Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Selasa, 2 Ogos 2011

Penduduk Bukit Koman 'tak boleh cabar' keputusan JAS

Lee Long Hui
Ogos 3, 11
11:45am

Mahkamah rayuan hari ini sebulat suara menolak permohonan penangguhan, sementara menunggu semakan kehakiman berhubung keputusan kerajaan meluluskan laporan p
enilaian awal kesan alam sekitar (PEIA) di sebuah lombong emas di Raub, Pahang.

bukit koman mining lake 310107Penduduk Kampung Bukit Koman mengemukakan permohonan itu berhubung keputusan ketua pengarah Jabatan Alam Sekitar kerana mendakwa operasi perlombongan terletak berdekatan rumah mereka.

Namun, panel Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk KN Segara, berpendapat hujah yang dikemukakan oleh pihak plaintif bukan alasan yang baik.

Sehubungan itu, kata Hakim Segara, Mahkamah Rayuan tidak mempunyai sebab untuk campur tangan dengan penghakiman Mahkamah Tinggi.

Katanya lagi, terdapat perlenggahan dalam memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman, kerana pihak plaintif telah menyedari projek berkenaan sejak 11 tahun lalu.

Sejak awal tahun 2007, kira-kira 2,000 penduduk Kampung Baru Bukit Koman mempersoalkan keputusan agensi kerajaan negeri membenarkan operasi melombong emas menggunakan sianida di Bukit Koman.

NONEPenggunaan sianida itu mula disedari melalui surat-menyurat antara Jabatan Galian Pahang, Jabatan Geosains dan SAM.

Surat-surat tersebut mendedahkan bahawa jabatan berkenaan telah memberi surat kuasa kepada pemaju – Raub Australian Gold Mining, bertarikh 21 Ogos 2006 – membenarkan penggunakan sianida untuk melombong emas.

Dianggarkan 70 peratus emas telah dilombong menggunakan proses pemisahan graviti. Untuk melombong baki emas di situ, larutan sianida digunakan yang membabitkan proses elektrolisis.

NONESyarikat berkenaan yang merupakan anak syarikat Peninsula Gold Ltd dari London, telah diberi tugas untuk melombong emas daripada sisa pelombongan sebelumnya dan deposit oxida.

Bagiamanapun pada 1 Jun 2009, penduduk yang mendakwa mengalami masalah kesihatan daripada penggunaan sianida gagal mendapatkan kebenaran bagi semakan penghakiman untuk menghentikan projek itu.

Projek lombong emas itu bermula pada Februari 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan