Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Khamis, 28 Julai 2011

TBH: RCI terlepas pandang penilaian risiko bunuh diri

Kuek Ser Kuang Keng
Jul 28, 11
4:33pm

ANALISIS
Satu daripada bukti-bukti utama yang digunakan oleh suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyokong kesimpulan kontroversinya bahawa Teoh Beng Hock telah membunuh diri, ialah laporan pakar psikiatri Paul Edward Mullen.

Selepas meneliti laporan 11-muka yang dikemukakan dalam siasatan tersebut oleh Mullen - profesor emeritus psikiatri forensik dari Universiti Monash yang dibawa oleh Majlis Peguam - didapati lebih banyak faktor yang menunjuk kepada Teoh tidak membunuh diri, dan bukan sebaliknya.

NONEIni, bagaimanapun, nampaknya seolah-olah telah terlepas pandang oleh RCI.

Dalam penilaian risiko bunuh diri, Mullen mengklasifikasikan
Teoh dalam "kumpulan yang paling rendah berisiko untuk membunuh diri ketika berada dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dia tidak membuat kesimpulan Teoh telah membunuh diri, dengan menggambarkan setiausaha politik DAP itu kekurangan faktor-faktor yang biasanya terdapat pada mereka yang boleh membunuh diri.

Mullen menulis bahawa dia mendapati Teoh mempunyai pekerjaan tetap, teman wanita yang akan dikahwininya tidak lama lagi, hubungan kekeluargaan yang rapat, ramai teman dan rakan sekerja dan tidak ada masalah kewangan yang diketahui.

Katanya, semua itu merupakan faktor-faktor sosial yang mengurangkan risiko membunuh diri.

NONETeoh, katanya, berada di peringkat awal kehidupan dewasa (25-40 tahun), tidak mempunyai sejarah cubaan membunuh diri atau memudaratkan diri sendiri, tidak berjudi berlebihan, dan tidak mempunyai sejarah keluarga membunuh diri.

Menurut Mullen, ia adalah faktor-faktor yang mengurangkan kemungkinan untuk membunuh diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan