Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Khamis, 5 Januari 2012

Pelajar Cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah Kekal Imej Muslimah Walaupun Di Perantauan



Labels: MISC

Isu terhangat yang diperkatakan ketika ini di laman sosial yang mana, mahasiswi cemerlang tajaan Malaysia di United Kingdom ‘berposing maut’ dan memuat turun gambar di laman sosialnya.

Pengajaran yang boleh diambil, janganlah kita menjadi individu yang terlalu negatif dan mendesak kerana manusia sesunguhnya tidak lari dari melakukan kesilapan, yang melakukan kesilapan janganlah kita menghukumnya dengan perlakuan ‘dosa’ yang dilakukan.

Kini kita singkap kisah pelajar yang mendapat anugerah yang juga dimiliki Amalina yang mendapat ‘Anugerah pelajar cemerlang SPM’.

Pada tahun 2006, Anak Kelantan yang mendapat anugerah pelajar cemerlang dalam SPM bagi tahun 2006, dengan keputusan 17 1A dan 1 2A, kini sedang melanjutkan pelajarannya dalam jurusan perubatan di University of Nottingham, United Kingdom. Disebutkan, beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.

Siti Fatimah kelihatan masih kekal dengan imej tudung labuh, kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan terutama sekali para pelajar di seluruh negara.

Di Malaysia tahun demi tahun pelajar-pelajar yang cerdik pandai sering meningkat jumlah peratusannya. Ini mewujudkan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua contohi.

Dalam hal ini, buanglah yang keroh ambillah yang jernih. Jadikan pengalaman itu sebagai panduan di masa hadapan disamping mendekatkan diri kepada Allah agar terhindar dari perkara mungkar juga dilaknati Allah.


Sumber: www.penulissenja.com

Ibu: Tuduhan Nur Amalina liar hanya fitnah



Labels: Sinar Harian

JOHOR BAHRU - Hati ibu mana yang tidak terkilan jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tujuh tahun yang lalu, kini ditohmah dengan pelbagai tuduhan kononnya liar dan tidak berakhlak.

Apa lagi Nur Amalina Che Bakri sebagai idola pada suatu ketika pernah membanggakan bukan sahaja ibunya, Sabariah Hassan, 52, malahan juga negara sebagai Pelajar Terbaik SPM 2004.

Ketika itu ramai ibu bapa mahu anak mereka menjadikan Nur Amalina sebagai idola.

Namun kini, apabila laman Facebook peribadinya dicerobohi, nasib Nur Amalina sudah jauh berbeza.

Dia tidak lagi disanjung seperti dahulu, malah ada juga yang menuduh pencatat sejarah dengan keputusan SPM 17A1 itu sebagai seorang anak gadis yang berubah liar kerana mengalami kejutan budaya.

Ini berikutan gambar peribadinya bersama rakan-rakan yang dirakam dalam keadaan dia berpakaian yang boleh disifatkan sebagai seksi, tersebar di Internet.

“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (United Kingdom), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.

“Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah,” katanya.

Nur Amalina kini sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam dua bidang iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland bawah tajaan Bank Negara Malaysia.

“Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya. Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli,” kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini.

Sabariah berkata, tuduhan konon Nur Amalina sudah berubah hingga mewarnakan rambut, gemar bersosial malah menjalani kehidupan yang liar hanya fitnah pihak tertentu yang sengaja mahu mencemarkan nama baik anaknya.

“Pelajaran anak saya tidak terjejas pun. Dia kini dalam proses menerbitkan buku yang akan digunakan oleh pelajar perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan yang dihasilkannya dengan bimbingan profesor di sana.

“Empat kajiannya telah diterbitkan sebagai jurnal dan dia akan menjalani praktikal di Oxford bermula November ini,” katanya.

Ditanya sama ada anaknya tahu mengenai gelombang fitnah itu yang mula membadai laman maya sejak beberapa hari lalu, Sabariah berkata, Nur Amalina yang memaklumkan kepadanya akan hal itu.

“Dia beritahu saya malam Isnin lalu, ketika kami berhubung menerusi Skype. Ina (Amalina) kata dia terima 800 permohonan rakan baru Facebook dari Malaysia. Rupa-rupanya yang ramai itu kerana ada isu gambar dia. Tetapi dia ketawa saja,” katanya.

Sabariah yakin, anaknya cukup kuat untuk menangani hal itu.

“Saya sendiri harap penga­jiannya tidak terjejas. Saya pernah menitis air mata sewaktu mengunjunginya di sana apabila melihat dia tekun ulang kaji pelajaran hingga jam 3 pagi di perpustakaan universiti dengan hanya ditemani pengawal keselamatan. Katanya, itu kehidupan yang dia lalui hampir setiap hari,” katanya.

Kata Sabariah, kali terakhir mereka bertemu, 10 Disember lalu ketika dia ke sana untuk meraikan hari kelahiran Nur Amalina.

Gadis itu dijadual akan menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan Mei tahun depan.

“Kepada pihak yang sewenang-wenang melempar dan menyebar fitnah terhadap anak saya, saya harap mereka boleh fikir dan timbang, bagaimana jika gambar peribadi mereka sendiri, atau anggota keluarga mereka diceroboh, disebar dan difitnah yang bukan-bukan? Saya harap mereka dapat fikir. Itulah perasaan saya sekarang, sangat terkilan,” katanya.

Rabu, 4 Januari 2012

Georgia


Tak jauh dari Turkey, Armenia, Azerbaijan & Rusia.

Georgia merupakan sebuah negeri yang terletak di tenggara Amerika Syarikat. Ibu negerinya ialah Atlanta yang juga merupakan bandar raya terbesar dari segi jumlah penduduk.

Georgia, Koloni British di Amerika Utara yang terbaru, ditubuhkan pada 1732. Ia merupakan negeri keempat yang mengesahkan Perlembagaan Amerika Syarikat. Georgia memisahkan sendiri daripada Amerika Syarikat dalam Perang Saudara 1861–1865 menyertai Konfederasi. Selepas tamat Perang Saudara, ia menyertai semula Amerika Syarikat pada 1870.

Georgia mempunyai jumlah penduduk kesembilan terbesar di Amerika Syarikat. Kadar pertumbuhan penduduk Georgia juga merupakan antara tertinggi di seluruh negara.
Republik Demokratik Georgia (RDG; Georgia: საქართველოს დემოკრატიული რესპუბლიკა, Sakartvelos Demokratiuli Respublika), 1918–1921, merupakan penubuhan pertama negara moden Republik Georgia.

RDG ditubuhkan selepas kejatuhan Empayar Rusia yang bermula dengan Revolusi Rusia 1917. Sempadan negara ini adalah Republik Rakyat Kuban dan Republik Pergunungan Kaukasus Utara di utara, Empayar Uthmaniyyah, Republik Demokratik Armenia di selatan dan Republik Demokratik Azerbaijan di tenggara. Luas negara ini adalah kira-kira 107,600 km² (sebagai perbandingan, luas negara Georgia pada hari ini adalah 69,700 km²), dan memiliki penduduk seramai 2.5 juta.

Ibu negara Georgia adalah Tbilisi, dan bahasa kebangsaan pula adalah Georgia. Diistiharkan pada 26 Mei, 1918, selepas perpecahan Persekutuan Transkaukasia, ia telah dipimpin oleh Parti Demokratik Sosial Menshevik. Berdepan dengan masalah-masalah dalaman dan luaran yang berkekalan, negara baru ini tidak dapat bertahan dengan serangan daripada Tentera Merah Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia, dan runtuh di antara bulan Februari dan Mac 1921 untuk menjadi sebuah republik Soviet.

Penduduk Georgia terdiri daripada 65% Orang Putih, 30% Orang Amerika Afrika, 2.8% Orang Amerika Asia, 1.2% Orang Campuran Kaum dan lain-lain.

Ada sekitar 10% beragama Islam. Tulisan mereka amat unik & ada identiti tersendiri.

Sila klik nak besarkan peta.

Selasa, 3 Januari 2012

4 (EMPAT)




Syazwanie Farhana

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Belalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 Cara tidur
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Kalau rajin tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.

Ucapan Selamat Tahun Baru Dari Siti Saleha


Si manis ini mula mencipta nama melalui drama Nora Elena, walaupun sebelum itu kami sering menonton drama lakonannya di rangkaian televisyen tempatan. Pada pendapat kami, masih ada banyak ruang untuk Siti Saleha meningkatkan kerjayanya sebagai pelakon, apatah lagi usianya yang masih muda, baru hendak memasuki usia 22 tahun pada 2012 ini.

Siti Saleha binti Mohd Baharum atau lebih dikenali sebagai Siti Saleha merupakan seorang pelakon, model, dan model komersial. Dia berketurunan Inggeris dan Melayu, memiliki darah Inggeris daripada ibunya, Tracey Johnson atau Aishah Rahman yang mengahwini ayahnya, seorang lelaki penuh kemelayuan, Mohd. Baharom. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Adik kepada Sam Bunkface ini menunaskan bakatnya ke dalam dunia peragaan dan komersial sejak berusia 12 tahun. Mula menempa nama apabila watak Nora Elena yang dilakonkan olehnya disamping aktor kacak Aaron Aziz didalam drama bersiri Nora Elena yang disiarkan di TV3 mendapat sambutan hangat sehingga mencecah 1.3 juta penonton di laman Tonton.com

Remy Ishak dan Tiz Zaqyah sebagai suami isteri dalam Aduh Sayang



Aduh Sayang berkisar tentang Nani dan Shidi, pasangan suami isteri yang dikurniakan dua cahaya mata, Fateha, 4 tahun dan Fayyad, 3 tahun. Sejak mendapat cahaya mata, Nani dan Shidi sering keletihan dan tidak bermaya ke pejabat. Kadang kala ketegangan antara mereka tercetus. Keadaan ini disedari oleh ibu bapa mereka, Latiff dan Ros. Oleh itu, mereka mencadangkan agar Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama mereka selama seminggu supaya mereka boleh berehat.

Nani dan Shidi bersetuju lalu Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama nenek dan datuk mereka. Walaupun merindui anak-anak, Nani dan Shidi kelihatan lebih tenang dan bersemangat di tempat kerja kerana mendapat rehat yang secukupnya sejak ketiadaan anak-anak mereka.

Namun, mereka dikejutkan dengan berita penjaga rumah asuhan tempat mereka menghantar anak telah ditanggap kerana terlibat dengan sindiket menjual budak…

Pelakon: Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Rahim Omar, Fatimah Abu Bakar.


Adira dan Hafiz AF putus cinta.

Setelah hampir setahun menjalin hubungan cinta, pasangan yang menginjak populariti menerusi program realiti Akademi Fantasia (AF), ini akhirnya membuat keputusan membawa haluan masing-masing.

Menurut Hafiz, keputusan tersebut dibuat apabila menyedari, mereka gagal mengenali hati budi masing-masing dengan baik.

“Tidak dinafikan saya dan Adira kini tiada hubungan serius lagi sejak beberapa bulan lalu. Tetapi kami masih berkawan seperti biasa. Cuma tidak rapat seperti sebelum ini.

“Kami bukan tidak serasi, cuma ada beberapa perkara yang tidak menyebelahi kami. Apa punca keputusan ini dibuat, biarlah menjadi rahsia. Ianya terlalu peribadi untuk dikongsi.

“Jadi, untuk menjaga imej masing-masing, biarlah hanya saya dan Adira sahaja yang tahu. Apa pun, kami masih berkongsi cerita dan masalah sekiranya diperlukan,” katanya kepada Zass.

Jelas Hafiz lagi, langkah itu juga diambil bagi melancarkan perjalanan karier mereka.

“Keputusan ini juga dibuat atas dasar menghormati permintaan Adira yang ingin diberi ruang untuk dia fokus dalam kariernya sekarang.

“Tambahan pula, saya jenis lelaki yang tidak pandai memainkan hati dan perasaan wanita. Jadi, apa sahaja yang baik untuk hubungan kami, saya akan lakukannya,” kata Hafiz yang menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.

Perpisahan mereka mula dihidu, apabila mereka hadir berasingan pada Malam Gala Filem Ombak Rindu, di Pavillion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara, Adira, berkata keputusan itu dibuat bersama Hafiz dan menganggap tidak ada jodoh antara mereka.

Penyanyi kelahiran Sabah ini, bagaimanapun tidak menolak, kesibukan bekerja menjadi antara punca perpisahan mereka.

Akui sangat menyenangi Hafiz, Adira berkata, keputusan itu bukanlah penamat kepada hubungan mereka.

“Jujur saya katakan, sepanjang berkenalan, kami tidak pernah ada masalah. Pada saya, Hafiz seorang penyayang dan sentiasa buat saya ceria. Hafiz juga rapat dengan keluarga saya.

“Apa pun, saya jadikan lagu duet kami, Ombak Rindu sebagai kenangan paling manis antara kami sampai bila-bila.

“Jika suatu hari nanti, ada jodoh kami, saya terima dengan hati terbuka, “ kata Adira yang kini mahu menumpukan perhatian terhadap karier seninya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Ilusi ini juga bakal menjalani penggambaran muzik video lagu terbarunya, Sakura.