Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Selasa, 21 Mei 2013

Zahid: Dalang pencerobohan Lahad Datu tak akan didedah


 
Tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

"Semua dokumen dan maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang diteliti... kami iaitu Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pertahanan akan adakan mesyuarat dengan pihak peguam negara untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.

"Saya tidak berhajat untuk menamakan individu terlibat iaitu dua dari semenanjung dan seorang dari Sabah sebab saya tidak mahu berlakunya satu keadaan prasangka atau prejudis bila kes ini dibawa ke mahkamah," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja pertama ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di ibu negara, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau mengulas kenyataan Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee semalam, yang mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.

Sebelum ini, Ahmad Zahid ketika menjadi Menteri Pertahanan berkata kementeriannya telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Ahmad Zahid juga sebelum ini dipetik sebagai berkata, masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut adalah selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.

-Bernama 
 
CPs:
 
Tragedi ini bagi CPs nampak benar berkait rapat dengan PRU13, CPs tak berani menuduh pihak mana yang menangguk di air keruh tetap rakyat jelata pasti dapat mengecamnya. Bolehkah orang berperang siap dengan kereta kebal; jet perjuang pun musuh negara dengan senjata canggih; yang terkorban bukan sedikit = di pihak lawan juga musuh negara. TIBA-TIBA bila pilihan raya boleh senyap sepi. Macam main aci tak aci pula.
 
Kini macam sudah berakhir perang ini; sedangkan yang menjadi korban; warisnya di pihak perwira negara pun di pihak musuh sana; apakah sekadar biasa-biasa. 
 
Pasti semakin ramai akan mengatakan ini cuma satu yang terancang demi mendapatkan kuasa menjelang PRU. (Mendapatkan kuasa bermaksud; di pihak BN juga PR... siapa lebih disyaki rakyat jelata? Apa ada kuasa luar lain yang menjadi dalang?)
  • Sabtu Ahad · Pengulas Tertinggi · UKM(Kej Awm)
    menjadikan lahad datu hikayat seribu satu malam.....pengorbanan nyawa manusie dibayar dengan wang ringgit yang tak seberape......usah ulangi bende2 yang tak boleh ditup pade akhirnye.....ia tetap terbongkar!
     

    • Zainal Abidin Zakaria · Pengulas Tertinggi · Management Degree
      Klu xnak dedah ok. Tp kenapa x tangkap dulu mereka2 yg disyaki tu? Baru dakwa dimahkamah. Ini kes jenayah berprofail tinggi dn blh dianggap memerangi Yg Dipertuan Agung. Klu skdr nk saman itu mcm kes x byr hutang jer..aku heran jugak dgn kenyataan Zahid ni...

     

Khamis, 16 Mei 2013

Cantiknya Merak ini

aku sekadar gagak di rimba
awak pula bak merak kayangan
tak sepadan tak sebaya

Rabu, 15 Mei 2013

Kelicap Menghisap madu

madu di bunga raya
bila dihisap madunya
bunga akan layu

Burung Kelicap

Ciri-ciri

Burung Kelicap Bakau ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Kelicap Bakau adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Kelicap Bakau tidak bergigi.

Burung Kelicap Belukar adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Kelicap Belukar adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Kelicap Belukar tidak bergigi.

Taburan

Burung Kelicap Belukar terdapat di Bangladesh, Bhutan, Brunei, Kemboja, China, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, Thailand, dan Vietnam.


Burung Kelicap Bukit

Burung Kelicap Bukit
frames
Pengelasan saintifik
-->
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Burung
Genus: Nectarinia
Spesies: N jugularis
Binomial: Nectarinia jugularis
Burung Kelicap Bukit atau juga dikenali sebagai burung Madu Sriganti adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Nectarinia jugularis.
Burung Kelicap Bukit, Cinnyris jugularis, merupakan spesies sunbird yang dijumpai dari Asia Selatan hingga Australia.

Burung sunbirds merupakan sekelompok burung passerine Dunia Lama yang amat kecil yang kebanyakannya makan madu, sungguhpun dia memakan serangga, terutama memberi makan anak burung. Penerbangan mereka pantas dan langsung pada sayap pendek mereka. Kebanyakan spesies boleh memakan madu dengan terkantung-kantung, tetapi biasanya bertenggek bagi makan bagi kebanyakan masa.

Burung jantan terkantung sambil makan
Burung Kelicap Bukit biasa terdapat di selatan China hingga ke Filipina dan Malaysia ke bawah sehingga timur laut Australia. Ia merupakan burung lagu terkecil, paling besar sepanjang 12 cm. Dalam kebanyakan spesies kecil, bahagian bawah kedua jantina jantan dan betina bewarna kuning terang, bahagian belakang bewarna perang malap. Di dahi, lengkuk dan atas dada jantan dewasa adalah gelap, belakang biru metalik. Di Filipina (ia dikenali sebagai "tamsi")[1] jantan sesetengah spesis kecil memiliki jalur kuning batapada dada, di Wallacea dan utara New Guinea sesetengah spesies kecil kebanyakannya memiliki bahagian bawah gelap, dan di selatan China dan bahagiang bersebelahan di Vietnam kebanyakan bahagian bawah jantan adalah putih-kelabu.

Berasal dari habitat paya bakau, burung Kelicap Bukit menyesuaikan diri dengan baik bersama manusia, dan kini biasa terdapat malah dikawasan berpenghuni padat, malah membuat sarang di kediaman manusia.
Burung Kelicap Bukit
Jantan

Burung Daun

 

 Ciri-ciri

Burung Daun Besar ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Daun Besar ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang dilitupi bulu pelepah. Paruh Burung Daun Besar tidak bergigi.

Penghuni tanpa diundang


Wartawan Sinar Harian
15 Mei 2013
Penghuni tanpa diundang
Rumah milik pekerja swasta yang dihuni oleh individu tidak dikenali.
ALOR GAJAH - Seorang pekerja swasta terkejut apabila mendapati rumahnya di kawasan pusat peranginan di sekitar daerah ini yang ditinggal dalam tempoh setahun diduduki individu tidak dikenali.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, pemilik rumah berkenaan, Zaleha Musa, 50, terkejut apabila melihat sebuah motosikal Modenas Kriss berada di dalam kawasan rumahnya.

Menurutnya, dia menggunakan kunci yang ada dalam simpanannya untuk masuk ke dalam rumah dan mendapati banyak barang berselerak di ruang tamu selain terdapat beg pakaian serta parang panjang.

"Saya periksa di segenap sudut rumah dan turut terkejut melihat bumbung siling rumah sudah pecah namun pintu hadapan masih lagi berkunci.

"Malah lebih mengejutkan apabila saya menemui bil elektrik tertunggak berjumlah RM1,607 dan bil air sebanyak RM500 serta bil elektrik milik rumah lain," katanya.

Zaleha berkata, kali terakhir dia meninjau rumahnya itu pada April tahun lalu dalam keadaan lengkap berperabot dan kelengkapan rumah lain selain memasang kunci baru.

"Saya bimbang rumah saya itu disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab dan besar kemungkinan ia disewa kepada individu lain tanpa pengetahuan saya.

"Lebih mencurigakan apabila saya lihat persekitaran rumah kotor dan berselerak menguatkan lagi jangkaan rumah saya menjadi lokasi penjenayah," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi berkata, berikutan kejadian itu polis menahan dua lelaki dalam kes ini bagi membantu siasatan.

Menurutnya, pemeriksaan polis di rumah berkenaan menemui dokumen seperti pasport milik warga Indonesia dan slip pemutihan disyaki penghuni kediaman berkenaan.

"Hasil maklumat itu, polis menahan seorang warga Indonesia dan seorang lagi warga tempatan berusia lingkungan awal 30-an bagi membantu siasatan.

"Kedua-dua suspek dipercayai menghuni vila berkenaan dan direman empat hari sehingga 16 Mei ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan," katanya.

Jurucakap pusat peranginan berkenaan pula berkata, pihaknya tidak akan membuat pemeriksaan atau pemantauan ke atas rumah persendirian di dalam kawasan berkenaan. 

“Mana-mana pemilik rumah persendirian dalam kawasan ini perlu memaklumkan kepada pihak resort mengenai status rumah yang ditinggalkan supaya tidak berlaku pencerobohan. 

“Pihak resort tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan harta benda persendirian melainkan ia dimaklumkan kepada pihak resort terlebih dahulu,” katanya.

Selasa, 14 Mei 2013

Bukti Perancangan Anwar, Misuari Dan Kiram...



Kande Mior telah mengongsi gambar Daeng Sri Wijaya Panghalimunan.
Kebenaran Terbongkar AkhirNya !!! Pencerobohan Lahad Datu sabah !!!
Bukti Perancangan Anwar, Misuari Dan Kiram...

SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA KE ATAS PENGLIBATAN ANWAR KE ATAS PENCEROBOHAN PENGGANAS KIRAM DI LAHAD DATU WAJAR DISEGERAKAN

affidavit Pendakwaan - Anwar , Misuari dan Kiram plaintiff dituntut tindakan khas undang2 malaysia agar hukuman setimpal dijatuhkan untuk mereka sebagai menuntut bela ke atas kematian anggota keselamatan dan keamanan yang terkorban.

16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam.

17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam.

18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS.

12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.

18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus.

2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG, NAJIB GOYANG."

1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAH NAK HILANG, NAJIB GOYANG."

17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara sulit di Laut Sulu.

29.1.2013 - Anwar meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG, NAJIB GOYANG."

7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R. Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence. Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence.

8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu, pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang. Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim.

9.2.2013 - Pendaratan pertama Pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 7.12am 2013.

– Pada hari yang sama juga, Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA.

12.2.2013 - Pencerobohan Lahad Datu berlaku di mana kira-kira 150 orang bersenjata berpakaian tentera menceroboh masuk ke Felda Sahabat, Lahad Datu.

16.2.2013 - Nurul Izzah Anwar memperlekeh Anggota Keselamatan.

19.2.2013 - Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram di sekitar Kg. tandou dan Kg. Tg. Batu di Lahad Datu.

- Pada hari yang sama, di Kuala Lumpur, Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina dan Sandiwara Umno.

- Kematian mendiang P Balasubramaniam (bekas anggota polis cawangan khas yang kemudian menjadi penyiasat persendirian) ada kaitan dengan pencerobohan lahad datu sabah yang cuba membocorkan rahsia sulit Anwar Ibrahim.

28.2.2013 - Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan kita.

- Anwar berharap dengan "peperangan" yang meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah. Anwar berharap PRU13 hanya akan diadakan di Semenanjung.

- Pada hari yang sama Anwar menyanyi dengan gembira lagu "SABAH DAH HILANG, NAJIB PUN HILANG"

1.3.2013 - Inqurer.Net, The Manila Times, Reuters, Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut "Tokoh Pemimpin Pembangkang" lebih jelas "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military Intelligence!

– Pada hari yang sama, Tian Chua mengatakan kes di Lahad Datu SANDIWARA UMNO!

2.3.2013 - Insiden tembak menembak di Kampung Simunul di Semporna di mana enam anggota polis terkorban dan enam lagi penceroboh terbunuh.
Seorang lagi penceroboh bersenjata, yang dikenal pasti oleh penduduk kampung sebagai seorang imam, juga dibunuh di Kampung Sinalang Lama oleh penduduk kampung selepas dia cuba menjadikan mereka sebagai tebusan.

3.3.2013 - Polis menyelamatkan mereka yang terperangkap dan mengambil mayat.

4.3.2013 - Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh "Tokoh Pembangkang" lebih tepatnya ialah "Anwar Ibrahim"!

5.3.2013 - ”Ops Daulat” dilancarkan.

6.3.2013 - Seorang pengganas bersenjata ditembak mati.

7.3.2013 - Anwar membayar Azlan Mohd. Lazim supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui Johari Abdul.

- Nur Misuari dalam FB nya menyatakan Kegembiraannya, Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar!

8.3.2013 - Jeneral Raja Muda Azzumuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan di Sabah terbunuh bersama 31 anggotanya dalam pertempuran di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.

9.3.2013 - Sultan Sulu Jamalul Kiram III memohon gencatan senjata secara unilateral susulan kematian sejumlah pengikutnya di tangan pasukan keselamatan Malaysia di pantai timur Sabah bagi mengelak lebih banyak kematian. Malaysia menolak gencatan senjata unilateral Sultan Jamalul Kiram III dan menuntut supaya pengikutnya di Kampung Tanduo, Lahad Datu menyerah diri tanpa syarat.

10.3.2013 - Ejen kami seorang Palaut yang terlatih, memaklumkan kepada kami bahawa Pengganas Azumudie sudah mati ditembak pengawal elitnya atau 4 orang askar MNLF.

- Sebuah lagi Media Internasional, Global Research mendedahkan "Anwar Ibrahim" dalang di sebalik Pencerobohan di Lahad Datu!

11.3.2013 - Pasukan tentera Filipina berjaya menangkap 38 Pengganas Kiram yang melarikan diri dari Lahad Datu, bersama-sama Senjata M16, senapang patah, pistol dan senjata tradisonal seperti parang dan pisau bersama sejumlah wang yang besar.

12.3.2013 - Wikileaks sekali lagi mendedahkan "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu.

13.3.2013 - Azmin Ali Mengakui Anwar memang ada menghubungi Nur Misuari!

15.3.2013 - PKR menyatakan sokongan kepada Harry Roque mengadakan Protes di Kedutaan Malaysia di Manila.

16.3.2013 - Setiausaha Luar Filipina mengesahkan mereka mempunyai Bukti Kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu!

20.3.2013 - Akhirnya, tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan, Anwar mengaku ada menemui Nur Misuari !

21.3.2013 - Pengganas Kiram didakwa di Mahkamah Tawau. Beberapa Pengganas Kiram menyatakan kepada Mahkamah mereka Diupah, Dibayar, Dijanjikan kedudukan, tanah dan bayaran.

22.3.2013 - Ejen Palaut kami di Kunak, Lahad Datu dan Semporna menyatakan Keluarga Pengganas Kiram di Filipina menuntut Ganti Rugi dari "Tokoh pembangkang Malaysia", lebih tepat "Anwar Ibrahim.".

24.3.2013 - Panglima tentera Sulu yang ditangkap bersama isterinya di Semporna ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram yang juga menteri pertahanan Sulu bertindak sebagai panglima yang memberi arahan sepanjang pencerobohan.

25.3.2013 - Seorang pengganas Sulu ditahan selepas
menyerah diri ketika terserempak dengan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan di Tanjung Batu.

26.3.2013 - Balu2 anggota keselamatan masih bersedih kematian suami mereka.

p/s walau kita bukan di barisan hadapan, kita adalah pejuang membongkar kejahatan pakatan pembangkang. Al - Fatihah kepada anggota keselamatan kita yang terkorban.


CPs:

Jika ini benar sepatutnya BN telah sedari awal umumkan siapa dalangnya agar masa PRU13 akan tak timbul hilang undi popular.  RM23 juta diberikan untuk berlakunya perang; banyaknya duit DS Anwar.  Jika Yeop Mior ni fikir kalaulah DS Anwar ada duit sebanyak tu tak payah banyak ambil 3 juta dah cukup dia duduk rumah cduit banyak tu makan tak habis;berhenti dari jadi orang politik .  Tak asyik kena aib & keluar masuk mahkamah.

Jika benarlah bermotif politik kenapa semasa PRU13 tiada pun serangan agar semua pengundi takut keluar mengundi. Misteri. Yeop Mior ni dapat maklumat dari siapa eh. CPs tak pernah memihak mana-mana parti politik sebab banyak maklumat kontras. BN kata lain; PR pula kata lain.