Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Rabu, 3 April 2013

Laut Sulu 6

Jernihnya air Laut Sulu

Laut Sulu 5

Batu di tepian pantai ini bagaikan keramat

Laut Sulu 4

Laut Sulu sentiasa punyai pantai yang cantik

Pelacur Mati Ketika Seks Hidup Semula


SEORANG pelacur yang mati ketika mengadakan seks bangkit dan menjerit ketika dia hendak dibawa keluar dalam keranda dari sebuah hotel.

Kejadian berlaku di Hotel Manor di Bulawayo apabila wanita berkenaan, MaNadlo yang melacur di hotel itu pengsan dan dikatakan mati ketika mengadakan seks dengan seorang pelanggan.
Bagaimanapun, ketika mayatnya diletakkan di dalam keranda, dia tiba-tiba terjaga dan menjerit: “Kamu hendak membunuh saya?”

Orang ramai yang berkerumun untuk melihat mayat wanita itu diusung keluar bertempiaran lari apabila dia bangkit.

“Ia seperti dalam filem. Orang ramai berlari kerana ketakutan. Ia kejadian yang menakutkan kerana kami yakin dia mati memandangkan tubuhnya kaku macam mayat. Sungguh ajaib,” kata seorang saksi.

Menurutnya polis berjaya mententeramkan wanita berkenaan. (Mymetro)

Siasat Semua Penerima Pingat Sulu

PENAHANAN Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sewajarnya membuka mata semua pihak, terutama penerima pingat kebesaran daripada Kesultanan Sulu.

Ketua Penerangan AMK Parti Keadilan Rakyat Sabah, Citra Masadi berkata demikian ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi yang menyokong tindakan pihak Polis menahan Ridzwan di bawah SOSMA.

 "Para penerima pingat darjah kebesaran Kesultanan Sulu sebenarnya adalah pengkhianat negara kerana membiayai keganasan dan sekaligus menderhaka kepada DYMM Yang DiPertuan Agong," kata Citra yang merujuk salah seorang penerima pingat berkenaan ialah Datuk Seri Utama Mohd Jeffry Rosman, Pengerusi Pribumis.

Citra memetik kenyataan Datu Mudarasulail Kiram yang disiarkan Berita Harian pada 27 Februari 2009 bahawa Darjah Kebesaran Kesultanan Sulu Dijual antara RM80,000 sehingga RM220,000 oleh pihak tertentu di Malaysia.

Dalam laporan akhbar berkenaan, kata Citra, seorang lelaki yang mendakwa waris Kesultanan Sulu mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran Kesultanan Sulu yang akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 28 Februari tahun yang sama.

Kata Citra, akhbar berkenaan juga melaporkan bahawa Mudarasulail Kiram mendakwa, kononnya Sultan Sulu akan menganugerahkan lima jenis darjah kebesaran Kesultanan Sulu kepada penerima yang didakwanya `membeli' anugerah berkenaan.

Majlis yang kononnya dianjurkan Sultan Sulu itu tidak akan diadakan kerana Sultan Sulu yang sebenar tidak wujud selepas kematian Sultan Mohd Mahakuttah A Kiram yang memerintah dari 1972 hingga 1986.

"Jika benar kesultanan itu masih wujud, saya percaya pemberian darjah kebesaran itu dibuat secara terpilih berdasarkan sumbangan mereka kepada kerajaan, bukan menjualnya dengan harga tertentu," kata Mudarasulail sebagaimana yang disiarkan Berita Harian.

Kata Citra, Mudarasulail mendakwa, darjah Datuk Seri Panglima Diraja Sulu (SPDS) ditawarkan pada harga RM220,000; selain Datuk Bendahara Diraja Sulu (DBDS) (RM150,000); Datuk Paduka Diraja Sulu (DPDS) (RM120,000); Datuk Pangeran Sultan Sulu (DPSS) (RM80,000) dan Datin Seri Sultan Sulu (DSSS) (RM80,000).

Menurut Citra, pihaknya mendapat tahu bahawa Setiausaha sulit Sultan Rodinood Kiram, Datuk Eddy Thomas dan Penasihat Sultan Jamalul Kiram III, Dato Onn Ariffin yang terlibat menjaja Darjah Kebesaran Kesultanan Sulu 'yang tiada kedaulatan' itu.

"Polis sewajarnya turut menjejaki Dato' Onn Ariffin bagi membantu siasatan kerana penglibatan beliau sebagai Penasihat Khas Sultan Sulu Paduka Mahashari Maulana al Sultan Mohammad Jamalul Kiram III ibni Almarhum Sultan Punjungan al Shariful Hashim yang kini dilabelkan sebagai Ketua Pengganas dalam insiden Tanduo," ujar Citra yang percaya Onn telah melarikan diri dan bersembunyi di Jakarta.

Kata Citra, Onn sepatutnya bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia sekiranya beliau tidak terlibat dan tidak bersalah dengan Insiden Tanduo kerana kedudukan beliau sebagai Penasihat Khas kepada Jamalul Kiram III.

"Kita kesal kerana Onn adalah suami kepada Mantan Menteri Kabinet Sabah, Datuk Dayang Mahani Ahmad Raffae telah bertindak sebagai Penasihat Khas Jamalul Kiram III dan menjadi pengiring Sultan Palsu berkenaan ketika Majlis Pernikahan anak DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir tahun lalu," kata Citra yang mendesak Pesuruhjaya Polis Sabah tidak memilih bulu dengan memanggil Onn Ariffin memberi keterangan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam Insiden Tanduo dan Ops Daulat.

Polis juga kata Citra, sewajarnya memanggil kesemua penerima darjah kebesaran Sulu di Malaysia terutama daripada Jamalul Kiram III dan semua Sultan Palsu yang lain kerana bersubahat dan membiayai keganasan.

"AMK menyifatkan semua penerima Darjah Kebesaran Sulu, terutama yang membeli pingat Dato Seri Utama atau Dato Seri Panglima agar tampil memberi keterangan secara sukarela bagi membantu polis menghapuskan keganasan di Sabah," kata Citra yang memiliki senarai 300 penerima Darjah Kebesaran Sulu yang akan dikemukakan kemudian.

Oleh : MUTALIB M.D (Sabahkini)

Lahad Datu : Ada Penglibatan Politik ‘Luar Biasa'


Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein membayangkan wujud penglibatan politik luar biasa dalam operasi pasukan keselamatan dalam menangani pencerobahan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN tengah hari tadi, beliau berkata, ada sesuatu yang tidak kena dalam cara kerajaan menangani konflik itu.

“Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan profesion tentera, saya lihat peristiwa di Lahad Datu membayangkan ada penglibatan politik yang luar biasa dalam operasi yang sedang dijalankan,”

“Pertama, kita ada panglima (ATM) di Sabah, ada dua markas tentera di sana. Jadi kalau kita lihat dari segi ‘Command and Control’, tugasan (di Lahad Datu) patut diserah kepada mereka.

“Ini kerana mereka lebih arif dengan keadaan tanah, jalan dan kawasan yang mungkin terdedah kepada ancaman,” katanya.

Namun, Md Hashim berkata, pasukan yang dikerah pada peringkat awal di sana kebanyakannya dari semenanjung Malaysia.

“Pada awalnya di Kampung Tanduo, unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Semenanjung yang ditugaskan,” katanya lagi.

Tambahan pula, bilangan penceroboh yang masuk ke Lahad Datu tidaklah terlalu ramai dan pasukan keselamatan yang sudah ada di sana sepatutnya dapat menghadapinya.

“Kenapa kita tugaskan pemerintahan tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM untuk pergi ke sana?

“(Jadi) inilah yang saya lihat tidak kena (dalam cara kerajaan tangani insiden Lahad Datu),” katanya lagi.

Menurut Bernama, sehingga kini, jumlah pengganas Sulu yang ditembak mati adalah 67, manakala jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berjumlah 111 orang.

Krisis Sabah, Rakyat Filipina Marah?


SEMPORNA : Tindakan pemimpin puak pengganas Sulu Jamalul Kiram III yang menceroboh Sabah dan menyerang pasukan keselamatan bermula 12 Februari lalu bukan sahaja mencetuskan kemarahan rakyat negeri ini tetapi juga kepada penduduk di selatan Filipina.

Satu sumber berkata, penduduk yang kebanyakannya beragama Islam di selatan Filipina dan bekerja sebagai nelayan mula terjejas kerana tidak boleh lagi menyusup masuk ke perairan Sabah untuk menangkap ikan.

Sejak tercetus krisis itu, pasukan keselamatan Malaysia mempertingkatkan kawalan di perairan negara dan tidak membenarkan nelayan dari negara jiran itu mendekati perairan Sabah.

"Kawalan keselamatan di perairan negara dipertingkat sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghalang puak pengganas melarikan diri dari Sabah atau masuk ke negara ini.

"Tindakan pasukan keselamatan itu sekali gus menjejaskan nelayan Filipina yang sebelum ini lebih mudah mencari rezeki di sekitar perairan Sabah," kata sumber itu lagi. -Sabahkini