Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Ahad, 18 November 2012

Kempen 'Katakan Tidak' pada rokok beri kesan bertentangan

London: Kempen Katakan Tidak (Just Say No) bertujuan menghentikan orang ramai daripada merokok dan mengambil minuman keras mungkin memberikan kesan bertentangan, kata penyelidik.

Walaupun badan kesihatan sering kali menyiarkan iklan dan papan tanda memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak minum, merokok dan mengambil dadah, minda tidak sedar manusia sering kali gagal menyedari kesan negatif terhadap mesej itu, lapor akhbar Telegraf. 
 
Ini bermakna tanda jangan merokok atau jangan memandu ketika mabuk yang diletakkan di pub atau restoran tanpa diberikan perhatian khusus sebenarnya boleh menggalakkan berbanding menghalang daripada melakukannya.

Penyelidik dari Universiti Oxford mendapati, perokok menunjukkan minat lebih tinggi kepada rokok selepas ditunjukkan dengan satu siri imej yang mengandungi papan tanda jangan merokok.

Hasilnya menunjukkan bahawa kempen antirokok dan tabiat tidak sihat lain secara ironiknya boleh mencetuskan sikap sebaliknya.

Premis perniagaan di England bertanggungjawab meletakkan tanda larangan merokok di premis bebas rokok serta kenderaan sebagai sebahagian daripada peraturan bebas rokok yang diperkenalkan pada 2007.

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa isyarat alam sekitar boleh mengawal tindakan otak.

Tetapi Brian Earp dan rakannya mendapati manusia cenderung mengabaikan kata-kata seperti jangan dan jangan memandu ketika mabuk apabila tidak memberikan tumpuan penuh.

Mereka menulis: Secara tidak sedar atau proses automatik, tidak baik sering kali dilihat sebagai baik dan tidak buruk sebagai buruk. Konsep runding cara tidak berlaku secara automatik tetapi memerlukan usaha kognitif.

Agensi

'Orang boleh cakap apa saja'



PEMAIN skuad kebangsaan membantu nelayan menarik pukat menjelang Piala  Suzuki AFF minggu depan  di Pulau Pangkor, semalam. - Foto Farhan Najib 
 
 PEMAIN skuad kebangsaan membantu nelayan menarik pukat menjelang Piala Suzuki AFF minggu depan di Pulau Pangkor, semalam. - Foto Farhan Najib
 
Pangkor: Pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal tidak menghiraukan kecaman dan kritikan dilemparkan terhadapnya berikutan prestasi hambar anak buahnya menjelang sepak mula kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 di Bukit Jalil, mulai Ahad depan.

Sebaliknya Rajagobal tetap menumpukan sepenuh perhatian terhadap perjuangan anak buahnya mempertahankan piala dimenangi dua tahun lalu.

Biarlah apa orang nak kata dan cakap, saya tetap memberi tumpuan penuh kepada misi mempertahankan gelaran. Saya yakin anak buah saya akan memberi persembahan terbaik apabila kejohanan bermula nanti.

Hentikanlah tindakan menghukum pasukan sebelum sempat mereka bertanding dalam kejohanan sebenar, katanya ketika ditemui di Pulau Pangkor Beach Resort, semalam.

Jurulatih itu menyelar tindakan segelintir pihak yang pada pendapatnya hanya gemar mengkritik tetapi tidak memberi sumbangan ke arah pembangunan bola sepak negara.

Walaupun jurulatih berusia 56 tahun itu mengakui pencapaian anak buahnya dalam perlawanan persahabatan setakat ini kurang memberangsangkan, ia tidak boleh dijadikan penyebab menghentam pasukan.

Inilah pemain yang melakarkan kejayaan gemilang muncul juara Sukan SEA dan kemudian memenangi Piala Suzuki AFF selepas 14 tahun, katanya.

Mengenai kedatangan ke Pulau Pangkor, Rajagobal berkata ia bukan kerana hendak lari daripada sebarang tekanan sebaliknya bertujuan memberi peluang merehatkan minda dan motivasi kepada pemain.

Bayi berusia 18 bulan maut dalam serangan Israel ke atas Gaza



 
 
GAZA: Bayi berusia 18 bulan maut dalam serangan terbaru Israel di tengah Gaza dan mencederakan dua adik beradik hari ini, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan.

Bayi malang itu bernama Iyyad Abu Khusa.

"Bayi berusia 18 bulan terbunuh dalam serangandi timur Bureij (khemah pelarian) di tengah Gaza," kata jurucakap, Adham Abu Selmiya.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata, dua kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan masing-masing berusia empat dan lima tahun dikatakan "dalam keadaan kritikal".

Serangan terbaru Israel itu menjadikan angka kematian sejak Rabu lalu kepada 47 orang manakala lebih 450 cedera. - AFP

Obama ulangi pendirian AS sokong Israel

  
PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama, diapit Speaker Dewan, John Boehner dari Ohio, (kiri), dan Pemimpin Majoriti Senat, Harry Reid Nev, ketika ditemubual pemberita di Bilik Roosevelt, Rumah Putih di Washington selepas selesai mesyuarat bagi membincangkan isu defisit dan ekonomi negara itu. - Foto AP  
PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama, diapit Speaker Dewan, John Boehner dari Ohio, (kiri), dan Pemimpin Majoriti Senat, Harry Reid Nev, ketika ditemubual pemberita di Bilik Roosevelt, Rumah Putih di Washington selepas selesai mesyuarat bagi membincangkan isu defisit dan ekonomi negara itu. - Foto AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama hari ini mengulangi pendirian bahawa negara itu menyokong hak Israel untuk mempertahankan negaranya.

Pendirian itu ditegaskan Obama dalam perbualan bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menyentuh mengenai konflik di Gaza.

“Presiden menegaskan sokongan Amerika terhadap Israel untuk mempertahankan diri dan menyatakan kekecewaan terhadap kehilangan banyak nyawa orang awam Israel dan Palestin," kata satu kenyataan Rumah Putih.

Netanyahu yang mengambil inisiatif membuat panggilan itu juga menyatakan terima kasihnya kepada pelaburan Amerika dalam pengeluaran roket Iron Dome dan sistem pertahanan mortar Israel.

Beliau berkata, kedua-dua sistem pertahanan itu amat berkesan dalam membendung dan menewaskan serangan roket dari Gaza serta menyelamatkan banyak nyawa penduduk Israel.

Obama turut berbual dengan Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang menyatakan kekecawaannya mengenai kehilangan nyawa penduduk Israel dan Palestin dan mahu agar krisis terbaru itu segera diselesaikan. - AFP

Khamis, 8 November 2012

Imej Hantu Muncul Dihospital Melaka


Seorang jururawat terkejut setelah dia merakam imej lembaga wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta di sini 25 Oktober lalu.



IMEJ seorang wanita berambut panjang (dalam bulatan) yang dirakam dengan telefon bimbit oleh seorang jururawat ketika kerja-kerja penyelenggaraan lif di sebuah hospital swasta di Melaka baru-baru ini.

Jururawat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hailie, 26, berkata, imej misteri itu dirakam pada pukul 7.20 malam Jumaat lalu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang menunggu lif untuk menghantar pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan.

Menurutnya, sementara menunggu ketibaan lif, dia mengambil gambar kerja-kerja penyelenggaraan lif yang sedang dilakukan di situ.

“Pada mulanya, saya tidak mengesyaki sesuatu yang luar biasa pada gambar ini kerana ia sedikit kabur sehingga menyebabkan saya terpaksa mengambil tiga keping gambar.

Isnin, 1 Oktober 2012

10 orang muncul di KLCC untuk Hari Leher-V


  • Zulaikha Zulkifli
  • 7:39PM Sep 30 2012
 
dikemaskini Seramai 10 orang aktivis hadir untuk pertemuan bagi sambutan Hari Leher-V di satu kawasan taman Kuala Lumpur City Center (KLCC) hari ini namun ia tidak berlangsung lama apabila pihak keselamatan muncul petang ini.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 5.45 petang itu, dua orang pengawal keselamatan Suria KLCC mendekati petugas Malaysiakini dan wakil AFP yang membuat liputan pertemuan tersebut dan melarang daripada membuat rakaman video.
NONEPengawal keselamatan itu kemudiannya membawa dua daripada 10 orang wakil aktivis berkenaan dengan membonceng motosikal ke satu lokasi, didakwa untuk menemui penyelia mereka.
Seorang daripadanya, Adam Sharizman, 19, kemudiannya kembali menyertai aktivis lain selang 15 minit kemudian bersama seorang rakannya yang enggan dinamakan.
Petugas media menemubual aktivis berkenaan dengan pengawasan pengawal tersebut.
Dalam pertemuan singkat bersama penyelia keselamatan tersebut, Adam berkata beliau diberitahu bahawa petugas media perlu memohon permit untuk membuat rakaman video.
"Untuk merakam video kamu perlu memohon permit. Itu pihak pengurusan beritahu masa kami jumpa dia," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Menurutnya lagi, beliau juga diberitahu bahawa taman KLCC merupakan harta persendirian dibawah pengurusan KLCC dan bukan tempat awam.

NONEJelas Adam (paling kanan), beliau menyertai pertemuan hari ini untuk memberi kesedaran bahawa tindakan diskriminasi terhadap individu gay adalah perkara yang tidak wajar.

"Saya buat (perhimpunan) ini kerana betapa teruknya diskriminasi ini (dalam) masyarakat. Saya ada beberapa kawan yang sebahagian daripada LGBT. Kita sepatutnya menunjukkan sokongan pada mereka.

"Dan saya buat perjumpaan hari ini lebih kepada suka-suka, bukan untuk menentang kerajaan," katanya lagi.

Seorang lagi peserta lagi, Amri Abu, 28, berkata beliau hadir pada petang ini bagi membantah stereotaip  ke atas golongan gay – seperti memakai baju leher-V.

Menurut Amri, pendedahan garis panduan tersebut seperti membenarkan masyarakat dan kanak-kanak untuk membuli golongan LGBT, katanya.

NONE"Semua orang adalah sama. Garis panduan itu seperti memberi kebenaran untuk masyarakat dan kanak-kanak menggalakkan buli. Saya tak rasa ia wajar," katanya.
Kumpulan berkenaan bersurai pada kira-kira jam 6.15 petang.
Portal antarabangsa pergerakan LGBT Gay Star News pada 17 September melaporkan, Hari Leher-V kebangsaan diadakan pada 1 Oktober sebagai reaksi ke atas dakwaan bahawa kerajaan menyokong garis panduan untuk mengenalpasti golongan itu.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi dalam kenyataan pada hari Khamis lalu berpendapat penganjuran Hari Leher-V itu sebagai cubaan mempersendakan kerajaan.
Pada 13 September lalu, akhbar Sin Chew Daily melaporkan menteri pelajaran menyokong "garis panduan" kepada ibu bapa untuk mengenalpasti "simptom" gay dan lesbian pada anak mereka bagi mengambil langkah membetulkan keadaan.

Antara simptom itu, menurut harian berbahasa Cina itu, mempunyai badan sasa, suka menunjukkan aset di badan, memakai baju dengan leher-V.

Siswa tidak termasuk kategori penerima BR1M



  • Bernama
  • 5:28PM Okt 1 2012
Pejabat Menteri Kewangan hari ini menjelaskan bahawa pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.
  
Pelajar IPT bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara, demikian menurut kenyataan Kementerian Kewangan yang dikeluarkan hari ini.
  
"Program Baucar Buku 1Malaysia yang dulunya bernilai RM200, adalah kesinambungan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kos membeli buku kepada para pelajar dan melibatkan peruntukan sebanyak RM325 juta," menurut kenyataan itu.
  
Penjelasan itu dibuat susulan beberapa laporan akhbar hari ini berhubung pemberian BR1M 2.0, yang menyebut bahawa golongan siswazah dan penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun ke atas, layak menerima bantuan itu.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2013 pada Jumaat lepas memaklumkan bahawa di bawah projek BR1M 2.0, hanya isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM500.
  
Bantuan itu kali ini turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, dan mereka layak menerima bantuan sebanyak RM250.

- Bernama