Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan

Khamis, 16 Mei 2013

Cantiknya Merak ini

aku sekadar gagak di rimba
awak pula bak merak kayangan
tak sepadan tak sebaya

Jumaat, 5 April 2013

Semangat al-Fatih

20130118

Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. :)

Benda biasa bila sebulan sekali je update akan rasa kekok semacam nak menulis. Allah, macam-macam yang Allah bagi, nikmat, ujian, bercantum sekali demi nak memantangkan diri tu. Alam maya tak sama dengan alam realiti. Alam realiti lebih sibuk, lebih memerlukan khidmat diri :’) InsyaAllah, as long as saya ada masa nak menulis, saya akan menulis, sbb mungkin lepas ni entah-entah dua bulan sekali pulak update eh.

*** 

'Ramai yang takut untuk yakin diri kerana risau dikatakan berlagak. Ramai yang takut untuk menonjol kerana risau akan riya'. Begitulah permainan syaitan, gagal membawa kita direct dgn ajakan keburukan, mereka akan mematikan kemaraan kita dengan alasan-alasan kebaikan.

Jangan takut dengan persepsi dan pandangan orang terhadap kita. Bukan pada kuasa mereka untuk menilai, pada Allah jualah penilaian itu. Dan kerana Allah sahajalah kita berusaha, bukan kerana manusia berkata apa' saya petik kata-kata Hilal Asyraf dalam instagram beliau.

Aku percaya banyak cara dan jalan yang Allah bentangkan untuk meng-awesome-kan kita. So that, kita boleh jadi manusia yang lebih baik dari sebelum-sebelum ni, well tak kan kita nak berada pada tahap itu je, zon selesa, langsung tak nak berganjak, langsung tak ada kesedaran untuk kesiankan diri sendiri yg lapar rohani.

Dalam nak mengajak diri sendiri dan orang lain untuk menjadi baik, macam-macam ujian kena tempuh, fact. Bila buat baik, ada je orang tak suka, bila buat jahat lagi la orang mengata kan? Kalau kita fikir nak puaskan hati manusia semata memang sampai bila-bila kita tak akan mampu, ya, aku cuma pegang satu je, buat je apa yang Allah suka, tinggalkan apa yang Allah tak suka. Senang walaupun susah sebenarnya. :)

Dan aku jugak percaya yang Allah tak akan berhenti memberi khabar gembira kepada kita kalau kita ikhlas untuk memperbaiki diri, dihantar-Nya kita sahabat yang soleh solehah, diletakkan kita dalam biah (suasana) solehah, dilembutkan hati untuk menerima nasihat daripada orang lain. Allah yang bagi ujian, dan Allah jualah yang menunjukkan jalan, guide untuk ke jalan yang benar. Setiap ujian, nikmat semua tu datang untuk mematangkan kita.

Sahabat kerap kali berpesan; ujian dan nikmat saling berkaitan. Ya saling mengingatkan hal yang satu ni. Diorang ni macam bestfriend la, once kita dapat nikmat tup tup ujian datang menyapa, it’s normal. Lalui dengan matang dan tabah.

Ya mungkin akan ada pahit, kita kena menangis, sometimes menderita and so on, so that kita boleh rasa kebahagiaan pada masa akan datang. Kebahagiaan, kegembiraan semua tu sometime kita kena bayar dengan air mata kan :) tak akan dapat free. Kalau hari ni semua manusia nampak kita HEBAT, diorang tak tahu yang sebenarnya kita pernah HEBAT menderita, dan Allah jualah yang Mengetahui dari A sampailah Z, dari hujung rambut hingga hujung kaki, setiap penjuru masalah yang datang, setiap inci isi hati, semua Allah tahu, takde manusia yang tahu sedetail tu, tak ada.

Dan bila hari ni, kita boleh mengadu dan mengadu pada manusia, esok mungkin dia dah boring, seminggu dua boleh la tengok-tengok kita lagi, boleh lah nak nasihat itu ini, tapi lama-lama semua tu kita KENA WAJIB handle sendiri. Untuk ubah diri sendiri adalah DIRI kita sendiri. Dan sesungguhnya hanya diri kita yang faham diri kita sendiri, orang lain tak. Seriously, kalau kita beriman dengan sebenar-benar Iman, benda negative yang terjadi pun kita boleh fikir positive side lagi. Betullah hadis yang satu ni, sangat menjadi motivasi;

“Sungguh menakjubkan keadaan orang mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya.” [HR. Muslim]

Hari ni, kita akan bersyukur dan berterima kasih sebab pengalaman pahit suatu masa dulu tu dah bertukar jadi something yang sangat manis at the end. Alhamdulillah. Jangan lupa sujud syukur, serahkan ketaatan kepada-Nya seluruh jiwa raga. Actually, Allah dah menjawab doa kita lebih dari apa yang kita minta. sungguh banyak. :') Allah dah bagi terlalu banyak. Allah dah bagi kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini dengan bermacam-macam cara yang kadang-kadang kita tak nampak, sangat halus. Pilihan Allah itu adalah yang terbaik, seriously! :)

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan bermillion million terima kasih kepada sahabat-sahabat sekampus saya esp semester 5 yang telah pun memberi kepercayaan dan sokongan sewaktu pilihan raya kampus yang lalu. Bermakna, tanggungjawab telah terpikul di bahu, semua benda akan jadi perhatian kalau langkah tersilap. Mohon tunjuk ajar dan nasihat.

Dalam perjuangan, saya suka meminjam semangat al-Fatih. Usia muda namun mampu menakluk Konstantinopel. Pada usia 21 tahun dia mampu menakluk, maka kita juga hendaklah berazam untuk melakukan sesuatu untuk Islam, even sumbangannya cuma kecik. Saya bukanlah yang terbaik tapi insyaAllah sedang cuba menjadi yang terbaik :)

Bismillah, bermula langkah dan tanggungjawab, bukan setakat di dalam kampus, tapi jugak masyarakat luar. Tajdid niat, moga dipermudahkan urusan. Jaga diri, jaga iman. Allah sayang kamu. ^^ Wallahu’alam.

Cinta

39 : 38

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers.

Hari-hari yang berlalu makin lama makin pantas. rasa tak terkejar dengan peredaran bumi.

lewat-lewat hari yang berlalu;

ketika aku mencari buku-buku di perpustakaan tapi tak aku temui
ketika aku bersolat namun maknanya tidak meresap di dalam hati
ketika aku bergaul bersama teman-teman tapi ukhuwah tak terasa
ketika aku melaksanakan tugasan namun keikhlasan tidak muncul ketika
kesibukan menyapa tak berhenti-henti sehingga amal ibadatku sedikit terganggu
ketika hati sedang menahan diri untuk tidak merungut atas pelbagai ujian
ketika mulut asyik mengomel tak cukup masa itu dan ini
ketika malam-malam ditemani dengan air mata untuk meraih kekuatan
ketika jasad merasai kesunyian dalam ramainya orang
aku menemui satu keindahan bila hidup bertemankan Tuhan.


ada sesetengah bahasa hanya difahami oleh orang yang memahaminya. ada sesetengah rasa hanya mampu difahami oleh mereka yang pernah mengalaminya. ada sesetengah hati mampu memahami walaupun dalam kesunyian. dan masa makin laju dan laju, pergi meninggalkan kita. meninggalkan kita dalam kebisuan.


dari jauh sudut hati kita, sebenarnya kita lebih menyukai kesunyian. Kita lebih tenang dalam penderitaan, kita lebih suka dengan masalah-masalah yang mendatang. sebab apa?


sebab waktu itu kita baru sedar, solat-solat kita makin khusyuk. maknanya seperti meresap ke dalam hati kita. seolah-olah kita memang berbicara dengan Allah. dan saat kita berada macam dah nyawa-nyawa ikan, masa tu kita serahkan pergantungan bulat-bulat kepada Allah.


iman kita naik turun, hati pula berbolak balik. kena rajin minta dengan Allah agar diberi kekuatan dalam istiqamah.

 /////

‘Hm, lepas tu macam mana nak survive lepas ni?’ 
‘InsyaAllah, ramai sahabat. Allah bantu. Cuma nak bagi taw, kita ni tak ada apa-apa. kekuatan doa yang diperlukan’ 
‘InsyaAllah :’)’ 
‘Jangan pernah bersangka buruk dengan Allah. Tahan diri, jangan merungut.’ 

/////

seakan satu peringatan setiap kali ujian datang menjenguk. still boleh berfikir positive. banyak benda yang membuatkan aku terkagum. Dan aku yang jenis tak sabar ni akhirnya rasa terdidik dengan rasa positif tu.


Hilangnya sesuatu akan diganti kembali. Sepatutnya kita bersyukur hanya hilang harta, kerana kita masih tidak hilang Allah wa Rasulullah. :’)

Katakanlah, "Cukuplah Allah bagiku. Kepada-Nyalah orang-orang yang bertawakal berserah diri"(az-Zumar 39:38)

rupa-rupanya ujian-ujian kesedihan, musibah lebih membawa kita dekat dengan Tuhan. terkadang bicara-Nya lebih mudah difahami berbanding ketika kita dilimpahkan nikmat. 'Masa sedih ingat Allah, masa senang, WAJIB juga ingat Allah' tapi mostly kita lupa dan lupa kepada Dia bila kita gembira. Gembira juga satu ujian.


Dan walau apa jua keadaan dan situasi yang berlaku pun, aku lebih suka mengingatkan pada diri agar tetap tersenyum sebab ribut taufan bukan selamanya, sebab selepas itu aku percaya akan datang pelangi.


Dan dalam kebimbangan, selitkan keyakinan bahawa Allah itu kan Maha Mendengar? kita punya Allah dan itulah kekuatan kita.

Waallahu'alam.

Kini Kau Milik Orang Lain – Suatu Luahan Hati Seorang Lelaki

Kini kau milik orang lain
Air mata kelelakianku gugur jua biarpun ditahan. Aku kecundang lantaran nokhtah cinta yang terbina begitu lama terputus di tengah jalan.

Di dalam tidurku, aku menangis apabila mengenangkan berita mengenai pertunanganmu.

Luahan Hati Cinta Kecewa
Sayangku,

Aku cukup terkilan dengan nokhtah cinta kita. Di lembah itu kita dipertemukan, segala pahit maung kita lalui dengan tabah sehinggalah kau berjaya mencapai kerjaya yang kau impikan. Aku cukup meminati kerjayamu apatah lagi sikapmu.

Lantaran kesungguhanku untukmu, pelbagai persediaan awal telah kubuat, duit hantaran kita dan cincin pertunangan. Kusimpan berdikit biarpun aku hanya membuat kerja kampung.
Aku sedar sikap berdiam diriku memakan diri. Aku terlalu mengharapkan kawan sebagai perantaraan antara kisah kita. Puas sudah kukirim surat tapi tidak kesampaian. Alamat yang diberikan padaku oleh kawan kita salah. Harapkan penyokong, penyokong membawa rebah. Dikhabarkannya pula bahawa aku sudah mempunyai insan lain.

Setelah bertunang, kau menghubungiku untuk memberitahu hal pertunanganmu. Aku cukup terkejut dan terkilan setelah mendengarnya. Aku tidak dapat menerima hakikat bahawa kau sudah bertunang.

 Kau akan berdampingan dengan insan lain dan kau akan mengahwini orang lain. Aku tidak dapat menerima hakikat yang kau akan mendapat anak daripada lelaki lain… cukup tidak dapat aku terima. Lantaran kecewa dan terkilan dengan sikapmu, aku menghabiskan segala wang perbelanjaan dalam masa sebulan. Hatiku sebak apabila melihat wang dan cincin itu.

Juitaku,

Perempuan tetap dengan sikap hati perempuannya. Begitu mudah berubah. Pernahkah kaufikirkan pengorbanan yang aku lakukan demi cinta kita? Titisan keringatku gugur demi membaja cintaku padamu. Berapa lamakah

penantianku dalam membuang masa menantimu ? Sedikit pun tidak kauhargainya. Khabar angin mengatakan kau sedia menerima lelaki lain yang baru kaukenali. Cinta yang dibina seabad lama, dilupa seminit sahaja. Aku cukup kecewa, sayang. Segala kerja tidak menjadi. Bayangan kecewa, terkilan, kesal membayangi setiap langkahku. Bulan tidak pernah berubah biarpun awan sentiasa menggamit lalu.

Aku menginsafi diriku kini, insan haus yang mengharap seteguk air di padang pasir.
Biarpun puas kucuba menanam kebencian padamu demi masa depanku, tapi gagal dewiku. Kau cukup baik bagiku. Tidak ada kesalahan kucari demi untuk membencimu. Makin ku membencimu makin keliru pemikiran ini. Yang paling kutakut, kalau kau akan dipersiakan.
Bulan Oktober kau akan diijabkabulkan. Sukar untuk kuterima peristiwa manismu. Dalam luluh hati dan ketidakredaan terpaksa kulafazkan ‘Selamat Pengantin Baru’. Jangan dikenang saat manis antara kita demi kebahagiaan rumah tanggamu kerana kutahu kau adalah gadis baik.
Mungkin hati ini akan terubat. Mungkin sebulan, setahun, sepuluh tahun aku akan dapat melupakanmu. Dan yang nyata tragedi Oktober akan kuingat sampai mati. -

Luahan rasa:
JD

Rabu, 6 Mac 2013

Kasihku, hebatkah kualiti cintamu?


 

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)
Perasaan cinta dan kasih sayang adalah hal semulajadi yang Allah SWT bekalkan pada hati setiap insan, baik lelaki atau wanita. Adalah bohong jika kita tidak memiliki perasaan cinta, nafsu dan syahwat ketika seseorang yang sangat istimewa hadir dalam hidup kita. Percaya atau tidak, ramai yang hanya setia pada satu orang yang amat bermakna tetapi tak kurang berjuta yang kecewa lalu mencari yang lain. Ada pula yang sudah ikut perangai buaya, terlebih nafsunya. Jika anda sedang menjalin hubungan kasih dengan seseorang, adakah cinta yang berputik di hati anda berdua itu cinta yang sihat? Bagaimana menilai kualiti cinta anda?
Ciri-ciri cinta yang sihat dan berkualiti:
1. Mencintai kekurangan kekasih.
Biasanya seseorang tertarik kepada kekasih kerana harta benda, wajah yang rupawan, pangkat dan darjat yang tinggi, kepintaran, kebaikan hati dan perangai sopan. Tetapi jika ditakdirkan anda mendapat jodoh lelaki yang biasa-biasa saja, tentu kerana cinta, anda akan menutup mata di atas kelemahannya kerana anda pun bukanlah sesempurna yang diidamkan. Setiap manusia dicipta dengan segala kekurangan untuk membuktikan bahawa Allah Taala sahaja yang Maha Sempurna. Namun jika kekurangannya melibatkan iman dan Islam maka seelok-eloknya anda menjadi orang pertama yang memujuknya untuk berubah.
Perkara terpenting yang harus dimiliki oleh seorang Muslim ialah sembahyang, tahu mana yang halal dan haram, wajib dan sunat, akhlak mahmudah dan mazmumah. Ada lelaki yang suka berterus-terang, ada pula yang cepat terasa hati bila ditegur. Peringkat pertama, sebaiknya anda menasihati dengan cara yang tersirat iaitu menggunakan pendekatan memberi teladan dan contoh yang baik. Dilanjutkan dengan tahap kedua, iaitu diskusi dari hati ke hati, saling menilai satu sama lain untuk memperbaiki diri. Ketiga, ciptakan persekitaran yang sihat. Pendekatan ilmu dan hobi yang bermanfaat boleh diamalkan. Keempat, libatkan orang tengah yang boleh memberi pandangan dan nasihat. Kelima, Jangan lupa berdoa, kerana Allah Taala sahaja yang mampu memberi hidayah kepada dirinya. Walau bagaimana usaha anda hanya Allah SWT yang menentukan segalanya.
2. Mahu memperbaiki diri untuk kebahagiaan kekasih anda.
Jangan sibuk mencari kelemahan si dia semata-mata sedang diri sendiri dilupakan. Masih banyak kelemahan anda sebagai hamba Allah dan seorang insan kepada insan lain. Bagaimana dengan tanggungjawab anda terhadap keluarga, masyarakat dan umat? Sebagai seorang wanita biasa, anda mesti mahu menonjolkan sesuatu perbuatan baik untuk menarik hati orang lain. Bukan bermaksud untuk riyak, tetapi hanya mahu menyebarkan mesej kebaikan di tengah-tengah manusia. Kerana hanya dengan berbuat baik kita dapat mengecapi kebahagiaan bersama orang lain. Cinta dan kebaikan hanya dapat dirasai dengan perkongsian antara sesama manusia. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: ”Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat untuk orang lain.” Sebagai isteri andalah tulang belakang keluarga. Sebagai kekasih kepada seorang lelaki andalah cermin bagi hati dan perbuatannya.
3. Cinta itu mencetuskan semangat kesucian.

Hawa nafsu tetap menjadi elemen penting dalam diri insan, namun bukan bermakna kita memujanya. Ia hanya sebagai pelengkap bagi kehidupan di dunia yang fana ini. Cinta yang berasaskan nafsu semata tak akan kekal. Kalau boleh cinta yang anda miliki mampu menguatkan keperibadian, mencetuskan semangat kesucian yang membara, melahirkan visi dan misi yang hebat. Bukan cinta yang melemahkan azam dalam meniti kehidupan, bukan yang mengkhayalkan kekejian yang merosakkan dan bukan yang menghancurkan segala cita-cita yang diimpikan. Maka ramai yang jatuh cinta kemudian berjaya dalam usahanya, baik dalam pelajaran atau kerjaya, dalam kehidupan sebagai hamba Allah atau insan istimewa di hati kawan dan lawan.

4. Cinta yang tidak melebihi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Kalau bercinta sampai lupakan Tuhan, ini sungguh merbahaya, walaupun mabuk rasanya apabila bercinta, pastikanlah syariat tidak dilanggar. Wanita yang benar dan tulus cintanya kepada seorang lelaki akan sentiasa memegang satu prinsip dalam percintaannya: ”Bertemu kerana Allah dan berpisah jua kerana Allah.” Dia percaya kekuatan cinta itu berada dalam genggaman Tuhannya. Jika Allah SWT menghendaki, maka cinta itu akan berputik atau sebaliknya ia akan layu sebelum berkembang. Maka berkuranganlah rasa kecewa, patah hati, kecewa dan hilang semangat jika diri dilukai. Dan tidak pula terlalu yakin dan sombong dengan pasti bahawa diri akan memiliki lelaki itu hingga ke mati. Segala sesuatu itu hanya milik mutlak Allah SWT. Anda tidak berhak atas apa-apa pun di atas dunia ini kerana anda hanya seorang peminjam sementara. Maka akan lahirlah perasaan berserah kepada Allah SWT dan memohon perlindungan-Nya supaya kasih yang dijalin sentiasa diberkati.
5. Cinta yang sentiasa diperjuangkan.
Kehebatan cinta anda dapat dilihat daripada usaha-usaha anda untuk menyuburkannya sepanjang masa. Setia dan sabar memperjuangkan cinta sangat susah diamalkan pada zaman ini. Para lelaki hidung belang ramai berkeliaran mencari mangsa, begitu juga perempuan-perempuan jalang yang telah terhakis sifat malu dalam diri mereka. Anda dan kekasih adalah pasangan yang hidup di tengah-tengah zaman yang hampir hancur oleh kerosakan akhlak. Hanya yang kuat iman dan dilindungi Allah saja yang mampu menghadapi ujian cintanya. Apakah bentuk ujian cinta anda? Jangan harap boleh setia jika diri tidak dibentengi oleh iman dan amal saleh. Sampai bila anda mesti memperjuangkan cinta itu? Jika cinta itu menjadi bentuk ibadah kepada Allah SWT, maka sepanjang hayat anda mesti memperjuangkannya. Hingga ke syurga.
Sumber :- Drjuanda.com

Jumaat, 22 Februari 2013

WANITA DAN SYURGA

Syurga adalah sebaik2 tempat kembali untuk kedua2 lelaki dan wanita. Walaupun kita rasa tidak layak masuk syurga, takde siapa pun yang sanggup dibiarkan ke neraka. Namun tidak dapat dinafikan bahawa tidak kurang ramai lelaki yang tak layak masuk syurga atas sebab melakukan kezaliman dengan tidak memenuhi tuntutan syara' keatas dirinya atau mempersendakan syara' dengan menceraikan isterinya tanpa sebab yang kuat.

Namun demikian renungan di sini menumpukan kepada hal wanita dan syurga dan siapakah temannya disana nanti. Apakah wanita akan ada bidadari lelaki?

PERINGATAN: Janganlah kita samasekali mempersendakan urusan alam akhirat kerana akhirat itu adalah benar dan ia pasti berlaku.

RENUNGAN 1: Jika lelaki yang layak masuk syurga ada bidadari, bagaimana pula dengan wanita?

Berikut adalah perbincangan berkaitan perkara ini mengikut dalil sahih dari Rasulullah s.a.w, namun demikian penentuan dan perincian bagaimana cara, bentuk dan rupa yang sebenar disyurga itu adalah dibawah kuasa Allah s.w.t….

Kes 1: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

Kes 2: Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai secara sah dibawah hukum syara' dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu. Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 3: Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 4: Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya layak memasuki syurga.

Kes 5: Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu. Seperti kes 4, wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut layak memasuki syurga.

Kes 6: Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain. Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir”

RENUNGAN 2: ISTERI MEMINTA CERAI TANPA ALASAN YANG DIBENARKAN SYARA'

Rasulullah ﷺ bersabda,

أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَاَلَتْ زَوْجَهَا الطَّلاَقَ مِنْ غَيْرِ بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ

"(Wanita mana saja yang meminta perceraian dari suaminya tanpa alasan yang benar, maka haram baginya bau surga)". (HR.Abu Dawud,Tirmidzi, Ibnu Majah, lihat Shahihul Jami’ no.2706)

Perceraian, bila terjadi tanpa alasan-alasan syar'i, berarti hanya mengada-ada dan sekedar mempermainkan. Ini bisa menimbulkan kerusakan bagi kehidupan, yang tentunya ditentang oleh Islam. Dimanakah orang-orang yang sudi memikirkan akibat-akibat buruk pasca perceraian? Siapakah yang mau memikirkan nasib anak-anaknya setelah kedua orang tuanya bercerai? Apakah dosa dan kesalahan anak-anaknya sehingga harus menangung beban sehingga "kehilangan" salah satu dari orang tuanya sehingga tidak lagi mendapatkan bimbingan dan kasih sayang dengan sepenuhnya?

Ketahuilah, bahwa thalaq termasuk peristiwa yang sangat disenangi oleh setan. Imam Muslim meriwayatkan, yang artinya:

"Sesungguhnya iblis meletakkan kerajaannya di atas air. Lantas, mengutus pasukan-pasukannya. Prajurit yang paling dekat dengannya, ia adalah yang paling besar fitnahnya. Kemudian salah satu dari mereka datang untuk melaporkan: "Aku telah melakukan ini dan itu!" Maka Iblis berkomentar: "Engkau tidak melakukan apa-apa!" Selanjutnya yang lain datang seraya berkata: "Tidaklah aku tinggalkan (anak Adam) sampai aku pisahkan dirinya dengan istrinya," maka Iblis mendekatkannya seraya berseru: "Bagus benar dirimu". [HR Muslim, 2813]

Khamis, 24 Januari 2013

Kelemahan seorang isteri

Oleh Syanty Octavia Amry

Wanita masa kini dapat kita lihat mampu melakukan kerja-kerja setaraf dengan golongan lelaki hingga ada segelintir mereka merasakan diri cukup hebat dan sempurna.

Namun dalam kesempurnaan yang dirasakan, mereka terlupa kekurangan yang dimiliki boleh memberi kesan besar dalam kehidupan terutama bagi wanita yang sudah berkahwin.

Bagi wanita berkerjaya yang sudah berkahwin, mereka pasti ingin tampil sempurna di mata masyarakat dan tanpa mereka sedari banyak berlaku kepincangan dalam rumah tangga apatah lagi membabitkan soal perhubungan sehingga terabainya kasih sayang seorang isteri kepada suami.

Apabila pasangan sibuk dengan kerja pastinya masing-masing tidak mempunyai masa untuk bersama yang kadang kala membuatkan suami rasa terasing dan mula mencari wanita lain untuk meluahkan rasa.

Dalam usaha memperbaiki kelemahan itu ada wanita yang terlupa bahawa apa yang diinginkan suami sebenarnya adalah belaian dan tanggungjawab dalam menguruskan rumah tangga dan bukan hanya kepentingan diri semata-mata.

Inilah yang dipaparkan dalam telemovie Pujaan Hati terbitan OVM Holdings Sdn Bhd iaitu kelemahan seorang isteri yang harus diperbaiki dan dijadikan tatapan masyarakat seperti yang kerap terjadi dalam kehidupan seharian kala ini.

Walaupun kisah ini tidak berniat menyalahkan sesiapa namun ia memberi manfaat kepada pasangan yang baru atau sudah berkahwin dalam menyelesaikan masalah rumah tangga yang berlaku.

Telemovie yang akan disiarkan di saluran TV AlHijrah pada 1 Februari ini, biarpun kelihatan biasa saja jalan ceritanya tetapi penyampaiannya pasti memberi kesan mendalam dan perlu dijadikan iktibar dalam mempertahankan keharmonian rumah tangga.

Dibintangi pelakon seperti Dira Abu Zahar, Sharifah Shahira dan Eja, Pujaan Hati mengisahkan masalah rumah tangga yang dialami oleh Maria dan Kartini yang merasakan kelemahan diri akibat rupa paras yang semakin tidak berseri di samping fizikal sudah tidak menarik lagi menyebabkan rumah tangga mereka tidak aman.

Dalam usaha merealisasikan impian masing-masing untuk memikat hati suami, mereka turut tercabar dengan kehadiran seorang wanita iaitu Aisya, yang menjadi kegilaan suami masing-masing.

Walaupun Aisya tidak mempunyai kemewahan seperti mereka, masing-masing tercari apakah keistimewaan yang dimiliki oleh wanita berkenaan sehingga dia dilayan seperti permaisuri sedangkan mereka tidak.

Bermulalah konflik di antara mereka bertiga sehinggalah akhirnya Maria dan Kartini akur bahawa Aisya memang seorang wanita yang istimewa kerana begitu bijak menggunakan peranan diri dengan menyatakan kebahagiaan rumah tangga bermula daripada hati dan bukan kebendaan semata-mata.

Selain itu, isteri perlulah sentiasa bertolak ansur dan berkongsi idea dan minat dengan suami. Paling utama Aisya menyatakan segala perkara yang hendak dilakukan perlulah mengutamakan suami terlebih dulu.

Jangan menyimpan perasaan syak wasangka kepada suami. Biarpun Maria dan Kartini merasakan apa yang diberitahu oleh Aisya adalah perkara biasa lantas Aisya menegaskan perkara biasa itulah yang jarang dan mula diabaikan oleh seorang isteri disebabkan perasaan ego yang mengekang semuanya dari terlaksana.

Sejak itu, masing-masing berazam untuk berubah dan mengakui kebenaran kata-kata Aisya.

Jumaat, 28 Disember 2012

12 Tips Malam Pertama Dalam Islam

Malam pengantin bagi pasangan suami isteri hendaklah penuh dengan suasana kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam yang menghubungkan suami dengan isterinya dengan tali kasih sayang dan cinta serta menjadikan isterinya merasa tenang dengannya.

Berikut adalah beberapa adab yang diajar oleh ajaran Islam untuk membentuk kehidupan baru, semoga bermanfaat :

Kebenaran niat

Hendaklah niat suami isteri untuk menikah adalah untuk menjaga kehormatannya, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Tiga orang yang memiliki hak atas Allah menolong mereka : seorang yang berjihad dijalan Allah, seorang budak (berada didalam perjanjian antara dirinya dengan tuannya) yang menginginkan penunaian dan seorang menikah yang ingin menjaga kehormatannya. ” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim dari hadits Abu Hurairoh)

Berhias dan mempercantik diri.

Hendaknya seorang isteri mempercantikkan dirinya dengan apa-apa yang dibolehkan Allah swt. Pada dasarnya hal ini dibolehkan kecuali terhadap apa-apa yang diharamkan oleh dalil seperti mencabuti alis dan bulu diantara keduanya atau mengeroknya, menyambung rambut dengan rambut lain, mentato, mengikir gigi agar lebih cantik. Diharamkan baginya juga mengenakan pakaian yang diharamkan baik pada malam pengantin maupun di luar malam itu. Diperbolehkan baginya menghiasi dirinya dengan emas dan perak sebagaimana biasa dikenakan kaum wanita.
Begitu juga dengan si suami hendaknya memperhiaskan dirinya untuk isterinya kerana hal ini merupakan bahagian dari menggaulinya dengan cara yang baik. Firman Allah swt :

“ Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. ” (QS. Al Baqoroh : 228)

Namun demikian hendaknya upaya menghias diri ini tetap di dalam batasan-batasan yang dibenarkan. Tidak dibolehkan baginya mengenakan cincin emas kecuali perak. Tidak dibolehkan baginya mencukur jenggot, memanjangkan pakaiannya hingga ke tanah, mengenakan sutera kecuali tehadap apa-apa yang dikecualikan syariat.

Lemah lembut terhadap isterinya saat menggaulinya

Diriwayatkan oleh Ahmad didalam al Musnad dari Asma binti Yazid bin as Sakan berkata, ” Aku pernah merias Aisyah untuk Rasulullah saw lalu aku mendatangi beliau saw dan mengajaknya untuk melihat kecantikan Aisyah. Beliau saw pun mendatanginya dengan membawa segelas susu lalu beliau meminumnya dan memberikannya kepada Aisyah maka Aisyah pun menundukkan kepalanya kerana malu. Asma berkata,”Maka aku menegurnya. ” Dan aku katakan kepadanya, ” Ambillah (minuman itu) dari tangan Nabi saw. ” Asma berkata, ” Maka Aisyah pun mengambilnya lalu meminumnya sedikit. ”

Mendoakan isterinya.

Hendaklah suami meletakkan tangannya di kening isterinya dan mengatakan seperti yang disabdakan Rasulullah saw,

” Apabila seorang dari kalian menikah dengan seorang wanita atau membeli seorang pembantu maka hendaklah memegang keningnya lalu menyebut nama Allah azza wa jalla dan berdoa memohon keberkahan dengan mengatakan : Allahumma Innii Asaluka Min Khoiriha wa Khoiri Ma Jabaltaha Alaihi. Wa Audzu bika Min Syarri wa Syarri Ma Jabaltaha Alaih — Wahai Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan dari apa yang Engkau berikan kepadanya serta Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau berikan kepadanya.. ”

Melaksanakan solat dua rakaat

Diriwayatkan Ibnu Syaibah dari Ibnu Masud, dia mengatakan kepada Abi Huraiz,”Perintahkan dia untuk solat dua rakaat di belakang (suaminya) dan berdoa, ” Allahumma Barik Lii fii Ahlii dan Barik Lahum fii. Allahummajma’ Bainanaa Ma Jama’ta bi Khoirin wa Farriq Bainana idza Farroqta bi Khoirin—Wahai Allah berkahilah aku didalam keluargaku dan berkatilah mereka didalam diriku. Wahai Allah satukanlah kami dengan kebaikan dan pisahkanlah kami jika Engkau menghendaki (kami) berpisah dengan kebaikan juga. ”

Apa yang dikatakan ketika melakukan jima’ atau saat menggauli isterinya.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Nabi saw bersabda, ” Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka hendaklah dia berdoa,”Allahumma Jannibna asy Syaithon wa Jannib asy Syaithon Ma Rozaqtana - Wahai Allah jauhilah kami dari setan dan jauhilah setan dari apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami - sesungguhnya Allah Maha Mampu memberikan buat mereka berdua seorang anak yang tidak boleh dicelakai setan selamanya. ”

Diharamkan baginya menyiarkan hal-hal yang rahsia di antara suami isteri

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Asma binti Yazid yang saat itu duduk dekat Rasulullah saw bersama dengan kaum laki-laki dan wanita lalu beliau saw bersabda, ” Boleh jadi seorang laki-laki menceritakan apa yang dilakukannya dengan isterinya dan boleh jadi seorang istri menceritakan apa yang dilakukannya dengan suaminya.” Maka mereka pun terdiam. Lalu aku bertanya, ” Demi Allah wahai Rasulullah sesungguhnya kaum wanita melakukan hal itu begitu juga dengan kaum laki-laki mereka pun melakukannya.” Beliau saw bersabda,”Janganlah kalian melakukannya. Sesungguhnya hal itu bagaikan setan laki-laki berhubungan dengan setan perempuan di jalan lalu (setan laki-laki) menutupi (setan perempuan) sementara orang-orang menyaksikannya.

Berwudhu diantara dua jima’ meskipun mandi adalah lebih utama

Apabila seorang suami menggauli isterinya lalu dia ingin kembali mengulanginya maka yang paling utama baginya adalah berwudhu sehingga dapat mengembalikan tenaganya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Said al Khudriy berkata, ” Rasulullah saw bersabda,’Apabila seorang dari kalian menggauli isterinya kemudian dia ingin mengulanginya lagi maka berwudhulah di antara kedua (jima) itu. ”

Didalam sebuah riwayat, ” Seperti wudhu hendak solat. ” (HR. Muslim) Abu Naim menambahkan,” Sesungguhnya hal itu akan mengembalikan tenaganya.”

Mandi lebih utama, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud dari Rafi’ bahwa Nabi saw mengelilingi para isterinya dan mandi ketika (hendak menggauli) isteri yang ini dan juga dengan yang isteri ini. Dia berkata, ” Aku bertanya kepadanya,’Wahai Rasulullah apakah tidak cukup hanya dengan sekali mandi?’ beliau saw menjawab,”Ini lebih suci. Lebih wangi dan lebih bersih. ”

Sebaik-baiknya bagi orang yang ingin tidur dalam keadaan junub hendaknya berwudhu dengan wudhu seperti untuk solat terlebih dahulu, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Ibnu Umar bahwa Umar berkata,” Wahai Rasulullah apakah seorang dari kami tidur sementara dia dalam keadaan junub?’ beliau saw menjawab,”Ya, hendaklah dia berwudhu.” Di dalam sebuah riwayat,” Berwudhu dan cucilah kemaluanmu lalu tidurlah. ”

Wudhu ini merupakan sebuah anjuran dan bukan sebuah kewajiban, sebagaimana diriwayatkan oleh Umar ketika bertanya kepada Rasul saw, ” Apakah seorang dari kami tidur sementara dirinya junub?” beliau saw menjawab,”Ya dan hendaklah dirinya berwudhu jika mau. ”. Diriwayatkan oleh Ashabus Sunan dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw pernah tidur dalam keadaan junub tanpa menyentuh air hingga dia terbangun setelah itu dan mandi. ”

Dibolehkan pula untuk bertayammum, sebagaimana diriwayatkan oleh Baihaqi dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw jika dirinya junub dan hendak tidur maka dia berwudhu atau bertayammum. ”

Mandi berduaan

Dibolehkan bagi suami isteri untuk mandi secara bersama-sama dalam satu wadah, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Aisyah berkata,” Aku mandi bersama Rasulullah saw dari satu wadah antara diriku dengan dirinya. Tangan kami saling bergantian berebutan sehingga aku mengatakan, ” tinggalkan (sedikit air) buatku, tinggalkan buatku.” Dia berkata, ” Mereka berdua dalam keadaan junub. ”

Dari hadith diatas maka diperbolehkan keduanya telanjang dan saling melihat aurat satu dengan yang lainnya. Didalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Muawiyah bin Haidah berkata,” Aku berkata,’Wahai Rasulullah. Apa yang dibolehkan dan dilarang dari aurat kami?’ beliau menjawab,”Jagalah auratmu kecuali terhadap istri atau budakmu. ” Maka dibolehkan bagi salah seorang dari pasangan suami isteri untuk melihat seluruh badan pasangannya dan menyentuhnya hingga kemaluannya berdasarkan hadith ini, kerana kemaluan adalah tempat kenikmatan maka dibolehkan melihat dan menyentuhnya seperti bahagian tubuh lainnya.

Bersenda gurau dengan isteri

Dibolehkan bersenda gurau dan bermain-main dengan isterinya di tempat tidur, sebagaimana sabdanya saw : ”Mengapa bukan dengan gadis maka engkau boleh bermain-main dengannya dan dia boleh bermain-main denganmu. ” (HR. Bukhori dan Muslim) dan didalam riwayat Muslim,”Engkau akan bahagia dengannya dan dia pula akan bahagia denganmu.”

Diantara senda gurau dan mempergaulinya dengan baik adalah ciuman suami walaupun bukan untuk jima’. Rasulullah saw mencium dan menyentuh isteri-isterinya meskipun mereka dalam keadaan haidh atau beliau mencium dan menyentuhnya meski beliau sedang dalam keadaan puasa.

Sebagaimana terdapat didalam ash Shahihain dan lainnya dari Aisyah dan Maimunah bahkan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Aisyah berkata, ” Nabi saw mencium sebahagian isteri-isterinya kemudian beliau keluar menuju solat dan tidak berwudhu lagi. ” Ini sebagai dalil bahwa mencium istri tidaklah membatalkan wudhu.

Dibolehkan ‘Azal

Dibolehkan bagi seorang suami untuk melakukan ‘azal iaitu mengeluarkan air maninya di luar kemaluan isterinya, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata, ” Kami melakukan ‘azal sementara al Qur’an masih turun.” Di dalam sebuah riwayat, ” Kami melakukan ‘azal pada masa Rasulullah saw dan hal ini sampai kepada Nabi saw dan beliau saw tidaklah melarangnya. ”

Meskipun demikian yang paling utama adalah meninggalkan ‘azl kerana hal itu dapat mengurangi kenikmatan baginya dan bagi isterinya dan kerana hal itu juga dapat menghilangkan tujuan dari pernikahan iaitu memperbanyakkan keturunan umat ini, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Nikahilah oleh kalian (wanita-wanita) yang dapat mendatangkan anak lagi mendatangkan kasih sayang. Sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya (jumlah) kalian di hadapan semua umat pada hari kiamat. ”

Akan tetapi tidak diperbolehkan bagi seorang muslim melakukan ‘azal selamanya kerana dapat membatasi dan mencegah keturunan…..

Mengunjungi kerabat pada pagi harinya


Dianjurkan baginya pada pagi harinya untuk mengunjungi kaum kerabatnya yang telah memenuhi undangannya..

Berdasarkan hadith Anas berkata, ” Rasulullah saw mengadakan pesta saat menikah dengan Zainab. Kaum muslimin dikenyangkan dengan roti dan daging. Kemudian beliau saw keluar menemui ibu-ibu kaum mukminin (isteri-isterinya saw) dan mengucapkan salam kepada mereka, mendoakan mereka dan mereka pun menyambut salamnya dan mendoakannya, beliau lakukan itu pada pagi hari setelah malam pengantinnya.”

*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan.... -iluvislam

Sabtu, 27 Ogos 2011

Tips mengambil hati pasangan

Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.
Tips mengambil hati suami
  1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
  2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
  3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh
Tips mengambil hati isteri
  1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
  2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
  3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta
  4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
  5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.
Lebih banyak tips akan ditambah. Anda juga boleh mendapatkan buku Tips kebahagiaan rumahtangga oleh Ustazah Siti Nurbahyah yang di dalamnya terkandung 23 bab sarat dengan pengisian dan juga teknik urutan cakar harimau dan urutan labah-labah (bab 6) yang hangat diperkatakan.

8P Tip kebahagian rumah tangga

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.

Khamis, 25 Ogos 2011

10 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan

1. Menipu

Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan

Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak

Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga

Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

10. Mungkir Janji

Asyik mungkir janji, mulut bukan main manis ketika melafazkan janji tetapi tak satu pun ditepati. Malahan dalam jadual apa jua asyik lewat, cerewet dan tidak mahu berlebih kurang. Bila ditegur ada sahaja jawapan yang menyakitkan hati.

4 tips memujuk lelaki yang merajuk..


Terdapat 4 tips yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang kami kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu. :)

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian

Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya

Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

Selain daripada 4 tips ini, kami juga ada menulis beberapa artikel mengenai tips memujuk mereka yang merajuk. Di antaranya adalah:

  • Merajuk? Bagaimana untuk pujuk?, dan
  • Perlu ke merajuk lama-lama?

Diharapkan dengan tips yang kami kongsikan di sini, dapatlah anda gunakan untuk memujuk pasangan lelaki anda itu. InsyaAllah, mudah-mudahan si dia akan kembali menghubungi anda dan perhubungan anda pulih seperti sedia kala.

Sekiranya anda mempunyai tips memujuk lain yang anda ingin kongsikan, sudi-sudilah memberikan komen di bawah ini. Agar kita sama-sama dapat membantu antara satu sama lain memujuk pasangan lelaki kita yang sedang merajuk itu. :)

Merajuk? Bagaimana untuk pujuk?

Saya percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun sedang bercinta. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang anda akan lakukan?

Kenapa merajuk?

Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.

1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.

3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza -- merajuk.

Bagaimana nak pujuk?

Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata "manis"
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "bucuk", "comot", "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini. ;))

4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha...tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.

Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.

Sekiranya anda mempunyai tips-tips tambahan, anda boleh berkongsi dengan kami dalam ruangan Ungkapan Cinta di bawah. Semoga si Dia tersenyum kembali!