Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Isnin, 4 Mac 2013

Penduduk terpaksa urus mayat penceroboh



Kira-kira 30 penduduk Kampung Simunul hari ini mengambil inisiatif mengangkat tiga mayat penceroboh dari kampung itu untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.

Ketua kampung, Ramli Saraman berkata tindakan mengangkat mayat itu dilakukan bagi mengelak bau busuk berterusan yang terpaksa dihadapi para penduduk sejak semalam.

Sabtu lepas, enam anggota pasukan keselamatan negara terkorban dalam insiden berbalas tembakan yang turut mengorbankan tiga penceroboh.

Dalam pada itu, Ramli turut menasihati penduduk di situ agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab kerana ia dapat mengeruhkan keadaan.

"Saya diberitahu penduduk, mereka mengatakan pihak penceroboh akan membalas dendam dengan membakar kampung ini (Kampung Simunul) jadi saya beritahu mereka jangan cepat percaya berita sebegitu, kerana saya sentiasa berhubung dengan pihak polis," katanya.

Ramli yang menjadi ketua kampung itu sejak tujuh tahun lepas, berkata tiada paksaan untuk penduduk kampung meninggalkan kediaman mereka, kerana ia merupakan hak individu.

Beliau optimis pasukan keselamatan negara mampu mengawal keadaan, dan menambah, keadaan kampung kembali tenang namun masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di bawah pengawasan polis.

- Bernama

Ahad, 3 Mac 2013

LAHAD DATU: Maklumat Palsu

LAHAD DATU

    March 3, 2013


158
 
2
 
0
 

Adalah dimaklumkan mesej yang dipaparkan ini adalah maklumat yang tidak benar sama sekali. Tiada KCKD benama sedemikian bertugas di kedua-dua tempat yang dinyatakan.
Pohon kerjasama semua supaya mengesahkan maklumat yang diterima daripada pelbagai sumber terlebih dahulu. Jangan melibatkan diri dalam menyebarkan berita khabar angin. Ia adalah satu tindakan menyalahi undang-undang.
mesej palsu
(Sumber: Facebook PDRM)

Pengganas Sultan Sulu Tidak Sayang Nyawa

Pengganas Sultan Sulu

    March 3, 2013

MANILA – Jurucakap Sultan Sulu, Jamalul Kiram III menegaskan bahawa ‘tentera diraja’ yang memasuki Sabah akan berjuang hingga ke hujung nyawa dan tidak sesekali meninggalkan negeri tersebut.

“Kami telah membuat keputusan bahawa maruah lebih utama daripada nyawa,” kata jurucakap berkenaan, Abraham Idjirani di sini semalam.

Menurutnya, konfrontasi kumpulan mereka dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah masih belum berakhir dan menolak kenyataan sebaliknya oleh pemerintah Filipina sebelum ini.
Namun, Idjirani mengesahkan tiada pertempuran antara baharu berlaku antara kedua-dua belah pihak sejak pukul 8 malam kelmarin.

Dalam insiden kelmarin, seramai 12 warga Filipina dan dua komando polis Malaysia terbunuh dalam pertempuran pasukan komando polis dengan sekitar 200 anggota kumpulan itu yang diketuai Raja Muda Agbimuddin Kiram

Mengulas mengenai nasib Agbimuddin, Idjirani berkata, raja muda itu telah berpindah ke lokasi lain untuk meneruskan perjuangan mereka.

“Jika konfrontasi ini berakhir, ia bermakna sama ada Raja Muda dan pengikut-pengikutnya dibunuh atau ditangkap,” ujarnya.

Kumpulan bersenjata itu menyeludup masuk ke sebuah kampung di Lahad Datu, Sabah sekitar tiga minggu lalu untuk menuntut hak ke atas negeri Sabah.

Dalam pada itu, anak perempuan Kiram III, Jacel Kiram semalam turut menggesa saudara lelakinya itu supaya terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir.

“Keputusan kami tetap sama. Mereka tidak akan pulang kerana maruah lebih tinggi nilainya daripada nyawa,” kata Jacel dalam satu kenyataan semalam.

“Saki baki 224 pengikut Sultan Sulu di Sabah memutuskan untuk mati di Lahad Datu bagi mengejar impian dan aspirasi mereka,” tegasnya.

Menurut wanita tersebut, selepas sembilan pengikut lelaki dan seorang wanita dikebumikan, semua 224 anggota kumpulan mereka yang masih tinggal memutuskan untuk menyerahkan nasib kepada takdir. – Agensi

Orang Mula Percaya Ceroboh Sabah Suatu Konspirasi Apabila...



Baca Laporan Bernama:

Ceroboh Sabah: Najib Arah Siasat Dakwaan Pemimpin Pembangkang Terlibat
KANGAR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa terutama pihak risikan menyiasat dakwaan bahawa ada pemimpin pembangkang terlibat dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Katanya dakwaan itu suatu perkara yang serius tetapi dakwaan itu memerlukan bukti kukuh bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian itu.
Beliau juga hairan kenapa kumpulan itu datang ke Sabah ketika ini semasa negara sedang hampir untuk mengadakan pilihan raya umum sedangkan tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah sudah lama dibuat.
"Semua pihak kena siasat. Filipina, Presiden Aquino pun nak tahu apa sebenarnya. Perkara ini satu embarrassment (penghinaan) yang besar kepada kerajaan Filipina.
"Mereka tak reda warga mereka terlibat dengan pencerobohan, mengganas, guna senjata dan bunuh orang kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kampus Induk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh, dekat sini hari ini. 
Baca pula laporan MK:
SPR Sabah: Tak timbul Soal Tangguh P'raya
[MK] Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Sabah, Datuk Idrus Ismail berkata suruhanjaya itu akan membuat keputusan berhubung penangguhan pilihan raya “apabila tiba masanya” jika darurat terpaksa diisytiharkan di negeri itu.
“Kita akan putuskan apabila tiba masanya. Marilah kita (bersikap) positif dan berdoa agar (kejadian pertempuran melibatkan penceroboh asing) akan tamat secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pilihan raya boleh ditangguhkan sekiranya darurat diisytiharkan selepas parlimen dibubarkan.
Idrus diminta menjelaskan perkara itu susulan serangan demi serangan oleh penceroboh bersenjata di kawasan pantai timur Sabah.
Katanya, pilihan raya tersebut tetap perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas parlimen dibubarkan.
“Tidak timbul sebarang penangguhan kalau perdana menteri sudah bubar parlimen. Ikut undang-undang, pilihan raya umum mesti diadakan dalam 60 hari,” katanya.
Beliau juga menyerahkan isu berkenaan untuk diputuskan pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Abdul Aziz pula ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau perlu mengkaji peruntukan undang-undang sebelum dapat memberi kenyataan berhubung soal berkenaan.
"Biar saya kaji dulu dengan teliti semua undang-undang yang berkaitan sebelum menjawab soalan-soalan," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.
Beliau ditanya demikian hari ini susulan serang hendap oleh satu pasukan bersenjata ke atas sepasukan anggota polis kita di Semporna, Sabah dalam kejadian pada malam tadi....
P/s: TM bukanlah peminat tegar Anwar Ibrahim. Namun, usaha mengaitkan tokoh PR ini dengan pelbagai macam kejahatan dan perkara negatif amat melucukan. Beliaulah ejen Cina, ejen India, ejen Yahudi, ejen AS, ejen IMF, ejen LGBT, ejen maksiat, pengkhianat negara, dalang di balik kejadian amuk di Putrajaya, dan sekarang dikaitkan pula dengan pencerobohan lanun Sulu.
Isu fundamentalnya ialah sempadan negara longgar hingga mengancam rakyat di Sabah. Rakyat asing bebas keluar masuk walaupun negara ini dikatakan memiliki kelengkapan tentera yang hebat. Kita ada radar, kapal selam, kapal peronda dan segala macam kelengkapan yang didakwa hebat. Tanggapan itu jika pencerobohan ini tiada agenda tersembunyi. Bagaimana jika isu pencerobohan ini ada agenda tersembunyi? 
Selain isu keselamatan yang longgar, isu kebanjiran pendatang asing di Sabah bukan lagi rahsia. Malah ada yang mendakwa pendatang asing di sana sudah mencecah satu juta orang. Sebahagiannya pula diberi kad pengenalan untuk mengundi parti pemerintah. Hal ini didedahkan di sini.
Rakyat bukan bodoh dan mudah diperkotak-katikkan dengan lontaran tuduhan yang sukar diterima akal. Cuba baca komen pembaca sinar di sini.
Logiknya, PM sepatutnya menyiasat bagaimana penceroboh itu masuk secara beramai-ramai ke Sabah dengan mudah, apakah sistem risikan dan keselamatan kita gagal,  mengapa kawasan penceroboh dikepung tetapi tiada tindakan diambil untuk menangkap atau menghapuskan mereka, mengapa membiarkan penceroboh berada di Sabah sejak 9 Februari, mengapa tindakan dan strategi keselamatan kita amat lemah sehingga  mengorbankan anggota polis, mengapakah pasukan polis boleh terpedaya dengan taktik perang gerila lanun Sulu...dll!
Jika benar pencerobohan lanun Sulu ini tiada kaitan dengan konspirasi dan seumpamanya, wajarkah seorang PM menggunakan isu ini sebagai modal untuk menagih undi dalam pilihan raya akan datang. Bukan Anwar yang dipertanggungjawabkan sebagai PM tatkala negara diserang lanun Sulu, bukan Anwar yang memegang tanggungjawab mengarahkan pasukan keselamatan mengawal dan menjaga sempadan negara, bukan Anwar yang merencanakan projek IC yang kini mengancam kesejahteraan orang Sabah.

Sabah sedang bergolak, di mana PM kita sekarang? Berkempen? Sibuk dengan BR1M? Sibuk memanipulasi kenyataan Tian Chua?

Jumaat, 22 Februari 2013

WANITA DAN SYURGA

Syurga adalah sebaik2 tempat kembali untuk kedua2 lelaki dan wanita. Walaupun kita rasa tidak layak masuk syurga, takde siapa pun yang sanggup dibiarkan ke neraka. Namun tidak dapat dinafikan bahawa tidak kurang ramai lelaki yang tak layak masuk syurga atas sebab melakukan kezaliman dengan tidak memenuhi tuntutan syara' keatas dirinya atau mempersendakan syara' dengan menceraikan isterinya tanpa sebab yang kuat.

Namun demikian renungan di sini menumpukan kepada hal wanita dan syurga dan siapakah temannya disana nanti. Apakah wanita akan ada bidadari lelaki?

PERINGATAN: Janganlah kita samasekali mempersendakan urusan alam akhirat kerana akhirat itu adalah benar dan ia pasti berlaku.

RENUNGAN 1: Jika lelaki yang layak masuk syurga ada bidadari, bagaimana pula dengan wanita?

Berikut adalah perbincangan berkaitan perkara ini mengikut dalil sahih dari Rasulullah s.a.w, namun demikian penentuan dan perincian bagaimana cara, bentuk dan rupa yang sebenar disyurga itu adalah dibawah kuasa Allah s.w.t….

Kes 1: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

Kes 2: Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai secara sah dibawah hukum syara' dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu. Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 3: Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 4: Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya layak memasuki syurga.

Kes 5: Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu. Seperti kes 4, wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut layak memasuki syurga.

Kes 6: Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain. Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir”

RENUNGAN 2: ISTERI MEMINTA CERAI TANPA ALASAN YANG DIBENARKAN SYARA'

Rasulullah ﷺ bersabda,

أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَاَلَتْ زَوْجَهَا الطَّلاَقَ مِنْ غَيْرِ بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ

"(Wanita mana saja yang meminta perceraian dari suaminya tanpa alasan yang benar, maka haram baginya bau surga)". (HR.Abu Dawud,Tirmidzi, Ibnu Majah, lihat Shahihul Jami’ no.2706)

Perceraian, bila terjadi tanpa alasan-alasan syar'i, berarti hanya mengada-ada dan sekedar mempermainkan. Ini bisa menimbulkan kerusakan bagi kehidupan, yang tentunya ditentang oleh Islam. Dimanakah orang-orang yang sudi memikirkan akibat-akibat buruk pasca perceraian? Siapakah yang mau memikirkan nasib anak-anaknya setelah kedua orang tuanya bercerai? Apakah dosa dan kesalahan anak-anaknya sehingga harus menangung beban sehingga "kehilangan" salah satu dari orang tuanya sehingga tidak lagi mendapatkan bimbingan dan kasih sayang dengan sepenuhnya?

Ketahuilah, bahwa thalaq termasuk peristiwa yang sangat disenangi oleh setan. Imam Muslim meriwayatkan, yang artinya:

"Sesungguhnya iblis meletakkan kerajaannya di atas air. Lantas, mengutus pasukan-pasukannya. Prajurit yang paling dekat dengannya, ia adalah yang paling besar fitnahnya. Kemudian salah satu dari mereka datang untuk melaporkan: "Aku telah melakukan ini dan itu!" Maka Iblis berkomentar: "Engkau tidak melakukan apa-apa!" Selanjutnya yang lain datang seraya berkata: "Tidaklah aku tinggalkan (anak Adam) sampai aku pisahkan dirinya dengan istrinya," maka Iblis mendekatkannya seraya berseru: "Bagus benar dirimu". [HR Muslim, 2813]

Isnin, 18 Februari 2013

Sabah hak milik Kesultanan Sulu ?

18 February 2013

Posted by mantaro on Monday, February 18, 2013 0 comments


MANILA: Pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan berkenaan pada Ahad berhubung insiden yang berlaku.
Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20 penembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan kerajaan Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina.
"Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami)
"Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami,” katanya kepada pemberita di Manila.
Kesultanan Islam yang berpangkalan di Selatan Filipina pernah mentakluki Borneo dan menerima pampasan nominal tahunan dari Malaysia di bawah satu perjanjian lama kerana memiliki Sabah.
Kiram berkata beliau memutuskan untuk menghantar kumpulan pengikutnya ke Sabah selepas kesultanan itu dipinggirkan dalam satu rangka kerja perjanjian yang ditamatkan pada Oktober antara Manila dan kumpulan pemberontak Islam di selatan Filipina.
Perjanjian itu membuka jalan perdamaian di selatan Filipina yang merupakan rumah kepada kumpulan minoriti masyarakat Islam dan sebahagian besar orang Kristian.
Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani kemudian berkata adik kepada sultan, Raja Muda Abimuddin Kiram, yang mengetuai kumpulan ke Sabah telah menyatakan kepada beliau melalui telefon bahawa mereka akan tinggal di sana.
"Objektif untuk tinggal di Sabah adalah untuk selama-lamanya, dengan mengambilkira hak kedaulatan kami ke atas Sabah," katanya kepada AFP.
Idjirani berkata terdapat kira-kira 400 pengikut Kesultanan Sulu, termasuk 20 orang yang membawa senjata.
Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah mereka yang bersenjata adalah 80 hingga 100 orang.
Idjirani berkata kumpulan berkenaan tidak akan bertindak ganas namun mereka akan menentang jika ada provokasi.
"Kami mengiktiraf keupayaan Malaysia. Kami tidak mempunyai senjata dan keupayaan namun kami mempunyai kebenaran sejarah," katanya sambil menambah bahawa kumpulan itu 'sanggup mati demi mempertahankan hak nenek moyang mereka'.
Idjirani berkata pembantu kanan Presiden Benigno Aquino telah menghubungi sultan dan mereka sedia menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi pihaknya dalam urusan perundingan.  

Khamis, 24 Januari 2013

Bahagia sayang kucing

 Susunan Siti Salmiah A Hamid



Sebagaimana namanya, Siglinda Scarpa umpama datang dari dunia lain dan bukannya Itali, negara kelahirannya. Tetapi hanya di situlah kita boleh mendengar haiwan bercakap dan saling berinteraksi sesama mereka.

Scarpa, 72, tinggal di rumah kayu bercat biru lembut, di kawasan hutan terbuka yang dikelilingi pokok oak dan pokok pine.


Beranda di tingkat dua pula diliputi rimbunan pokok ‘lady bank rose’, ‘carolina jasmine’ dan ‘wisteria’ yang menghiasi rumah itu umpama di dalam buku cerita kanak-kanak.

Masyarakat sekitar singgah di sini untuk mengambil kucing dari Goathouse Refuge, tempat perlindu­ngan haiwan yang dijalankan Scarpa.

Ada juga datang membeli tembikar atau seramik yang terpamer di bilik pameran tingkat satu rumah aneh ini. Barangan seni seperti kepi­ngan abstrak, periuk tanah liat dengan penutup berupa katak atau articok serta cang­kir teh yang berupa muka kucing.

Namun, kucing sebenar mudah ditemui berkeliaran di rumah itu.

Si Putih seperti burung hantu salji duduk berehat sambil menghadap hutan. Ada yang sedang berjalan di kalangan sekumpulan anjing yang sedang enak berjemur di bawah matahari. Selebihnya, berada di atas pagar sambil merenung kumpulan burung yang datang dan pergi dari kawasan itu.

Scarpa, wanita kecil yang tingginya lima kaki dan berbadan kurus, rambut beruban terikat pada wajahnya yang bulat, muncul dari anjung tangga sambil memerhatikan dua anjingnya.

Tingkat atas di bahagian dapur, kelihatan lebih banyak kucing berehat di atas meja dan kerusi, tidur di bawah dapur kayu atau sofa serta bersantai dalam mangkuk kayu besar diukir daripada pokok oak yang tumbang.

Meskipun ketika musim sejuk, 42 kucing dan tujuh anjing bebas berkeliaran di dalam dan di luar rumah menerusi tingkap dan pintu yang terbuka malah bauan harum pokok pine sungguh menyenangkan.

Kurator Muzium Gregg di Universiti North Carolina, Roger Manley menggelar wanita ini sebagai ‘Mother Teresa haiwan’.

“Suasana di rumahnya begitu tenang dan tenteram seperti spa kucing,” ujarnya.

Ia juga adalah syurga bagi burung yang terbang, keluar dan masuk dari bekas makanan berbentuk rumah yang digantung di antara pokok. Dengan skrin yang dibuat bagi menghalang bijian burung jatuh ke tanah. Cara itu berkesan untuk mengelak burung terbang ke tanah seterusnya di makan kucing.

Seekor kucing gebu dan sihat sedang menunggu di bawah pokok, berharap ada burung yang akan terbang ke tanah.

Ia adalah anak kucing yang hampir lemas ketika musim ribut dulu seterusnya mengubah perjalanan hidup Scarpa sewaktu usianya tujuh tahun.

“Ketika itu, saya fikir saya adalah autistik, tetapi mereka tidak mempunyai nama untuk itu.

“Saya berasa orang ramai tidak melihat saya, mereka bercakap tetapi bukan dengan saya,” katanya sewaktu meng­ingati kisah lalu.

Pada satu malam sewaktu dia hendak tidur, bapa memberikan dia seekor kucing belang.

“Dia mengangkat selimut dan meletakkan haiwan yang kesejukan itu ke dada saya. Saya memeluk anak kucing itu dengan penuh kasih sayang. Ia memenuhi kesunyian saya selama ini malah saya memahami semua yang dia (kucing) mahu dan dia faham kata-kata saya,” ujarnya.

Itu adalah detik pertama Scarpa berbual dengan kucingnya, “Saya perlu jelaskan pada ibu apa yang kucing itu katakan.”

Meskipun tidak pernah ke sekolah, Scarpa melatih dirinya sendiri sebagai artis seramik ketika usianya 16 tahun. Menjelang 1970-an, Scarpa sudah mengajar di studionya sendiri di Rome.

Beliau berpindah ke New York dan mengajar di Greenwich House Pottery di Manhattan dan Garrison Art Center di Putnam County.

Menurutnya, cuaca yang terlalu sejuk di Garrison menyebabkan dia mudah sakit dan letih dengan kehidupan di bandar.

Sewaktu lawatan ke Central North Carolina pada 1955, dia jatuh cinta dengan masyarakat dan iklim yang nyaman umpama berada di Itali.

Setahun kemudian dia kembali dan tinggal di hutan bersama kambing, kandang dan rumah seperti bangsal yang kini diubah sebagai tempat tinggalnya.

Dinamakan Goathouse Refuge sempena beberapa ekor kambing yang diterimanya sewaktu dia membeli hartanah itu. Ia menjadikannya tempat perlindungan kucing dengan sangkar percuma agar haiwan itu bebas.

Berita mengenai si penyayang kucing ini mula tersebar luas. Sekumpulan penyelamat menghantar enam kucing dari New Orleans selepas Taufan Katrina manakala sekumpulan lagi di New York meminta dia mengambil 19 kucing apabila pemiliknya meninggal dunia.

Scarpa memulakan pertubuhan bukan berasas keuntungan dan mengumpul dana untuk menyokong perkembangan populasi kucing.

Kini, belliau mempunyai lima kakitangan dan 15 sukarelawan termasuk juruteknik dan doktor haiwan yang bekerja untuk mengurangkan perbelanjaan lebih daripada 250 kucing yang menunggu untuk dibela.

Doktor haiwan, Dr Bonnie Ammerman yang memiliki beberapa periuk dan karya seni Scarpa berkata, dia kagum dengan usaha Scarpa yang menyediakan tempat perlindungan haiwan meskipun kekurangan bantuan.

“Dia berjaya mewujudkan kehidupan harmoni sesama spesies burung, kucing, anjing dan arnab dan mereka mampu tinggal dengan selamat”, ujarnya.

Scarpa mengambil kebanyakan kucing dari pelbagai pusat perlindungan haiwan tetapi ada hadnya.

Persoalan siapa yang akan mengambil tugas dan tanggungjawab sekiranya dia tidak lagi mampu menjaga haiwannya. Masih adakah manusia yang memahami keperitan haiwan tanpa perlindungan.

Scarpa tahu setiap nama kucing dan cerita di sebaliknya serta kucing yang baru sampai ke pusat itu.

Rosa mempunyai masalah asma dan memerlukan ubat, Walter baru pulih daripada pembedahan mulut dan Tigger yang pekak bersifat tidak amanah.

“Alex diselamatkan dari dibunuh di tempat perlindungan, bersembunyi di bawah selimut dan kesedihan dapat dilihat pada matanya.

“Sesetengah daripada mereka berasa sedih apabila keluarga meninggal dan saya memaksa mereka makan atau mereka akan mati,” katanya.

Gibson pula ditemui berpeluk dalam kesejukan di sebelah pemuzik yang menyayanginya tetapi pemuzik itu meninggal dunia di dalam treler.

“Apabila muzik berkumandang, Gibson akan berlari ke arah radio di anjung belakang,” kata Scarpa.

Doktor haiwan dan bekas ketua di Jabatan Pengurusan Sumber dan Kesihatan Haiwan Ladang di North Carolina, Dr James Flyod pernah dipanggil untuk merawat kambing yang sakit. Dia turut membantu Scarpa mengendalikan ayam yang mempunyai tumor dan kakinya terpaksa dipotong.

“Saya tidak pernah memotong kaki ayam. Ayam yang diberi nama Coccolona itu tinggal selama 18 bulan di studio Scarpa,” katanya.

Katanya, jika meninggal dunia, beliau mahu dikebumikan di bawah pokok oak, bersama-sama haiwan yang ditanam di situ.

“Ini adalah rumah saya, anak-anak saya,” katanya dengan penuh senyuman. - NY Times.