Sandakan: Seorang daripada dua anggota polis dari Pasukan Gerakan Am
(PGA) yang cedera dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, FELDA
Sahabat 18, kelmarin, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital
Duchess of Kent.
Difahamkan, keadaan Koperal Afendi Yusof, 25, dari Kinarut, Papar
yang dimasukkan ke unit itu kira-kira jam 8.30 pagi semalam, stabil.
Afendi yang bertugas di Miri, Sarawak bersama seorang rakannya
berasal dari pantai timur Semenanjung mengalami kecederaan selepas
berbalas tembak dengan pengganas.
Ahli keluarga Afendi yang
enggan dikenali berkata, dia bergegas ke hospital sebaik dimaklumkan
perkara itu oleh ibu Afendi melalui telefon bimbit.
ANGGOTA polis memeriksa seorang penduduk yang melalui pos kawalan keselamatan di Tanjung Labian.
“Ibu Afendi memberitahu anaknya cedera ditembak pengganas dan meminta saya segera ke hospital meninjau keadaan anaknya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan