.

Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya 'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.

Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.

Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.

Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.

Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.

Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.

Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.

Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu'; sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat Bom.

Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.

Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.

Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.

Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.

Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.

Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!

Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan 'kemaluan' yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.

Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!

Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan Sabah dapat episod akan datang.

(NOTA : Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana hanya membuang masa dan keringat melaporkan 'Drama' yang mahu menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu)

Rabu, 27 Mac 2013

KETUA CAWANGAN UMNO @ KETUA MUNDU?

Print E-mail

Khamis, 21 Mac 2013

Cabaran jenayah kini kini libatkan ancaman luar

6:39AM Mac 22 2013  
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sedang meningkatkan usaha bagi memperkasakan penyiasatan jabatan itu memandangkan cabaran jenayah kini melibatkan ancaman pencerobohan pengganas.

Dalam usaha itu, pegawai penyiasat dihantar mengikuti kursus di luar negara seperti Amerika Syarikat dan Kanada untuk menimba pengalaman bagi memastikan jabatan itu setaraf polis antarabangsa dalam aspek penyiasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang optimis dalam memastikan aspek penyiasatan diperkukuh, berkata pihaknya kini bukan sahaja menumpukan perhatian terhadap jenayah harian bahkan ancaman jenayah dari luar.

"Kalau kita lihat keadaan sekarang, siasatan kita lebih menjurus kepada penyiasatan kes lebih besar melibatkan keselamatan negara seperti insiden pencerobohan militan di Lahad Datu, Sabah yang mengorbankan 10 anggota keselamatan.

"Kita mainkan peranan penting dalam buat penyiasatan dari sudut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan memegang tanggungjawab yang besar kerana mengetuai aspek siasatan bagi insiden tersebut," katanya kepada pemberita pada wawancara khas sempena Hari Polis ke-206 di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mohd Bakri berkata siasatan perlu dijalankan secara teliti terutamanya dalam pengumpulan bahan bukti sebelum dikemukakan kepada pihak pengadilan dan memastikan ia diterima Jabatan Peguam Negara untuk dibawa ke mahkamah.

Siasatan yang menyeluruh itu termasuk bagaimana kumpulan pengganas mendapat senjata dan bantuan, selain kawasan tumpuan lebih meluas dari Lahad Datu dan Semporna, katanya.

"Sebagai jabatan yang mengetuai aspek siasatan insiden tersebut, tidak dinafikan kita berhadapan dengan pelbagai halangan dalam mengumpul bahan bukti memandangkan kawasan kejadian masih 'panas' dan berisiko tinggi kerana dikhuatiri masih terdapat saki-baki pengganas," katanya.

Beliau berkata polis juga akan berhadapan dengan cabaran untuk mengumpul bahan bukti di lokasi kejadian memandangkan mayat pengganas masih belum dibawa keluar dari lokasi pertempuran.

Selain itu, mayat-mayat itu sudah mula mereput dan ini menyukarkan untuk mendapatkan cap jari dan mengesan identiti, katanya.

Mohd Bakri bagaimanapun berkata siasatan mengenai penceroboh bersenjata di Lahad Datu itu akan dijalankan sebaik mungkin bagi memastikan tiada sebarang pertikaian timbul dalam bukti yang dikumpul.

Mengenai kes jenayah harian, beliau berkata pihaknya turut memandang serius aspek siasatan bagi kes tersebut, walaupun menghadapi pelbagai cabaran iaitu tempoh reman yang tidak mencukupi, pengumpulan bahan bukti, serta memastikan penyiasatan tidak melangkaui hak asasi manusia.

"Kadang-kadang kita tidak mendapat tempoh reman yang cukup untuk menjalankan siasatan terhadap orang kena tuduh kerana dalam tempoh reman banyak perkara yang perlu dijalankan.

"Dari segi pengumpulan bahan bukti, kita perlu kemukakan bahan bukti yang cukup berdasarkan piawaian ditetapkan untuk memastikan kes dapat didakwa di mahkamah yang adakalanya menjadi rintangan yang hebat di bahagian siasatan," katanya.

Beliau berkata dalam menyiasat, hak asasi manusia juga menjadi elemen penting bagi memastikan siasatan yang dijalankan tidak melanggar hak asasi manusia dari awal proses siasatan seperti mengambil keterangan, tangkapan sehingga peringkat seterusnya.

Mohd Bakri berkata selain itu jabatan itu juga berharap dapat memenuhi sasaran 30 peratus kadar pendakwaan kes dibawa ke mahkamah tahun ini bagi meningkatkan kualiti sekali gus meletakkan unitnya setaraf dengan penyiasatan di peringkat global.

Untuk itu, pelbagai aspek perlu diperkemaskan termasuk aspek siasatan, kemampuan pegawai penyiasat dan aset penyiasatan, katanya.

"Ketika ini, jabatan ini sedang dalam usaha mengurangkan bebanan tugasan yang ditanggung pegawai penyiasat bagi memastikan kualiti siasatan sesuatu kes dapat diberi fokus sepenuhnya hingga berjaya dibawa ke peringkat pendakwaan," katanya.

"Untuk itu, pegawai penyiasat perlu fokus hanya purata 1.5 kes sebulan berbanding 10 hingga 15 kes sebulan pada masa ini," dan menambah kerajaan bersetuju untuk menambah bilangan pegawai penyiasat dan penolong pegawai penyiasat yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

Beliau berkata pada masa ini jabatan itu mempunyai seramai 12,000 anggota dan pegawai.

Katanya JSJ juga sedang melihat keperluan kepada pertambahan aset yang menjurus kepada siasatan forensik, dan kini setiap kontinjen telah memiliki alat mengesan suspek melalui cap jari termasuk ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) dan 'lie detector'.

Mohd Bakri yang memegang pucuk pimpinan JSJ Bukit Aman sejak 2008 meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat kualiti penyiasatan ditambah baik dari semasa ke semasa untuk meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap PDRM bahawa Malaysia merupakan negara selamat daripada jenayah luar dan dalam.

- Bernama

Rabu, 20 Mac 2013

Rita Gagal Hantar Wakil Jawatankuasa Pendamai

Rita Gagal Hantar Wakil Jawatankuasa Pendamai

    March 20, 2013

2001
 
7
 
0
 
SEREMBAN – Bapa kepada pemain bola sepak kebangsaan, Abd. Radzak Salleh kecewa apabila menantunya, Rita Rudaini Mokhtar gagal menghantar wakil bagi menganggotai jawatankuasa pendamai dalam proses permohonan cerai pasangan berkenaan seperti yang diarahkan Mahkamah Rendah Syariah, dekat sini.

Menurut laporan Utusan Malaysia pada Rabu, Abd. Radzak, 64, berkata, beliau hadir ke mahkamah pada Selasa sebagai wakil kepada anaknya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak, 26, dan sepatutnya isteri kepada anaknya itu turut menghantar wakil, namun gagal berbuat demikian.
Menurutnya, berikutan perkara tersebut, mahkamah menetapkan 3 April ini untuk Rita, 37, menghantar nama wakilnya dalam jawatankuasa berkenaan.

“Saya berharap masalah mereka ini dapat diselesaikan dengan segera kerana lagi banyak masa diambil, bermacam-macam cerita yang tidak baik timbul.

“Saya sebagai orang tua mahu perkara ini diselesaikan dengan baik tetapi tindakan Rita ini (tidak menghantar wakil) menyebabkan saya berasa kecewa,” katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah di sini, Selasa.

Sementara itu, peguam Mohd. Aidil Zafuan, Noor Ariff Delia Ramli berkata, beliau ada menerima surat daripada peguam Rita pada Selasa yang memaklumkan bahawa wakil pelakon itu tidak dapat hadir kerana berada di luar daerah.

“Sebenarnya, jika tidak dapat hadir sekali pun, pihak Rita boleh menghantar nama wakilnya itu kepada saya atau mahkamah, bagi membolehkan proses ini diteruskan.

“Apa yang berlaku sekarang satu lagi tarikh terpaksa ditetapkan ekoran kegagalan pihak defendan menamakan wakil mereka, dan sekiranya beliau masih gagal lagi saya akan mohon kepada mahkamah supaya perbicaraan terus dijalankan tanpa perlu menunggu keputusan jawatankuasa pendamai,” jelasnya.

Mahkamah pada 25 Februari lalu mengarahkan satu jawatankuasa pendamai ditubuhkan selepas permohonan cerai pemain bola sepak Johor DT itu terhadap isterinya itu dibantah oleh Rita.
Dalam jawatankuasa tersebut, kedua-dua belah pihak dikehendaki menghantar seorang wakil yang terdiri daripada keluarga terdekat untuk mencari jalan penyelesaian sebelum hasil perbincangan itu dikemukakan kepada mahkamah.

Rita dan Mohd. Aidil Zafuan bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan dikurniakan dua anak, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

Mereka tidak tinggal bersama selepas pemain bola sepak itu dikatakan meninggalkan rumah kelamin mereka di Damansara pada tahun lalu.

– mStar Online

Ops Daulat gabung 3 cabang tentera

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan tiga cabang perkhidmatannya -- udara, laut dan darat - dalam Operasi Daulat bagi menggempur militan dari Sulu yang menceroboh negara ini.

Gerakan ofensif pasukan keselamatan pada 5 Mac itu dimulakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menggunakan jet penyerang F/A 18D Hornet disusuli pasawat Hawk yang menggugurkan bom.

F/A 18D Hornet yang merupakan pesawat pejuang penyerang moden mempunyai keupayaan melancarkan pengeboman dengan panduan laser ke atas sasaran yang telah ditanda di darat oleh komputer mudah alih yang dibawa unit-unit Pasukan Khas Udara (Paskau).

Serangan udara oleh TUDM itu diteruskan pasukan tentera darat dengan tembakan bertalu-talu daripada mortar 91mm ke atas kubu pengganas bertujuan melemahkan musuh dari segi kekuatan dan juga moral mereka.

Setelah menggempur melalui udara, pasukan darat mula bergerak ke kawasan kubu musuh bagi menjalankan operasi susulan dan penggeledahan untuk memburu saki-baki pengganas.

Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar berkata pasukan keselamatan turut menggunakan 12 kereta perisai berantai Adnan yang mampu bergerak di atas pelbagai bentuk muka bumi.

ACV300 itu dijangka memberi kelebihan kepada pasukan penggempur tentera kerana senjatanya dikawal oleh komputer dan sistem optik untuk penyelasaran tembakan lebih canggih dan stabil serta dilengkapi alat pandang malam.

Tidak kurang penting dalam Operasi Daulat ialah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengawal perairan negara bagi memastikan tiada penceroboh yang masuk atau meloloskan diri.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula berkata beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang TLDM akan tiba di Lahad Datu secara berperingkat.

Penggunaan aset ketenteraan oleh ATM dalam menangani krisis pencerobohan pengganas dari Sulu itu memberi mesej jelas kepada musuh bahawa Malaysia tidak akan bertolak ansur dalam soal kedaulatan negara.

Menurut seorang penganalisis pertahanan, penggunaan aset perang konvensional ke atas pengganas Sulu yang menggunakan taktik perang gerila dilihat lebih kepada 'power projection' atau paparan kekuatan ke atas mana-mana musuh yang mempunyai niat tidak baik terhadap Malaysia.

"Power projection dalam keadaan aman dibuat melalui latihan ketenteraan seperti 'Eksesais Halilintar' yang dijalankan di Langkawi membabitkan lebih kurang 10,000 tentera," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kebanyakan orang awam tidak memahami operasi tentera dan mengkritik taktik yang diguna pakai pasukan keselamatan semasa menggempur pengganas Sulu di kawasan Kampung Tanduo.

Nyawa tentera atau polis bukan murah untuk dihantar terus secara berhadapan dengan pengganas Sulu yang berjumlah antara 100 hingga 200 orang, katanya.

"ATM merupakan pasukan yang mempunyai pengalaman perang gerila yang sangat meluas, begitu juga pengganas Sulu. Kesilapan musuh adalah kerana mereka menyangka pertempuran ini sama dengan pengalaman perang mereka di tempat sendiri," katanya.

Pengganas Sulu tidak mengambil kira sokongan rakyat terhadap kerajaan dan keupayaan TLDM untuk mengadakan sekatan-sekatan di lautan terutama bagi mengekang kemasukan bekalan senjata dan peluru untuk musuh, katanya.

- Bernama
 
pencerobohan telah masuk hari ke 35 dan pelbagai persoalan timbul terutamanya di pihak pengganas. 
 
1.bagaimanakah pengganas itu dapat bertahan begitu lama tanpa bekalan makanan? Kalau ada bekalaan makanan, dari manakah ia datang? 
 
2. Setelah bertempur begitu lama, pengganas masih mampu bertahan malah membalas tembakan/serangan./. dari manakah mereka (pengganas) memperolehi bekalan peluru? mungkinkah mereka ini Supermen??
 
Selasa, 19 Mac 2013

Najwa Latif Nafi Letak Harga Tinggi

Najwa Latif Nafi Letak Harga Tinggi

    March 19, 2013

59
 
12
 
0
 
Penyanyi kelahiran Youtube yang mencipta fenomena dengan lagu berhantunya, Cinta Muka Buku dikhabarkan mula meletakkan harga tinggi bagi sesebuah persembahan yang ingin dijayakannya.

Menafikan perkara sebegitu berlaku, Najwa, 18, berkata kepada Buahmulut, “demand ke saya ni?
Rasanya tidak kot, tak benar kalau ada yang kata saya ni demand dan mintak bayaran yang tinggi.

Lagi pun apabila saya meletakkan tanda harga bagi setiap persembahan, banyak faktor diambil kira contohnya macam masa, tempat, perjalanan dan banyak lagi. Jadi harga tu sesuai mengikut keadaaan”.

Ada pihak mendakwa dia meletakkan harga sebanyak RM10,000 bagi satu lagu dan pantas saja Najwa menafikan perkara itu dengan berkata, “sebenarnya saya pun tak tahu harga sebenar saya bagi satu lagu bila setiap kali buat persembahan.  Apa-apa yang berkaitan harga ini sebenarnya pihak pengurusan saya yang uruskan.  Tapi setakat ini saya tak pernah lagi ambil satu lagu dengan harga yang tinggi macam RM10,000 itu”.

Hmm, mungkin ada pihak yang sengaja mahu menjatuhkan nama baik atau karier nyanyian Najwa yang semakin berkembang sejak kebelakangan ini.

Sabar je lah Najwa ya dan semoga terus sukses dengan kerjayanya serta memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diketahui Khamis ini.

Oleh: JULIANA JOHAR