Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Memaparkan catatan dengan label Nur Amalina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nur Amalina. Papar semua catatan

Khamis, 5 Januari 2012

Pelajar Cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah Kekal Imej Muslimah Walaupun Di Perantauan



Labels: MISC

Isu terhangat yang diperkatakan ketika ini di laman sosial yang mana, mahasiswi cemerlang tajaan Malaysia di United Kingdom ‘berposing maut’ dan memuat turun gambar di laman sosialnya.

Pengajaran yang boleh diambil, janganlah kita menjadi individu yang terlalu negatif dan mendesak kerana manusia sesunguhnya tidak lari dari melakukan kesilapan, yang melakukan kesilapan janganlah kita menghukumnya dengan perlakuan ‘dosa’ yang dilakukan.

Kini kita singkap kisah pelajar yang mendapat anugerah yang juga dimiliki Amalina yang mendapat ‘Anugerah pelajar cemerlang SPM’.

Pada tahun 2006, Anak Kelantan yang mendapat anugerah pelajar cemerlang dalam SPM bagi tahun 2006, dengan keputusan 17 1A dan 1 2A, kini sedang melanjutkan pelajarannya dalam jurusan perubatan di University of Nottingham, United Kingdom. Disebutkan, beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.

Siti Fatimah kelihatan masih kekal dengan imej tudung labuh, kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan terutama sekali para pelajar di seluruh negara.

Di Malaysia tahun demi tahun pelajar-pelajar yang cerdik pandai sering meningkat jumlah peratusannya. Ini mewujudkan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua contohi.

Dalam hal ini, buanglah yang keroh ambillah yang jernih. Jadikan pengalaman itu sebagai panduan di masa hadapan disamping mendekatkan diri kepada Allah agar terhindar dari perkara mungkar juga dilaknati Allah.


Sumber: www.penulissenja.com

Ibu: Tuduhan Nur Amalina liar hanya fitnah



Labels: Sinar Harian

JOHOR BAHRU - Hati ibu mana yang tidak terkilan jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tujuh tahun yang lalu, kini ditohmah dengan pelbagai tuduhan kononnya liar dan tidak berakhlak.

Apa lagi Nur Amalina Che Bakri sebagai idola pada suatu ketika pernah membanggakan bukan sahaja ibunya, Sabariah Hassan, 52, malahan juga negara sebagai Pelajar Terbaik SPM 2004.

Ketika itu ramai ibu bapa mahu anak mereka menjadikan Nur Amalina sebagai idola.

Namun kini, apabila laman Facebook peribadinya dicerobohi, nasib Nur Amalina sudah jauh berbeza.

Dia tidak lagi disanjung seperti dahulu, malah ada juga yang menuduh pencatat sejarah dengan keputusan SPM 17A1 itu sebagai seorang anak gadis yang berubah liar kerana mengalami kejutan budaya.

Ini berikutan gambar peribadinya bersama rakan-rakan yang dirakam dalam keadaan dia berpakaian yang boleh disifatkan sebagai seksi, tersebar di Internet.

“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (United Kingdom), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.

“Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah,” katanya.

Nur Amalina kini sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam dua bidang iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland bawah tajaan Bank Negara Malaysia.

“Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya. Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli,” kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini.

Sabariah berkata, tuduhan konon Nur Amalina sudah berubah hingga mewarnakan rambut, gemar bersosial malah menjalani kehidupan yang liar hanya fitnah pihak tertentu yang sengaja mahu mencemarkan nama baik anaknya.

“Pelajaran anak saya tidak terjejas pun. Dia kini dalam proses menerbitkan buku yang akan digunakan oleh pelajar perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan yang dihasilkannya dengan bimbingan profesor di sana.

“Empat kajiannya telah diterbitkan sebagai jurnal dan dia akan menjalani praktikal di Oxford bermula November ini,” katanya.

Ditanya sama ada anaknya tahu mengenai gelombang fitnah itu yang mula membadai laman maya sejak beberapa hari lalu, Sabariah berkata, Nur Amalina yang memaklumkan kepadanya akan hal itu.

“Dia beritahu saya malam Isnin lalu, ketika kami berhubung menerusi Skype. Ina (Amalina) kata dia terima 800 permohonan rakan baru Facebook dari Malaysia. Rupa-rupanya yang ramai itu kerana ada isu gambar dia. Tetapi dia ketawa saja,” katanya.

Sabariah yakin, anaknya cukup kuat untuk menangani hal itu.

“Saya sendiri harap penga­jiannya tidak terjejas. Saya pernah menitis air mata sewaktu mengunjunginya di sana apabila melihat dia tekun ulang kaji pelajaran hingga jam 3 pagi di perpustakaan universiti dengan hanya ditemani pengawal keselamatan. Katanya, itu kehidupan yang dia lalui hampir setiap hari,” katanya.

Kata Sabariah, kali terakhir mereka bertemu, 10 Disember lalu ketika dia ke sana untuk meraikan hari kelahiran Nur Amalina.

Gadis itu dijadual akan menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan Mei tahun depan.

“Kepada pihak yang sewenang-wenang melempar dan menyebar fitnah terhadap anak saya, saya harap mereka boleh fikir dan timbang, bagaimana jika gambar peribadi mereka sendiri, atau anggota keluarga mereka diceroboh, disebar dan difitnah yang bukan-bukan? Saya harap mereka dapat fikir. Itulah perasaan saya sekarang, sangat terkilan,” katanya.

Selasa, 3 Januari 2012

Pelajar Cemerlang SPM 2004,Nur Amalina Che Bakri melalui fasa kejutan budaya?





Suatu ketika dahulu, gadis ini berjaya merangkul anugerah pelajar pintar Malaysia tahun 2004 kerana berjaya mendapat 17 A1.

Berjaya melanjutkan pelajaran ke Luar Negara, Amalina kini dilihat sudah seperti orang negro barat... dengan rambut kuning ala-ala warna rambut Beyonce.

Amalina kelihatan memakai seluar legging yang "see through" dekat coraknya. Dia dikatakan sudah hilang jati diri seorang Melayu .


CPs rasa mungkin ini adalah satu fasa di mana Amalina mengalami kejutan budaya untuk menyesuaikan diri di sana.. nak nampak barat, glemour , nak rasa moden..huh

Sebenarnya kalau nak nampak moden atau nak fit-in boleh saja, tapi berpada-padalah jangan sampai nampak terlalu menjolok mata, sebab sebelum ni dia dikenali sebagai pelajar muslimah bertudung... Ramai saja kenalan CPs yang belajar oversea, berpakaian fashionable tetapi tetap sopan , moden dan nampak anggun.



Tapi tak dinafikan ada jugak yang macam berubah jadi lebih "sosial' gitu..

Amalina budak bijak, pasti dia tahu kenapa ramai terkejut kerana dia merupakan pelajar contoh. Jangan ambil mudah dengan hanya berkat Apa Aku Kisah.

CPs : Kejutan budaya ini terkadang boleh merobohkan moral kita.