
Kata beliau selain itu aset laut Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan
digembleng bersama bagi memastikan perairan Sabah bebas daripada ancaman
luar.
- PDRM akan melaksanakan segera usaha menaik taraf balai polis Cenderawasih, menambah bilangan anggota dan mewujudkan pos kawalan baharu di kawasan strategik di sekitar gugusan Felda Sahabat.
- "Kami juga akan menambah bilangan kereta peronda baharu di Felda Sahabat ini dan mendapatkan kenderaan pelbagai guna yang bersesuaian dengan bentuk muka bumi di sini untuk memudahkan kami bergerak di kawasan seperti paya, ladang, hutan dan kawasan paya bakau," katanya hari ini.

Pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri itu.
Kawasan Keselamatan Khas Sabah merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu. Lahad Datu akan menjadi pusat pemerintahan ESSCOM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan