Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Sabtu, 20 Julai 2013

Remaja Cina Dibogelkan Kerana Hina Islam

Seorang remaja Cina, Ng Mun Tatt, 24, diculik dan dibogelkan oleh 8 lelaki dipercayai berbangsa Melayu ketika mangsa sedang makan bersama teman wanitanya jam 3 pagi. 

Mangsa dilarikan dengan menaiki Toyota Alphard manakala teman wanita mangsa tidak di apa-apakan. Barang berharga mangsa seperti telefon bimbit, rantai emas dan beg duit diserahkan kepada teman wanita mangsa sebelum mangsa dilarikan.

Ng Mun Tatt
Ng Mun Tatt

Mangsa kemudiannya ditinggalkan di Lebuhraya Duke dalam keadaan bogel. Mangsa mengakui sering menghina Islam melalui laman Facebook, twitter malah pernah meletakkan bangkai babi di surau dan rumah orang islam.

9d37ac59-fb35-4f27-b8b8-e9769fcb7a44 

CPs: 

Semua umat Islam amat sayangkan Islam bila Islam dihina pasti semuanya marah. Mendera sebegini CPs tak berani komen. Islam itu sebenarnya peringkat awal perlu berlemah-lembut berdakwah secara baik. Memberi kesedaran kepada mereka yang mungkar. Bila ingkar memang Islam akan berperang dengan musuhnya.

Sebaiknya semua kaum janganlah permainkan agama kaum lain.

Ahad, 14 Julai 2013

Legenda Neil Armstrong meninggal dunia bersama 'misteri'

Neil Armstrong
Gambar fail Nasa bertarikh 20 Julai 1969 menunjukkan Neil Armstrong berada dalam model lunar selepas mendarat di permukaan bulan. - Foto EPA
Legenda Neil Armstrong meninggal dunia bersama 'misteri'
Gambar fail Nasa bertarikh 20 Julai 1969 menunjukkan Neil Armstrong berada di bulan. - Foto EPA
LEGENDA Neil Armstrong, orang pertama yang berjaya menjejakkan kaki di bulan, meninggal dunia hari ini.

Bagi kebanyakan orang, Armstrong seorang hero Amerika Syarikat (AS) yang melakukan misi mustahil. Beliau memenuhi visi mendiang Presiden John F. Kennedy yang meletakkan seorang lelaki di bulan di sebelum akhir dekad.

Armstrong berjalan di bulan melaui paparan di televisyen dan disaksikan oleh 500 juta manusia empat dekad lalu.

Ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan mencetuskan harapan untuk manusia menjelajah ke ruang angkasa lepas selepas itu.

Apa yang Armstrong alami hari itu menjadi kontroversi apabila siaran radio senyap selama dua minit serta mengejutkan penonton dan menimbulkan banyak teori apa sebenarnya berlaku.

Menurut maklumat gambar dokumen-dokumen kerajaan yang bocor, Armstrong bukan hanya melihat ketandusan permukaan di bulan ketika itu, tetapi sesuatu yang lebih penting.

Merujuk dakwaan pihak dalaman agensi angkasa lepas, Nasa dan radio HAM dikatakan memintas penghantaran, apa yang Armstrong saksikan itu mengubah hidupnya, dan membawa kepada pengabaian misi lunar yang dikendalikannya.

Menurut dokumen yang bocor, dua kapal angkasa besar menonton pendaratan Apollo 11 dan melihat Armstrong dan Buzz Aldrin berjalan di bulan.

Semasa Apollo 11 melakukan pendaratan, selama dua minit radio menjadi senyap.

Menurut Nasa, masalah ini timbul dari salah satu daripada dua kamera televisyen yang terlalu panas, sekali gus mengganggu penerimaan isyarat.

Sebenarnya apa yang berlaku, menurut pelbagai sumber, Armstrong dan Aldrin dilihat oleh satu objek lain semasa proses mendarat di bulan.

Menurut Timothy Baik, pengarang Above Top Secret (1998) operator radio HAM menerima isyarat VHF yang dihantar dari Apollo 11 ke ibu pejabat Houston Nasa, memintas mesej yang disaring oleh Nasa daripada orang ramai berikutan tempoh dua minit radio hilang siarannya.

Kemudian pada 1979, Maurice Chatelain, bekas jurutera komunikasi Nasa berkata, detik Armstrong melihat dua UFO di kawah lunar telah disembunyikan daripada pengetahuan media dan umum oleh Nasa.

"Pertemuan ini adalah pengetahuan umum dalam Nasa, tetapi tiada siapa yang telah bercakap mengenainya sehingga kini," kata Chatelain. Katanya: "... semua penerbangan Apollo dan Gemini telah diikuti, kedua-duanya pada jarak dan kadang-kadang agak rapat, oleh kenderaan angkasa yang berasal dari ruang angkasa - piring terbang atau UFO.

Setiap kali ia berlaku Misi Kawalan diarah untuk menjadi senyap secara mutlak."

Kehilangan dua minit disebabkan radio menjadi senyap semasa Apollo 11 mendarat, satu cubaan oleh Nasa dibuat untuk menutup keadaan sebenar yang dilihat oleh Armstrong di bulan? Adakah UFO yang dilihat?
Menurut Aldrin dalam beberapa wawancara akhbar, Appollo 11 sememangnya merakam UFO semasa dalam perjalanan ke bulan. Aldrin menerangkan bagaimana angkasawan Apollo 11 mengelak menyebut perkataan UFO dan sebaliknya meminta Houston tentang lokasi pelancaran roket Saturn V.

Kebenaran Aldrin masuk menyebabkan gangguan dua minit siaran radio bukan disebabkan UFO dan Armstrong membuat laporan tentang ini. Pandangan Aldrin juga menyokong Chatelain bahawa terdapat lebih daripada satu kenderaan ruang angkasa menonton pendaratan Apollo 11 di bulan.

Adakah terdapat mana-mana sumber lain yang menyokong tuntutan kontorversi bahawa Armstong telah menyaksikan dua kenderaan di ruang angkasa ke atas lunar yang menonton pendaratan Apollo 11.

Kubur pontianak di Poland?

Kubur pontianak di Poland?
Salah satu kubur dipercayai pontianak yang ditemui kumpulan saintis.

WARSAW - POLAND. Sekumpulan pakar arkeologi Poland, mendakwa menjumpai kubur besar dipercayai dimiliki kumpulan pontianak.

Lapor The Telegraph, kubur berkenaan ditemui sewaktu operasi membina jalan berhampiran bandar Gliwice beberapa hari lalu.

"Pada mulanya, kumpulan saintis menyangka ia adalah kubur askar yang terkorban ketika Perang Dunia II, namun mereka menjumpai rangka dan kepala terputus di bahagian kaki si mati," kata ahli forensik antropologi, Matteo Borrini dipetik dari Reuters.

Saintis menyimpulkan, rangka-rangka itu adalah hasil upacara pembunuhan yang direka bagi memastikan individu itu tidak hidup semula.

"Mengikut kepercayaan purba, mayat tidak akan kembali hidup jika dipisahkan kepala dari badannya," kata Matteo.

Khamis, 4 Julai 2013

Menteri: RCI kes Lahad Datu mungkin jejas siasatan


 
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mungkin cara terbaik untuk menyiasat insiden pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Namun, RCI tersebut mungkin menjejaskan siasatan susulan dan perbicaraan yang sedang dilakukan kepada tertuduh yang terlibat dalam pencerobohan berkenaan, katanya.

NONE"Dan kalau sekiranya RCI kaedah yang terbaik, sememangnya secara peribadi saya mahukannya dilaksanakan... Kita tidak mahu mempolitik perkara ini. Kita mahu memahami apa yang berlaku," katanya.
Katanya, pasukan keselamatan menahan seramai 169 individu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas 2012 (SOSMA) berhubung penglibatan dalam kejadian tersebut.

"Dan bawah akta-akta lain, 443 individu telah ditahan mengikut peraturan dan akta baru keselamatan yang telah pun digubal dan dilulus di Dewan ini.

"Maka siasatan terhadap mereka ini, (berdasarkan) maklumat yang kita terima, siasatan susulan sedang dilaksanakan, mungkin juga mereka yang dibicara, perkara-perkara yang diminta oleh (ahli parlimen) Lembah Pantai mungkin subjudis," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) yang mahu kerajaan mengumumkan penubuhan RCI bagi menyiasat kejadian pencerobohan yang berlaku pada Februari lalu.

Rabu, 3 Julai 2013

BR1M : Dua Bulan Atau 1 Tahun?

Datuk Ahmad Maslan memberitahu Dewan Rakyat hari ini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinaikkan kepada RM1,200 mampu menyara isi rumah selama dua bulan, berbeza dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan wang BR1M sebanyak RM500 boleh bertahan selama setahun.

Semasa pemberian BR1M 2.0 pada Februari lalu, Najib berkata sekiranya RM500 dibahagikan kepada 12 bulan setiap bulan satu isi rumah akan memperoleh RM41.60 dan ia mencukupi untuk menyara mereka selama setahun.

"Apabila BRIM dinaikkan kepada RM1,200 ia akan diterjemahkan dengan membantu perbelanjaan isi rumah untuk dua bulan, 10 bulan lagi mereka perlu usahakan sendiri," kata Timbalan Menteri Kewangan tersebut semasa menjawab soalan di Parlimen pagi ini.

Seramai 6.8 juta isi rumah dan individu bujang telah menerima BR1M 2.0 pada tahun ini yang meliputi 88.1 peratus daripada jumlah keseluruhan pemohon di mana RM2.9 bilion telah diagihkan oleh kerajaan, peningkatan sebanyak RM0.3 bilion berbanding pusingan pertama BR1M yang berjumlah RM2.6 bilion.

Bagaimanapun, Ahmad Maslan gagal memberikan penjelasan selepas Ahli Parlimen Sibu (DAP) Oscar Ling Chai Yew bangkit untuk mempertikaikan kadar kemiskinan negara yang dikatakan sudah menurun tetapi kerajaan masih lagi terpaksa memberikan bantuan daripada segi wang tunai kepada rakyat Malaysia.

"Pandangan mengatakan kadar kemiskinan dalam negara telah turun adalah tidak selari dengan pemberian BR1M , boleh menteri menjawabnya?" kata Ling.

Ahmad Maslan kemudiaan menjawab: "Tentang statistik itu saya tidak ada," jawab Ahmad Maslan.

Pada Mac lalu, Najib menegaskan kadar kemiskinan negara terus menurun daripada lebih 60 peratus pada awal kemerdekaan, kepada 1.7 peratus tahun lalu.

Najib berkata jurang pendapatan dalam kalangan rakyat Malaysia juga bertambah baik dengan kadar pekali Gini menurun kepada 0.431 pada 2012.

Pakatan Rakyat (PR) telah mengkritik pentadbiran Najib dengan apa yang mereka katakan sebagai membeli undi oleh kerajaan BN melalui perbelanjaan awam dalam bentuk pelbagai pemberian seperti BR1M sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.

Dalam manifesto PRU13 lalu, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjanji pemberian BR1M akan ditambah secara berperingkat sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk golongan bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berkembang sebanyak 4.1 peratus dalam suku pertama 2013, dalam persekitaran luar negara yang lemah.

Ini berbeza dengan 5.1 peratus yang dicapai dalam suku yang sama pada 2012 dan 6.5 peratus dalam suku keempat tahun lepas.

Hutang negara juga mencecah kepada 53 peratus KDNK - menghampiri siling 55 peratus - naik daripada 43 peratus pada tahun 2008. -TMI

Tarikh lihat anak bulan Ramadan 8 Julai

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa ialah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.

Jawatankuasa yang bertanggungjawab akan melihat anak bulan di lokasi berikut:

  • Pontian Kecil, Johor;
  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;
  • Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;
  • Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor;
  • Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor;
  • Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor;
  • Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak;
  • Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;
  • Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah;
  • Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah;
  • Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah;
  • Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;
  • Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu;
  • Pulau Perhentian, Besut, Terengganu;
  • Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu;
  • Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan;
  • Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan;
  • Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan;
  • Tanjung Lubang, Miri, Sarawak;
  • Teluk Bandung, Kuching, Sarawak;
  • Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak;
  • Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;
  • Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang;
  • Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang;
  • Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;
  • Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;
  • Menara Kuala Lumpur;
  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan
  • Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.
- Bernama