Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Isnin, 1 Oktober 2012

Donald Lim: Borang BR1M akan diedarkan bulan ini


1:38PM Okt 1 2012      

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai berkata borang untuk permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia pusingan kedua (BR1M 2.0) dijangka akan diedarkan pada bulan ini.

Kerajaan akan membuat pengumuman tersebut dalam tempoh seminggu atau dua minggu, katanya seperti dipetik Bernama.
Dalam ucapannya ketika membetangkan belanjawan 2013 minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pembayaran itu melibatkan bantuan tunai sebanyak RM500 kepada isirumah berpendapatan bawah RM3,000.
Selain itu, golongan bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,00 pula layak untuk menerima bayaran sebanyak RM250.
Katanya, bantuan BR1M 2.0 itu akan memberi manfaat kepada sebanyak RM4.3 juta isirumah dan juga seramai 2.7 juta warga bujang – melibatkan peruntukan RM3 bilion.

Sejumlah RM1.8 bilion diperuntukkan untuk skim BR1M sebelum ini – untuk seramai 3.4 juta isi rumah, dan kemudiannya meningkat kepada lebih RM2 bilion untuk 4 juta isi rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan