Translate

Bantu

Sila Ketik sini untuk bantu Blog ini

Rabu, 21 November 2012

lawak


Majlis Fatwa digesa nyata pendirian isu doa PAS


 
Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) hari ini menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendirian mengenai tindakan PAS membaca doa untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
  
Presiden KMPP, Rahmad Isahak berkata umat Islam di negara ini masih menunggu kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi mendapatkan penjelasan dan fatwa mengenai perbuatan berdoa seumpama itu.
  
"Dalam isu perhimpunan 'Bersih' telah difatwakan sebagai haram bagi umat Islam menyertainya, tapi itu adalah isu duniawi. Namun, dalam isu doa ini adalah isu akhirat yang perlu mendapat fatwa," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
  
Pada Jumaat lepas, PAS mengadakan solat hajat sempena Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58 di Stadium Sultan Muhammad IV di Kelantan dan adik Menteri Besar Kelantan Nik Razi Nik Mat ketika memimpin doa dalam solat hajat itu telah berdoa agar Umno dan BN dihancurkan.

- Bernama

Kong: Kontraktor AES sedia kenderaan untuk JPJ



 
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini menjelaskan bahawa kontraktor Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditetapkan untuk menyediakan kenderaan penguatkuasaan untuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dalam satu ucapannya di Dewan Rakyat hari ini, beliau bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada kakitangan kontraktor tersebut dibenarkan untuk mengguna kenderaan tersebut.
"Di bawah perjanjian syarikat penyedia perkhidmatan perlu sedia kenderaan (tetapi) penguatkuasaan bukan dibuat syarikat, penguatkuasaan masih dibuat JPJ.

NONE"Oleh kerana itu kita tak boleh kata 'Oh! itu kereta itu taruh nama syarikat dan jalankan penguatkuasaan', bukan begitu.

"Penguatkuasaan bukan dijalankan mereka tetapi dijalankan JPJ sahaja yang berkuasa menyemak semua imej.

"Lepas kita puas hati dengan imej-imej itu baru pegawai JPJ sahaja yang boleh memuktamadkan saman," katanya.

Beliau mengulas isu yang dibangkitkan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang mendakwa kontraktor AES menggunakan kereta berlogo JPJ sewaktu memasang kamera itu di pelbagai lokasi.

Mahfuz semalam mendakwa dua kenderaan – satu didaftarkan atas nama Ates Sdn Bhd dan satu lagi atas nama Preferred Synergy Sdn Bhd – menggunakan warna dan logo JPJ.

Beliau turut menggesa polis menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 170 dan Seksyen 171 Kanun Keseksaan, iaitu menyamar sebagai penjawat awam dan memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan oleh penjawat awam dengan niat untuk menipu.

Beliau membuat laporan polis atas dakwaan itu semalam.

Ahad, 18 November 2012

Obama, Romney ikrar jadi pelindung Israel


PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama (kanan) menyambut pencabarnya dari Parti Republikan, Mitt Romney (kiri) dalam debat ketiga menjelang pilihan raya presiden dua minggu lagi. - Foto AP
PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama (kanan) menyambut pencabarnya dari Parti Republikan, Mitt Romney (kiri) dalam debat ketiga menjelang pilihan raya presiden dua minggu lagi. - Foto AP

Presiden AS menang ke atas Romney dalam debat ketiga Washington: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan pencabarnya dari Parti Republikan, Mitt Romney berusaha sedaya upaya menunjukkan mereka adalah sahabat karib terbaik Israel dalam debat ketiga menjelang pilihan raya presiden dua minggu lagi.

Ketika menekankan bahawa serangan untuk memusnahkan program nuklear Iran adalah langkah terakhir, Obama dan Romney juga menegaskan bahawa keselamatan Israel adalah perkara utama.

Tinjauan selepas debat menunjukkan Obama sebagai pemenang dengan Cable News Network (CNN) menyatakan beliau meraih 48 peratus sokongan manakala Romney, 40 peratus.

Pada masa sama, tinjauan CNN juga mendapati 60 peratus responden setuju bahawa Romney berupaya menjadi pemimpin angkatan tentera jika menjadi presiden.

Tinjauan CBS News pula menyatakan Obama menerima 53 peratus sokongan berbanding 23 peratus untuk Romney dan 24 peratus menganggap debat itu tiada pemenang,

Program nuklear Teheran yang disyaki Barat bertujuan menghasilkan senjata atom adalah antara cabaran terhadap dasar luar presiden seterusnya selepas sekatan gagal menyekat negara Teluk itu memberhentikannya.
Dalam isu berkenaan, Obama dan Romney tidak banyak berbeza apabila bersetuju perlunya terus mengenakan tekanan ekonomi terhadap Iran selain melindungi Israel.

“Jika Israel diserang, kita akan lindungi mereka bukan saja dari segi diplomatik tetapi juga kepada penduduk dan secara ketenteraan,” kata Romney.

“Saya akan sokong Israel jika mereka diserang,” kata Obama pula.

Pemimpin Israel menganggap senjata nuklear Iran sebagai ancaman. Pada masa sama, Israel turut mempunyai senjata nuklear yang tidak pernah diisytiharkan.

“Kita perlu pertingkat tekanan ke atas Iran dari masa ke masa kerana tanpa penyelesaian yang dapat memberhentikan usaha mereka, cita-cita memiliki senjata nuklear tidak dapat diterima Amerika,” kata Romney. - Reuters

Lelaki enggan jual 'batu burung Ababil'



Riyadh: Seorang lelaki ditawarkan AS$4 juta (RM12 juta) untuk membeli batu hitam disebut di dalam al-Quran yang ditemui ketika memburu di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Yaman.





Saleh Musfer Al Gamdi berkata, batu itu yang memaparkan lukisan burung dan gajah, seberat 131 gram, sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.

Kempen 'Katakan Tidak' pada rokok beri kesan bertentangan

London: Kempen Katakan Tidak (Just Say No) bertujuan menghentikan orang ramai daripada merokok dan mengambil minuman keras mungkin memberikan kesan bertentangan, kata penyelidik.

Walaupun badan kesihatan sering kali menyiarkan iklan dan papan tanda memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak minum, merokok dan mengambil dadah, minda tidak sedar manusia sering kali gagal menyedari kesan negatif terhadap mesej itu, lapor akhbar Telegraf. 
 
Ini bermakna tanda jangan merokok atau jangan memandu ketika mabuk yang diletakkan di pub atau restoran tanpa diberikan perhatian khusus sebenarnya boleh menggalakkan berbanding menghalang daripada melakukannya.

Penyelidik dari Universiti Oxford mendapati, perokok menunjukkan minat lebih tinggi kepada rokok selepas ditunjukkan dengan satu siri imej yang mengandungi papan tanda jangan merokok.

Hasilnya menunjukkan bahawa kempen antirokok dan tabiat tidak sihat lain secara ironiknya boleh mencetuskan sikap sebaliknya.

Premis perniagaan di England bertanggungjawab meletakkan tanda larangan merokok di premis bebas rokok serta kenderaan sebagai sebahagian daripada peraturan bebas rokok yang diperkenalkan pada 2007.

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa isyarat alam sekitar boleh mengawal tindakan otak.

Tetapi Brian Earp dan rakannya mendapati manusia cenderung mengabaikan kata-kata seperti jangan dan jangan memandu ketika mabuk apabila tidak memberikan tumpuan penuh.

Mereka menulis: Secara tidak sedar atau proses automatik, tidak baik sering kali dilihat sebagai baik dan tidak buruk sebagai buruk. Konsep runding cara tidak berlaku secara automatik tetapi memerlukan usaha kognitif.

Agensi

'Orang boleh cakap apa saja'



PEMAIN skuad kebangsaan membantu nelayan menarik pukat menjelang Piala  Suzuki AFF minggu depan  di Pulau Pangkor, semalam. - Foto Farhan Najib 
 
 PEMAIN skuad kebangsaan membantu nelayan menarik pukat menjelang Piala Suzuki AFF minggu depan di Pulau Pangkor, semalam. - Foto Farhan Najib
 
Pangkor: Pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal tidak menghiraukan kecaman dan kritikan dilemparkan terhadapnya berikutan prestasi hambar anak buahnya menjelang sepak mula kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 di Bukit Jalil, mulai Ahad depan.

Sebaliknya Rajagobal tetap menumpukan sepenuh perhatian terhadap perjuangan anak buahnya mempertahankan piala dimenangi dua tahun lalu.

Biarlah apa orang nak kata dan cakap, saya tetap memberi tumpuan penuh kepada misi mempertahankan gelaran. Saya yakin anak buah saya akan memberi persembahan terbaik apabila kejohanan bermula nanti.

Hentikanlah tindakan menghukum pasukan sebelum sempat mereka bertanding dalam kejohanan sebenar, katanya ketika ditemui di Pulau Pangkor Beach Resort, semalam.

Jurulatih itu menyelar tindakan segelintir pihak yang pada pendapatnya hanya gemar mengkritik tetapi tidak memberi sumbangan ke arah pembangunan bola sepak negara.

Walaupun jurulatih berusia 56 tahun itu mengakui pencapaian anak buahnya dalam perlawanan persahabatan setakat ini kurang memberangsangkan, ia tidak boleh dijadikan penyebab menghentam pasukan.

Inilah pemain yang melakarkan kejayaan gemilang muncul juara Sukan SEA dan kemudian memenangi Piala Suzuki AFF selepas 14 tahun, katanya.

Mengenai kedatangan ke Pulau Pangkor, Rajagobal berkata ia bukan kerana hendak lari daripada sebarang tekanan sebaliknya bertujuan memberi peluang merehatkan minda dan motivasi kepada pemain.