Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Isnin, 2 Januari 2012

Laporan Sime Darby rugi tak boleh didedah

2011/03/11

KUALA LUMPUR: Laporan Audit Forensik ke atas kerugian yang dialami syarikat di bawah Bahagian Tenaga dan Utiliti, Sime Darby Bhd (Sime Darby) tidak dapat didedahkan pada ketika ini, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata, ia disebabkan tindakan guaman yang sudah diambil oleh Sime Darby ke atas pihak bertanggungjawab dalam kes itu, masih pada status awal.
Katanya, tindakan guaman itu pasti akan subjudis kerana pendedahan laporan terbabit akan memberi peluang kepada defendan untuk mendapatkan bukti dan identiti individu yang dinamakan serta di mana maklumat sudah diperoleh.
Selain itu, katanya, siasatan ke atas Sime Darby serta kakitangannya masih dijalankan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Sekuriti, justeru pendedahan oleh Sime Darby akan hanya menjejaskan siasatan pihak berkuasa terbabit.

“Pendedahan Laporan Audit Forensik itu jika dilakukan pada masa ini akan hanya memberi faedah kepada defendan.

“Sedangkan matlamat audit forensik dan tindakan guaman yang diambil bertujuan menebus kerugian yang disebabkan oleh defendan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju).

Choo Keong meminta Menteri Kewangan menyatakan sebab laporan forensik ke atas kerugian Sime Darby berjumlah melebihi RM2 bilion yang sudah disiapkan tetapi tidak dibentangkan di Parlimen seperti dijanjikan kerajaan.

Najib berkata, beberapa tindakan tegas sudah diambil Sime Darby terhadap pihak terbabit dalam kes kerugian itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan