Sikap terlalu memuja pemain import dari luar (Leonel Nunez) telah membuatkan permainan Johor Darul Takzim (JDT) hambar. Aku bukan penyokong JDT memang sjak awal aku memilah Kelantan; biar pun aku turun ke satadium tahun lalu sokong Sime Darby.
Tak sepatutnya Safee Sali dijadikan mangsa bila silap percaturan. Fandi memang patut belajar jadi Jurulatih yang lebih matang; cer baca apa kata penyokong JDT.
"Mohd Azim Mmg
fandi taktikal xde.. Bukan menang sorak kalah kutuk tapi ada otak
fikirkan lah.. Andre nampak ada permainan tapi safik yg xde funtion bole
main lg.. Safee xde midfild hantar bola kt dia pastu kena keluar???
Apakah taktikal ni???"
"Nizam Sahid Tukar coach...fandi cmpk je kt sungai segget..."
Semua tahu Safee ni pemain berbakat & bukan murah untuk mendapatkan khidmatnya. Ada ke patut dia diletakkan sorang di atas tak siapa kasi boleh kepada dia kemudian diaibkan dengan bermain sekitar 15 mini sahaja. Ini bagiku menghina atau cuba menjatuhkan kewibaan Safee Sali; Atau pakah JDT terlalu ramai membeli penyerang?. Jika ramai pun kasilah bermain sekitar 30 minit. Jika aku jadi Safee nak ambil pingat ke pentas pun aku malu (nampak satu pingat berlebih) cer kasi tahu apakah Safee ambil pingat itu?.
Yang menjadi lagi tercabar buat Safee penggantinya adalah pemain berat badan; dua kali aku lihat telah cuba himpit Apek; sekali tu nampak sampai nak menyiku Apek. Hebat sangatkah sejarah Leonel Nunez ini?. Dia pemain luar kenapa nak kita puja sangat. Apakah ada masalah komunikasi antara Safee & si Fandi anak Singapura ini.?
Aku yang tak sokong JDT pun rasa kecewa; bayangkan penyokong beli tiket bukan murah pasti ramai nak lihat Safee Sali bermain1 berbanding Mat Salleh yang penuh tattoo tu. Jika kasi Safee main separuh masa pun pasti dapat memuaskan hati penyokong. Mat Yo pun tak bermain lincah sebab masalah pemain tengah yang tak berfungsi atau menghantar bola ke ruang pihak lawan.
Teringat Raja Gopal yang sering kecewakan hati Apek yang sering duduk tepi padang; akhirnya pasukan kita Malaysia tak ke mana. Memang Jurulatih kena hebat & dapat menggunakan bakat pemain jangan ada sikap pilih kasih.
Kelantan menang tipis 1- 0 mengekalkan juara bertahan tahun kedua.
Translate
Bantu
Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini
Sabtu, 29 Jun 2013
Penyokong Johor DT 'terkandas' di stadium Larkin
SEBAHAGIAN penyokong tegar Johor DT
hampa apabila pihak penganjur gagal menyediakan bas dan tiket walaupun
telah membayarnya, di perkarangan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin,
Johor Bahru hari ini. - UTUSAN
Ada di antara mereka yang sanggup datang ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin iaitu tempat mereka berkumpul sebelum berangkat, seawal 6 pagi untuk menyertai konvoi tiga bas bagi menyaksikan perlawanan bersejarah itu.
Difahamkan kesemua penyokong terbabit membayar sebanyak RM110 seorang kepada pihak penganjur bagi segala urusan tiket perlawanan serta pengangkutan ke Bukit Jalil.
Penganjur program, Mohd. Syafiq Zarif Zainuddin yang tiba di stadium tersebut pada pukul 11 pagi cuba menenangkan para penyokong bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini berlaku.
Dia datang ke pekarangan stadium untuk menguruskan perjalanan segala perkara berkaitan pengangkutan tetapi tidak menjangka perkara seperti itu berlaku.
"Sepatutnya mereka pergi menaiki tiga buah bas iaitu dua bas penuh dan sebuah bas lagi akan memuatkan separuh daripada mereka tapi bas yang dijanjikan tidak sampai. Saya memohon maaf kepada semua yang terlibat di dalam insiden ini," katanya.
Dia kemudiannya memulangkan semula kesemua wang para penyokong yang terlibat. - UTUSAN ONLINE
© Utusan Melayu (M) Bhd
Penonton tanah air bakal disaji kelibat 2 pasukan sama hebat
Kuala Lumpur: Kelantan diramal mampu mempertahankan kejuaraan Piala FA ketika berdepan Johor Darul Takzim (DT) pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Bagi saya kedua-dua pasukan sama hebat tetapi Kelantan mempunyai pengalaman beraksi di pentas final di mana ini akan membantu mereka untuk menangani cabaran dari Johor DT,” Datuk M Karathu, bekas jurulatih Kelantan
Johor DT sebaliknya, walaupun dibarisi pemain bintang seperti Norshahrul Idlan Talaha, Leonel Nunez, Nurul Azwan Roya, Andrezinho dan Safee Sali, terpaksa akur dengan ketiadaan pertahanan kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Radzak yang digantung perlawanan.
Faktor Mat Yo, Awe
Bagaimanapun, faktor Matyo (Norshahrul) dan Awe (Nurul Azwan) - dua bekas pemain Kelantan yang berhijrah ke Johor musim ini - mampu menampilkan kejutan kerana kedua-duanya bersemangat untuk membuktikan sesuatu bersama pasukan baru.
Apapun aksi di atas padang akan menentukan keputusan, bukan apa yang tertera di atas kertas. Percaturan jurulatih Kelantan, Bojan Hodak dan jurulatih Johor DT, Fandi, serta kemampuan anak buah masing-masing melaksanakan arahan bakal menjadi penentu pasukan mana muncul juara malam ini.
Jurulatih Tentera, B Sathianathan, berkata kelebihan berpihak kepada Kelantan kerana mereka mempunyai pengalaman beraksi di pentas final dan masih segar dengan kejayaan menjulang trofi tahun lalu.
“Sekalipun Johor mempunyai ramai pemain berbakat, mereka tidak pernah beraksi di pentas final sebelum ini dan ia agak menyukarkan mereka.
“Perlawanan pasti sengit dan hebat. Saya rasa ia akan berlanjutan hingga sepakan penalti,” katanya semalam.
Bagi jurulatih Pahang, Dollah Salleh, kedua-dua pasukan sama hebat dan ada kelebihan masing-masing, tetapi jika berpandu kepada pengalaman, ia memihak Kelantan kerana ini kali ketiga mereka ke final.
“Tidak boleh dinafikan, pengalaman itu akan banyak membantu mereka pada perlawanan itu nanti. Selain itu, Johor DT saya rasa bakal berdepan masalah terutama di bahagian pertahanan dengan ketiadaan Aidil Zafuan Abd Razak yang digantung perlawanan,” katanya.
'Serangan Johor DT, Kelantan seimbang'
Datuk M Karathu (gambar), bekas jurulatih Kelantan, berkata jika dilihat di bahagian serangan, Johor DT dan Kelantan tampak seimbang.
“Johor DT mempunyai Norshahrul yang berada pada kemuncak prestasinya, Safee dan Nunez. Kelantan pula mempertaruhkan Indra Putra, Norfarhan dan Faiz Subri.
Sama hebat
“Bagi saya kedua-dua pasukan sama hebat tetapi Kelantan mempunyai pengalaman beraksi di pentas final di mana ini akan membantu mereka untuk menangani cabaran dari Johor DT,” katanya.
Jurulatih Harimau Muda B, Razip Ismail, berkata berdasarkan pengalaman, sudah tentu Kelantan mempunyai kelebihan kerana pernah beraksi di pentas final.
“Namun, itu tidak boleh dijadikan sandaran pada kali ini. Saya memilih Johor DT untuk menang.
“Ini kerana ada antara pemain mereka seperti Norshahrul dan Nunez yang boleh mengubah final kali ini untuk menjadi juara. Saya menjangkakan Johor DT akan menjadi juara musim ini dengan kemenangan 2-1,” katanya.
PENYERANG KEBANGSAAN SAH MILIK THE RED WARRIORS
Fakri Saarani akan mula mewakili pasukan pada April ini apabila pendaftaran pemain kembali dibuka.
Fakri Saarani yang juga dilahirkan di Kelantan pernah menyarung jersi pasukan Negeri Sembilan, Felda dan Perlis.
Selamat Datang kepada Fakri Saarani.Semoga Maju Jaya
Fandi yakin cipta kejutan
Kuala Lumpur: Jurulatih pasukan Johor Darul Takzim (DT), Fandi Ahmad
yakin anak-anak buahnya akan membuat kejutan mengatasi Kelantan pada
final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
Dalam nada serius, beliau hanya akan memilih pemain pemain benar-benar cergas dan memberikan komitmen 100 peratus menghadapi skuad The Red Warriors diletakkan selaku pilihan.
“Saya masih belum menyenaraikan kesebelasan terbaik untuk perlawanan esok (hari ini). Prestasi pemain akan dinilai pada sesi latihan hari ini (semalam).
“Bagi saya, ini final Piala FA adalah pertarungan dan komitmen 100
peratus menjadi keutamaan. Misi kami hadir ke Bukit Jalil adalah untuk
bergelar juara. Kami akan membuat kejutan dan mempamer permainan menarik
menentang Kelantan,” katanya pada sidang media latihan dan perjumpaan
pengurus pasukan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Stadium
Nasional, Bukit Jalil, semalam.
Johor DT melangkah ke final Piala FA untuk julung kali selepas mengatasi Pahang dengan agregat 2-2 pada separuh akhir. Johor DT mara sekalipun tewas perlawanan kedua 2-1 kepada skuad Tok Gajah tetapi mara dengan kelebihan gol di tempat lawan apabila menang perlawanan pertama 1-0 di tempat sendiri.
Fandi sempat berseloroh dengan wakil media apabila mengangkat dan menjulang piala itu untuk mengetahui ‘berapa’ berat piala yang menjadi rebutan itu.
Fandi berkata, malam ini akan dilalui dengan begitu bersejarah dalam kariernya sebagai pemain dan jurulatih kerana tidak pernah beraksi pada mana-mana final Piala FA sebelum ini.
“Zaman saya tiada pertandingan Piala FA kecuali Piala Malaysia dan Piala Liga. Ia satu pengalaman baru buat saya dan sudah tentu saya mahu pemain Johor DT menjadikan kejayaan itu hadiah terbaik kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ).
“Bagi saya, pasukan sekarang akan bangkit kembali seperti mana mereka mengharungi perlawanan sukar peringkat awal bermula daripada menentang Perak, Kedah, Selangor dan Pahang. Pasukan ini pasti sekali lagi akan mempamerkan kualiti sebenar dibuktikan sebelum ini dan menunjukkan kualiti tinggi mereka sebagai sebuah pasukan yang akan bangkit melawan.
“Tiada tempat untuk pemain sekadar memberikan komitmen 60-70 peratus. Kami bermain satu pasukan, prinsip pasukan serta disiplin diutamakan,” katanya.
Dalam nada serius, beliau hanya akan memilih pemain pemain benar-benar cergas dan memberikan komitmen 100 peratus menghadapi skuad The Red Warriors diletakkan selaku pilihan.
“Saya masih belum menyenaraikan kesebelasan terbaik untuk perlawanan esok (hari ini). Prestasi pemain akan dinilai pada sesi latihan hari ini (semalam).
Johor DT melangkah ke final Piala FA untuk julung kali selepas mengatasi Pahang dengan agregat 2-2 pada separuh akhir. Johor DT mara sekalipun tewas perlawanan kedua 2-1 kepada skuad Tok Gajah tetapi mara dengan kelebihan gol di tempat lawan apabila menang perlawanan pertama 1-0 di tempat sendiri.
Fandi sempat berseloroh dengan wakil media apabila mengangkat dan menjulang piala itu untuk mengetahui ‘berapa’ berat piala yang menjadi rebutan itu.
Fandi berkata, malam ini akan dilalui dengan begitu bersejarah dalam kariernya sebagai pemain dan jurulatih kerana tidak pernah beraksi pada mana-mana final Piala FA sebelum ini.
“Zaman saya tiada pertandingan Piala FA kecuali Piala Malaysia dan Piala Liga. Ia satu pengalaman baru buat saya dan sudah tentu saya mahu pemain Johor DT menjadikan kejayaan itu hadiah terbaik kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ).
“Bagi saya, pasukan sekarang akan bangkit kembali seperti mana mereka mengharungi perlawanan sukar peringkat awal bermula daripada menentang Perak, Kedah, Selangor dan Pahang. Pasukan ini pasti sekali lagi akan mempamerkan kualiti sebenar dibuktikan sebelum ini dan menunjukkan kualiti tinggi mereka sebagai sebuah pasukan yang akan bangkit melawan.
“Tiada tempat untuk pemain sekadar memberikan komitmen 60-70 peratus. Kami bermain satu pasukan, prinsip pasukan serta disiplin diutamakan,” katanya.
Teruja bawa kain rentang gergasi Apek
Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
Kota Bharu: Kelab Pemilik Produa Viva Myvi Kelantan (VMG Group) teruja membawa ‘kain rentang semangat gergasi’ berukuran hampir 25 meter yang diberikan oleh penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat untuk digantung di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dengan Johor Darul Takzim (DT), malam ini.
Setiausaha VMG Group, Nor Wan Azley Mohamed, 37, berkata, kain rentang bertulis ‘This Is Pantai Timur Kekalkan Piala FA Di Bumi Kelantan’ itu berikan Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek tiga hari lalu.
Katanya, kain rentang itu dibawa ketika konvoi 50 kenderaan dari ahli VMG Group yang bertolak semalam.
“Ini satu penghormatan besar daripada Apek kepada kami. Kami
berjanji akan bawa dan menggantung kain rentang ini di dalam stadium
supaya dapat dilihat pemain terutama Apek sendiri untuk menaikkan
semangat pasukan Kelantan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Stadium
Sultan Muhammad IV, semalam. Nor Wan Azley berharap penyokong
Kelantan dapat memberi sokongan padu kepada pemain untuk menaikkan
semangat mereka.
“Ini kali pertama kita menerima amanah daripada pemain. Jika tugas pemain adalah memastikan kemenangan, penyokong pula menjanjikan sokongan padu,” katanya.
Kota Bharu: Kelab Pemilik Produa Viva Myvi Kelantan (VMG Group) teruja membawa ‘kain rentang semangat gergasi’ berukuran hampir 25 meter yang diberikan oleh penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat untuk digantung di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dengan Johor Darul Takzim (DT), malam ini.
Setiausaha VMG Group, Nor Wan Azley Mohamed, 37, berkata, kain rentang bertulis ‘This Is Pantai Timur Kekalkan Piala FA Di Bumi Kelantan’ itu berikan Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek tiga hari lalu.
Katanya, kain rentang itu dibawa ketika konvoi 50 kenderaan dari ahli VMG Group yang bertolak semalam.
“Ini kali pertama kita menerima amanah daripada pemain. Jika tugas pemain adalah memastikan kemenangan, penyokong pula menjanjikan sokongan padu,” katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)


